Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

HaPpY BiRThDaY BaBy !!!



Arini, 29/11/2011 merupakan tarikh ulang tahun kelahiran anak kesayanganku Afif Farhan yg ke 19. Cam tak caya je 19 thn dulu dia dok dlm rahimku selama 9 bln++ & da bersama tempuh pelbagai2 peristiwa suka & duka selama itu.



Dia sorang anak yg senang dijaga masa kecik sampai la ke ari ni krn dia kurang karenah, tak banyak ragam & tak 'peningkan' aku lbh2 masa kecik dulu. Cuma skang ni ble dia da meningkat dewasa dia da ada pemikiran & pendirian sendiri. Dia jadik sorang yg tau memilih apa yg dimaukannya.


Kdg2 kami 'bertikam-lidah' ble msg2 nak menang dgn pendpt msg2, hehehe. Kdg2 aku 'kalah' tapi slalunya aku akan bagi alasan2 yg munasabah ngapa aku berpendirian camtu.



Aku slalu bagi peluang pd dia utk berkongsi apa saja dgn ku seumpama sorang kawan. Tp bkn sume cite dia nak share ngan aku, lbh2 hal2 remaja ni. Tapi aku tak kesah psl tu asalkan dia tau apa yg dia buat & tak langgar batas2 prinsip.


Afif, sempena hari berbahagia ni, mama nak ucapkan

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE 19
Jadilah hamba Allah yg Baik,
Anak yg Taat & Pelajar yg Cemerlang

Jgn sia2kan hidupmu
Jadilah sorang yg berjaya
Mama akan sentiasa doakan kesejahteraan
& kejayaan kamu


HAPPY BIRTHDAY BABY !




Sunday, August 14, 2011

Epi BesDey To Meeeee.....


Lama gak la kali ni aku tak menghapdet blog ni. Aku tau kowang mesti rindu ngan N3 baru dari aku kan? Miahahahahahaha *sendiri prasan*. Selain dari majok2 [link ni] *tgn kat dada, mata juling ke atas*, badan aku pon asyik lesu jer bln2 poser ni. Bkn sbb tak biasa poser....hish da tua2 bangka ni mana lak tak biasakan? Tapi ntah la asyik ngantuk & letih jer. Mgkn dek peredaran umo yg menyebabkan tenaga makin lemah.




Kebiasaan aku masa poser mmg jarang makan time sahur. Aku minum jer & kdg2 makan kurma 1-2 bijk, tu da cukup pada aku. Kalo aku makan gak nanti lom kol bape perut aku akan sebu cam kelaparan...tu pasal la aku mmg xske amek sahur cuma bangun je & minum utk amek berkat.


Sambil tu aku dok ngejutkan anak bujang aku yg kat perantauan tu. Eh! camne lak dok jauh2 tapi ibu mithali ni *mithali la sgt*, leh kejutkan anak kan? Ala zaman2 cenggeh....eh! canggih ni kan ada henpon, so mmg tiap2 pagi aku kejutkan dia ngan kol lar. Kdg2 dia sedar kdg2 tu liat sket, berkali2 kol baru bangun. Tapi aku paham sbb kdg2 dia tido lewat sbb mentelaah atau siapkan assignment. Ble dia lewat tido dia akan sahur dulu.


So, alhamdulillah aku berjaya menjlnkan puasa penuh sampai ke saat aku hapdet blog kali ni. Tapi rasanya bape ari agi ABC la kot, hahahahaha. Eh! korang tau ke apa ABC tu....."Allah Bagi Cuti".....tapi utk org pompan yg sewaktu dgnnya tau, sapa2 yg jantan tu mmg xkan dpt la cuti spesel tu, sorry, hehehehe....



Ok, smlm adalah besdey aku yg ke "swit sebentin" katenyerrrrrrrrrr. Takde la wat apa2 celebration, ala da tua pon, huhu. Sapa2 yg mmg kenal aku tau la umo aku yg sebenarnya, tapi yg xtau tu aku nak korang teka sendiri *cam la ada yg nak meneka, muahahaha*. Ssh2 sgt korang pk la anak aku yg da besar so korang campur-tolak-bahagi tendang-terajang la bape agaknya umor aku, huhu.


