Showing posts with label Greetings. Show all posts
Showing posts with label Greetings. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Apa AzaM Kowang ek?


Adeiiii, lama gak aku tak hapdet blog ni. Igt nak mulakan semula taon 2012 ni tapi asyik tergendala je ngan masalah kesihatan, kebizian & macam2 agi lar. Sampai naik rindu & gian aku nak menulis semula tapi masa je tak mengizinkan. So skang ni aku curi2 masa dlm ketimbunan file2 & kulit2 limau *mode Gong Xi Fa Cai, atas meja ni.


Ble cite psl taon baru mesti sinonim ngan soalan "...apa azam di tahun baru?..." Sana-sini terdgr soalan tu berulang2. Pada aku, sume tu cam tak perlu sgt. Tapi canner pon aku nak tanya gak kat kowang....apa agaknya azam kowang sume di taon baru 2012 ni, hehehe....*kan ke tu soalan sinonim taon baru?



Pada diri aku sendiri, azam2 ni aku tak bape nak kesah sgt....kalo aku rasa aku nak dapatkan sesuatu tu aku tak kira awal taon ke tgh ke atau hujung taon. Pada pandangan aku kalo nak berubah tak yah tgu masa2 tertentu. Buat je tatkala kowang terfikir. Tak yah kecoh2 sgt gitau sana-sini azam2 kowang. Msg2 berlumba2 publish azam yg canggih2 kan? Tapi kalo realisasinya hampeh pon watper.



Sbb kdg2 pas publish apa azam memasing, org akan lupakan trus. Umpama perkara yg diidam2kan & dipendam slalunya kite akan sentiasa igt, tapi kalo da diluahkan tentu ia akan dilupakan sket demi sket.



Tapi tu pandangan peribadi aku lar. Kalo kowang nak publish pon ok gak. Mgkn ramai yg akan cuba usaha utk mendptkan apa yg diidam2kan tu.


So, selamat merealisasikan azam2 !!!


Hehehehe, kowang mampu???

(tp ni bkn aku lar)





Tuesday, November 29, 2011

HaPpY BiRThDaY BaBy !!!



Arini, 29/11/2011 merupakan tarikh ulang tahun kelahiran anak kesayanganku Afif Farhan yg ke 19. Cam tak caya je 19 thn dulu dia dok dlm rahimku selama 9 bln++ & da bersama tempuh pelbagai2 peristiwa suka & duka selama itu.



Dia sorang anak yg senang dijaga masa kecik sampai la ke ari ni krn dia kurang karenah, tak banyak ragam & tak 'peningkan' aku lbh2 masa kecik dulu. Cuma skang ni ble dia da meningkat dewasa dia da ada pemikiran & pendirian sendiri. Dia jadik sorang yg tau memilih apa yg dimaukannya.


Kdg2 kami 'bertikam-lidah' ble msg2 nak menang dgn pendpt msg2, hehehe. Kdg2 aku 'kalah' tapi slalunya aku akan bagi alasan2 yg munasabah ngapa aku berpendirian camtu.



Aku slalu bagi peluang pd dia utk berkongsi apa saja dgn ku seumpama sorang kawan. Tp bkn sume cite dia nak share ngan aku, lbh2 hal2 remaja ni. Tapi aku tak kesah psl tu asalkan dia tau apa yg dia buat & tak langgar batas2 prinsip.


Afif, sempena hari berbahagia ni, mama nak ucapkan

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 19
Jadilah hamba Allah yg Baik,
Anak yg Taat & Pelajar yg Cemerlang

Jgn sia2kan hidupmu
Jadilah sorang yg berjaya
Mama akan sentiasa doakan kesejahteraan
& kejayaan kamu


HAPPY BIRTHDAY BABY !




Sunday, July 31, 2011

EsOk PoSer Weiii.....



"....nama saya Sya'ban...saya ingin ingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang kunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar(berbuka puasa)...mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah....mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines
....hargai mereka & anda akan mendapat berkat...."




