Showing posts with label TV. Show all posts
Showing posts with label TV. Show all posts

Monday, February 20, 2012

MaRaThoN ....


Dlm seminggu lebih ni mata aku mmg berpinau2. Lately aku rajin bermarathon. Sume ni sbb sejak cuti2 yg berderet2 masa Chinese New Year (23-24/1/2012), Hari Wilayah Persekutuan (1/2/2012) & Maulidur Rasul sehingga Thaipusam (5-7/2/2012).


Time coti2 tu lak aku malas nak kuar ke mana2 sbb Afif pon xblk. Ble da sensorang tu aku lbh ske lepak kat umah je (dpt jimat duit, hehehe). Masa aku mmg abes dpn tv & 'merayau-rayau' lam internet je la jawabnya selain wat keje & kewajipan harian. Ble da boring ngadap internet, aku tgk tv lak.


Eh! twit2 twit...tang mana lak dtg marathon tu kalo da lepak kat umah kan?


Ok meh aku stori, masa tu la tiba2 mode bermarathon aku tiba. Haaah, korang jgn igt aku ni berjogging atau msk pertandingan lumba lari atau sewaktu dgnnya. Eeeeeee tak koser mak! Da berat2 ni baik dok uma ternak lemak, hahahaha [canner pon aku nekad gak nak turunkan balik berat badan ni, adeiiiii].


Ok stop iklan, sambung cite tu, tiba2 mata aku terpaku tgk sebuah cite Spanish [romance telenovela] kat TV3 [kol 3pm] tajuk Bella Calamidades, lakonan mantap Danna Garcia [kelahiran Colombia] & Segundo Cernadas [kelahiran Argentina].




Mula2 tgk2 camtu je tapi lama2 aku rasa cam syok lak ngan jalan citenya. So, ble coti time weekdays jer, aku mesti tak lepas tonton cite tu. Mula2 aku cam frust sbb aku terlepas bnyk siri & hilang enjoy. Yela cite tu hanya ada hari Isnin-Khamis jer.


Aku pon gegehkan meregister kat website tonton sbb nak tgk cite tu. Pastu aku dok korek2 balik cite telenovela tu dari awal. FYI cite tu skang da siri ke 113 (setakat tarikh arini, 20/2/2012). Ada 50 ++ siri aku kena marathon ngan dok ngadap lagi *fuhhh, tambah pinau2 bijik mata.


Apa lagi, ble mlm2 pas balik keje & weekends jer aku pon dok dpn laptop jer la dari pagi-malam ble waktu terluang. Naik panas laptop aku, sampai ilang2 volume dia [almaklumla laptop zaman dinosaur *nanges]. W/p sore kejap ada kejap xde aku xkesah sbb ada subtitle BM kat situ, so aku leh ikuti cite tu dgn baik.


Sampai ke malam tadi aku da tonton sebanyak 62 siri *amekaw...hahaha.


Tentu korang nak tau ngape aku ske cite ni.....ye la aku ni kdg2 malas nak tgk telenovela ni sbb takot terlepas & ter'addict' la kan? Ble tak dpt tgk 1 siri mula la meroyan, hahahahaha. So dari tgk sket2 baik jgn tgk. Tapi ngan cite tu aku leh terpaku lak kat dpn tv. Bkn la sbb tergoda ngan wajah hero atau heroinnya [w/p tak nafi heroinnya mmg cantek giler, cuma hero pada aku cam tua sket w/p dlm cite ni dia adalah pelajar universiti (masa dia berlakon cite ni umo dia pon da 30an) tapi ttp ensem] tapi sbb jalan citenya yg interesting.


Aku ni bkn la jenis ske tgk cite2 hero-heroin yg cantik-lawa cam cite hindustan [FYI aku bkn penggemar cite2 hindustan], tapi aku lbh kpd plot sesebuah cite tu & telenovela ni berkisar kpd kekeluargaan & jiran sekampung yg seolah2 mirip dgn gaya hidup org sini gak. W/p part pakaian yg seksi2 tu tak sama la tapi keeratan, ciri2 kekeluargaan serta kemelut & kebizi-bodian pelakon2nya tak jauh beza [tapi aku perhatikan perempuan2 bangsa dorang terserlah kefemininannya].



