Showing posts with label My Beloved. Show all posts
Showing posts with label My Beloved. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Ye Ye AnaK aKu BaLek.....


Diam xdiam da nak 26 ari kite berpuasa kan....alhamdulillah. Sejak bulan poser ni aku cam sendu jer hapdet blog. Bkn aku xnak cite apa2, cuma.........ah! xnak cite lar, biar aku sorang jer yg tau
*kejis sgt kan wat ayat tergantung, hehehe*.


Aku tau kowang sume mesti xsabar nak berghaya ngan keluarga tercinta yg mgkn da lama xjumpa atau yg dirindui2. Paling2 pon tentu xsabar nak berposing2 ngan baju, kasut, beg, hp, keta, rambut, bopren-gepren malah laki-bini baru & yg sewaktu dgnnya.


Msg2 mesti nak tayang dorang la yg paling vogeh da vass, muahahaha
*amponnnnnn...Selamat Hari Raya*. Mgkn ada yg da berpuluh2 kali dok cat-walk dpn cermin ngan sume brg2 baru top-to-toe, hikhikhik. Weiii kowang igt bdk2 je ke yg camtu, org dewasa pon ramai tauuuu [tak termasuk aku lar]. Kalo cermin tu leh bersore mesti dia jerit2 sbb da jelak tgk adegan2 tu sume, hehehe.


Kowang tau tak ati aku arini munger2 & xsabar2 tgu ptg sbb anak tunggal mucuk-macam kesayangan aku akan pulang dari perantauan *dlm ati : yahoooooo, sambil lompat2 katak*. Dia amek bas luar kol 10pagi sbb kalo naik bas yg dipajak dek students kat sana, tgh mlm ni baru bertolak dari sana. Katanya dia akan turun di Pudu Raya & trus ke opis aku utk sama2 blk ke rumah nanti.


Ni masa dia naik bas blk kg masa kecik2 dolu


So, arini aku xtau samada nak masak ke tak. Bkn aku malas sbb aku takot ptg ni mesti jalan jem, almaklumla ramai yg da mula cuti & pulang ke kg. Kalo awal aku sampai uma dpt la aku wat apa2 yg patut atau masak lauk2 bodoh
[simple2]. Kalo x aku tumpang masak kat dapur org la, hahahahaha [beli kat gerai la].


Senarnya aku cam rasa xckp je masa selom ghaya ni. Bnyk mende nak kena settlekan. Cam nak gostankan masa jer. Sian kat anak aku yg blk2 je kena bantu aku. Baju-suar-kasut ghaya dia pon msh tak berbeli agi. Tu pon abah dia 'janji' nak bagi duit beli baju ghaya [aku gitau kat Afif jgn mengharap sgt duit abah dia].


Aku da peruntukkan sket duit utk sume tu gak. Apa yg aku nak, Afif hepi sambut ghaya. Tu je arapan aku sbb pd aku kemeriahan ghaya ni mmg da lama 'stop' *nanges*. Sejak aku berpisah dgn abah Afif & tambah2 pas mak-abah aku meninggal dunia. Aku da rasa kurang umphhh *raung*. Kalo aku sorang mgkn aku tak kan sambut ghaya agi tapi demi anakku, aku akan wat sket persiapan & juadah kegemaran dia supaya dia dpt raikan dgn hepi.


Walau apa pon aku akan coba utk meriahkan ari ghaya ni demi anak kesayangan aku.



Friday, July 15, 2011

AnaKku PuLaNg...


Arini, Afif da start coti kampus seminggu, so dia akan pulang ke KL mlm ni.


Dia naik bas yg mmg da dipajak khas utk students kat sana kol 11pm. Kira ok la xssh dia nak kuar dari kampus utk amek public transport. So, kira seminggu ni ati aku berbunga2 lar nampaknya sbb dpt peluk-cium-gado ngan si baby musyuk aku tu, kowang jgn jeles, hehehe....



Dia dijangka sampai kat KL dlm kol 3.30-4.00 am kot. So aku kena tido awal la malam ni (hopefully aku xbgn lewat esok). Sampai je kat KL aku kena bagi dia sahur lak sbb esoknya dia nak pose. Dia mmg rajin pose2 ni including pose sunat (alhamdulillah).



Dlm pala aku ni ingat nak masakkan something utk dia tapi yg simple2 la sbb tau2 je la masa tu tak mengizinkan kan? Tgk dulu la camne tahap kerajinan aku, hehehe. Kalo tahap tu minima sgt, aku bawak dia gi sahur kat mana2 lar masa otw home pas amek dia nanti.


