Tuesday, January 4, 2011

KeMBaLi BLoGgiNg.....


Adeiii, lama tol rasanya aku da tinggalkan alam blog ni, almaklumla sbb sume org skang ni ngah giler berFB kan? *FB=Facebook*.

So, sume update ttg diri memsg kat situ la tujunya, lebih cpt & lebih mudah, tak yah nak mengarang2 bagai cam wat karangan sekolah rendah, hehehe.

Just update status dlm 1-2-3 baris da siap utk gitau perkembangan diri memsg.

Ok, skang aku nak tumpu semula alam blogging ni sbb aku cam da boring kat FB tu la...aku pon da deactivate a/c kat situ. Sbb2 aku deactivate my a/c tu adalah rahsia, hehehe....majuk kah aku atau aku da mula fedup? Sori, tak leh cite....my big secret *big la sgt*.

Tapi tak tau la sampai ble aku 'majuk' kat FB tu, ntah2 ptg ni gak aku activatekan semula, Bak org kata, "tobat sambal belacan", muahahahaha......


Friday, August 27, 2010

DeSiGn Da iLaNg...


Dek kerana terlalu lama tglkan blog ni, baru pasan design dulu da ilang....adeiiiii, ni kena cari design lain la pulak. Semoga aku dpt kembalikan kemeriahan blog ni cam dulu2 semula


Friday, May 14, 2010

Thursday, March 18, 2010

Thursday, March 4, 2010

SaWang...sAwaNg..SawANg



Ayoyooooooo...lama tol tak hapdet blog ni
dek macam2 hal berlaku & aku kehilangan mood

so

I WILL B BACK MY DEAREST BLOG !!!!



Tuesday, February 9, 2010

BriEfiNg vs LePakiNg....


Malam Jumaat, 5/2/2009 lepas, aku jumpa lagi Angah Ruzi, DS Kyrun, Ajoy & Farell kat Damansara. Sbnrnya da lama si Ajoy ajak kami jumpa sbb dia nak bawak kami ke Kota Damansara utk dgr taklimat pasal program SCORE A yg dia da join. Sanggup lak tu dia kata nak blanja kami dinner sekali, hahahaha. Pas da berkali2 tak jadi maka aritu dpt gak la jumpa.


Mula2 plan aku amek Ajoy kat umah dia tapi last minute masa on the way ke sana Ajoy gi tau jumpa je kat Damansara sbb dia bawak keta. So aku cpt2 tukar haluan & guna jln MRR2. Sampai je kat Mutiara Damansara aku terkial2 gak cari port nak tgu sume.

Oppps, apa dia? Bawak keta??? Yup...Ajoy skang ada ada keta sendiri, Myvi da sethn lebih pon. Tu bkn 1st car dia, upe2nya dia pernah ada Kancil (pernah nmpk keta tu, dia kata bkn dia punya dulu, pandai dia cover).

Tapi aku mmg akui dia mmg bdk yg rajin...pandai cari duit. Itu la hasilnya...alhamdulillah.

Ok, back to the story....last2 aku parked keta kat Burger King/Petronas Mutiara D'sara. Pastu koling2 la dorang sume tanya katne. Angah Ruzi ngah keje & akan dtg pastu, Ajoy still on the way (jem giler katanya), Kyrun & kawannya da lama sampai kat Kota D'sara. Si Farell lak still lom dpt kuar sbb ada meeting, tu pun dia soh aku jemput dia kat Seri Pentas tapi aku tak reti nak gi sana (tau2 je la aku ni kan ke blurr sket ttg jalan2 w/p aku kira expert sket kat area Mutiara D'sara tu). Pastu Angah Ruzi amek Farell sbb dorang dekat2.

Ble Ajoy sampai je kami trus naik keta dia sbb nak jimat masa sbb da terlewat. Msk2 je keta kami tak abes2 dok sambong borak dari luar sampai tak smpt tegur si Ajoy, sian dia hehehe. Tau2 je la si Farell tu...tak abes2 cite ttg apa yg dia lalui & wat kat sana.

Pastu kami sampai kat Kota D'sara & trus tuju utk dgr taklimat di sana. Rupe2nya kami da lewat & tempat tu da penuh sesak. Last2 kami turun semula & berkumpul di restoran di situ & diberi taklimat secara ringkas oleh kakak & abg ipar Ajoy. Mmg nampak bagus bisnes tu tapi aku msh tak tau samada nak ikut serta ataupun tak.

Ble da abes penerangan tu kami pun pakat2 nak lepak2 lagi. Ye la kata Ajoy nak blanjer kan? Malangnya Kyrun & kawannya tak dpt nak join sbb dorang rasa da lewat sbb tak smpt pulang ke rumah lagi. So kami pusing2 la cari tmpt nak lepak sambil makan2.

