Wednesday, August 27, 2008

Bowling @ Ampang Superbowl, Berjaya Times Square

Tokwan. salah sorang Nubie baru asyik aje mengajak aku bermain bowling w/p pada mulanya aku igt tak serius. Bowling merupakan permainan paling aku minati w/p jarang berpeluang utk bermain. Aku bkn pandai sgt pun, skill ada sket2 je tu pun dulu main ngan boss, dia yg bagi tips , ok la tu. At least aku tau gak la camne nak bagi bola tak masuk longkang w/p sekali sekala bola nak gak sapu longkang tu, hehehehe.

So, pada 24/8/2008 (Ahad) perancangan yg pada mulanya cam sambil lewa telah dpt direalisasikan & Ampang Superbowl, Berjaya Times Square telah menjadi lokasi kami.

kasut bowling ku, size 5 (ok la kalo kasut biasa tu tak muat lagi)
stokin hitam tu, eh tu bkn afif punya tau, mmg aku punya la hehehe


bersama ajoy

Aku telah berjanji dgn Ajoy, salah sorang anak angkatku utk mengambilnya di depan Mayban berhampiran Pudu Raya, ok la tu, sekali jalan apa la salahnya kan? Pada masa yg dijanjikan hujan telah turun dgn lebatnya.....adoooooi jam lak Jalan Tun Perak ni, tapi Ajoy dah beritahu yg dia terlewat kerana bas lambat.....kira takpe la.

Sampainya aku di sana, aku telah menunggu selama bbrp minit lagi. Ble aku kol aje Ajoy dia ckp "mama tunggu kat sebelah telephone booth ke?" Eh aku pun tak prasan, aku toleh ke kiri & nampak tel booth tu, pastu aku tanya mana dia, katanya dia dah nampak aku.....

Pada mulanya aku merancang utk pergi ke Low Yat utk membeli USB port utk hp aku yg telah 'ilang' (actually ilang ke? hehehehe, aku je yg tau ngapa....sayang betul baru beli masa tu dah 'ilang', cis). Oleh kerana masa yg dijanjikan utk bermain pada pukul 2.00 ptg telah hampir & hujan lebat aku membatalkan niat tersebut & kami terus ke Times Square.

Sesampainya disana, cam biasala dah zohor, Afif sibuk nak menunaikan solatnya., anak kesayanganku tu mmg tak ske qada' solat...puas kami mencari surau & akhirnya telah mendapat tahu surau di 7th & 8th Floor. Selepas tu kami trus ke 5th Floor dimana terletaknya Ampang Superbowl tersebut. Sebelum tu, aku telah membeli McD utk makanan kami, lapar gilerrrrrrrrr.

Sesampainya disana, tak de lagi bdk2 tu, adooooooooooooi mmg la dorang ni. Aku cam biasalah slalu jadi org pertama sampai, very punctual. Alasan ujan, takpe la logik gak. Sebelum tu Tini kol aku kata yg dia on the way, dah agak pun. Tak lama lepas tu Tini tiba & aku bertanya kepadanya sapa kah lagi yg akan join kami, dia kata ntah la....tgu dulu....dia ada beritahu yg Bad3 akan join gak, waaaah aku surprise, ok la tu. Tokwan tiba, Bad3 tak lama lepas tu & diikuti oleh Apis Joseh. Hehehehe Tokwan & Apis Joseh aku baru jumpa pertama kali tu. Tapi aku dpt tau yg Apis Joseh ada masa kenduri di rumah Nubhan cuma dia malu utk memperkenalkan diri.

Kami trus ke kaunter utk membayar & kami rancang utk bermain 2 sets. RM6.50/set + RM2/kasut x 2 sets = RM 15. Kami bermain dlm 1 lane saja, takpe lambat sket la nak abis, bagi masa utk rihat sekali. Ajoy menjadi pembaling pertama, dikuti dgn aku, afif, bad3, tini & tokwan.

Tak lama lepas tu Harney & Absiyatul tiba, waaaaaaaaaa Absiyatul aku baru pertama kali jumpa. Ngan Harney dah penah masa kat Juasseh haritu, sebelum pulang Harney, Aisyah & Erin hampiri ku & memperkenalkan diri, terharu. Yg best tu Absiyatul bawa sket kek lapis masam manis yg dibuatnya sendiri. Waaaa mmg sodap la, pandai betul dia buat. Baru jumpa rasa cam dah mesra mgkn sbb dah dihangatkan melalui website Nubhan FC. Bdk2 baru di sana mmg mesra dgn ku, kalo aku muncul je di chatbox menderu2 dorang masuk, aku slalu terkejut & rasa cam terharu dgn kemesraan & kemanjaan mereka dgn ku, mgkn kerana aku bersikap keibuan kot.