Sekadar hiasan...nampak noe nipunya kalo aku wat sume ni, hahaha


Esok lak kami cadang nak survey something kat Low Yat. Mayb gi pas aku settle keje uma & belah2 tghari/ptg la kot. Tu pon tgk gak kalo aku rajin lar. W/p puasa nanti (insyaallah), Afif kata dia ok je. Ye la sbb brg yg nak disurvey tu utk dia gak, bersemangat la tuuuuuuu....



Apa2 pon kena tgu baby musyuk tu blk dulu, program & plan kami tak tertakluk kpd mana2 syarat & peraturan, ianya flexible, ikut mana dan jer.....[ntah2 abuk pon tarak, miahahaha]



Saturday, July 2, 2011

What FreNz r FoR.....





Aku pilih topik ni sbb aku nak luahkan apa yg terbuku kat ati ni demi sorang kwn yg pernah rapat dgn aku satu ketika dulu yg ku panggil sahabat. W/p skang ada jurang yg amat lebar renggangnya sbb masalah2 yg sukar dimengerti tapi aku ttp menganggap dia sahabat aku.


Adakah dia yg bersalah atau aku yg menjadi puncanya???


Aku pernah ada ramai kwn2 tapi x sume yg boleh ku anggap sbg sahabat. Ni bukan la sbb aku terlalu memilih bulu tapi sbb aku ssh nak rapat dgn seseorang yg leh 'blend' dgn cara aku yg mgkn sukar dimengerti. Aku x cerewet tapi kdg2 aku ssh nak masuk 'line' org yg x kena dgn cara aku atau yg leh trime aku seadanya.


Bkn jugak sume org2 yg rapat dgn aku adalah org yg tepat sbb kdg2 pendapat & pendirian serta cara kami jauh berbeza cam langit ngan bumi tapi mgkn kesesuaian ataupun ada 'chemistry' tu yg wat aku kekal berkwn dgn mrk.


Apa yg aku nak tegaskan kat sini adalah sorang sahabat yg baik akan saling igt-mengigtkan antara satu sama lain. Msg2 akan cuba menegur sesama sendiri sekiranya salah sorang melakukan kesilapan atau sekiranya perlu.


Aku rela ilang sorang sahabat yg membenciku sbb da tiada kesefahaman dari diam membisu tanpa menegur sekiranya aku rasa dia telah 'jauh' di jln yg berliku.



Dlm hal ni bkn la aku mendabik dada bahawa aku saja yg betul & benar. Aku jugak manusia biasa & aku perlukan sahabat aku pula menegur sekiranya aku pula berada di alamat yg salah.




Aku berharap sahabat aku akan paham dgn apa yg aku cuba terangkan, bkn la aku ingin mencampuri idupnya tapi aku sekadar memberi pandangan & aku tak mahu dia tersilap percaturan.



Aku tak takot sekiranya dia membenci ku seumur hidup sbb aku benar2 ikhlas. Sekiranya itu berlaku aku berharap dia akan sentiasa bahagia dlm apa juga yg dia fikirkan benar & betul.



JAGA DIRI KAMU !!!





Thursday, June 23, 2011

SuNWaY PeTTiNg Zoo...


Ni album lama, saja nak share skang, rasanya cam xde lam blog ni.


Tau tak kowang kat Mesia ni ada petting zoo yg merupakan terbsr kat sini iaitu kat Sunway, Subang atau lebih tepat agi kat Bandar Sunway Extreme Park. Zoo tu kowang bkn leh tgk2 camtu je menatang2 dlm sangkar tapi jugak leh sentuh. Mmg teruja la ble ada kat sana, sume natang tu kite nak sentuh & belai. Kanak2 la yg paling excited skali.





So, aku dibawa oleh si Dia ke sana dgn Afif yg masa tu kalo xsilap umur 12 thn kot (sowie aku da lupa thn sebenar). Mula2 mmg aku xsangka akan dibawa ke sana, cuma dia gitau dia nak bawa kami ke tmpt yg istimewa & Afif tentu ske tmpt tu. Ikutkan je la yg penting dpt sama2 hiburkan ati.





Ble msk je kat situ mmg aku terpegun sampai terkentut *eh! propa jer, hehehe*. Paling aku xleh nak tahan tu ble dibawa ke show binatang yg paling aku geli-geleman, eeeeeeee *sambil geliat2 geli* iaitu pertunjukkan ular sawa, arghhhhhhhhhhhhhh !!!!