Akhirnya kami tujui Uptown D'sara. Mcm2 cite gak la kami borakkan. Igt nak dgr la cite Ajoy yg da lama tak berjumpa...lebih sethn kot. Tapi bual bicara telah dicontrol secara tamaknya oleh bakal selebriti kite, sapa lagi En. Faizal Azhar la hahahaha. Mentang2 study bidang masscom, so cakap pon cam wartawan la, siap bergossip2 lagi hahahaha. Pas satu, satu cite dia bawak..cam berteh jagung dia ckp (mmg kepakaran dia la tu..tapi mmg sonok dgr cite dia tu).

Farell

sian Angah, bz ngan urusan keje w/p da jauh malam

ni la sponsor dinner kami mlm tu....Ajoy@Heri

Sambil borak sambil makan....akhirnya sedar tak sedar da hampir pukul 2 pagi. Wah! ni sudah lebeh, hehehe (mmg tak sdr kalo da sedap borak2....ye la ntah bile akan jumpa lagi kan? Lebih2 lagi utk org itewwwwwwwwwwwwwwww...ntah bile la dpt berjumpa lagi camtu).

Akhirnya Ajoy antar kami ke Burger King/Petronas tmpt aku & Angah Ruzi parked keta kami & Ajoy pulang antar Farell ke Shah Alam. Sblm pulang msg2 berharap dpt jumpa lagi di lain masa...insyaallah, amin.


Shikin JD : FYI, Ajoy dulu adalah anak angkat aku yg kira manja & rapat gak la ngan aku. Bak kata org "mana ada mama, ada Ajoy; mana ada Ajoy, adalah mama". Ye la dia da takde ibu. Tapi dek sbb2 yg tak dpt dielakkan hubungan anak-ibu kami tlh renggang & skang baru kami berjumpa semula.

Ajoy bkn la sorang je 'anak' yg rapat ngan aku. Ada ramai lagi cam Jimmie
(yg mmg da berpatah arang dgn ku), Helmie & Tinie (w/p da renggang tapi msh baik), Farell (ni bkn aje cam anak-mama tapi mmg cam kengkawan je & kami slalu bergado sbb msg2 nak menang aje & berbaik semula hehehe...musuh tradisi) & ramai lagi. Msg2 mmg manja dgnku. Ye la aku ada anak sorang aje so kehadiran dorang tu mmg dpt menghiburkan lagi diriku.



Monday, January 18, 2010

PoTLucK @ AjYm/NaRnia's....


Sabtu lepas, 16/1/2010 aku & Afif serta kengkawan yg terdiri dari Ajym/Narnia & family; Kyrun & family; Farell@Yem & Angah Ruzi berkumpul sambil makan2 di rumah Ajym/Narnia di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.

map ke rumah Ajym/Narnia

Sepatutnya Tini & Shima pon ada sekali tapi last minit msg2 tak dpt nak join sekali. Aku amek Farell kat stesen LRT Hang Tuah dlm kol 12 lebih. Masa tu lak jem sket, so aku terlewat sampai. Pas da jalan bape minit baru aku pasan yg Farell tak pakai baju itam cam yg dia sendiri sarankan. Aku punya la korek baju itam siap soh Afif pakai sekali...last2 dia sendiri yg tak jadi, cisssss... (dia pakai suar coklat, cam yg aku plan awal nak pakai kaler coklat).

Tak jauh dari umah Ajym/Narnia kami singgah di Carrefour sbb Farell nak beli Pizza Hut sbg contribution dia utk potluck tu. Puas gak kami pusing2 kat situ, upe2nya mmg takde outlet di sana. So Farell tukar ke KFC je.

Pastu spt biasa, kami sampai awal. Masa tu Narnia ngah goreng ayam. Sblm tu dia da siapkan nasi lemak + sambal tumis ikan bilis serta bubur jagung. Hmmmm, bau sedap giler. Ble dia tau je Farell bawak KFC, trus dia goreng setakat yg dlm kuali je.