Konon2 ni kek aku lar
(tp ni bkn kek aku, tumpang kek org yg nama serupa)


Yg pasti korang mesti salah kira atau tak pasti sbb aku ni kat luar awet muda taw, aku xnampak cam umo aku yg sebenarnya *kekwat - WAKAKAKAKAKA [gelak setan
]*


Kalo atur lilin ikut umo aku, jenuhla aku niup lilin tu sume


Aku sedih sbb kali ni besdey aku masa anak aku jauh. So, aku xdpt la wish sambil dipeluk-cium olehnya.....huwarghhhhhhhhhhhh *nanges guling2*. Tapi dia ttp xlupa ucapkannya melalui henpon....jadi lar. Dari org jauh yg pernah bertahta di ati aku pon ttp xpernah lupakannya gak, thanks my dear....muah! Di samping tu dari kengkawan yg ucapkannya merata2. Ingatan korang tu wat aku terharu & amat hargai, maseh sumer !!! *nanges agi*.




Shikin JD : Semoga sempena ulang tahun kelahiran ni aku di Rahmati, dimurahkan rezeki, dpt menjlni hidup dgn lebih bahagia & dikurniakan dgn kesihatan yg baik.....amin.






Thursday, March 31, 2011

HaPPy BirThDay CHaiYaNg....


我亲爱的 生日快乐




希望你就会找到 快乐和幸福,身体健康。
将永远记住美好的回忆。
您已成功地治疗我的心。

祝您健康长寿!




Wednesday, March 30, 2011

HaPPy BeLaTed BirThDay Sham....


Ble aku dok sorang2 aku terpk date 29/3 (smlm), cam ada something lar, tp xigt berkait ngan apa. Lama gak aku pk-n-pk, last2 baru aku terpasan date tu upenya adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran my x-hubby.

With our beloved son


So, aku nak wish dia Happy Belated Birthday Sham.....yg dulu ku panggil Yang. Semasa kami msh agi suami-isteri kami jarang celebrate birthday msg2 kecuali masa ngah bercinta-cintun lar. Truk kan !!!!


W/p cam xromantik tapi still remember ari tu gak cuma xde la candle light dinner or so called lar. Just wish 'malu2' padahal masa sblm kawen mmg ada la celebrate sket2 tu pon xde la cam org lain. Ye la bedey aku pon dia bkn igt sgt.....tgu2 gak dulu ble dia nak wish & bagi something ke apa ke kan......tarak....kemsalam....hampeh !!!!


Padahal aku ni kira cam romantik gak lar (mode : msk bakul, angkat sendiri, hehehe). Aku jenis pengingat cuma besdey sendiri je slalu lupa.


Once again

Happy Belated Birthday Sham !!!


"....I xpernah kesal kaweni u dulu

sbb u da bagi I hadiah paling bernilai

iaitu anak tunggal kite, thanks !!!.... "



Shikin JD : Cam la dia tau blog aku ni & baca.....tapi xpe yg penting aku still remember & da wish dia by sms.



Saturday, March 26, 2011

HaPPy BirThDay FaReLL.....


Tarikh 26/3/2011 menjadi tarikh keramat kpd Mohd Faizal Azhar@Farell yg meniti ke usia 24 tahun yg sdg menempuh hidup yg mendebarkan & mencabar krn menginjak dari dunia pelajar ke dunia kerjaya.



Kami pernah rapat & dia umpama anak / sahabat / musuh tradisi spt ombak yg sentiasa pasang-surut juga bak soap opera yg skripnya sentiasa 'misteri' & sukar diramal.


Kdg-kala aku lihat hubungan kami bak 'tsunami' yg kejam ketika tubuh sdg enak 'bercumbu2' dgn angin sepoi2 bahasa yg nyaman. Tapi mau atau tidak kenyataan perlu dihadapi & ditempohi.


Walau bagaimana pon, dari kejauhan ini (w/o his knowledge) aku ttp tak pernah lupakan tarikh ini, ingin ucapkan Selamat Ulang Tahun ke 24 pdnya di sini saja krn dek 'pagar duri & jurang dlm' yg dia pasang sekelilingnya yg menyebabkan kami semakin ..... jauh ........... jauh ................. dan semakin jauhhhhhh.


Aku sentiasa doakan kesejahteraan, kebahagiaan & kejayaan spt yg diimpikannya satu hari nanti....amin.


Once again

HAPPY 24th BIRTHDAY FARELL...!!!!


Shikin JD : Kamu jaga diri.....jaga kesihatan. Semoga sentiasa diberkati Allah, amin.