Sebbaik si Dia da warning aku siap2 yg salah satu kerusi yg diduduki tu ada diletakkan ular sawa yg amat besar & akan dicari di akhir show tu. So aku pun siap2 la dok kat kusi plg belakang & aku berharap dia xtipu aku yg kat situ mmg xde natang tu lar, hahahaha. Afif mmg excited serta berani so dia pilih nak dok kat bhg dpn dgn harapan dpt jumpa ular sawa tu.


Sebenarnya aku mmg xnak msk kat situ & hampir lari keluar tapi mujur ditenteramkan oleh si Dia & pas dipujuk dia akan sentiasa jaga & hold tgn aku baru aku berani2kan diri msk sekali. Sambil tgk2 show tu pala aku kerap pusing kiri-kanan-blakang takot2 ada binatang tu dekat2 ngan aku. Si Dia senyum je tgk lucunya aksi aku tu, hehehe *blushing*.


Pas abes show tu, setiap org diberi peluang utk menyentuh ular sawa batik tu & tentu2nya org yg xakan sentuh adalah aku, hehehe....


Ok pas abes show tu, kami pusing2 kat situ tgk ular2 yg berada dlm sangkar bercermin. Masa tu aku mmg ssh nak bergerak sbb takot & geli sgt. Kalo aku tak dipimpin & dipegang kuat2 oleh si Dia mmg aku da larik kuar tapi demi menemankan Afif yg mmg sonok serta excited nak tgk sume tu, aku brani2kan diri gak.


Ni ada kejadian lucu & mencemaskan, sblm kami kuar, Afif nak amek gambar ngan ular sawa albino & sbb kaler ular tu kuning & bkn cam batik yg paling aku geli & takot tu so aku brani sket amekkan gambar Afif yg dibelitkan 2 ekor ular albino di tengkuknya.


Tiba2 aku terdgr si Dia berbisik lembut, "...see behind u...". Ble aku toleh je pala aku, aku terkejut besar sbb blakang aku ada 2 ekor ular sawa batik yg amat besar yg akan disimpan disangkar di situ (bersama2 ular albino tu) dlm jarak 1 kaki je. Aku trus histeria & jerit sekuat2 ati sambil larik keluar. Ble da sampai kat luar aku msh histeria & si Dia cuba tenangkan aku dgn gitau aku da jauh dari ular tu. Aku nangis ketakutan tau Bedah oiiiii !!! Ble aku tgk keliling ramai org pandang kat aku & ketawa. Cisss, malu tolll...!!!


Masa ni la kejadian yg mencemaskan tu berlaku, hehehe


Pastu Afif pon kuar dari tmpt tu & trus ckp ngan aku, "...wat malu je ma, org sume tgk mama tadi...", hehehe. Abeh nak wat canno da mmg mama dia ni penakut giler. Tobat aku xkan msk agi kat situ. Pastu mmg semangat aku ilang sket. Baru la si Dia tau tahap ketakutan aku & berjanji xkan bawa aku dekat ngan natang tu lagi.





Shikin JD : Rindu lak kat si Dia yg da jauh skang demi tugas & commitment yg besar. W/p kami sudah berpisah tp kenangan manis lalu mmg sentiasa berada dlm ingatan kami. Sikapnya yg lembut, penyayang & sentiasa cuba bahagiakan serta manjakan aku dulu mmg sukar aku lupakan. Skali-skala kami msh berhubung tanya kabar msg2....semoga dia sentiasa sihat & bahagia.




Sunday, June 5, 2011

AFiF da PuLaNg Ke KoLej.....


Anak tunggal ku da pulang semula ke kolej. Maka berulang semula episod2 sunyi ku....hmmmm. Aku sempat antar dia naik bas tadi di Hentian Duta. Dia naik bas jam 3.30pm.



Aku terkilan xdpt nak bekalkan dia makanan sbb tak cukup masa & kepenatan. Aku igt nak bekalkan dia serunding daging. Ye la nak masak tu mmg makan masa yg panjang sket. Tp aku sempat beli sket serunding daging utknya.


Aku hanya sempat masak utk masakan biasa kat uma jer
(lupa nak amek gambar) & aku ada bawak dia gi shopping beli kasut sbb kasutnya da rosak sket. Sambil tu aku bawak dia gi makan kat Pizza Hut.