So, ble mata aku da melekat kat laptop dok korek2 cite ni, tv pon aku da tak pandang sgt. Aku pon da tak rasa boring dok umah sensorang atau xde xtvt2 kat luar. Apa yg aku igt ialah nak habeskan marathon telenovela tu yg makin lama makin syok lak aku rasa.


Adakah aku da ter'addicted?
Makkkkkkkkkkkkkkkkk !!!!!!






Sunday, February 8, 2009

EmPunYa KaSuT...


Salam...maaf sbb aku cam 'ilangkan' diri bape hari ni, mmg aku dlm keadaan yg tak berapa baik, luaran & dalaman...demam, selsema, batuk & perasaan...

Sbb ramai lak yg tanya kasut2 sapa kah yg menjadi header utk blog aku ni, so aku paparkan gambarnya....tapi hanya sebelah saja la, sebelah lagi tu harap maaf da terdelete.


Johan (Raja Lawak)

Shikin JD : pada yg kol/msg/ym/komen di blog & chatbox dan aku umpama tak memberi sambutan yg baik, aku ingin meminta maaf dari ujung rambut hingga ke hujung kaki...

Kemurungan ku bertambah2 lepas menyaksikan episode akhir Tree of Heaven harini di mana Yoon-suh mati di akhir episode selepas menderma jantungnya pada Hana. Aku menanges cam nak rak abis baju ku basah ngan air mata....waaaaaarghhhhhh. Cinta tak semestinya bersatu.


Saturday, January 31, 2009

aDoi..NgaPe LamBaT LuaHkaN???


Adooooi geramnyeer...
ngape nak diam2...
tadi kata nak luahkan...
nanti tak smpt lak...
jgn dipendam apa yg tersirat...
suratkan je...
eeeeee....

Luahkan je perasaan cinta tu....
kan ke tu yg diidamkan dari dulu....

Hehehehehe.....
aku lak yg geram....
tadi tgk episode Tree of Heaven....
geram ngan Hana....
kata nak luahkan cinta dia pada Yoon-suh...

kang kawan tu mati....
sia2 je tak smpt nak luahkan....

da dpt jumpa tu dok senyap lak....
eeee kang nyesal lak....

Shikin JD : hahahaha sian korang dok fikir apa maksud aku tadi...ni la kalo da addicted ngan siri2 camtu...kan kan kan ummmiiiiiiiiiiiiiiii.....

k la....nak wat kojo umah


Sunday, January 18, 2009

TrEe of hEaVeN - VCs


Antara VCs berkenaan dgn siri Korea Trees of Heaven yg aku ikuti setiap hari Sabtu & Ahad @ TV8, - 9.00 am to 10.00 am lakonan Lee Wan (Yoon-suh) & Park Shin Hye (Hana).

Sket sebanyak mgkn pada sesapa yg ingin ikuti cite ni, leh la layari VCs yg dibawah :

(p/s sila hentikan volume playlist SYAHDU yg di sebelah kanan blog ini dahulu)






(promo Tree of Heaven)



(nyanyian Lee Wan@Soon-Yuh)



(Tree of Heaven OST (MV)



(Tree of Heaven OST - Dannion)

Hana:
Would u be my tree?
Snow will disappear but a tree will always be there

Yoon-Suh :
It's my promise to u...
Unlike snow which will melt in the spring time...
I will be the tree which will always be there to protect you...

Sunday, January 4, 2009

TrEeS iN hEaVeN


Adoooi, aku dah mula addicted ngan siri TV ni. Last week aku cam terbukak lak TV8 pepagi Sabtu. Mmg jarang2 bukak channel tu, ye la lagipun weekends pagi2 aku slalu sibuk basuh kain, wat tu wat ni, dah t/hari atau ptg baru dpt relax sket. Tapi ye la kebetulan lak masa tu dlm cuti panjang, so keja sket2 da siap, so pagi2 ngadap tv la....

Masa tu tiba2 aku terlekat tgk cite Jepun/Korea tajuk Trees in Heaven. Rasanya tu Ep 1, tapi aku termiss yg awal tu, so tgk pun dah 10 minit pastu. Cite tu cam best je, kisah 2 bradik tiri (ibu pompan tu kawen ngan ayah lelaki tu). Lelaki tu nama Yoon-suh, dari Korea umur 20 tahun, pompan tu Hana (Jepun) tapi umur aku kurang pasti lak.

