Friday, October 3, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hari Raya Aidilfitri telah disambut pada 1 Oktober 2008. Aku cam biasa la mmg jarang kuar jalan2, dok umah je la. Sejak mak-abah dah meninggal ni mmg dah kurang org dtg umah serentak, so dapat la masa tuk tgk tv ngan program2 raya yg best gilerrrrrrr.

Ada tak de pun tepek la pix raya Afif & anak2 buah, lupa nak amek pix banyak2 la.


Afif, Farra & Syarmim

Dah sudah baru tingat nak amek pix sume family, hish.

Sebelum raya tu aku msh demam2, so kakak sulong & adik bongsu yg take over masak juadah raya....1st time nak raya aku dok baring2 je sambil tgk tv, ye la org sakit kan? hehehehehe

Magic la, hari raya esoknya tu aku dah kebah dari demam cuma batuk je tak kurang2. So mood raya tu adalah sket. Selera makan pun dah ada tapi ttp tak bnyk sgt. Raya makan je keja sambil tgk tv. Best.....program yg libatkan Nubhan kuar raya ni, aku enjoy w/p tak bape concentrate la. Nubhan pandai berlakon la esp. watak lawak, selamba giler dia la...aku enjoy & gelak bahak2, ye la dah sihat, gelak pun gelak org sihat kan?

Raya ke 2, serang kampung Juasseh, Kuala Pilah, NS, zasssssssssssssssssssss. Eh tu kg Nubhan tau, best 1st time aku drive jauh2 (tu kira paling jauh la selain gi PD, jauh gak, slalu ada driver kan?)

Pagi2 dah bangun, terus kol Ajoy tkt dia tertinggal, upenya dia dah bangun awal.
.
Pagi2 'skandal' ku kat Melaka, si Farell (hahahaaha) dah beritahu nak gi sama2 sbb teksi yg dia nak pajak ada hal lak, ok la tak kisah, lagi best ramai2 tapi dorang tumpang keta Ajym la.

Kol 8.30am dah sampai kat tol Sg Besi, tgu Ajym & company. Sempat aku menapak gi cari air, tak smpt bekpes pun. Ble Ajym sampai kami terus proceed ke tol Senawang. Kat situ tgu Harney, Farell & Nord.

Si Harney upenya gi tgk tv dulu yg ada program Nubhan (ntah yg mana satu, dah lupa la) cis, lambat sampai tapi tak pe la aku tak kisah sgt. Masa tgu2 tu smpt lagi sorang askar yg berkhemah kat situ pelawa kami lepak2 dlm khemah tu ble dia tgk ada bdk2 ngan kami, baik nya mamat tu, ramah giler w/p dia India, bahasa melayu dia fasih tol.

Ni, pix kami masa lepak kat belakang tol Senawang.


Tak lama pastu Harney sampai, dihantar leh bapaknya & lama pastu Farell & Nord sampai. Dorang ni lak naik bas & berhenti kat highway seberang tol Senawang tu, sian dorang seberang jalan highway, jalan kaki, siap kena langkah palang kat jalan tu, hish hish hish.

Ni la pix dorang masa baru sampai tu.....tapi Farell sempat tutup muka dia tu....waaah si Nord sempat posing ngan senyuman manis dia tu.

Sori Farell, Nord, ma tepek sini ek? Takpe, keenceman & manis wajah tu tak ilang...sukerrrrrrr.

Pastu kami terus ke Juasseh. Adooooi jam giler la kat Bukit Putus, mmg mau putus nyawa kami tau, geram tol...sampai sana Helmi, 'menantu' ku (hehehe) dah tgu dlm keta selama 3 jam, sian tol dia, tapi mmg dia tegar kental la....sori Mie w/p dah tau temberang ma tapi ttp pura2 tak tau ek? Apa temberang tu? Rahsia, hahahaha. Ampunnnnnnnnnnnn...

Upenya tgi tol la si Helmi ni, kira nubies tertinggi la.

Sampai je kat umah Nubhan, tgk Ucu, kawan2 Ucu & Dyla dah sampai, smpt gak amek pix ngan Dyla yg nak bertolak ke JB. Cam biasala kan, tak sah kalo tak amek gambar.