Shikin JD : Alhamdulillah, sekali lagi kita bakal bertemu kembali bulan mulia Ramadhan al Mubarak pada esok ari.


Di sini dgn rendah diri, aku ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf sekiranya terdapat salah & silap selama mengenali diri ku samada melalui blog ini atau secara peribadi. Sbg insan yg lemah lagi jahil aku akui mungkin tanpa sedar aku terleka & telah
menyinggung prasaan kamu yg membacanya dgn kata2 yg aku luahkan di sini.


Di samping tu aku juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & semuga ibadah kite semua akan diberkati hendaknya....amin
.



Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala


Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang


Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu



Monday, February 14, 2011

SaLam MauLiDuRasuL.....



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Baginda adalah
nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.




Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Friday, January 1, 2010

SeLaMaT Thn BaRu 2010....




Assalamualaikum to all my loyal blog visitors....

"Di kesempatan ini, ingin ku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga hari2 yg mendtg bakal membawa perubahan, kebahagiaan & kesejahteraan dunia & akhirat, amin..."



Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH....


Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk wakti Maghrib pada akhir Zulhijjah-Khamis 17 Disember 2009

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun, maka syaitan anak berkata: "hampala kami di sepanjang tahun ini"


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Khamis 17 Disember 2009

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Masudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Thursday, September 24, 2009

MiNaL 'AiDiL waL-FaiZin....


" Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah, ada jua keterlanjuran kata
Dalam gurau senda, tentu ada khilaf & dosa "

Rasanya tak terlambat utk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Dzahir & Bathin..sekiranya ada keterlanjuran kata & perbuatan harap dimaafkan.

Semoga sume akan berbahagia di hari yg mulia ini....amin.



nah, amek korang wit ghaya, hehehe

Shikin JD : Thanks pada sumer yg mengirim ucapan samada melalui kad, sms, facebook, myspace & dimana2 saja. Terharu atas igtan kamu sumer...cayang korang.

Sunday, August 16, 2009

SaLam RaMaDhaN...








Shikin JD : Aku, Nor Ashikin Jamaludin dgn rendah ati amek kesempatan ni utk pohon AMPUN & MAAF kpd sume pembaca blog ni atas segala kesalahan & kesilapan yg dilakukan samada sedari atau tak selama aku berblogging atau berkawan.

Kdg kala kite tak sedar apa yg kite lakukan & perkatakan da lukakan ati kwn2 atau org lain. Itu adalah lumrah insan kerdil yg dinamakan 'manusia' tapi kite tak ble la gunakan 'tiket' tu utk amek remeh atau mudah. Perbaiki supaya jadi baik & lebih baik di masa akan dtg....insyaallah.




Sunday, June 21, 2009

Hepi PaPa's Day.....



Hepi Papa's Day to my blog readers (yg loyal & yg tak bape loyal) Ajym & Sha termasuk sekali bakal2 bapa, Farell, Iras, Zamani, Helmie, Ezzmal, Fadzree, Tokwan, Ajoy, Fikri, Aimer (wish siap2, ye la nanti ble time dorang jadi bapa ntah2 da ke mana2 ataupun da nyombong ngan aku ke, lost contact ke kannn??).

And also to my sayang C, my darling **bo*, my A**r, my boss, En. Asmadi, En. Khaled, my colleagues Mie, Razli, Fauzi, Ismail & tak ketinggalan to my bro Wan, my bro-in-law Nal, my x-laki S*a*, my x-bro-in-laws & sume bapa2 di luar sana, cewah (cam la dorang msk sini & baca, hahahahaha=all these are not my blog readers).

Dgn ucapan, "Semoga berbahagia di samping keluarga tercenta" (cam ucapan kat media lak, hehehe). Dah banak ramai2 tu pandai2 la jaga anak2, k? Jgn tinggal2kan, nanti time tua tak de org nak jaga. Masa kuat ni kdg2 ramai yg terlupa, tapi ble da uzur baru tingat ada anak2 (ambooooooi, bebel lak, larikkkkkkkkkkkkk).

pix lama abah, mak, along & angah
(huhu, aku tak de lagi masa ni)

arwah abah

Shikin JD : saja aku letak pix family aku...arwah abah & mak serta along & angah. Nanti2 la aku cite pasal family aku

Tuesday, January 27, 2009

GoNg Xi Fa ChAi.....