Tuesday, March 22, 2011

HaPPy BirThDay AEdY....


22/3/1988
lahirlah seorang anak lelaki yg comel yg dinamakan Saidatul Muntaha yg lebih dikenali sbg Aedy. Pd tarikh tersebut di tahun 2011 ini genaplah usianya 23 thn.




Aedy ni salah sorang anak ikan......opppppsssss **matiler Kak Limah** 'anak angkat' aku.


W/p dia sikit 'nakal' dgn lawak2nya tapi dia sorang yg berbudi bahasa. Dia juga sorang anak yg pandai ambil hati, tutur katanya lembut & hormat aku sbg org yg lbh tua darinya & tak pernah lagi dia bersikap kurang ajar dgnku.
Aku slalu terhibur dgn keletahnya.


Di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke 23 padanya & aku berdoa agar dia sentiasa dikurniakan dgn kesihatan yg baik, murah rezeki, berbahagia & dirahmati Allah selalu.....amin.



Aedy & me
(@ LCCT-Kota Baru)


Once again,
Happy 23rd Birthday Aedy...!!!!





Saturday, March 19, 2011

Happy Birthday Shazlan...!!!


W/p aku xbegitu mengenali insan ini, tp aku ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-29 kpd salah sorang blogger, ShazlanShazabi [link]. Semoga tahun ini akan membawakan kebahagian yg lebih, dikurniakan dgn kesihatan yg baik & dimurahkan rezeki, amin.


Once again, Happy Birthday Shazlan !!!




Friday, August 14, 2009

Hepi Bedey To Me !!!!!


(yg ke 25-kata **b**.... hahahaha)

Smlm, 13/8/2009 (Khamis) merupakan hari ulangtahun kelahiran ku yg ke 46 (hehehe, aku tak malu akui aku mmg da tua, kenyataan tapi aku redha & bangga).

Syukur alhamdulillah walau berbagai pancaroba, kesakitan, kepedihan, dikhianati, dihina & dilemparkan dgn bermacam2 tohmahan & fitnah aku ttp berdiri teguh di sini w/p sbnrnya aku hampir2 tumbang (aku akui aku banyak menanges akan nasib diri ku tapi ble aku fikirkan balek, tanpa tu sume aku takkan kuat spt skang ni, lagipun Allah memberi berbagai2 ujian utk menguji aku). Yg penting aku tak pernah melatah dgn sumer tu, aku redha & lbh ske berdiam diri.

Seawal 12/8/2009 (Rabu) kol 11.40pm aku trima kol dari **b** (bkn nama sebenar) yg katanya ingin jadi org yg terawal wish bedey pada aku. Terharu sgt sbb aku tak penah gitau tarikh lahir aku. Dia nak raikan aku esok ari tapi aku kena amek cuti la, tapi aku tak dpt sbb kat ofis ada small party utk ku. Takpe leh celebrate lain hari.

Tepat jam 12.04am, Yasmeen sms aku pulak. Aku tambah terharu sbb mmg da jarang2 dpt chat/borak ngan dia dek kebiziannya yg melanda lately. Bkn aje kat YM tapi emel pun da jarang2 sbb tak dpt dia nak curik2 masa cam slalu. Takpe la yg penting sesekali kami ttp bertukar2 msg tanya kabar.

Esok paginya, anak tunggal kesayanganku peluk ku erat2 & cium ku sambil ucap samat ari lahir (dia da tertido midnite tu sbb kepenatan study). Rasa cam nak mengalir airmata. Tu da cukup padaku.

Kat ofis lak, cam besa la setiap bedey staff akan diraikan. Kali ni takde la nak surprise2 sbb da slalu sgt kan, hehehe tak surprise lagi. Aku sampai lewat tapi sempat la bantu apa2 yg patut. Takde bsr sgt party tu yg penting tanda igtan tu & mmg tak mis diraikan setiap taon.

Lps abes party tu, aku trime sms dari Anis & Shima....

Pastu ble aku cek emel, bertalu2 lak msk msg2 di Facebook. Ble aku cek ni la senarai mrk2 yg tlh beri ucapan padaku.

myspace comments

Facebook
Nubies : Ibusimah (awal bbrp ari), Kyrun, Marsha Shaida, Iras, Ecah, Fiqah, Tweetycute, Fazy, Yani, Fit, Deana, Tokwan, Shima, Zar, Aimer....