Balingan ku yg pertama saja dah strike....huhuhu....syok. Tapi ada gak la masuk ke longkang & spare selepas tu, biasa la kan, bukan pro pun.

balingan ajoy

balingan afif

balingan bad3

balingan tokwan

Pada mulanya Ajoy tak brapa pandai main tapi sekejap saja dia dah dpt mengatasinya, waaa satu kemajuan yg bagus. Tini...hehehe sian dia asyik aje digelakkan oleh Tokwan sbb bola dia mesti nak sapu longkang tu. Aku tak de la gelak sgt sbb aku pun sedar aku sendiri pun tak brapa pandai. Afif telah mula dpt menguasai bowling w/p tak brapa baik, takpe dia muda lagi bnyk masa lagi boleh improve. Bad3.....mula2 dia cam Ajoy gak tapi lama2 dia baru tunjuk taringnya.....dia ni saja2 simpan kot tak nak tunjuk sgt...so 2nd set tu dia la yg menjuarainya. Tokwan.....dia ni mmg pandai main, tapi tak aci la dia dah prektis kat situ sebelum kami bermain tu, ntah2 dah dijampinya lane kat situ, huhu...patut kami kalah. Dia ni mmg ada gaya tersendiri masa melontar bola, kaki akan dibengkokkan ke belakang....kdg2 aku nak gelak tapi aku tkt dia malu, so ketawa dlm ati je la, hahahahaha. 1st set Tokwan mengungguli permainan.

Sedang kami bermain, tibala Kyrun Quiamco & anak sulong serta anak ke 2 nya.....mereka kata nak main, tapi lane sebelah kami telah diambil org.....adoooooooi, so dorang main berselang lane dgn kami.

Sedang main lagi tiba Shbtnadkmbr (Nad) & kawanya singgah sebentar memperkenalkan diri......ni pun pertama kali jumpa.

Ble aku fikir2kan balik, waaaa sume ni Nubies yg baru melainkan Tini la. Eh aku rasa cam lebih rapat lak ngan bdk2 baru ni. Spt biasa acara bergambar tak lepas la utk nubies walau dimana sekali pun. Dorang kata biar kite eksyen kat yg tak pegi nanti ble gambar2 tu ditepek dlm forum. Mmg berjaya la apa yg kami fikir tu, ramai yg jeles, tu la sapa soh tak nak pegi.

Selepas selesainya permainan kami merancang utk lepak2 sambil minum di kedai mamak luar Berjaya Times Square, sume proceed ke sana. Waaaah seronok lak aku rasa sambil minum sambil berkenalan dgn mereka tu, sume pun baik2 & pandai menghormati org lain esp aku yg tua ni.

Selepas abis minum kami sume pulang kerumah dgn hati yg puas & berjanji akan bermain lagi selepas raya nanti. Seronoooooooook sgt, mmg tak silap la aku merancang permainan tersebut.

p/s

Aku rasa puas kerana telah dpt membuktikan bahawa apa yg aku rancang adalah demi utk kebaikan Nubies bkn bertujuan utk membelakangkan FC. Tapi aku ttp redha kerana mmg tak ramai yg memahami diri ku, aku selalu disalah anggap oleh mereka2 yg tidak mengenali diriku w/p ada yg telah lama kenal. Aku tak boleh berbuat apa2, yg penting aku tidak la spt yg mereka sangkakan.


4 comments:

Anis Hayati said...

amboi... bestnya
afif pun ada main skali ye

Shikin JD said...

ye anis, dia pun main sekali, hehehe

Kyrun Quiamco said...

maaf, aku masuk dari pintu belakang.
siapa suruh tak jemput.

betul lah shikin kata, b'kenalan dlm tnet ni best, dah tiga kali kita b'sama satu minat NUBHAN n ada keikhlasan.
Apa2 I always sokong u. U r the one who make me fill at home at forum.
sehingga berani meng exposikan diri.
10q.

Shikin JD said...

hahahahaha kyrunnnnnnnnn............
sori la dulu tutup pintu depan skang dah buka, hehehe enjoy baca my blog

i pun rasa cam dah lama kenal u w/p baru sebenarnya, sume kerana minat yg sama

hope our friendship will lasting

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...