Nak senang igt :

Soon-yuh (hero)
Hana (heroin)
Ryu (senior yg cintakan Hana)

Lelaki tu lak jenis tak campur & tak endahkan langsung apa2 yg berlaku, kira autistic la, tak tau la tu mmg penyakit dia atau hanya dia cam putus asa lepas ibunya meninggal dunia. Mula2 mmg tak dgr sore dia, Ep 3 baru dgr sore. Yela dia pun hanya tau berbahasa Korea je. Hana berusaha macam2 nak jaga abg tirinya tu. Pengorbanan Hana tu telah melembutkan hati Yoon-suh.

Lama kelamaan lelaki tu dah sayang & suke kat Hana & dia berjanji akan jaga Hana baik2. So cite ni cam best kan? Tapi kalo tak de dugaan cite tu abis camtu je la....so nak panjangkan cite, Hana lak ske kat sorang senior student kat skolah dia nama Ryu. Ryu pun cinta kat Hana, ni yg jadikan Soon-yuh cemburu & sanggup kejar dorang sampai ke Tokyo masa Ryu bawak Hana gi jalan2 (adooooi romantik tol la, hehehe).

Pendekkan sket la cite ni, actually Soon-yuh cintakan Hana tapi Hana lak cintakan Ryu, kira cam cinta 3 segi la. Kebetulan lak Mika (kawan Hana) cintakan Soon-yuh tapi Yoon-suh lak wat dek je. Ah, lupakan pasal org lain la....kite tumpu kat Hana & Yoon-suh.....

Soon-yuh dah luahkan rasa cintanya pada Hana tapi Hana menafikan yg dia cintakan abg tirinya tu & anggap cam abg dia je. Tu dah menjadikan Yoon-suh sedih & berkali2 dia tanyakan perasaan Hana terhadapnya & jawapan ttp sama. Akhirnya Yoon-suh frust & katanya dia takkan ganggu hidup Hana, takkan menyintai Hana lagi & nak bawak diri.

Masa lawatan lepas abis exam Hana asyik terkenang2 akan kata2 yg penah Yoon-suh luahkan bahawa dia akan menjaga Hana sampai bila2 & sayangkannya...adooooi romantik lak masa tu. Ble Ryu luahkan cintanya pada Hana, Hana yg mula2 mmg cinta giler kat dia tak dpt bagi keputusan masa tu sbb dia terkenangkan abgnya. Adakah cinta berputik tapi cuba dinafikan???

So skang ni aku tak sabar nak tgu next episodes Sabtu & Ahad. Tgk gezet cam best je, cam dorang da dewasa & berpisah. Yg tak sabar tu tgk Soon-yuh dah ensem ngan rambut pendeknya, macho gitu, adoooi, encem. Aku ble perhatikan wajah Hana tu sama lak cam anak buahku Syarmim, hehehe. Pada sapa2 nak menontonnya tgu la pada jam 9pagi di TV8 (amboi promote ni, nak kena minta TV8 bagi komisen, hahahaha).


Shikin JD : Dlm hal ni kdg2 ble cinta cuba dinafikan mmg menyakitkan. Yela kdg2 cinta yg tak sepatutnya umpama yg bkn setaraf dgnnya. Hana & Yoon-suh kira dah jd adik-bradik so Hana rasakan mereka tak patut bercinta.

Ble jadi camni mmg la akan makan diri sendiri. Kdg2 cinta yg tak dpt direalisasikan sbb darjat, agama, bangsa, perbezaan yg ketara dlm penghidupan dan sebagainya. Cinta ni kdg2 mmg buta kerana kdg2 terkena pada yg org ya mmg tak disangka2 kan.

So camne kalo kamu pula menghadapi masalah yg sama, apakah tindakan yg akan kamu buat??? Pendamkan saja cinta tu atau luahkan tapi cam memakan diri sendiri?

Hmm....jawapan terlalu subjektif, so tepuk dada tanya la selera. Selamat bercinta pada yg masih bercinta, hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...