Asal plan nak bawak mende lain tapi last2 aku bawak kuah kacang (ni atas permintaan seseorang....mengidam kot hehehe), samosa, tauhu & timun. Mula2 igt nak bawak nasi impit sekali tapi ble tau Narnia nak masak nasi lemak & Kyrun nak bawak spaghetti ayam trus aku tukar ke tauhu sbb takot kang tak termakan. Angah Ruzi lak bawak buah2an (epal merah/hijau & oren sunkist-manis giler), minuman botol & kacang (langsung tak smpt nak buka pon).





asyik mentong2 je sbb makanan terlalu banyak
(mentong=ulang makan (bhs jawa)



hubby DS Kyrun, Dato' Jamail yg leh blend ngan kite org
(asyik gelak je ngan lawak2nya)


Angah Ruzi & Narnia

Yem & DS Kyrun

Narnia & DS Kyrun

tgk kat blakang Afif tu, Yem & next top-model-wanna-be

Imtiyaz (anak Ajym/Narnia) & Syurabil (anak DS Kyrun) yg hampir sebaya da bsr upenya. Sonok tgk keletah dorang & da becok berckp. Tapi bahasa Jerman da, sepatah haram kami tak paham, hahahahaha. Dorang2 je la yg paham tu. Syurabil tgi sket dari Imtiyaz tapi sama naik la pangai tu. Abes uma ditawaf dorang.

Farell komain rapat lagi ngan si Imtiyaz tu. Puas dia melayan keletah si kenit tu, lega la sket mama & babah dia sbb ada 'baby sitter'. Yg kelakar tu Imtiyaz panggil Farell sbg Yem. Abg Yem dia tu dia tugaskan jaga botol Ribena dia sementara dia main. Ble haus dia cari botol tu kat Yem , hahaha.

DS Kyrun sambil lepak2 tu siap kuarkan lagi bisnes dia, hehehe. Sempat gak la dia brief kami & kami beli brg2 dia tu. Tapi dorang tak duduk lama sbb nak ke Sg Petani, Kedah utk melawat abg Dato' Seri yg kena heart attack di spital.

Pas dorang pulang, aku, Angah Ruzi & Farell msh stay & lepak2 sambil borak2 macam2 hal eg. perkembangan diri memsg & kenangan perkenalan kami sumer. Al-maklumla da lama tol kami tak berjumpa & bersantai2 camtu, sonok sgt & cam tak nak balek je. Kalo tak krn si Yem dok ajak2 balek (siap miskol & sms2 bagai, hahahaha) mmg aku cam malas nak gerak dari situ, hehehe. Yem ada group discussion psl studynya, so dia kena pulang cpt. Aku hantarnya pulang ke Shah Alam.

Terima kasih daun keladi kpd tuan rumah, Ajym/Narnia yg tak terhingga. Semoga kalian dimurahkan rezeki & sentiasa bahagia serta dikurniakan dgn kesihatan yg baik, amin.


P/S
gambar dari kamera ku kurang memuaskan &
sbhg gambar credits to Ajym


Shikin JD : w/p tak ramai yg ada tapi mmg memuaskan hati la sbb aku dpt lepak2 ngan kwn2 yg aku selesa tanpa ada protokol2 ketat. Family DS Kyrun ada gak plan ajak gi camping in future & kali ni dorang pulak akan organise. Semoga kami dpt selalu mengadakan gathering spt ni & semoga persahabatan kami sume akan berkekalan & berpanjangan sehingga selama2nya, amin.



Monday, January 11, 2010

SyuKur ALhamDuliLLah...


Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiina hamdan yuwaa fiini’amahu wa yukaafii maziidah.
Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujan yang menyamai nikmat-Nya dan menandingi keutamaan-Nya.”


Setelah menunggu selama lebih 10 taon, akhirnya berbaloi penantian ku w/p terlewat. Arini merupakan satu sejarah krn aku telah diberi kabar berita gembira yg mmg aku nanti2kan selama ni.

"...we refer to the abovementiond and are pleased to inform you that the Company has agreed to convert your current terms and conditions of employment under Boustead Emastulin Sdn Bhd to those of Boustead Holdings Berhad effective from 1 January 2010. This conversion however will not prejudice your years of service with the Company which is deemed as continuous from 17 June 1996..."

Aku telah memulakan pekerjaan ku di Boustead Emastulin Sdn Bhd (Emastulin) sejak taon 1996 & telah dipindahkan ke Bousted Holdings Berhad (Holdings) pada ujung tahun 1999. W/p aku telah diarah bertugas ke Holdings tp terms & conditions (termasuk salary & bonus) masih mengikut Emastulin. Aku kerugian bnyk benefits spt 2 bulan bonus yg mana Emastulin hanya memberi 1 bulan saja etc.

Tapi arini aku telah dikejutkan dgn berita bahawa penyerapan aku telah dpt direalisasikan sepenuhnya w/p telah menunggu lebih 10 tahun di Holdings. Aku anggap ini adalah hadiah tahun baru.

Di sini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd seseorang yg aku anggap telah mendoakan kebahagiaan aku sehingga mendpt 'durian runtuh' ni. Mgkn berkat doanya, anakku & aku sendiri telah benar2 termakbul....amin.

