Ni album lama, saja nak share skang, rasanya cam xde lam blog ni.
Tau tak kowang kat Mesia ni ada petting zoo yg merupakan terbsr kat sini iaitu kat Sunway, Subang atau lebih tepat agi kat Bandar Sunway Extreme Park. Zoo tu kowang bkn leh tgk2 camtu je menatang2 dlm sangkar tapi jugak leh sentuh. Mmg teruja la ble ada kat sana, sume natang tu kite nak sentuh & belai. Kanak2 la yg paling excited skali.
So, aku dibawa oleh si Dia ke sana dgn Afif yg masa tu kalo xsilap umur 12 thn kot (sowie aku da lupa thn sebenar). Mula2 mmg aku xsangka akan dibawa ke sana, cuma dia gitau dia nak bawa kami ke tmpt yg istimewa & Afif tentu ske tmpt tu. Ikutkan je la yg penting dpt sama2 hiburkan ati.
Ble msk je kat situ mmg aku terpegun sampai terkentut *eh! propa jer, hehehe*. Paling aku xleh nak tahan tu ble dibawa ke show binatang yg paling aku geli-geleman, eeeeeeee *sambil geliat2 geli* iaitu pertunjukkan ular sawa, arghhhhhhhhhhhhhh !!!!
Sebbaik si Dia da warning aku siap2 yg salah satu kerusi yg diduduki tu ada diletakkan ular sawa yg amat besar & akan dicari di akhir show tu. So aku pun siap2 la dok kat kusi plg belakang & aku berharap dia xtipu aku yg kat situ mmg xde natang tu lar, hahahaha. Afif mmg excited serta berani so dia pilih nak dok kat bhg dpn dgn harapan dpt jumpa ular sawa tu.
Sebenarnya aku mmg xnak msk kat situ & hampir lari keluar tapi mujur ditenteramkan oleh si Dia & pas dipujuk dia akan sentiasa jaga & hold tgn aku baru aku berani2kan diri msk sekali. Sambil tgk2 show tu pala aku kerap pusing kiri-kanan-blakang takot2 ada binatang tu dekat2 ngan aku. Si Dia senyum je tgk lucunya aksi aku tu, hehehe *blushing*.
Pas abes show tu, setiap org diberi peluang utk menyentuh ular sawa batik tu & tentu2nya org yg xakan sentuh adalah aku, hehehe....
Ok pas abes show tu, kami pusing2 kat situ tgk ular2 yg berada dlm sangkar bercermin. Masa tu aku mmg ssh nak bergerak sbb takot & geli sgt. Kalo aku tak dipimpin & dipegang kuat2 oleh si Dia mmg aku da larik kuar tapi demi menemankan Afif yg mmg sonok serta excited nak tgk sume tu, aku brani2kan diri gak.
Ni ada kejadian lucu & mencemaskan, sblm kami kuar, Afif nak amek gambar ngan ular sawa albino & sbb kaler ular tu kuning & bkn cam batik yg paling aku geli & takot tu so aku brani sket amekkan gambar Afif yg dibelitkan 2 ekor ular albino di tengkuknya.
Tiba2 aku terdgr si Dia berbisik lembut, "...see behind u...". Ble aku toleh je pala aku, aku terkejut besar sbb blakang aku ada 2 ekor ular sawa batik yg amat besar yg akan disimpan disangkar di situ (bersama2 ular albino tu) dlm jarak 1 kaki je. Aku trus histeria & jerit sekuat2 ati sambil larik keluar. Ble da sampai kat luar aku msh histeria & si Dia cuba tenangkan aku dgn gitau aku da jauh dari ular tu. Aku nangis ketakutan tau Bedah oiiiii !!! Ble aku tgk keliling ramai org pandang kat aku & ketawa. Cisss, malu tolll...!!!
Masa ni la kejadian yg mencemaskan tu berlaku, hehehe
Pastu Afif pon kuar dari tmpt tu & trus ckp ngan aku, "...wat malu je ma, org sume tgk mama tadi...", hehehe. Abeh nak wat canno da mmg mama dia ni penakut giler. Tobat aku xkan msk agi kat situ. Pastu mmg semangat aku ilang sket. Baru la si Dia tau tahap ketakutan aku & berjanji xkan bawa aku dekat ngan natang tu lagi.
Shikin JD : Rindu lak kat si Dia yg da jauh skang demi tugas & commitment yg besar. W/p kami sudah berpisah tp kenangan manis lalu mmg sentiasa berada dlm ingatan kami. Sikapnya yg lembut, penyayang & sentiasa cuba bahagiakan serta manjakan aku dulu mmg sukar aku lupakan. Skali-skala kami msh berhubung tanya kabar msg2....semoga dia sentiasa sihat & bahagia.