Tgk tu sempat agi bersms sambil makan


Thai Spicy Pizza


Tripple Platter BBQ
(yummy tp Masala Spring Roll tu masalah sket, a bit salty)




Sepatutnya 4/6/2011 aku ada 2 wedding invitations. 1 tu anak angkat aku E'raz Fadli@Along di Kelantan & 1 agi anak kpd cousin ku kat Gopeng. Kedua2nya terpaksa aku batalkan sbb masalah yg xdpt nak dielak.



Kenduri E'raz sbb xde kwn nak gi & aku terlambat amek cuti (boss aku lak cuti gak) & cousin ku w/p disediakan ngan bas persiaran utk sedara mara yg kat KL ni tapi aku ttp xdpt nak gi sbb Afif blk KL. Takkan aku nak tinggalkan dia sorang2 atau kalo kami gi pon tentu dia kepenatan nanti.




Shikin JD : Walau camne pon aku ttp bersyukur sbb dpt gak lepaskan kerinduan pdnya w/p sekadar 2 ari aje, syukur alhamdulillah.




Friday, June 3, 2011

AFiF is At Home Now.....


Arini Afif blk cuti ujung minggu. Cam aku cite aritu dia blk utk amek brg2 yg maseh tinggal sblm dia gi course aritu. Aritu dia hanya bawak brg sket sbb dia kena gi course utk PMDS. So, brg2 lain tu dia baru nak amek pas settle sume registration utk new semester.


Semester baru da mula mgu ni. Sebbaik arini xde kelas tapi sbb dia xnak blk siang sbb nanti ssh nak solat Jumaat, dia blk pas solat td. Amek ticket kol 4.30pm tapi besa la bas hanya jalan jam 5.00pm.


Baru lepas amek dia. Mula2 aku tunggu dia kat Hentian Duta cam slalu tapi ntah apa sbb tiba2 driver tukar haluan & benti kat Pudu Raya. Sebbaik Afif tak panic sbb tu 1st time dia turun kat sana sendirian.


So, dari Hentian Duta aku trus drive ke Pudu Raya, sebaik xbape jem so Afif kata dia tunggu kat depan A&W, Cahaya Suria. Senang sket kat situ.


Pasni aku kena tunjuk bnyk tmpt kat KL ni agi cam mana ceruk2 jalan, masjid berhampiran & camne nak gi opis aku. So, kalo dia blk siang & turun kat Pudu Raya leh dia gi opis aku kalo dia nak balik sama.


Ye la aku dari dulu mmg xbenarkan dia gi merayau xtentu hala kat KL ni. Kalo dia nak gi mana2 aku akan tanya details & aku kena make sure ngan sapa dia kuar. Kalo dia xde kwn aku akan temankan dia. Yela bdk2 skang ni bkn leh bagi bebas camtu je, nanti dia da sedap merayau dia da xnak dok umah.



Biar la dia lambat blajar sume tu & ble da bersedia saja cam skang ni. Aku xnak nangis kemudian ari.....






Tuesday, May 17, 2011

RiNDu AFiF.....

bukan sekali

bukan 2 kali

tapi da banyak kali

....terrrrrjadiiiiii....


Ble aku tingat rangkap lagu tu mmg aku tiba2 rindu sgt kat Afif. Tu lagu lawak kumpulan Sepah masa Maharajalawak siri ke 3 (aku budget kowang sume ada Astro). Kalo xpaham, sila tonton utube kat bawah ni.


(utk tonton youtube ni sila matikan volume playlist Syahdu kat blah kanan blog ni)


Kami mmg enjoy giler ble nyanyi rangkap lagu tu. Kalo salah sorang start nyanyi, mesti sorang agi berjangkit nyanyi sama, xkira kat mana ble tingat kami nyanyi. Kami mmg jatuh cinta ngan lagu tu.


FYI Afif kat kolej mmg jarang2 dpt tgk TV esp. Astro lar. So ble dia blk cuti baru2 dia tgk ulangan Maharaja Lawak & aku pon tumpang skaki sbb aku mmg ske gak program realiti yg ini. Mmg lawak giler, esp. Jambu, Jozan, Nabil & Sepah. Antara yg jadi ikutan kami ialah lagu tu lar.


Anak tunggal aku Afif tu org kata pendiam, pemalu sbb ble depan org dia mmg jarang bukak mulut. Even guru2 skolah dia dari tadika, skolah rendah, menengah sume pon ckp mende yg sama.


