Friday, November 28, 2008

HePi bEsDeY sAyaNg



bbrpa bulan

29 November 2008 merupakan ulangtahun kelahiran anak tunggal kesayanganku aFiF fArhAn yg ke 16. Mama ingin mengucapkan Hepi Besdey sayang. Semoga murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, cemerlang didalam pelajaran, dirahmati Allah sentiasa.....insyaallah, amin.

1 thn lebih




sekarang

Ok dah bnyk kek & adiah mama kasi.....harap baby akan belajar rajin2 demi utk masa depanmu sayang. Hargai masa & hormati semua org.

Thursday, November 27, 2008

PART II : aNaKkU


Spt yg ku janjikan, aku nak share cite ttg anakku dari sebelum kewujudannya sehingga kelahirannya. Tapi ni awal sehari, ye la aku rasa cam nak bz je esok, so harini la aku postkan. Ni adalah sambungan dari post yg aku pernah tulis sebelum ni. [link]


Aku melansungkan pertunangan pada 17 February 1991 & telah melangsungkan perkahwinan pada 17 November 1991. Perkahwinan aku diadakan dirumah keluarga ku; majlis akad nikah dan kenduri pihak keluarga ku diadakan serentak pada hari yg sama. Kenduri pihak lelaki keesokkan harinya.


Biasala ble dah kawen kan, tentu nakkan anak. So aku tgu & tgu tapi masih tak de tanda2 aku bakal menimang cahaya mata sehingga la 3 bulan lepas berkawen. Masa tu ntah camne naluri ku kuat mengatakan kali ni akan berhasil. Wah leh tau tu, yela lepas tempuh subur aku da agak kali ni mesti jadik la…hahahahahaha.


2-3 bulan
pastu aku rasa pening & mabuk saja. Masa tu aku mmg asyik bermanja ngan suamiku, kejap2 aku merengek sakit pala la tu la ni la, kejap2 bersandar di bahunya la, yela bile lagi nak bermanja kan, hehehe….masa tu dikg, keadaan ku tambah teruk & keluarganya suruh suamiku bawa ke klinik utk pemeriksaan.


Masa tu punya la teruk sbb klinik kat kg tu soh aku minum air ngan banyak & ble rasa nak terkencing beritahu dorang sbb masa tu senang kalo nak wat pemeriksaan kehamilan. Itu kata dr tu la. Aku minum bergelen2 air & ble da rasa nak buang air je aku terus beritau kat nurse kat situ & cpt2 aku dibawa ke bilik pemeriksaan. Pada aku cara ni mmg pelik tol.


Dr sapu gris ke perut ku & menggelek2 satu alat diperutku. Makin dia tekan makin aku nak terkencing & aku soh dr tu cpt2 sbb dah tak tahan nak ke toilet.


Hasilnya mendukacitakan tapi suami ku tak puas hati & ble dia tgk aku makin tak sihat dia bawak aku ke klinik berhampiran rumah ku ble dah blk KL. Kat situ dr mengesahkan aku dah hamil 3 bulan. Wah! Aku cam terawang2 je ble dr mengesahkannya. Apa la punya dr kat kg tu tak betul.


Aku telah dijangka melahirkan anak pada 17 November 1992 iaitu genap sethn berkawen. Wah! Sekali lagi aku sonok ble diberitahu.


Tempoh mengandong biasa je pada aku, awal 3 bulan tu je yg cam mabuk sket, pening2 pastu da ok. Masuk kandongan ku bulan ke 4 siap gi Tioman lagi. Suami ku risau tkt aku mabok teruk masa naik bot, dia tak kasi aku dok luar tapi aku degil aku nak gak rasa camne dok kat tepi bot tu kan? Aku kuar gak, yg kelakar tu aku tak mabok tapi org tak ngandong yg muntah2, aku sihat je dari awal sampai ke pulang.


Mandi laut pun aku dilarang, hish geram je. Mula2 tgk je la dia berenang, last2 tak leh jadi, senyap2 aku pun masuk lam air, mula2 kat tepi2 je la, konon2, slow2 aku dah ada dlm air yg dlm, hahahaha.


