Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Sunday, January 11, 2009

SeRanGaN dEMi SeRanGan IsRaeL....

Serangan Israel ke atas Gaza.....sampai bile perkara camni berlanjutan??? Aku rasa tak ada penghujungnya selagi Israel 'menyara' AS & AS terhutang budi kepada Israel.

Pasangan yg tak dpt dipisahkan. Walau mendpt bergantang2, berjuta2 makian atau bantahan dibuat dari seluruh dunia, perkara ni takkan berhenti & akan berterusan selagi 'perkahwinan' kedua mereka msh terikat.


AS berlagak seumpama Polis Dunia...tapi polis yg membawa rebah & kehancuran demi kehancuran. Apa yg kite lihat, umat Islam dihina ddan dianggap sbg pemberontak. Org2 & anak2 yg tak berdosa menjadi mangsa keangkuhan.


Sedih..
pedih..
pelbagai perasaan yg membara..

& membuak dlm ati aku...


Apa yg boleh aku buat??
Berdoa???
Ye, agar mereka2 yg teraniaya mendpt pembelaan...
Itu saja yg aku boleh buat....

Tapi adakah pembelaan utk mereka??
Soalan yg sangat subjektif.


Sbg umat Islam, kite kena berbalik kepada agama semula iaitu setiap yg berlaku adalah dgn ketentuan Nya. Percaya kepada qada' & qadar.

Kite sbg hamba Nya kena redha dgn ujian2 yg diturunkan kepada setiap yg hidup di dunia ini. Sume ini membawa keinsafan kepada kite.

Tanpanya kite tak akan sedar & belajar utk bersyukur. Cara penanganan & keinsafan yg wujud dlm diri kite memberi kite pelajaran yg amat berguna.

Semoga setiap hambaNya akan mendapat taufik & hidayah....insyaallah..amin.

Monday, December 1, 2008

Kilang arang punca rezeki wanita gigih Kuala Sepetang

Aku tertarik bile membaca article yg aku jumpa di Berita Harian on9. Aku terpegun membacanya w/p aku penah tgk docu spt ni ditv. Aku cuba mengkaitkan kisah hidup mereka dgn situasi diriku.

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my


Kerja bermula dari membuang kulit kayu bakau hinggalah mengeluarkan arang daripada 'iglu'

USIANYA mencecah 65 tahun. Layaknya seorang wanita seperti ini boleh dibiarkan bersenang lenang di rumah sambil melayan cucu menghabiskan masa menjelang penghubung usia.

Namun, bagi warga emas, Sapiah Hitam, sejak kematian suami 12 tahun lalu, beliaulah bapa dan ibu kepada tujuh anaknya. Walaupun kini semua anaknya sudah besar dan mampu berdikari, Sapiah sedar mereka juga bukannya hidup senang seperti orang lain.

Atas dasar itulah beliau meneruskan kerja di kilang arang kayu bakau di Kuala Sepetang, Perak sejak 20 tahun lalu. Selayaknya beliau kini menerima bayaran pencen pada usia itu, tetapi situasi jauh berbeza bagi Sapiah. Jika tidak bekerja, siapa yang akan menanggung perbelanjaan harian.

“Siapa nak bagi anak makan. Saya ada tujuh anak, syukur sampai sekarang saya masih mampu bekerja. Tuhan bagi kekuatan mencari rezeki. Anak saya pun kerja di sini,” katanya merujuk kepada Zuraida Talib, 24, juga bekerja di bahagian mengeluarkan arang dari dapur pembakaran di kilang berkenaan.

Kerjanya bukan senang. Bersama enam lagi wanita termasuk Zuraida, mereka mengambil upah mengeluarkan arang daripada dapur besar berbentuk iglu untuk diproses dan dibungkus sebelum ia dipasarkan.

DAPUR berbentuk 'iglu' tempat membakar arang

Mukanya penuh calitan arang, tetapi senyumannya tetap terukir di bibir melihat aksinya dirakam kamera. Gelagatnya turut mencuit perasaan rakan setugas.... kata mereka selepas ini Sapiah akan menjadi popular dan jangan lupakan mereka.