Ssh nak tgk dia kuarkan sore kecuali ngan kwn2 yg dia selesa jer. Ada guru yg pernah ckp kat aku yg dia saja2 dtg dkt2 ngan Afif masa dia ngah berckp ngan kwn2 dia hanya nak dgr sore Afif tapi hampa sbb Afif akan senyap ble nampak cikgunya dtg dkt.


Ngan family pon dia pendiam tapi dia bkn pemalu. Dia cuma lbh ske diam dari kuarkan kata2 & lebih ske memerhati.


Camtu punya pendiam org kata tapi kalo ngan aku mmg dia becok & pelawak. Kami kdg2 cam pasangan lawak yg ske ajuk lakonan artis2 atau apa2 perkara yg lucu. Kami pon ske nyanyi sama2 w/p aku slalu ejek pitching ke laut la, tu la ni la tapi dia xpeduli. Sumbang mambang pon dia belasah jer, hahahaha....Nanti pastu dia majok2 ckp aku saja nak ejek2 anak, bkn nak support dia, hehehe....


Walau camne pon aku ttp rindu saat sama2 ngan dia, nyanyi, bergado, bercite atau tonton cite yg kami ske. Kami leh borak cam kengkawan je. Ye la dia bkn ada adik-badik lain (kecuali yg lain ibu). Aku pon xramai kwn *nanges*.


So kami ni kira cam bespren. W/p ble da dewasa sket ni dia lebih berahsia hal2 peribadi tapi aku tak kesah yg penting dia ttp rapat dgn aku & kami enjoy ble jumpa, abeskan masa sesama & kami saling syg-menyayangi serta hormat-menghormati.



Sunday, May 15, 2011

AFiF BaCk To ScHooL....


Pagi ni aku antar Afif ke Hentian Duta sbb dia kena pulang ke kolej sbb terlibat ngan PMDS 2011 & akan hadiri kursus kat Keda Resort Bendang Man, Sik, Kedah start esok. Takpe la w/p cuti semester dia kali ni pendek tapi kami cuba habiskan masa berkualiti bersama2 w/p kat rumah.



Ni sbhg je bags yg dia bawak pulang
(sbhg lagi dia amek ble settle registration nanti)


Afif naik coach Matahari kol 10 pagi. Hentian Duta tak brape sesak sbb bkn peak seasons, so xde la nampak kelam kabut. Bas pon sampai tepat pd masanya.



Bas Matahari


Kali ni prasaan aku xde la cam mula2 dulu, aku da leh trime yg dia terpaksa berjauhan dgnku sbb studynya. Aku iringi dgn doa sorang ibu agar dia sentiasa selamat & berjaya, amin.



Fried Penne Pasta
(masakan terakhir yg sempat aku masak utk dia)



Shikin JD : Blk2 je tadi mmg aku 'pengsan' sbb pening pala - kepanasan melampau sampai ke petang. Ptg dpt kol dari Ajoy (aku msh tergolek masa tu), da lama gak kami tak bertanya2 kabar sekadar di FB jer (tu pon skali-skala). Semoga dia sentiasa berjaya dlm apa jua yg dia lakukan, amin.


Tuesday, May 3, 2011

AFif da PuLaNg.....


Akhirnya pulang gak la baby mucuk aku tu utk semester break jam 3.45am (Ahad, 1/5/2011) kat Hentian Duta. Ngam2 lak aku mmg set alarm clock aku kol 3.30am. Ble aku dpt je kol kata dia da sampai kat Tol Duta aku trus gi amek dia, excited sgt.


Aku sampai je ujan baru nak mula, sebbaik baby aku xbasah sgt, kalo tak aku leh agak mesti moncong molot dia sedepa sbb masa tu dia tunggu kat luar, tepi jalan yg aku lak trus msk sampai entrance gate Hentian Duta....ni sume sbb miss-communication. Yela upenya selama ni mmg bas tu xmsk dlm, dorang turunkan passengers kat luar je.


Sbb aku terblurr2 xtau mana tmpt dia maksudkan (yo la pepagi ni otak pon beku sket), dia kata tgu je kat situ dia yg dtg kat aku. Sian lak aku tgk dia bawak 4 beg berat2 lak tu.


Blk2 je dia trus on9 pas solat Suboh. Komain agi dia balas dendam sbb bape mgu xdpt on9 katanya (during study & exam weeks).


Kali ni baru dia puas on9 sbb da ada modem wireless. Dulu aku hanya ada modem 1-to-1 pc jer, so kena gilir2 guna la. Ble da ada modem wireless ni dia asyik lepak lam bilik jer. Kuar hanya utk makan, tgk tv cite yg dia minat & solat jer.