Aku mendoakan kebahagiaan buatnya juga...amin.

Syukur Alhamdulillah kpd Allah SWT.



Sunday, January 10, 2010

AnaKku oooo AnaKku...


Ok la skang aku nak cite pasal xtvt anakku yg baru abes exam SPM. Mula2 aku daftarkan dia ke kelas memandu (sehari lepas abes exam). Pas da selesai kursus segala & lulus ujian komputer dia skang ngah dlm proses utk blajar mandu.

Masalah negaranya, skolah memandu tu hanya ada sorang je pengajar & students lak ramai tgu giliran....sampai skang ni dia hanya baru sekali blajar & kebetulan lak baru dpt keje 8/1/2010 aritu, so tinggal ari Ahad je la dia free (dia keje 8 am to 6 pm - Mondays to Saturdays). So ble kol aje kat instructor tu dia kata kena selesaikan dolu bdk2 yg akan test tak lama lagi, so giliran anakku insyaallah mula blek next Sunday (17/1/2010).

Aritu ada aku stori2 pasal anakku yg majuk2 kan? Sbnrnya dia majuk sbb dia nak beli motor. Katanya ssh la kalo nak keje nanti sbb ye la kami pon duduk kat ujung2 dunia....public transport hanya la bas (tarak monorail, lrt atau komuter). Kalo naik bas pon kena naik berkali2 w/p tmpt yg nak gi tu dkt. Kenderaan sendiri mmg penting la kalo dok kat area uma aku ni.

Aku ni bkn la banyak sgt duit, so aku berkali2 tahankan je hasrat dia tu. Aku ada gak katakan kalo ssh2 sgt tak yah keje, dok je kat umah sampai giliran pegi PLKN nanti (insyaallah kumpulan 2 atau 3 tp aku da wat rayuan utk kumpulan 2). Pastu dia majuk2 & nangis sbb katanya boring sgt dok uma lama2.

Ekceli da berkali2 dia minta dibelikan motor sejak msh blajar lagi sbb ssh nak ulang alik ke pusat tuisyen (cam reason yg aku sebut tadi la). Paham2 je la aku ni sorang je & bkn banyak pon gaji, kalo ada simpanan pon sket sgt utk bekalan dia further study nanti atau 'hari ujan'. Anakku katakn slama ni dia tak penah minta apa2 dariku & ni je hasrat yg dia nak aku penuhi. Bkn tak nak kasi tapi tau je la hasrat besarnya tu perlukan banyak duit.

Aku akui anakkku bkn anak yg demanding, alhamdulillah. Dia mmg jarang meminta2 sbb dia tau kesusahan aku & aku amat bersyukur mempunyai anak sptnya yg sentiasa berala-kadar dlm apa2 jua...kdg2 aku sian lak kat dia.

Ble hasrat dia da tak leh dibendung2 dia contact abah dia minta duit. Aku diamkan aje, ye la abah dia pon bkn bagi nafkah kat anak tu, so aku pesan pd anakku jgn terlalu menaruh harapan tgi utk dpt duit dari abah dia.

Stlah berkali2 Afif kol/sms abahnya, akhirnya abahnya janji akan bagi duit. Abahnya ada bagi reason skang ni dia takde duit sbb baru repair ketanya yg xcdnt. Tapi akhirnya mgkn berkat doa anakku yg mmg rajin bersolat da buka pintu ati abahnya utk bagi dia duit. So satu mlm 1/1/2010 (hampir mid nite) abahnya dtg ke uma jemput aku & Afif kuar gi dinner & bagi duit. W/p tak banyak tapi aku bersyukur sekurang2nya dpt ringankan sket beban aku. Lama gak kami dok borak2, ye la sama2 da tua, malas nak gado2 lagi, apa yg da terjadi adalah takdir kami.

So ngan duit tu + duit simpanan aku, aku belikan anakkku motor Honda EX5 (motor paling murah) secara cash. Tapi pd abahnya aku beritahu kami beli secara utang sbb aku tak nak dia bentikan bagi nafkah kat anakku ble dia igt aku mmg ada duit (ni jenis bapak yg tak bape tau tanggungjawab anak adalah wajib kpd sorang bapa). Takpe la bohong sunat.

Ble da ada motor tu aku soh anakku teruskan cari keje. Sblm tu ada gak dia cuba minta kat McD, KFC, 7-11 etc tapi sbb dia lewat minta keje, takde la vacancy lagi & kena tgu kol kalo ada kosong. Sblm tu aku ada ternampak yg satu kedai hardware (cina) yg perlukan pekerja & aku ada soh dia cuba minta. Mula2 dia tak nak tapi pas da dibelikan motor dia terpaksa gak minta keje tu, hehehe.