Bousteadian : Rozita, Salmah...

Friendster
Fina, Fikri...

Tagged 1
Fendy, Ismail H, Ariffin, Archieda, Joko L....

Tagged 2
Putra, Selva K...

NFC website
Hani Kamariah, Erin Aida...

Thanks jugak pada Fadzree, Faradiya....

Last but not least, aku trime sms dari Mr C. sblm berakhirnya hari tersebut iaitu pada jam 11.45pm (almaklumla org bz mmg tak sempat nak wish awal tapi dia mmg tak penah miss). Panjang gak sms kami berbalas2. Sbnrnya tarikh 13/8 ni juga merupakan anniversary kami yg ke 5. Kami mula kenal pada taon 2004 pada ari ulang taon kelahiranku yg ke 41. Lama gak kami berkawan, w/p da berpisah jauh tapi ttp berkwn w/p msg2 bz. Hanya kol/sms/emel aje yg merapatkan kami bertanya kabar antara satu sama lain. Yg penting kami ikhlas berkawan & tak penah cuba mengkhianati satu sama lain.

Sekiranya ada nama2 yg aku tercicir atau terlepas pandang, arap dimaafkan...

Disini aku ingin ucapkan ribuan terima kasih pada sume kengkawan yg maseh mengingati aku, igtan kamu aku amat hargai & akan aku kenang selama2nya.

Aku juga berdoa agar kamu sume akan dikurniakan dgn kesihatan yg baik, dirahmati & dimurahkan rezeki, amin.




-------------------------------------------------------------------------------------------------

Di tarikh yg sama juga aku menerima kabar sedih akan pemergian kerahmahtullah Allahyarham Ustaz Asri dari kumpulan nasyid Rabbani pada jam10.30am. Seawal jam 11.29am aku dpt tau berita tu...

Setiap yg bernyawa di dunia ni akan kembali jua kepadaNya cuma masa aje yg menentukan, tak kira tua atau pun muda.

Al fatihah....


Friday, June 26, 2009

HePi BesDey AnGah ZaMaNi....



Harini, 26/6/2009 merupakan ulangtahon kelahiran buat Cikgu Zamani yg ke 25 yg ku panggil Angah. Aku kenali Zam semasa di forum NFC. Mula2 cam segan nak borak2 ngan dia, tapi masa tu aku rajin gak borak2 ngan dia & lain2 nubies spt Iras, Ecah etc.

Zam bersama2 ngan Alongnya, Iras
(aku ske pix ni sbb ada bunga kat depan dorang tu
& baju yg dipakainya tu, mmg nampak macho)



Zamani berasal dari Kelantan, bermastautin & membesar di Serdang bersama2 keluarganya. Kini mengajar di sekolah pendidikan khas di Kuching, Sarawak.

Dalam Nubhan FC ni, Zam paling rapat dgn Iras & Ecah...hubungan mereka mmg cam adik-beradik. Siap gado2, manja2 lebih2 lagi kedua2 Zam & Iras ske sgt membuli Ecah. Dari situla dtgnya panggilan Along (Iras) & Angah (Zam).

Pertama kali aku bersua muka dgn Zam semasa di Mid Valley pada 15/12/2008. Pada mulanya aku igt Zam ni pemalu, tapi rupenya peramah & ske wat lawak. Dia pandai bercakap (ye la da professionnya sbg guru la katakan) & pandai menceriakan suasana. Aku yg kdg2 segan ble berjumpa org wat pertama kali pun tak kekok ble dgnnya. Mmg tak kering gusi la ngan gelagatnya, lebih2 masa tu dia asyik mengusik2 & membuli Alongnya, Iras.

Dia kuat berjalan tapi masa tu aku tak rasa letih langsung ber'saie' dari pangkal ke ujung Mid Valley tu sbb mgkn tak boring ble bersama2 dgnnya. Abes kami diseretnya masuk ke setiap kedai yg ada di situ. Kalo pegi sendiri jgn harapla nak ziarah sume kedai2 yg ada kat situ, hahahaha.

Kenangan tu mmg indah pada ku walaupun aku hanya berkesempatan bertemu dgnnya sekali aje.

Di kesempatan ni, mama nak mengucapkan
HEPI BESDEY ZAM
semoga panjang umo, dimurahkan rezeki & cepat kawen...amin.