Aku tak braper nak mengidam makan yg bukan2, apa yg aku nak sgt ialah manggis, da mmg tu pun buah kegemaran aku. Kebetulan lak umah mertua tu pokok manggis dia menjadik lak, slalu susah nak berbuah kata bapa mertua. Apa lagi aku & suami betul2 amek kesempatan tu, dia atas pokok petik2 buah tu aku kat bawah tadah ngan besen, punya la banyak buah, rezeki anak ku la tu. Aku pun sambil menunggu buah tu aku makan sekali. Aku tgk suami ku pun cam tak tgu2 lagi makan atas pokok……kami makan mmg banyak betul….last2 dua2 muntah2….kekekekekeke. Pastu ble nampak je buah manggis yg dijual kat tepi jalan, suami ku mesti tanya nak ke? Aku mmg dah puas betul, so aku geleng pala je….dah kepuasan sgt la tu, hehehehe.


Ble da dekat tarikh iaitu aku melahirkan boss tmpt aku bekerja soh aku handle majlis khas utk artis pada 16 November 1992. Aku diarahkan utk menjadi penyambut tetamu VIP (rakan2 boss aku yg berpangkat Tan Sri2 & Dato2 sbb kata boss aku hanya aku yg kenal dorang). Sebenarnya boss aku tu mmg ske cekik darah, dia tak tau ke aku bakal melahirkan & suami ku marahkan aku serta larang aku pegi sbb katanya mana tau tiba2 aku terberanak kat situ kecoh & glamour la aku msk paper sbb org2 press juga ada sama, ye la ada artis kan?


So aku pun tak pegi la & ckp ngan boss aku tak sihat. Tapi tanda2 melahirkan belum ada, ye la org kata anak sulong mmg lambat sket. So aku tgu & tgu sehingga 10 hari (masa tu aku dah tak dibenarkan bekerja oleh suamiku), aku rasa cam tak sedap & aku dimasukkan ke hospital. Tp pastu cam ok je tapi doktor tak benarkan aku keluar sbb aku dah terlewat (overdue). So aku dimasukkan obat utk mempercepatkan kesakitan utk melahirkan tapi hampeh, tak rasa apa2 pun. Pastu doktor pecahkan ketuban aku sbb dah lewat & tu pun masih tak de tanda2 gak.


Kemudian aku dimasukkan ke wad bersalin & kat situ aku dimasukkan air sebnyk 4 botol (had maksimum). Lepas 4 botol tu jika tak de lagi tanda2 nak bersalin, jalan terakhir aalah ke bilik bedah. Aku takot ble dr ckp camtu. Aku cpt2 ckp ngan dr ku yg aku tak nak berada dlm keadaan sedar masa dibedah, aku nak ditidorkan.


Oh ye lupa, aku ditemani oleh doktor ku dari pagi hingga ke malam…mmg sabar dia menemani ku sambil menunggu perkembangan ku. Tapi masih tak de lagi tanda2 melahirkan. Dah la dari pagi aku dilarang makan & sehingga hampir tgh malam aku masih tak makan apa2 pun. Suami & keluarga ku dah menunggu dari pagi & ble suamiku pulang ke rumah sekejap aku telah diberitahu oleh dr yg aku akan dibedah. Masa tu suami ku takde & nak menunggu tu dah suntuk soh aku sign dulu surat kebenaran bedah.


Akhirnya pada jam 11.09pm @ 29 November 1992 aku telah selamat dibedah & melahirkan anak lelaki seberat 3.1kg. Masa tu kira aku sorang2 je & aku dihantar semula ke wad. Jam 4-5 pagi camtu la aku tersedar & aku tiba2 teringat yg aku mengandung & aku raba perut ku rasa cam dah kempis & dlm keadaan sedar & tidak (sbb obat bius) aku tanyakan anak ku kepada nurse kat situ. Aku bersyukur ke hadrat ilahi & terus aku tido semula sbb msh rasa mamai2.


Esoknya aku telah ditunjukkan anakku. Aku cek jari2nya cukup 10 & tanda2 lain w/p masa tu aku lemah & berbaring lemah & mamai. Masa tu cam mimpi je aku dah jadi ibu. Anakku lahir ngan kulit yg putih mulus, bersih, comel….tapi ble dah besar makin gelap kulitnya.


Tu la anak yg ku namakan AFIF FARHAN. Jika anak perempuan aku dah sediakan nama FATIN FARHANA. Aku sempat tulis nama2 tu & simpan di laci almari. Suamiku ada gak cadang2kan nama2 lain tapi aku ckp tak nak, tak sedap, hehehe. Aku penah berpesan kepada suamiku jika terjadi apa2 semasa aku bersalin, amek nama tu & beri kepada anak yg dilahirkan. Sampai camtu sekali.