Actually malas nak update pasal perayaan taon baru cina ni sbb bkn tak ramai kawan2 berbangsa tionghua tapi dorang tak msk sini pun...yg penting.....utk seseorang tu da wish siang2, malam makan besar da siap wish, tak yah la aku tepek apa yg aku wish kat dia, too personal huhu....lagipun aku cam malas nak update blog la, leh tak?

Yang penting lagi, aku mabok orennnnnn....



Shikin JD : utk seorg kawan tu pula, semoga cpt semboh & pulih spt sedia kala...amin

Thursday, January 1, 2009

HePi NeW yEaR 2009 : AzAm

(p/s..abaikan gelas champagne tu,
aku kemalasan nak mencari pix yg sesuai, huhu)

Selamat Tahun Baru 2009. Tinggal sudah tahun 2008. Selalu org bile bercite ttg tahun baru mesti tidak tinggal dgn azam. Ada yg bertanya samada azam da tertunai atau tak.

Tapi aku tak bape ske cite pasal azam2 ni. Kalo nak berubah tak perlu tgu sehingga ke tahun baru, kite kena berubah immediately masa kite fikir mahukan sesuatu perubahan.


Setahu aku, aku jarang berazam bile mula tahun baru & rasanya mmg tak tau samada ada azam tahun baru atau tak, pelik kan? Mmg kenyataan. Sbb bile aku nak melakukan sesuatu perubahan atau inginkan sesuatu aku akan mula berusaha di saat aku mula memikirkannya.

Tapi tak de la nak kata setiap apa yg aku idamkan tu tercapai, kite kan manusia biasa, apa2 pun jika tak dimakbulkan oleh Allah maka tak menjadi la. Tapi kite kena sentiasa meneruskan azam kite tu.


So disini aku ingin mendoakan agar segala azam2 kamu akan termakbul & tertunai. Jika belum tiba masanya jgn perbaharuinya tapi memperbaiki usaha kamu tu. Ingatan ini utk ku juga.


SELAMAT TAHUN BARU

Sunday, December 28, 2008

mAaL HiJrAh & TaHuN bArU mAsEHi


Tinggal sudah 1429 Tahun Hijah bagi seluruh umat Islam & juga 2008 Tahun Masehi. Menjelma 1430H & 2009 yg bakal menyaksikan diari2 baru.

Banyak perkara2 yg terisi dlm diari hidupku di tahun ini. Ada suka & ada duka. Seperempat tahun (4 bulan) aku terisi dgn duka2 yg amat perit w/p terdpt suka yg paling meriakan. Entah mengapa thn ini saja hidup ku penuh berwarna-warni, penuh dgn corak2 yg terlalu abstrak utk ditafsirkan.

Aku menjadi terlalu sensitif, lemah, tak berdaya utk menempuh hari2 duka yg bnyk mencacatkan hidupku. Kesihatan ku turut terjejas, prestasi kerja yg merundum sehingga kehilangan kepercayaan dari org2 yg aku hormati.

Tapi alhamdulillah aku tak melatah & hanya redha dgn semua yg aku tempuhi w/p kdg kala aku merasakan teramat hina di mata org. Cercaan, kutukan, sumpah serana menjadi mainan yg aku sendiri tak mengerti. Mengapa semua ini berlaku di saat2 aku sepatutnya mendpt keberkatan setelah menempuh tahun2 hidupku. Tapi aku kembali semula kepada Nya & redha mengatakan semua ini hanyalah pancaroba hidup & menguji kesabaran ku serta keredhaanku kepada Nya.

