Sabtu lepas, 16/1/2010 aku & Afif serta kengkawan yg terdiri dari Ajym/Narnia & family; Kyrun & family; Farell@Yem & Angah Ruzi berkumpul sambil makan2 di rumah Ajym/Narnia di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.
Sepatutnya Tini & Shima pon ada sekali tapi last minit msg2 tak dpt nak join sekali. Aku amek Farell kat stesen LRT Hang Tuah dlm kol 12 lebih. Masa tu lak jem sket, so aku terlewat sampai. Pas da jalan bape minit baru aku pasan yg Farell tak pakai baju itam cam yg dia sendiri sarankan. Aku punya la korek baju itam siap soh Afif pakai sekali...last2 dia sendiri yg tak jadi, cisssss... (dia pakai suar coklat, cam yg aku plan awal nak pakai kaler coklat).
Tak jauh dari umah Ajym/Narnia kami singgah di Carrefour sbb Farell nak beli Pizza Hut sbg contribution dia utk potluck tu. Puas gak kami pusing2 kat situ, upe2nya mmg takde outlet di sana. So Farell tukar ke KFC je.
Pastu spt biasa, kami sampai awal. Masa tu Narnia ngah goreng ayam. Sblm tu dia da siapkan nasi lemak + sambal tumis ikan bilis serta bubur jagung. Hmmmm, bau sedap giler. Ble dia tau je Farell bawak KFC, trus dia goreng setakat yg dlm kuali je.
Asal plan nak bawak mende lain tapi last2 aku bawak kuah kacang (ni atas permintaan seseorang....mengidam kot hehehe), samosa, tauhu & timun. Mula2 igt nak bawak nasi impit sekali tapi ble tau Narnia nak masak nasi lemak & Kyrun nak bawak spaghetti ayam trus aku tukar ke tauhu sbb takot kang tak termakan. Angah Ruzi lak bawak buah2an (epal merah/hijau & oren sunkist-manis giler), minuman botol & kacang (langsung tak smpt nak buka pon).
Angah Ruzi & Narnia
Yem & DS Kyrun
Narnia & DS Kyrun
tgk kat blakang Afif tu, Yem & next top-model-wanna-be
Farell komain rapat lagi ngan si Imtiyaz tu. Puas dia melayan keletah si kenit tu, lega la sket mama & babah dia sbb ada 'baby sitter'. Yg kelakar tu Imtiyaz panggil Farell sbg Yem. Abg Yem dia tu dia tugaskan jaga botol Ribena dia sementara dia main. Ble haus dia cari botol tu kat Yem , hahaha.
DS Kyrun sambil lepak2 tu siap kuarkan lagi bisnes dia, hehehe. Sempat gak la dia brief kami & kami beli brg2 dia tu. Tapi dorang tak duduk lama sbb nak ke Sg Petani, Kedah utk melawat abg Dato' Seri yg kena heart attack di spital.
Pas dorang pulang, aku, Angah Ruzi & Farell msh stay & lepak2 sambil borak2 macam2 hal eg. perkembangan diri memsg & kenangan perkenalan kami sumer. Al-maklumla da lama tol kami tak berjumpa & bersantai2 camtu, sonok sgt & cam tak nak balek je. Kalo tak krn si Yem dok ajak2 balek (siap miskol & sms2 bagai, hahahaha) mmg aku cam malas nak gerak dari situ, hehehe. Yem ada group discussion psl studynya, so dia kena pulang cpt. Aku hantarnya pulang ke Shah Alam.
Terima kasih daun keladi kpd tuan rumah, Ajym/Narnia yg tak terhingga. Semoga kalian dimurahkan rezeki & sentiasa bahagia serta dikurniakan dgn kesihatan yg baik, amin.
gambar dari kamera ku kurang memuaskan & sbhg gambar credits to Ajym