Nama ni pun sebenarnya awal2 aku nak letak pangkalnya Nor sbb aku & suami sama2 ada Nor dipangkal nama kami. Tapi ble tgk panjang lak kalo jadi Nor Afif Farhan atau Nor Fatin Farhanah, so aku buang je Nor tu.


(to be continued….PART III)

Di PerSimPaNgaN...

e

Kdg2 aku confuse. Ble aku terlalu diam & aku akan memendam rasa, mula la aku akan jadi murung & melancholic...lama2 aku akan berasa lemah & sakit. Contoh yg nyata kerana tu sume aku mendpt thyroid semula.

Tmpt aku bekerja mencari makan turut mendpt tempiasnya. Ini diakui oleh boss ku sendiri.

Ble aku terlalu hepi aku tak hiraukan masalah, pun menjadi masalah gak. Aku akan mendpt bermacam2 kesusahan. Dikatakan kebudak2kan, tak sensitif ngan org lain. Adoooiiii.

Aku tak nak lagi menanggung kesusahan & keseorangan. Maksudnya aku tak nak lagi dok dibawah kepompong ku sendiri. Aku perlu terbang di luar, mengembangkan sayapku. Tapi jika aku bebas berterbangan juga boleh menimbulkan masalah spt ditembak oleh penembak2 bebas.

Perlu ke aku mendiamkan diri sambil berterbangan riang atau dok diam2 disarangku??

Aku tak nak sakit lagi....aku nak hepi & sihat at the same time. Tapi camne?

Mana jalan yg patut aku ikot?

Aku tau mesti org akan soh aku membalancekan sume. Betol...betol...betol tu, tapi kdg2 kite sbg manusia biasa ttp tdk dpt memuaskan hati sume pihak.

Jalan terdekat yg aku pilih ialah menjadi semula diriku sendiri...riang tapi ttp di batas2 yg halal.

Tuesday, November 25, 2008

aPPoiNtmEnT sPiTaL


Pagi tadi ada appointment kat Hospital Selayang. Aku silap time, igt kol 10am tapi upenye kol 9am, kelam kabut aku ble aku cek appointment card tu. Sebbaik la spital tu dekat ngan umah aku, tak sampai 10 minit da sampai. Tapi adoooooooi jenuh cari parking, sampai ke ujung aku park, jalan jauh sket la. Takpe takpe aku pun ok, so exercise pagi2.

signboard ke Klinik Pakar

Klinik2 Pakar yg ada di Hospital Selayang

entrance ke Klinik Pakar

Aku sampai tersilap kaunter. Ni dorang la gi tunjukkan kaunter salah. Ble nama aku dipanggil org tu tanya aku ni pekerja kerajaan ke? Aku ckp tak, swasta & aku ada guarantee letter. Tak laku lak GL tu, kena bayar cash gak. GL hanya utk byran RM50 keatas atau msk wad. Aku byr RM30 utk registration tu. Opps tu aku ditukarkan ke kaunter sebelah, kira potong queue la, silap kaunter tadi (pas aku merayu nak shortcut). Aku byr dulu pendaftaran & diarahkan ke kaunter lain utk appointment tu.

kaunter pembayaran

kaunter appointment

Ya Allah, lama giler nunggu turn, nombor tak naik2. Hish...hish...hish geram nunggu. Lapar lak, so aku gi kafetaria dulu isi perut. Makan la french toast + hotdog + fresh orange. Nah kau bekpes mat salleh...huhu (sori lupa nak amek gambar, lapar punya pasai).

nombor giliran aku

Pastu gi blk tunggu turn, adooi nombor tak gerak2 gak. Sebbaik ada sorang cina pompan dok sebelah aku tu start borak, so kami jadi kawan la. Tapi sempat gak la aku tertido2 bape kali tapi nombor tak gerak2. Ble bangun boring, kol Chuna lak, borak2, gelak2 tapi tu pun ble da abis ckp tgk nombor tak gerak2 gak. Kejap2 tgk ada nurse kuar panggil2 nama. Aik dorang tak ikut nombor ke? Sabar...sabar. Tunggu2 sambil borak2 ngan cina tu, baik tol dia. Ada gak kawan. Siap tolong dgrkan kalo nama aku dipanggil (aku pun tak sangka dia tau nama aku, alert tol dia).