Ada gak cousin dia tolong rekemenkan keje tapi gaji mmg sket la. Alhamdulillah akhirnya dia dpt keje di kedai hardware tu & gaji sgt memuaskan cuba tak glamour la. Aku lebih ske dia keje situ sbb tak bape jauh dari umah kami w/p kena gak ada transport & lebih baik keje ngan Cina sbb dorang akan hargai kite kalo kite rajin berusaha. Lagipun aku lebih ske dia melibatkan diri ngan customers sbg persediaan utk hadapi berbagai2 ragam manusia dimasa depan.

Tapi aku tak tau bape lama dia leh tahan keje kat situ. Aku harapkan dia akan manfaatkan kejenya tu & dpt kumpulkan duit utk further study nanti, insyaallah...amin.


Tuesday, January 5, 2010

Jom Geder2....(blog visitors)


Da lama rasanya aku tak jumpa kengkawan lama...tak lepak2 & geder2 esp. gang (Nubies) yg dpt access msk blog ni. Ekceli da banyak kali gak cuba nak plan gathering ngan dorang tapi asyik je tak menjadik. So, di tahun 2010 ni igt nak realisasikan gak gathering tu.

Bkn cam nak wat event besar lagi glamour, cuba get-together cam dedulu la. Venue aku serahkan pada sume utk tetapkan. Tapi ada gak bincang sket2...so hasil perbincangan tu maka dibawah ni disenaraikan hasilnya :

Gang :
1. Ajym/Narnia & trailer
2. Mama & trailer (pendek je trailer aku, hehehe)
3. Umi Kyrun & trailer
4. Angah Ruzi
5. Farell & Shima
6. Ajoy
7. Tini
8. Tokwan
9. Waty
10.Pada yg jauh2 tu & nak join, sila maklumkan

Tarikh (option) :
1. 16 Januari 2010 (Sabtu)
2. 23 Januari 2010 (Sabtu)

(ni atas 'paksaan' seseorang tu la, setelah aku 'diugut' & setelah tak tahan mendgr 'tangis rayunya'...hahaha larikkkkkkkk)

Acara (option) :
1. Potluck
2. Lepak & makan2 (eg. Tupai2)
3. Bowling & makan2 (tapi telah ditolak mentah2 oleh seseorang tu sbb dikuatiri menjadi raja/ratu longkang....hahahaha...."dei, samo2 la kito dok sapu longkang tu")

Tempat (option) :
1. Rumah Ajym/Narnia
2. Lake Garden
3. Pool Side umah Umi Kyrun
(ni cam tak sesuai sbb dikuatiri kebuasan Imtiyaz yg kemungkinan bsr akan tojon ke air tu, hehehe)

So, pada sesapa yg ada idea lain sila usulkan ye? Harap dpt maklum balas.....sapa tak bagi confirmation, tak nak gang lagi.....muahahaha.

Shikin JD : Akhirkata, JOM KITE LEPAK SAMBIL MENGERATKAN LAGI TALI SILATURRAHIM (cewah, ayat tak ble blah, hehehe).


P/S : LATEST INFO

1. VENUE @ RUMAH AJYM/NARNIA

(Bandar Tun Hussein Onn...map akan diberi, kalo tak tau leh konvoi)


2. DATE : 16/1/2009 (Saturday)


3. PLS CONFIRM FOODS NAK DIBAWA

(yg ssh nak masak2, leh bawak je eg. roti, jem, tuna tin, sardin, coklat, keropok, biskut, buah, nugget etc - leh bawak mentah2, kite goreng atau wat sana je...apa2 pon pls inform awal2)


Untuk Makluman

Sila amek perhatian

(((calling..calling)))

Sekiranya pada sesapa yg tak nak join atau tak hadir dikuatiri akan KERUGIAN BESOR.

Ini adalah krn mama akan msk AF8 2010 nanti & setelah dikuarantin slama 3 bln & setelah menjadik juara AF8 mama risau tak dpt lg nak jumpa dgn kamu sume & kemungkinan besar mama akan mula sibuk ngan show sana sini....yo la kan, ARTIS POJAAN RAMA2...eh silap! POJAAN RAMAI...huhu.

So, silalah hadir utk dptkan autograph in advance....hahahahaha.

(Ayat peras ugut....)

larikkkkkkkkkk...toink..toink..toink


Yg da confirm :

1. Ajym/Narnia & gerabak

2. Umi Kyrun & gerabak

3. Angah Ruzi

4. Farell

5. Shima

6. Tini

7. Mama & gerabak kontot (hehehe)



Friday, January 1, 2010

SeLaMaT Thn BaRu 2010....