“Macam mana nak ambil gambar ni, muka pun lebih hitam daripada arang,” katanya berseloroh sambil mengangkat keluar kayu bakau yang sudah siap dipotong.

Sapiah dan anaknya adalah sebahagian daripada wanita yang bekerja di kilang arang itu. Mereka digelar suri arang iaitu sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia yang menjadikan produk arang Kuala Sepetang antara yang terkenal untuk pasaran tempatan dan antarabangsa terutama ke Jepun.

Kerja di kilang arang tidak semudah yang disangkakan. Ketika wanita di zaman moden ini mementingkan kecantikan, penampilan diri yang kemas dan menarik, situasi itu jauh berbeza dengan kumpulan suri arang.

HASNAH HUSSIN, 54,
mengutip serpihan arang.

Memang diakui, antara menjaga penampilan diri atau keperluan mencari rezeki, kedua-duanya sama penting terutama bagi wanita moden dan bekerjaya khususnya yang membabitkan aspek perhubungan dengan orang ramai setiap hari.

Namun, suatu yang jauh berbeza dan jarang diketahui umum, wanita di sini nyata mempunyai penampilan berbeza untuk mencari rezeki.

Soal bersolek, berpakaian cantik, kemas diketepikan sama sekali. Semua itu dianggap remeh dan tidak perlu difikirkan sangat kerana lebih penting mereka berdoa setiap hari semoga sentiasa sihat untuk bekerja.

Berita Minggu yang meninjau kehidupan kumpulan pekerja wanita di kilang arang ini mendapati mereka seronok dan gembira dengan apa yang mereka lakukan, berpegang pada prinsip ‘asalkan ia halal’, kami tak kisah lakukan semua ini.

Seorang lagi ibu tunggal, Hasnah Hussin, 54, juga mengalami nasib yang sama. Walaupun baru empat tahun bekerja di situ, ia menjadi sumber pendapatan tetapnya menyara keluarga selepas kematian suami lima tahun lalu.

“Empat daripada lima anak saya dah berkahwin. Saya tinggal dengan anak lelaki bujang, bekerja nelayan. Jika nak harapkan dia seorang, tentu teruk sebab nelayan ni rezekinya tak tentu, kadang-kala ada, kadang kala langsung tak dapat.

“Jadi, inilah tempat saya mencari rezeki. Datang jam 8 pagi, habis jam 1 tengah hari,” katanya yang juga dianggap sebagai warga emas berbanding rakan setugas lain, Norizan Abd Rashid, 33 dan Zurina Khalid, 34.

Di kilang bersebelahan, kami menemui dua lagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Che Su, 40, dan Kak Yam, 39, berganding bahu menyiapkan kerja membuang kulit bakau. Menggunakan pisau panjang diikat kayu rotan, mereka cukup tekun dan sabar.

Asalnya, mereka berdua bekerja di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang tetapi disebabkan masalah pengangkutan, mereka terpaksa berhenti kerja dan mencuba nasib di kilang arang. Layaknya kerja itu cuma dilakukan lelaki, tetapi mereka membuktikan wanita juga mampu jika mahu.

“Ini punca rezeki kami. Kalau tak kerja, dapur tak berasap. Dah empat tahun saya kerja, mula jam 8 pagi sampai 12 tengah hari, kadang kala sampai 2 petang. Kalau ada bekalan kayu lebih, kami balik rumah tengah hari dan datang semula sebelah petang,” kata Che Su.

Dengan upah 17 sen bagi setiap batang kayu bakau yang dibuang kulit, Che Su dan Kak Yam mampu menyiapkan lebih 200 batang sehari atau dalam perkiraan mudah, mereka mendapat upah kira-kira RM35 sehari. Jika dibahagi dua, seorang akan memperoleh RM17 sehari.

Kadar pendapatan bergantung kepada berapa jumlah kayu yang dibersihkan. Menjelang musim perayaan atau musim baru persekolahan, mereka akan bekerja lebih kuat untuk mencari perbelanjaan tambahan.