Justify Full
nak tgk nombor2 giliran berubah punyala la bape jam baru naik setakuk2

Dah kol 12 lebih (tgk dah sampai tghari), baru nama ku dipanggil masuk. Tu bukan terus dpt jumpa dr, tunggu lagi kat dlm. Sebelum tu ukur tinggi & timbang berat. Tinggi ttp maintain 153cm (ok la utk pompan kan), berat lak 59kg (ni kurang lagi 1kg...nak kurangkan sket lagi).

Pastu tak lama tu nama aku dipanggil oleh Dr Loh Eng Choon sendiri. Masuk2 je dia terus tgk muka aku & ckp result blood test aku tinggi blk & penyakit aku berulang. Thyroxine (betul ke spelling ni). Dr tu tanya aku samada aku ada masalah yg berat ke lately cam masalah rumahtangga, kewangan, pekerjaan atau apa2 yg mengganggu fikiran aku? Aku termenung. So dia kata sbb tu la penyakit tu berulang.

Dia kata aku terlalu stress & emosi terganggu...hmmmm yg ni aku akui mmg bbrp bulan ni aku menanggung terlalu bnyk emosi yg berat. Dr tu kata takpe dia akan bagi obat. Setiap hari kena amek 6 bijik w/o fail. So dia kata utk 4 bulan aku kena amek ubat Camazol Carbimazole dulu sebelum appointment seterusnya bulan March 2009. Mula2 amek 6 biji (30mg) -1st month, 4 bijik (20mg) -2nd months, 3 bijik (15mg) - the next following months.

ni obat yg aku kena amek, sbhg je ni, tapi kena ulang lagi ke spital utk amek obat baru

Sebelum tu aku dirujuk ke klinik pakar yg lain lak oleh dr tu & kena gi wat appointment dulu.....tu pun berkaitan ngan stress. Appointment 16/12 nanti aku kena dtg utk that specialist. Sebbaik yg ni tak lama tgu, pastu aku turun gi pharmarcy amek obat. Ni pun tak lama gak. Jumpa lagi pompan cina tu, borak lagi la sambil menunggu nama dipanggil. Tgk2 jam da 1 lebih. Ujan lak, aku tak kira aku redah gak sebbaik ada paper aku beli pagi tu aku alas pala.

Balik2 je aku terus lunch & makan obat....pastu boommmmmmmmmmmmmm. Rasa lega sket.

Monday, November 24, 2008

Michael Jackson Akhirnya Peluk Islam


LOS ANGELES, 21 NOV 2008:
Sebelum ini gosip pernah tersebar mengatakan superstar Michael Jackson sedang mendalami Islam malah sudah memeluk agama suci itu. Namun tiada kesahihan tentang khabar angin berkenaan.


Semalam, sebuah akhbar di Amerika Syarikat melaporkan penyanyi lagu Beat It akhirnya sudah memeluk Islam di kediaman seorang rakannya di Los Angeles, pada minggu ini.


Laporan itu berkata, upacara itu berlangsung di kediaman pemuzik album Thriller, Steve Porcaro dan disaksikan beberapa rakan seni lain termasuk pendakwah Yusof Islam atau Cat Stevens. Sebelum ini, Michael adalah bekas penganut mazhab Kristian Jehovah's Witness.

Difahamkan, Michael, 50, mengucapkan dua kalimah syahadah di depan seorang imam yang dijemput ke upacara bersejarah itu. Michael kemudian bersetuju menggunakan nama Mikaeel, iaitu salah nama malaikat dalam agama Islam.

Sebelum ini, abang Michael iaitu Jermaine Friday, terlebih dulu memeluk Islam pada 1989 dan sejak itu penyanyi lagu Heal The World itu mula menunjukkan minat terhadap ajaran Islam.

Satu ketika, selepas Jermaine pulang dari Tanah Suci Makkah, dia menghadiahkan Michael beberapa buku tentang ajaran Islam dan pada saat itu Jermaine semakin yakin bahawa satu hari kelak, pintu hati Michael akan benar-benar terbuka untuk menjadi seorang muslim.

Sementara itu, minggu depan, Michael dijadual memberikan keterangan di sebuah mahkamah di London berhubung tentang ganti rugi berjumlah US$7 juta kepada putera kedua Raja Bahrain, Sheikh Abdullah Hamad Al Khalifa.

Sheikh Abdullah mendakwa beliau memberikan sejumlah wang kepada Michael untuk menghasilkan sebuah album di bawah label syarikatnya selain sebuah kereta mewah Rolls-Royce berharga US$120,000.

