Wednesday, September 10, 2008

Rindu

Hari ni merupakan puasa ke 10 & lagi 20 hari utk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dah nak raya....hmmmm tapi aku tak tau apa persiapan ku utk menyambut hari mulia tersebut. Sudah beberapa tahun aku tidak menikmati kebahagiaan hari raya spt org2 lain. Aku hanya menjalankan tugas sebagai hamba Nya dgn menunaikan fardu puasa ttp tidak menyambut kegembiraan setelah berjaya menunaikannya.

Setiap tahun adalah rutin kepada ku utk menyiapkan persiapan juadah hari raya. Keluarga ku pun mmg ske masakan yg ku siapkan utk hariraya.

Kemanakah aku pada tahun ini? Setelah pemergiaan kedua ibu-bapa ku ke rahmatullah, aku merasakan hariraya tambah tidak bermakna lagi pada diriku.

Adakah aku akan pulang ke kampung halaman anakku tu? Yela keluarga disana kerap memanggilku pulang w/p tiada ikatan sah lagi aku & mereka. Mereka mmg menyayangi ku lebih dari anak mereka sendiri. Aku bersyukur kerana sehingga harini mereka tetap menerimaku dikalangan keluarga mereka. Alhamdulillah & aku sungguh terharu.

Aku sering terkenangkan keluarga tersebut yg amat baik terhadap ku. Aku mmg boleh bermanja dgn kedua ibubapanya & mereka telah mengakui aku adalah anak/keluarga mereka w/p sudah tiada ikatan sah lagi. Itu adalah janji2 mereka dahulu & masih kekal dipegang.

Aku merindui keenakkan masakan mak & keramahan bapak yg rajin berbual dgn ku. Aku lebih rapat dgn mereka dari kedua2 ibu bapa ku dulu (maafkan Ken, mak-abah). Aku sering berkongsi cerita esp dgn mak W/p pada mula dulu bapak risau aku akan sama spt sikap org2 KL yg akan mengawal kehidupan anaknya (yg ini aku akui aku amat baik) tetapi lama kelamaan penerimaanya terhadapku mmg agak mengejutkan dan kami menjadi amat rapat.

Aku sering pulang kekampung esp masa hari raya & hanya pulang ke KL setelah cutiku abis. Ibu ku sendiri selalu marahkan ku kerana lebih menghabiskan masaku di kg dari di rumah ibubapaku sendiri. Dikampung aku ditatang spt anak mereka sendiri. Begitu juga dgn bekas ipar2 & sepupu2 disana ttp menerimaku dgn baik & aku tidak merasa kekok berada disana.

Adakah aku akan pulang?? Ntah la.

Rinduuuuuuuuuuuuuuu.........

1 comment:

Solly Salihah said...

mama..
jangan lah sediah2 ok...
mama bole jer raya dengan kengkawan, NUBIES serta anak mama kan.. semoga mama tabah hadapi semuanya ok!! ingat ni semua asam garam kehidupan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...