Assalamualaikum to all my loyal blog visitors....

"Di kesempatan ini, ingin ku ucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga hari2 yg mendtg bakal membawa perubahan, kebahagiaan & kesejahteraan dunia & akhirat, amin..."



Sunday, December 27, 2009

DiLema Sorg Ibu....


Aku tak tau la nak ckp apa....skang ni aku rasa cam ada jurang antara aku sbg ibu ngan anak tunggalku. Aku igt ble da selesai SPM aku akan lebih relax..upe2nya pjg & berliku2 lagi jalan di depan.


Aku igt masa anak kecik lebih susah nak jaga rupe2nya makin meningkat dewasa lebih banyak lagi yg aku perlu kenali diri anakku. Skang dia menempuh alam remaja atau pra dewasa di mana dia berada di persimpangan antara alam kanak2 & dewasa. Ati sorang remaja umpama 'fragile' atau kaca yg mudah rapuh & pecah.

Aku tau dia kekurangan kasih sayang dari sorang yg bergelar bapa tapi aku da cuba memberi sepenuh perhatian & kasih sayang padanya tanpa berbelah bagi. Mgkn makin dewasa 'kekurangan' tu makin jelas.

Sblm aku pjgkan lagi, aku ingin menjelaskan sume ni bkn bermakna anak kesayanganku tu wat sesuatu yg salah atau melanggar batas2 agama atau undang2. Dia maseh sorang anak yg menurut kata & tau menghormati dirku. Cuma dia jadi lebih cpt perasa, lebih mudah tersentuh & kdg kala seolah2 'memberontak' jika kehendaknya tak dpt dipenuhi.

Kdg2 aku tak tau camne nak 'memujuk' ati dia atau 'mengajar' dia sesuatu.



(pening pala aku ni...nanti2 aku update)



Tuesday, December 22, 2009

BLooD Test......makkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!



Lately aku cam pening2 je...so last week gi jumpa Dr kat panel clinic opis aku ni.....(peliknya masa gi jumpa Dr kat spital masa appointment aritu ok je). So Dr soh aku wat blood test. Blood test lagi???? Adoooi, da la aku ni mmg penakut amek darah, aku tak dpt nak larik lagi (ekceli aku ni kira veteran gak la dlm kes amek2 darah ni tapi still penakot cam dak2 kecik, hahahaha).

Yg wat aku rasa cam mimpi ngeri arini sbb Dr yg amek darah tadi tak pandai. Cissssssssss, sampai empat tmpt tangan aku dicucuk haram darah tak kuaw....dia kata urat halus (tapi ni mmg betul gak la). Tak dpt kat lengan kiri, dicucuk kat tgn kanan (belakang tapak tgn) 2 kali....last sekali dicuba lak kat tgn kiri. W/p last2 dpt gak kuaw darah tapi still tak mencukupi.

Yg paling tak tahan sekali, skang tgn2 aku da bengkak tang urat2 tu & lebam2 ngan bekas cucukan jarum tu sbb Dr dok tekan2 nak surutkan urat yg da bengkak....sampai takot aku sbb tak pernah jadi camtu. Aku sampai nak nanges la (tapi mmg slalu pon nanges gak hahahahaha, cuma kali ni paling hazab la).

Dr kata aku kena dtg semula next week utk wat blood test. Aku pon cam da lemah sgt tadi lepas lalui sume tu. Bkn lemah apa, tapi dek kesakitan & takot. Since aku akan cuti semula Thursday ni & akan msk semula ke opis next Wednesday so aku gitau kat Dr yg aku hanya akan dtg semula Wednesday.

Aku akan cuba petua yg pernah diajar oleh nurse dulu iaitu sekiranya menghadapi masalah camni, apa yg perlu dibuat, seminggu sblm diambil darah kena la aku angkat berat. Ble aku gitau je opismate aku, si dak Despatch leh ckp soh aku bantu dia angkat guni surat selama seminggu ni, cissssssssssssssssss, hahahahahaha.

sekadar hiburan, hehehe

Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH....


Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk wakti Maghrib pada akhir Zulhijjah-Khamis 17 Disember 2009

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun, maka syaitan anak berkata: "hampala kami di sepanjang tahun ini"


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Awal Tahun

Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Khamis 17 Disember 2009

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Masudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Monday, December 14, 2009

CoTi WiTh No MoneY...


Bln Disember ni aku banyak bercuti sbb opis aku soh kami sumer clearkan annual leave memsg utk taon ni & tak leh carry forward ke taon dpn cam taon2 sblm ni (kecuali ada alasan yg kuat cam nak sambung study, kawen, gi Mekah atau apa2 alasan yg leh di terima pihak majikan).