(sumber dari www.murai.com.my) link

Shikin JD :
adakah benar berita ni???
...adakah ini satu pelarian terhadap masalah2 yg sedang dihadapinya???...adakah Michael Jackson ikhlas memeluk agama Islam??... kite biarkan persoalan ini antara MI dgn Allah, sapa la kite utk mempersoalkannya...semoga dia benar2 ikhlas & Allah telah memberikan dia taufik & hidayah serta menambah seorang lagi umat Nabi Muhammad


Sunday, November 23, 2008

PiX siMpaNan SuMe aBiS iLaNg......grrrrrrr


Adoooooi geram geram geram sungguh!!!!

Abes sume pix yg aku simpan selama ni kat laptop & dipindahkan ke CD dah ilang.....arrrrrghhhhhhh!!!!! Hish geramnyerrrr.

Aku antar laptop utk reformatting kat kawan Wan (adik aku) sbb dah teruk virus kat dlm tu, so aku save kan la sume files tu dlm CD sebelum diantar, so ble kawan Wan pun cuba nak save dlm pendrive dia, abis sume files ilang gak, igt aku dah ada backup tp malangnyerrrrrrrrrrr...sume pun tak leh bukak, tgk2 semua file yg aku cek kat properties CD tu tak dak, kosong, adoooooi malangnya nasib aku.

Da la sebelum aku antar CD tu aku ada edit few pix yg aku pilih, da ok sgt, igt nak tepek kat sini sebelum antar pc tu tapi nak cpt tak sempat....tapi sayang seribu kali sayang, sume tu dah tak de lagi.....adooooooooi makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....

Jenuh la aku nak kutip blk pix mana yg ada yg aku dah upload kat blog & myspace....

TaGgeD lagi dAri IrAs

1. What is the relationship of you and him/her?
Sahabat

2. Your 5 impressions towards him/her

1) Matang

2) Manja

3) Pendengar yg baik

4) Senang diajak berbincang

5) Kdg2 sukar difahami jugak


3. The most memorable things he/she had done for you.
Memahami & mengeluarkan pendapat yg matang

4. The most memorable things he/she have said to you?
Ttp akan bersahabat dgn ku w/p mendpt bermcm2 rintangan & halangan, alhamdulillah

5. If he/she become your lover, you will…
Hahahaha.....but agreed he's a good lover (to other people la)

6. If he/she become your enemy, you will…
Harap2 tak de la....Ya Allah ya tuhanku, minta di jauhi....amin

7. If he/she become your lover, he has to improve on…on his/her
Hmmmmm....

8. If he/she become your enemy, the reason is…
Org lain...semoga kami dpt menjaga hubungan dgn baik

9. The most desirable thing to do on him/her is?
Hmmmmm....

10. The overall impression of him/her is…
Selesa dgnnya

11. How do you think the people around you will feel about you?
Ntah la....kena tanya dorang la

12. The character of you for yourself is?
Penyayang sebenarnya (tapi ramai yg tak tau)

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Sensitive....

14. The most ideal person that you wanna be is?
Tak tau la....camne teruk pun aku lebih baik jadi diri sendiri

15. For the people who likes you, say something about them.
Terima kasih kerana memahami & menyayangi diri ku...kamu sume sgh tak ternilai dlm hidupku, sayang kamu sume

16. Ten people to tag:

1. Farell

2. Norajoey

3. KT

4. Helmie

5. Fikri

6. Iras

7. Fadzree

8. Anis

9. Zamani

10. Erin

(sorry, berulang2...dah tak de org huhu....tuan yg bagi pun dpt blk, huhu)

17. Who is no. 2 having a relationship with?
Ada bf kot tapi tak kenal

18. Is no. 3 a male or a female?
Female

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
Mana tau kan? hahahaha.....

20. How about no. 5 and 8?
Pun mana la tau kan? Jodoh....

21. What is no. 1 studying about
MASSCOM

22. Is no. 4 single?
Sdg mencarik katanya...

23. Say something about no. 6
Baik sgt, lembut, penyayang

Friday, November 21, 2008

sAkiT pALaaaaaa......

a

Smlm aku melepek & terus tertido pas blk keja, cam tak sihat je. Ble aku terbangun dah kol 3.40am & aku tgk upenya aku tak mandi2 sejak blk keja. Adoooooi....bangun2 je pala ku sakit sgt.