Sbb aku xbape sihat so aku bnyk rihat & aku biarkan je dia. Ble dia bangun je kami trus gi brunch & igt nak gi bli brg2 dapur (yela sejak dia xde aku jarang gi beli pon, ye la jarang2 masak, hehehehe). Tapi ble sampai je kat supermarket tgk banyak sgt keta & ssh nak cari parking, Afif kata gi blah ptg sket la. Tapi xjd gak kuar.


Blk2 je aku trus tdo sbb mmg msh xsihat. Sebbaik Afif pon enjoy on9 & dia xkesah sgt nak kuar ke mana2 (w/p aku mula2 plan nak kuar gi mana2 ngan dia). Mlm tu pon dia tdo ntah kol bape sbb msh enjoy on9.


Isnin (2/5/2011) tu mmg dia bangun lewat sgt, sebbaik aku msh xsihat. Ntah ngape la aku rasa lemah & xberdaya je nak kuar jalan2. So aku biarkan je dia on9 lelama, dpt gak la aku berihat. Bekpes aku da siap2 beli utk dia (aku xselera nak mkn). Tu pon dia makan da tghari (mmg dia jenis ssh sket nak bekpes awal sbb leh skt perut).


Pas dia mkn kami kuar gi beli brg2 dapur & masa ngah beli2 tu aku rasa cam nak pitam je tp ttp aku gagahkan gak badan tu. Blk2 je aku rihat dulu sblm aku start masak. Aku hanya masak simple sbb xlarat sgt...just msk 2-in-1, Masak Lemak Udang Cili Api + Lobak Putih. Mgkn dek penangan lobak putih tu kot arini aku bangun ngan badan yg segar & lebih sihat, alhamdulillah. Smpt gak la aku panaskan nasi & lauk yg aku msk lewat ptg smlmnya utk Afif. Itupun ntah kol bape dia makan nanti.


Pg td pon komain liat agi nak kejutkan dia...ntah kol bape dia tdo mlm tdi. Tapi aku paksa gak dia solat subuh dulu sblm tdo semula.


So, ble da sihat2 ni, aku pun mula la ligat semula memelan2 (rosak bahasa hehehe) apa2 xtvt yg patut utk kami habiskan bersama, hehehe......(hopefully jadi la sume plan ni).




Shikin JD : Aku rasa singkat sgt masa sbb kata Afif dia hanya ada 2 minggu jer sblm dia kena blk semula ke kolej utk bantu kemasukkan pelajar2 baru. Apa la sgt masa 2 mgu yg dpt kami habiskan bersama kan, lainla kalo aku cuti sepjg tempoh tu. Tapi aku da apply cuti 2 hari. Hopefully approve lar (big boss lak coti, so ngah menyaspen ni tgu ntah approve ke tak). Fuhhhh....ptuiiii !!!! *jampi Mak Esah*





Friday, April 29, 2011

MoDe : RoJaK.....


Mode aku bercampur-baur......sakit, hepi & berbunga2, risau & ntah apa2 lagi lar.




Sakit sbb PMS lak, so powot sakit woooo, xleh thn, tapi redah je lar. Sakit kaki tu on-n-off, kalo terlalu sejuk mula lar sakit, tapi ble bz2 kat opis ilang lak sakit2 tu kejap.



Hepi & berbunga2 sbb buah ati pengarang jantung baby mucuk aku nak balek cuti semester kan? Yeyehhhhh....so aku xsabar2 tgu dia. W/p dia kata blk sekejap je (semester break skang pon da dipendekkan) sbb kena blk sana semula ada tugas, aku kata xpe yg penting kami dpt abeskan masa berkualiti sama2 nanti, insyaallah...amin.


Risau & sian kat baby aku tu sbb dia ngadu dia kena bawak balik brg banyak sbb brg2 yg dia leh tglkan kat kolej hanya 2 kotak + 1 baldi je...lain2 sume dia kena hangkut wak blk. Da la aku xamek dia kali ni (1st time). Aritu aku da gitau kat dia xamek dia blk kali ni sbb aku nak save duit minyak/toll utk spend time ngan dia nanti.