So kelam kabut la kami amek coti sampai ramai yg coti serentak (tu pon boss msh berkira2 agar kat opis ttp ada backup la).

So sbb coti aku msh ada banyak lagi, bln Disember ni kira hampir setiap hari Rabu je yg aku keje, tu pon sbb nak siapkan weekly report. Ok gak tu lebih2 Afif pon da abes SPM (last paper dia 10/12/2009)....tapi.......masalah negaranya duit pon tinggal 3 hengget je dlm bank hahahahahaha.......baru padan muka aku (bulan ni mmg expenses aku teruk sket).

Diulangi...3 hengget....kekeke, kelakar tol sbb tak pernah2 aku sesak truk cam skang ni. Tapi sebbaik gak la aku dpt collect utang2 sket2 utk wat belanja.


So, ndak tak ndak kena la dok umah je la...huhu. Tapi aku ngah tgu kot2 ada bonus tgh bulan ni (cam yg diura2kan la...hmmm). Arap2 ada la tu, dpt la aku spend time ngan Afif or kengkawan kat luar sbb da boring gak asyik dok umah je ni.

Wednesday, December 9, 2009

Yas.....finally


Alhamdulillah, akhirnya aku mendpt perkabaran dari Yasmeen melalui email pada 5/12/2009 setelah aku mengkopipes blog ni kat dia, hehehe (aku tau dia mmg tak berkesempatan nak msk sini).

Upe2nya dia terlalu bz ngan tugas & family. Lega sket ati aku. Takde la risau lagi. Semoga dia akan sentiasa sihat & bahagia disamping kuarga tersayang...amin.


Shikin JD : semoga persahabatan kami akan berkekalan & berpanjangan selama2nya & sehingga ke anak cucu...amin.


Sunday, December 6, 2009

Tagged From Fadzree....


Ok la, da lama sbnrnya dpt tagged ni dari Fadzree (tajuk tak tau apa) tapi baru arini berkesempatan nak menjawabnya....

So, aku main hentam je la ni.....ni la versi aku, Shikin JD.....jom baca.

3 namaku yg lain yg dipanggil org :
~ Shikin/Ken/Nora (kengkawan)
~ Ayang (adek bongsu), Mak Yang (anak2 buah), Ken/Ciken (adek badek)
~ Mama (Afif & anak2 Nubies)

3 tarikh paling bermakna dlm idupku (currently) :
~ 29 November (besdey Afif)
~ 13 August (besdey ntah sapa ntah ni, hehehe)
~ dot dot dot..... (big secret)

3 benda yg da dibuat dlm masa 30 minit yg lalu :
~ mandi
~ makan masak lomak kentang + bilis & goreng ikan kering
(huwaaaaaaaaargh lauk org kg, tapi sodap wa ckp luuuuu)
~ on9 (ni ngah jawab tagged ni la)

3 benda yg wat diri gembira ble stuck kat umah :
~ on9 la apa lagi
~ nonton TV (besttttt)
~ gado ngan Afif (hehehe, saja ske tunjuk power hahahaha - gurau je)

3 adiah yg nak dpt jika diberi :
~ handphone
(huwaargh, hp wa mmg chap ayam, mmg nak kena baling dinding je lagi)
~ laptop kot
(ye la ni pon kira nak kena baling dinding gak tp syg woooo, slagi leh guna)
~ apa2 je la (yg penting bermanfaat diguna)

* tips utk korang belikan bedey pezen nanti hahahaha

3 hobi yg peberet :
~ bertenet la apa lagi
~ dulu ske membaca skang ni mmg jarang da, ye la bz
~ merancang cam berangan gak la
(ntah apa2 la dirancang....eg. konon kalo ada wit nak wat apa nanti, bkn utk diri sendiri tapi utk sumer)

3 tempat yg nak gi utk melancong/melencung :
~ pulau peranginan
~ tempat sejuk yg nyaman dgn kehijauan
~ mana2 tmpt bersama org2 yg tersayang (anywhere la)

3 peberet drinks :
~ kopi kacip fatimah BewG (iklan lagi hehehe)
~ teh halia
~ teh o limau panas

3 benda yg ada dlm beg
(selain benda2 asas cam hp, wallet & kunci) :

~ sun glasses
~ tissue
~ alat mekap (lipstick, powder, perfume etc)

3 kaler pujaan ati :
~ hitam/putih
~ jingga
~ ungu

* ekceli sume kaler ske, tak kesah...ske colourful

3 tmpt hangout yg paling top :
~ umah
~ Selayang Mall (sbb dkt ngan umah)
~ KLCC (nak tgk wayang & Afif ske sgt gi sana)

*ekceli jarang kuar kecuali perlu je....mmg slalu lepak kat umah je, ye la kite tak manyak wit lagipun lebih relax kalo dpt lepak umah pas keja during weekdays kan?