Aku tido blk & bangun2 je tgk jam dah 7.38am. Alamak dah lewat! Ni sejak hp kesayangan ku ilang mmg tak de 'pembantu' yg leh kejutkan aku bangun pagi.....geram tol. Afif pun tak leh harap, dia sendiri tak dgr jam loceng dia, aku yg akan kejutkan dia ble terdgr kalo aku dah terjaga sbb sakit telinga aku dgr komain kuat lagi. Ada tak ada 'pengganti' pun sekejap tapi dah dipulangkan kat tuannya....rindunyerrrr.

Aku gagahkan gak gi ofis. Drive pun dlm keadaan yg tak bermaya. Dlm keta biasala aku mesti putarkan CD peberet aku, tapi aku cam tak de mood je nak dgr. Sampai ofis dah nak kol 9am. Da la sampai lewat, selamba dek je aku ckp kat boss...."sori lewat".

Ni pun pala ku msh sakit, berdenyut2....tadi lam keta aku pandang2 je Panadol Active Fast balance masa gi Joseh haritu. Ntah ngapa cam malas je nak amek. Kejap lagi kalo rajin aku gi klinik la.

nAnTikAn.........

Aku ada cerita menarik utk dikongsikan pada 28/11/2008. So, tungguuuuuu...................

aDa uNtUk mU mAsoK sEmI-fInAL !!!!

Aku tumpang seronok & bangga mendpt kabar baik ttg lagu Ada Untukmu ciptaan Zeti Akmar (pix) nyanyian sapa lagi, Nubhan yg aku & nubies sokong semenjak dari AF6 telah tersenarai masuk ke semi-final Muzik Muzik TV3, yeyyyyyyyyy. Alhamdulillah syukur.

Tahniah...tahniah....tahniah jugak pada Nubies yg berkorban wang ringgit & masa tak henti2 utk menempatkan lagu tu ke tempat nya sekarang.

Walau bagaimana pun ni baru permulaan....ada yg lebih mencabar lagi iaitu ke Juara Lagu. Berdebar2 menunggu. Insyaallah....amin.


Tuesday, November 18, 2008

SahAbaT kU - eP 2


Dlm hidup ni kite tak leh bersorangan. Kite memerlukan org2 disekeliling kite utk menemani hidup ni. Tak kisah la samada keluarga, rakan2, jiran2 etc. Utk melakukan apa2, kite perlu bekerjasama & berbincang utk mendpt keputusan atau hasil yg baik. Org lain adalah cermin kepada diri kite sendiri.

Igt tak lagi aku pernah menulis ttg sahabat di eP 1 : Sahabat Sejati [klik ke link ni].

Aku ada menghuraikan bhw aku mempunyai seorg sahabat yg aku amat sayangi & juga sedang cuba mengenal-pasti rakan2 yg boleh ku jadikan sahabat yg boleh bersama2 dgn ku. Pelbagai ujian yg kami tempuh.

Yela nak memilih sahabat bkn macam pilih ikan dipasar. Bkn bermakna aku ni terlalu baik tapi utk bersama2 menempuh hidup kite saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Aku telah mendpt jawapan tersebut dari seorang lagi sahabat yg aku sayangi. Aku berharap agar persahabatan kami akan berpanjangan, sehingga selama2nya & ke akhir hayat. Semuga dia pun tabah bersama2 ku. Aku mmg memerlukan dia di dalam hidup ni. Aku juga berharap mendpt bkn seorang lagi sahabat malahan lebih ramai.

Sahabat ku, tabah la jika kau sayang padaku. Kerana hidup ku mempunyai pelbagai pancaroba & onak yg mungkin akan mengganggu hidupmu sekali. Harap kite dpt mengatasi sume tu spt yg kite telah sama2 berjanji utk sama2 menempuhnya. Insyaallah.....amin.

Dgn adanya diri mu aku berasa sgt beruntung. Semuga persahabatan kite tidak tercalar & tergugat dgn apa2 juga rintangan yg menanti di hadapan. Sama2 kite tempuhi & hadapi samada dlm keadaan suka atau pun duka. Sama2 mengatasi apa juga perkara yg melanda hidup kite.

Aku pun bkn tamak kerana disaat2 kau pula memerlukan, kau tau aku dimana. Kite kan sahabat. Insyaallah...amin.

Terimakasih.....terimakasih....terimakasih Sahabat

Aku Sayang Kamu.