Ok, cukup la saat2 sedih pilu tu, aku berharap tahun mendtg akan membawa aku ke satu permindahan/penghijrahan yg lebih bermakna. Aku bersyukur kerana telah diuji oleh Nya sedemikian rupa. Aku bersyukur aku tidak turut menjadi spt mereka2 yg menghukumku. Aku hanya duduk menunggu seolah2 hukuman mati akan dijatuhkan kepadaku.

Alhamdulillah, kesabaran ku berbaloi & aku menjadi lebih tabah & berani serta mengenal insan2 sekelilingku. Benarkah ungkapan yg aku penah sebut dahulu?????

Tak semestinya org yg rapat dgn kite
boleh dipercayai

Tak semestinya org yg kite percayai
adalah rapat dgn kite

~waallahu'alam~

Tapi aku tidak boleh menghukum mereka2 yg telah memberi 'kesakitan' kepada diriku. Mereka la yg telah 'membuka mataku' sehingga dpt melihat dunia yg penuh dgn pancaroba ini. Tanpa org2 spt mereka aku mgkn akan mudah alpa & tidak tau bersyukur.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijah & Selamat Tahun Baru kepada semua yg mengenali diriku semoga tahun yg baru akan membawa keberkatan & kesyukuran kepada diri kamu sume. Juga semoga membawa kite berhijrah dari keburukan kepada kebaikan, amin.

Syukur dgn segala nikmat yg Allah berikan kepada kite selama ini.....alhamdulillah.


Sunday, December 7, 2008

sELaMaT hAri RaYa AiDiL aDhA


10 Zulhijjah merupakan Hari Raya Aidil Adha/Korban utk seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Makkah sekali lagi menerima tetamu2 Allah yg bakal menunaikan ibadah haji, rukun Islam yg ke 5. Bile agaknya aku dpt kesana???

Masjidil Haram, Makkah Al-Mukkaramah

Setiap thn semasa aku kecik & kedua2 ibu bapa ku masih ada, kami akan menyambutnya dgn meriah. Tak kira samada Aidil Fitri atau Aidil Adha sama saja meriahnya. Lebih2 lagi selepas kedua2 mereka bergelar Haji & Hajjah. Tetapi makin lama sambutan makin kurang meriah, ntah mengapa. Lebih2 lagi selepas ketiadaan kedua2 mereka, kami hanya menyambutnya sbg berkumpul dgn keluarga sahaja w/p tak semua yg ada. Ye la kan, ada adik beradik ku yg berkahwin dgn org luar dari KL/Selangor, so dorang pun bergilir2 pulang ke kg suami/isteri msg2.

Disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca2 blog ini & juga sesiapa yg mengenali diriku (w/p yg tak dpt msk ke sini). Tak payah aku menyebut nama2 kamu semua kerana aku tujukan kepada semua yg beragama Islam. Jika ada terkasar bahasa, kelakuan yg menjolok mata atau yg tersirat di hati kamu sume, aku dgn rendah diri mengambil kesempatan ini utk memohon ampun & maaf.


Saturday, August 30, 2008

31 Ogos Hari Kemerdekaan

Diam tak diam dah 51 tahun negara ini telah mencapai kemerdekaan dari penjajah Inggeris. Tarikh kemerdekaan adalah pada 31 Ogos 1957 telah dipilih sbgi Hari Merdeka & telah diisytiharkan secara rasminya di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur oleh Tunku Abdul Rahman Putra alHaj, Perdana Menteri Malaysia Yg Pertama.

Walaupun Hari Merdeka tidak sesuai lagi digunakan & digantikan dgn Hari Kebangsaan tetapi sbg rakyat Malaysia harus memperingati dan berterimakasih atas perjuangan pejuang2 kemerdekaan untuk mendapat hak kemerdekaan tersebut.

Hari Merdeka/Kebangsaan pada hari ni tidak berapa menepati & seimbang dgn titik peluh nenek moyang kite terdahulu yg hidup dlm kesenggasaraan & kesusahan semasa zaman penjajahan British. Perayaan pada hari ini lebih kepada berbentuk hiburan & bukan memperingati detik2 sebelum tarikh keramat tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...