Salah satu beban yg dia akan pikul nanti


So, esok pas last paper
(2pm-5pm), dia akan siap2 blk & naik bas kol 11pm. Aku pesan kat dia solat dulu. Pas Isyak baru tolak ke bus station naik taxi. Nampak gayanya aku kena tdo awal la mlm mgu esok atau xtdo langsung kot sbb nak stand-by amek dia kat Hentian Duta nanti (mayb dia sampai b4 Suboh kol 4-5am Ahad). Aku xkesah sbb aku mmg excited nak jumpa dia ni. Rindu sgt woooo.....


Dlm pala otak aku ni ligat pk apa xtvt nak wat ngan dia & apa menu2 yg aku nak masak utk dia nanti (tertakluk kpd kerajinan aku, hahahahaha).



Tuesday, February 8, 2011

ANaKku PuLaNg ke KoLej....



Akhirnya, setelah lbh kurang 8 ari anak tunggal kesayanganku pulang bercuti semester, akhirnya dia pulang semula ke Penang pd 6/2/2011 naik bas di Hentian Duta.


Ble aku tau saja date dia nak blk ke sana (masa tu dia msh kat Penang) cpt2 aku book ticket bas utknya pulang nanti. Mujur aku beli awal sbb bas yg aku pilih pada awalnya, Transnasional kol 10 am abes terjual & hanya tinggal utk belah ptg saja. Since Afif takot lewat sampai ke kolej so dia pilih utk blk sebelah pg dari KL. Aku pun cpt2 cari kat kaunter Sani Express plk. Mujur ticket utk jam 10.45am msh ada & cpt2 aku beli 2 (1 lagi utk Farah, kwn skolah Afif masa kat Selayang).


Ni la bas Sani Express


W/p dia blk sekejap aje tapi dia wak blk camping bag. Dlm tu bkn aje ada baju/seluar (aku pesan jgn bawak blk bnyk baju sbb baju/seluar dia ada bnyk tgl kat KL), tapi dia sumbat ngan tuala, selimut, cadar & baju kotor yg xsempat dia cuci sblm pulang ke KL.


Kali ni aku xsmpt nak msk apa2 bekal utknya wak plng tapi aku belikan brg2 makanan kering utknya & bbrp brg lain. So beg tu pon nampak cam penuh sgt. Sian aku tgk dia pikul beg tu (x termsk beg sandang yg diisi ngan laptop & 1 beg stock makanan lain).


Tgk la sampai senget2 dia pikul camping bag tu


So lbh krg jam 9.30am Ahad tu, kami bertolak dari Selayang. Mula2 aku cadang nak wak dia bekpes kat mana2 tapi dia xnak, so aku trus drive ke Hentian Duta. Since time tu adalah waktu puncak kepulangan pelajar2 ke pusat pengajian msg2 & pekerja2 yg pulang pas bercuti CNY di KL, jalan msk ke Hentian Duta mmg jem giler. Mujur kami xsinggah bekpes lu, so kira masa tu mmg ngam2 la w/p jem.


Parking toksah ckp la mmg ssh nak cari, cuma mayb nasib kami baik sket, ada parking yg baru dikosongkan & cpt2 aku letak keta kat situ.



W/p senarnya mmg jauh gak, tapi it's much better sbb takde la jauh sgt kami nak angkut brg2 afif ke hentian bas.


Aku cadang turunkan Afif & brg2nya dulu sblm cari parking tp Afif berkeras nak temankan aku cari parking & dari situ kami sama2 ke hentian bas.



Tgk lar betapa jauhnya aku park keta tu. Kat atas bukit, nasib kat tgh2, ok la lagi. Pas parked keta, kami sama2 berangkut brg2 & cari tmpt utk bekpes.


Betapa sayupnya kelihatan Hentian Duta dari tmpt aku park keta (sebelah lampu bsr)



Akhirnya kami bekpes kat gerai yg ada kat situ. Afif mkn nasi lemak bungkus daun pisang & teh o panas.


Aku tak kesah la apa2 pon jd sbb bkn lapar sgt. Hehehe, dlm ndak xndak makan tu aku order gak Lontong (w/o air minum sbb da besa mnm lambat pas mkn apa2, takot mknan tak hadam).


Sambil tu kami tgu Farah, kwn skolah menengah Afif yg skang ni menuntut kat Politeknik Penang. Tak lama pastu Farah pon sampai & duduk sekejap kat gerai tu.



Pas selesai bekpes, kami pun trus ke dewan menunggu Transnasional yg berair-cond sbb xthn panas kat luar tu.


Tepat jam 10.45am, bas Sani Express pon tiba.....x mcm dulu kami tgu lbh lama. Afif & Farah cpt2 mskkan luggage msg2 & trus naik bas tu.