Monday, November 17, 2008

17 nOveMbEr DaLam kEnaNgAn


Tarikh 17 November sepatutnya menjadi tarikh yg aku perlu raikan & ingati setiap tahun. Pada tarikh tersebut di thn 1991, aku telah diijab-kabulkan dgn seorang lelaki yg amat aku cintai setelah mengenali & menyulami hati budi msg2 selama 7 thn. Selama tempoh tu pelbagai suka-duka yg kami tempuhi, tapi akhirnya dgn persetujuan kedua ibu-bapa & seluruh keluarga di kedua belah pihak, kami telah disatukan.

Tarikh 17 November 1992 juga merupakan tarikh sepatutnya aku melahirkan zuriat kami yg pertama, tapi dek kerana sonok sgt kot dok dlm rahim ku, maka dia tangguhkan utk berkongsi dunia yg sama ngan kami pada 29 November 1992. Jika tidak, kami akan meraikan 2 hari ulangtahun yg penting dlm keluarga kami.

Tapi apakan daya, jodoh kami tidak panjang & anakku lahir lewat 12 hari dari tarikh sepatutnya. So aku pun tak de la terkilan sgt cuma tetiba aku teringat tarikh tu saja.

Friday, November 14, 2008

ReSigNEd frOm nUbhAn fC


Dgn hati yg berat, aku telah meletakkan jawatan sbg Naib Presiden Nubhan FC berkuatkuasa pada harini, 14/11/2008. Aku dah lama nak letak jawatan tapi aku masih sygkan Nubhan & FC & tak nak nanti mereka terkena tempiasnya....so aku bertahan sehingga harini.

Tapi skang aku dah nekad utk merealisasikan apa yg aku dah fikir lama....aku dah email pada Presiden, Penasihat 1, Mr. Vern & Penasihat IV, Abgmosha serta aku dah post kat forumation.

Keputusan ni adalah muktamad.

Thursday, November 13, 2008

TaHNiaH eRiN !!!!


Erin Aida, salah sorang nubies yg muda telah berjaya mendpt 5A dlm peperiksaan UPSR yg lalu. Waaaaa dlm dok aktif2 kat forum msh dpt membuktikan kegigihannya dlm pelajaran. Camni la nubies yg boleh dibanggakan. Nubhan tentu bangga mempunyai sorang peminat yg bkn aje meminatinya tapi dimasa yg sama tak lupakan pelajaran.

Walau macamana pun ni hanya la permulaan, ada bnyk lagi cabaran yg bakal mendtg dimasa hadapan. Usah leka & cuai serta jgn cpt berpuashati dgn pencapaian ini.

Congrat...congrat...congrat Erin sayang!!!!


Wednesday, November 12, 2008

CiNtA2 kU.......

Waaaah....suspen ni cinta2 ni.

Aku pun nak bercinta gak....tapi sapa cinta ku skang ek?

Cinta ku yg pertama














Afif
- anak tunggal kesayangan ku


Ke-2













Blog
aku ni la, kekekekekeke


Ke-3












Kepada sume yg menyayangi diriku......sapa2 la tu, hehehehe

Terimakasih atas kasih sayang yg diberi.....tak terbalas oleh ku.

Tuesday, November 11, 2008

Hepi 16th Birthday Nord yg Cute

Nur Shafirah@Nord

aku baru terperasan pix ni masa cari2 pix Nord
rasanya aku tak penah lagi tepek pix ni di blog

Nord ataupun nama penuhnya Nur Shafirah Zulkifli telah dilahirkan pada 11 November 1992 mencapai usia ke 16 thn pada harini.

Nord, salah sorang Nubies yg ku kenali orgnya sungguh comel, cun & cute. Walaupun aku tak berapa rapat dgnnya tapi aku mmg ske tgk wajahnya tu. Tapi kdg2 aku lihat dia lebih dewasa dari usianya mgkn dia slalu bergaul ngan org2 yg lebih dewasa.

Dia lahir dari kacukan Melayu (bapa) & Cina (ibu), so that's why la rupenya kecinaan. Nord ni aku anggap cam anakku sbb dia sebaya ngan Afif.

So di sini mama nak ucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 16 buat Nord semoga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki & lulus ngan cemerlang di peperiksaan SPM tahun hadapan.....insyaallah....amin.

p/s
walaupun aku tau dia tak dpt baca blog ni lagi tapi aku ttp mengucapkannya dari hatiku yg ikhlas

Saturday, November 8, 2008

kEpeRcAyaaN vs RaPaT


Tak semestinya org yg kite rapat boleh dipercayai & tak semestinya org yg kite percayai adalah rapat dgn kite.