Pix ni aku ske, gambar sebuah family kecik bersama2 Nubhan, terdiri dari mama , papa (heheheh), anak & menantu (ntah family apa tah tapi i love u guys)


Nak tau tak, ada kejadian sedih semasa kat sana la.......aku kehilangan hp kesayangan ku, tapi nak wat camne dah tak de rezeki. Mgkn ada hikmah di sebaliknya...mana tau nak dpt hp baru org kasi, hahahahaha, sapa la yg bertuah nak kasi kan? Eh, mana tau, rezeki di tgn Tuhan kan?

Semasa nak blk tu, aku dah start pening2 & rasa down sgt sbb hilang hp, so aku soh je Ajoy yg drive, sepanjang jalan tu, sebbaik Tykah ada bawak minyak angin utk ku sapu ke hidung & tengkuk. Kami hantar Harney & Tykah ke rumah Harney, tapi tak smpt nak singgah pasal aku cadang nak pulang ke kg Afif (kg bapanya).

Lepas antar Harney, di tgh jalan aku rasa cam nak muntah tapi air je yg kuar, ye la aku tak makan sgt kat umah Nubhan, seronok sgt jumpa Nubies lain2 & Nubhan, enjoy borak2 je tak selera nak makan.

Pas da muntah baru lega sket, masa singgh kat R & R mana tah lupa nak tgk nama tmpt tu, aku berhenti sekejap masa Afif singgh solat kat situ, aku beli panadol & air, baru betul2 lega pala tu.

Pas tu aku lak take over drive ke kg. Tiba kat sana dah kol 8 lebih. Sume terkejut sbb aku tak beritahu nak dtg pun. Sampai je sana, aku ckp ngan mak mertua ku nak mandi & nak makan, dah lapar giler. Waaaaa lauk sedap2 aku makan 2 round. Pastu gi umah bibik Tina kat belakang, makan lagi. Mmg la org kg ske menjamu, 3 hari aku kalo kat situ leh gemuk blk aku.

Kat umah 'mertua' ku, ada la lauk makan masak lomak cili api udang tu, tetiba2 teringat lak kat Jimmie, ye la dia mmg nak sgt rasa masakan yg podas2. Kalo dia ada tentu dia ske tu.

Ooo ye lupa nak beritahu, w/p aku dah berpisah ngan abah Afif tapi kuarga dia mmg rapat & mesra ngan ku, dorang ttp layan aku cam biasa. Kira menantu kesayangan la w/p dah tak de kaitan lagi. Aku mmg leh manja2 ngan ibu bapa tu & adik beradik di sana. Ibu bapa telah menganggap ku anak mereka dunia akhirat. Seronok & aku mmg rindukan suasana mesra cam tu.

Pas kol 10 lebih kami pulang ke KL & aku antar Ajoy ke rumahnya dulu, tak larat nak naik umah dia lagi, lain kali la ye Ajoy raya sana. Aku drive blk ke umah & tiba dlm kol 11.45 pm. Aku nampak wajah Afif sgh hepi sbb dpt jumpa nenek, datuk, wak2, paman2 & bibik2 nya di sana. Oh ye lupa, dorang tu org Jawa tapi aku ttp leh campur ngan dorang w/p kdg2 bhs tu tak faham sgt. Leh la tangkap sket2.

Sori pix family kat kg aku tak sempat nak amek sbb leka sgt dpt jumpa kembali ngan dorang. Maybe lain kali aku leh amek kalo berkesempatan pulang ke sana lagi.

4 comments:

E'raz Fadli said...

Best nye dapat beraya ke umah Nubhan..
Huhuhu.. Iras jugak selalu susah nak follow..
Suka baca citer mama..

Shikin JD said...

ok takpe iras, mula2 baca cite je, nanti ada rezeki iras akan jadi stori mama lak, hehehehe

HelmiLassim said...

hmmmmmmm....
best gi joseh....
mcm2 kesusahan berlaku nak ke sane...
bleh bikin filem nie...
wakaka...

Shikin JD said...

tu namanya tegar kental mie
camne ssh pun kite lalui tapi kite ttp hepi sbb dpt bersama2 ngan nubhan & nubies
setiap org ada cerita tersendiri masa ke sana & di sana, huhuhu

semoga mie tak serik ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...