Pas dorang da slamat naik bas, aku pun cpt2 tinggalkan tmpt tu sbb xthn panas & aku takot aku meraung lak kat situ, hahahaha...Ye la, w/p da bape kali kami berpisah
(dia pernah blajar di skolah berasrama sekejap & pernah mengikuti latihan PLKN selama 3 bln) tapi aku ttp sedih setiap kali berpisah ngannya. Almaklumlah dia la satu2 je anak aku & juga kwn gado aku, hehehehe....


Afif sempat memaling pdku sblm melangkah naik bas
Sayu jer ati aku masa tu


Sblm tu, smpat gak aku toleh ke blakang utk kerling bas yg Afif naik sblm beredar...mata aku da bergenang masa tu. Xpe lar, demi anak blajar aku redha. Kami akan bertemu kembali 10 mgu lagi.


Bbrp buah bas yg sdg menunggu penumpang ke destinasi msg2




Shikin JD : Sabar je la makcik oiiiii.....ada umur & rezeki dpt jumpa agi. Bkn jauh sgt cam kat luar negara.....ble2 masa kamu leh jenguk dia kat sana kan? Agipon 10 mgu bknnya lama pon. Pejam-celik da sampai masanya. Lepaskan jer la anak kamu tu demi pelajarannya, takkan nak memerap kat bawah ketiak kamu je kan??




Saturday, January 29, 2011

AnaKku PuLaNg CuTi CNY....


Yey....yey....anak aku da balik....anak aku da balik !!!


Anakku pulang dari sekolah

Anakku bawak baju kotor

Mari la cepat mari basuh

Lepas tu boleh masuk dapur

( nyanyi ikut lagu "Bapaku Pulang Dari Kota" )


Anak tunggalku blk cuti start dari 29/1/2011 sampai 6/2/2011. Lama kan? Best !!!!! Dpt gak la aku paskan rindu sekejap, almaklumlah nak gi utara sana bknnya dekat. Yelah anak aku tu la sorang saja, ble dia xde mmg sunyi giler, takde kwn gado....hahahahaha.

(Mode : hepi giler)


Sebbaik tmpt dia study tu (UiTM, PP) ada wat chartered bus utk student blk cuti, so tak yah la dia nak kelam kabut gi stesen bas awam. Bas trus msk dlm. Bas btolak dari sana tepat jam 10 mlm (Jumaat, 28/1/2011). Sampai KL ngam2 kol 2.30 pg (Sabtu, 29/1/2011). Aku mula2 igt nak tdo lu sblm amek dia kat Hentian Duta....tapi tiba2 aku terjaga kol 12.00mn & trus aku tak tido sambil tgu dia (takot terlena trus tak sedar), sambil tu sempat aku on9 jap utk isi masa.


So, apa agaknya program kami masa dia cuti ni ek? Pjg tu....tapi masalah negaranya aku lak tak dpt cuti 31/1/2011 & 2/2/2011. Yelah 1/2/2011 tu Hari Wilayah so kalo amek 2 aritu tu kira dpt la seminggu direct kan? (yo la 3 & 4/2/2011 kan cuti CNY). Tp sbb boss aku & sebhg staff lain da applied so nganga je la....hmmmmm

(Mode : sedih giler....huwarghhh).


Kalo la aku dpt cuti aku da plan banyak program nak wat ngan dia. Antaranya balik kampung dia (kg abah dia senarnya). Yela da lama kami x bk sana. Raya lepas pon kami x jd blk & cuti ujung taon pon tak gak.....adeiiiii. Tkt dorang igt kami da lupakan dorang lak. Masa je yg x mengizinkan senarnya.


Aku pon plan nak wak dia jalan2 kat KL ni cam tengok wayang, muzium, KL Tower, window shopping (hahahaha, tu jalan2 ke?...yela jln2 la sbb jln sambil tgk2 brg kan?), gi umah Wak Nor dia (makcik anakku seblh abah dia), lepak2 ngan my family sambil makan2, ikut kakak ku shooting kat Johor, etc (plan2 spontan).



Shikin JD : Wawawawawa Makcik oiii !!!! Baek punya planning?? Tp dpt ke wat sume tu? Takot planning tgl planning jer. Tp xpe gak, yg penting korang dpt abeskan masa sama2. Plg2 ko mskkan je la dia mknan sdp2, dia kan ske mskan air tgn ko w/p skadar telur goreng (yo la kan ko malas masak, hikhikhik).....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...