Rakan mereka, Zamri Zainon, 40, juga bekerja di situ sempat mengusik, katanya jika Kementerian Belia dan Sukan mahu mencari bakat sukan dalam acara lempar cakera, merejam lembing, datanglah ke sini, ramai wanita kuat dan cekal bekerja di sini.

Shikin JD : Adoooi camne la nasib ku jika aku ditmpt mereka??? Tapi ble aku fikir2kan balik, mereka adalah wanita2 gigih yg bekerja mencari sesuap nasik, bergelumang dgn arang yg hitam demi utk mereka & anak2 tanpa seorang lelaki bergelar suami. Aku juga senasib dgn mereka cuma nasib ku lebih baik kerana aku mempunyai pekerjaan yg sedikit baik dari mereka dan aku boleh berdandan cantek setiap hari.

Wang mmg perlu didalam hidup harini, aku penah menganggur selama 6 bulan (masa tu anakku berumur 4 thn) aku terasa amat perit utk menagih wang membeli keperluan diriku sendiri dari seorang yg bernama suami....yg akhirnya aku mengambil keputusan utk bekerja semula.

Dlm hal ni, walau apa pun alasan kite, pekerjaan yg kite ada amat la penting & jgn sesenang itu saja utk berhenti kerana utk mendptkan pekerjaan semula amatlah payah. Harga sebuah pengorbanan utk anak2 sekiranya telah kehilangan, ditinggalkan oleh seorang suami.

Monday, November 24, 2008

Michael Jackson Akhirnya Peluk Islam


LOS ANGELES, 21 NOV 2008:
Sebelum ini gosip pernah tersebar mengatakan superstar Michael Jackson sedang mendalami Islam malah sudah memeluk agama suci itu. Namun tiada kesahihan tentang khabar angin berkenaan.


Semalam, sebuah akhbar di Amerika Syarikat melaporkan penyanyi lagu Beat It akhirnya sudah memeluk Islam di kediaman seorang rakannya di Los Angeles, pada minggu ini.


Laporan itu berkata, upacara itu berlangsung di kediaman pemuzik album Thriller, Steve Porcaro dan disaksikan beberapa rakan seni lain termasuk pendakwah Yusof Islam atau Cat Stevens. Sebelum ini, Michael adalah bekas penganut mazhab Kristian Jehovah's Witness.

Difahamkan, Michael, 50, mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara bersejarah itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Sebelum ini, abang Michael iaitu Jermaine Friday, terlebih dulu memeluk Islam pada 1989 dan sejak itu penyanyi lagu Heal The World itu mula menunjukkan minat terhadap ajaran Islam.

Satu ketika, selepas Jermaine pulang dari Tanah Suci Makkah, dia menghadiahkan Michael beberapa buku tentang ajaran Islam dan pada saat itu Jermaine semakin yakin bahawa satu hari kelak, pintu hati Michael akan benar-benar terbuka untuk menjadi seorang muslim.

Sementara itu, minggu depan, Michael dijadual memberikan keterangan di sebuah mahkamah di London berhubung tentang ganti rugi berjumlah US$7 juta kepada putera kedua Raja Bahrain, Sheikh Abdullah Hamad Al Khalifa.

Sheikh Abdullah mendakwa beliau memberikan sejumlah wang kepada Michael untuk menghasilkan sebuah album di bawah label syarikatnya selain sebuah kereta mewah Rolls-Royce berharga US$120,000.

(sumber dari www.murai.com.my) link

Shikin JD :
adakah benar berita ni???
...adakah ini satu pelarian terhadap masalah2 yg sedang dihadapinya???...adakah Michael Jackson ikhlas memeluk agama Islam??... kite biarkan persoalan ini antara MI dgn Allah, sapa la kite utk mempersoalkannya...semoga dia benar2 ikhlas & Allah telah memberikan dia taufik & hidayah serta menambah seorang lagi umat Nabi Muhammad


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...