Thursday, June 18, 2009

PART III : aNaKkU


Pada hari ni, 18/6/2009, blog aku ni da berusia sethn kalo ikut dari post ku yg pertama. Tajuk post ku yg pertama adalah berkenaan anak tunggal ku, "Anak Ku". Masa tu baru blajar blogging so cam kekok & skema je bahasa aku, hahaha.

So, sempena ulang taon yg pertama ni aku wat PART III : Anak Ku. So, kalo korg nak baca post awalku, gi kat sini.

Korang gak leh baca PART II : Anak Ku kat sini.

Farra & Mamat mengacau Afif ngah tido

berada dlm dukungan abahnya bersama2 ngan Farra
masa dulu Afif lom lahir, ble Farra dgr je motor my x-hubby
meluru dia kat pintu tgu ngan tangan berdepang nak soh dukong
(Farra masa kecik mmg manja ngan abah Afif)

tak ble duduk lagi, so dihimpit oleh kak Long & Mamat
ni kalo tak dihimpit mau tumbang tu, hahahaha
(tgk Mamat tak selesa dihimpit Afif & kak Farranya)

ni masa lom pandai berdiri lagi, so ditegakkan oleh abahnya
masa tu pakai lampin kain lagi, babies skang mana kenal lampin kain
sbb ibu2 skang malas cuci, larikkkkkkkkkkkkkkk
(ni kat kg abah Afif)

masa ni lom pandai jalan lagi, duduk pun maseh tumbang2
tgk air liur dia meleleh sampai basah2 bajunya,
org Jawa panggil mengences
(org tua2 ckp kalo air liur anak meleleh adalah yg ibunya tak dpt masa ngandungkannya, apa agaknya ek?)

ni masa 1st yr besdey party
masa ni lom pandai jalan lagi (dia pandai jalan masa umo 1 thn 2 bln)
tgk la comot ngan chocolate cake siap dok dlm kotak kek lagi
w/p dpt mcm2 adiah, dia nak gak kotak kek tu
sampai arwah papa Farra/Syarmim (my late-bro-in-law) ckp
lain kali tak yah bagi adiah lain, bagi kotak je, hahahahaha

ok...cuci2 mata ngan pix Afif masa kecik2

pix mandi tu actually sexy tapi da kena censored, hahahaha



pix dlm bakul tu bkn disuruh2 tu,
nampak dia ngah main2 ngan bakul baju tu trus aku capai camera, kira candid tu
yg teddy bear tu lak, his favourite
sampai bsr dia nak simpan
tapi aritu ilang jatuh bawah katil
ble jumpa je kalo tak silap aku da buang sbb kotor sgt
(atau aku simpan lepas cuci??? tapi ntah mana ek?)

Dulu masa kecik2, Afif & sepupu2nya (4 org) dijaga oleh neneknya bayangkan la dorang masa tu kecik2 ngan nakal2. Tapi dorang masa kecik mmg rapat, cuma ble da dewasa jarang2 jumpa, so slow sket la nak mesra balek.

antara peberet posing dorang, ske tgk ble dorang berposing

posing berderet, masa kecik2 camni la line nyer
tapi da bsr2 ni aturan tu da jadi lain la
sbb dak lelaki lebih tgi dari pompan kan???


skang ni Mamat paling tgi, pastu Afif, ke3 Syarmim
kalo ikutkan adik pompan Mamat, Shira ke4 tgi, pastu baru Farra kot



masa ni rupa Afif cam seiras ngan Farra, cam adik badik

Ada banyak lagi pix dia semasa kecik tapi disebabkan dek scanner yg rosak so ni sparuh saja la yg leh aku tunjuk sbb da lama aku scan ni (ada lagi malas nak tepek, nanti2 la kalo rajin).

Skang, anak ku hampir berusia 17 taon.


Ni gambar2 dia masa kem Kadet Polis yg lalu



Shikin JD :aku terlalu sayang kat anak tunggal ku ni.
W/p aku besarkannya berseorangan, tanpa sumber kewangan yg cukup, macam2 onak duri, perit jerih, pancaroba yg aku lalui & tempohi, (ada kala aku sampai menanges lebih2 masa anakku sakit atau aku tak cukup duit) tapi aku ttp bangga kerana anakku membesar dgn baik. Aku doakan agar dia jadi anak yg bertanggungjawab suatu hari nanti kpd ku & juga bapanya (w/p bapanya abaikannya kini).

P/S : lain-lain pix leh dilihat di album Myspace di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...