3 org yg disayang paling top :
~ Afif (muah..muah!!! cayang kamu)
~ arwah parents & family
~ dot dot dot (hehehe)

3 benda special utk diri :
~ handphones
~ lappy
~ ntah la, tak tau

3 perkara wat u hepi lately :
~ anak da besar
~ dot dot dot...
~ dot dot dot....

3 taglines yg paling top dlm diri :
~ "Diam tak bererti salah atau kalah"
~" Tak semestinya org yg rapat dgn kite leh dipercayai
& Tak semestinya org yg leh dipercayai adalah rapat dgn kite"
~ "My name is Shikin JD, peduli apa sama org lain" (ble??? hahaha)

3 sbb kena jawab survey ni :

~ menghormati org yg tagged aku....Fadzree
~ saje ske2...takde keje nak wat waktu ni huhu
~ ok gak sbb fun, leh release tension sat

3 org yg akan jawab tagged ni yg paling top :
~ sesapa saja yg nak jwb dipersilakan....
~ tiada paksaan
~ anybody


Saturday, December 5, 2009

Yas.....where r u?

Yas & me

Sapa yg selalu follow blog ni mgkn kenal sahabat baek aku ni kan? Yasmeen of Brunei.....

Aku tak tau apa da jadi ngan dia, cam ilang tanpa berita.

Aritu ada la dia ckp yg skang da ssh nak on9 sbb line tak clear....tapi kami still keep-in-touch tru email. Tapi ble da lama sgt pas aku antar last email kat dia w/o any reply aku da mula tak sdp ati.

Sblm tu ada la kami bertukar2 email & dia ada ckp soh aku sentiasa write to her & up-date bout myself. Ye la kite org mmg slalu share our secrets.....TOP SECRET hehehe. Tapi ble dia tak reply last email, aku da start rasa tak sedap ati. Ada gak aku sms dia tanya kabar pon sama gak....no reply.

Aku risau dia ada masalah yg dia tak nak share ngan aku atau sakit. Aku arap dia akan sentiasa selamat, sihat & bahagia.


Shikin JD : Yas, love u so much & u r my best friend....remember!!!! Walau apa pon masalah yg u hadapi, u know where to get me kan? Miss u so much and take care sis....


Sunday, November 29, 2009

Moving : ParT 2 (New Office)....


Akhirnya, siap gak la posting ofis baru aku ni..adooooi berpoloh2 gak la nak siapkannya. Penat ni baru blk celebrate besdey anak tunggal aku Afif yg ke 17. Aku nak watkan small party utk dia tapi dia tak nak, so aku bawak dia gi nonton cite Twillight Saga : New Moon kat KLCC & makan2 je.

Epi bedey sayang !!!!


Oppss....selingan lak, hehehe....lupa lak ni entry utk ofis baru aku. K la, jom aku tunjukkan....meh!!!!!

ni la workstation aku under construction
(seblm dinding di sblh tmpt aku dipecahkan utk satukan 2 depts)


pemasangan meja & partition

carpet baru pon da siap dipasang

sbhg partition & meja yg telah disiap dipasang

Akhirnya setelah hampir 2 bulan maka siapla ofis baru kami yg terletak berdepan dgn ofis lama. So secara rasminya 7/10/2009 adalah tarikh kami berpindah sepenuhnya (100%) di ofis yg baru. Ofis yg lebih teratur, cantek & selesa, alhamdulillah. Yg aku tunjuk ni hanya la bhg dept aku aje....Group Administration. Group Communications da siap lebih awal.

entrance ofis kami yg baru....ujung sana adalah ofis lama kami

signboard kami

ujung sana adalah Group Communications yg da pindah lebih awal

taraaaaaaaaa....ni la workstation aku yg sekangkang kera
(tapi kejap2 aku ubah susunan atas meja, kes asyik tak puas ati je, hehehe)


ni workstation aku lagi satu hanya utk
monitor security access doors aje

mailing unit

ruang tamu di entrance

dari entrance

library, kecik sket dari dulu

meeting room

Shikin JD : Utk Baby Afif - study rajin2, jadi anak yg baek, beriman & bertanggungjawab. Mama doakan agar kamu akan lulus dgn cemerlang di SPM nanti...amin.

Afif dlm jubah semasa graduation yg baru lps
(semoga akan memakai jubah yg sebenarnya satu hari nanti, insyaallah...amin)
(pix bertopi & sdg amek sijil masa graduation tak dpt nak tepek sini sbb tak dpt nak scan lg)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...