Ntah la.....

Friday, November 7, 2008

UjiAn dAraH


Pada 6/10/2008, aku telah ke panel clinic syarikat aku bekerja utk blood test Bbrp bulan sebelum tu sehingga bulan Ramandhan aku kerap demam on & off, kejap2 demam, kejap2 demam.

Walau camtu aku ttp gagahkan diri utk join program bersama Nubhan & Nubies spt sambutan malm merdeka, program anak2 yatim ...kedua2nya di Mydin, USJ dan juga Marhaban Astro di Bukit Tinggi, Klang serta beraya di kg Nubhan (2 Syawal) di Juasseh tu.

Masa tu aku kerap pitam tapi aku tak nak tunjukkan sgt. Ble dah tak dpt nak control, aku larik kejap dari sume org & dok di mana2 aku dpt rihatkan diri.

Tapi alhamdulillah masuk je bulan Syawal, nampak perubahan dimana aku makin pulih tapi aku telah diarahkan oleh dr yg merawatku utk pemeriksaan darah. So keputusan yg aku dpt mmg memeranjatkan sbb penyakit lama ku berulang.....aku pernah mengidapnya 6 tahun dulu tapi telah disahkan pulih selepas 1 1/2 tahun berulang alik ke hospital.

Utk pengetahuan penyakit ku itu tak berjangkit & ianya bkn disebabkan oleh apa2, cuma ada didalam darah ku. Sesiapapun boleh mendapatnya, tak kira samada miskin atau kaya.

Tapi bezanya kali ini tak seteruk dulu kerana dulu aku kerap mengah & semput. Jln sket je dah tak larat. Dan ada bbrp tanda2 penyakit tu yg tak de kali ni, tu yg aku pun tak sangka. Tapi aku tak takot sbb aku penah mendpt rawatan tersebut & aku telah pulih sekali.

Pasal tu la aku lengah2kan amek result blood test tu padahal dah dipanggil berkali2 utk jumpa dr utk dibacakan resultnya.

Panel clinic arahkan aku mendapat rawatan ke hospital pakar.

Aku dah gi hospital utk wat appointment mgu lepas tapi adooooooi lama tol nak tgu next appointment. Ngapa la hospital tu tak bagi jumpa dr terus...sabau je la. Takpe takpe aku pun rasa cam dah mula sihat so aku leh tgu utk pemeriksaan & jika ujian darah kali ke 2 mengesahkannya just dptkan rawatan selayaknya la.....aku kan tabah orgnya.

So next Tuesday, appoinment utk blood test. Ni ada sikittttttttt problem....

Aku ni penakut. Mmg lawak la dulu ble dorang nak amek darah aku, aku akan mengeraskan diri. Dan bile dorang cucuk je, blum cucuk lagi pun aku dah jerit. Pernah nurse di situ siap mengurut2 & mengusap2 utk memujuk aku masa dorang nak cucuk amek darah.....cam bdk2 kecik...kakakakakaka.

Tapi skang ni aku rasa aku dah mula berani sket2 ble dicucuk, ye la dah selalu kena kan? Hahahahaha.

So aku bersedia utk diambil darah......Hospital......Wait for me, here I come!!!!! Hehehe, bkn sekarang, next Tuesday la.

Wednesday, November 5, 2008

Tagged from Mr.StitCh_FaDLi@Iras - 2nd

Firstname : Nor Ashikin JD
Nickname : Shikin/Nora/KS/Cutiepie/Mamapip
Birthday : 13 August 1963
Birthplace: Kuala Lumpur

.:. This Or That .:.

Flower or Chocolate : Chocolate inside a bouquet of flowers..can ah! hehehehe
Pepsi or Coke : Coke but actually it's not good......plain water better
Relationship or 1 night stand : Relationship for long term
School or Work : Work
Love or Money : Both...Love & Money
Music or Movies : Both.
Sunny days or Rainy days : Rainy days..
Friends or Family : Family come first then friends

.:. Have You Ever .:.

Smoked : NO NO NO NO.....NEVER....not good for health...pls don't smoke
Broke someone’s heart : Don't know....hmmm not sure......if yes, i'm so sorry
Had your heart broken : Yup...sop..sop..alwaysssss.....huaaarggghhh!!!
Wish you were a princess/prince : Yup.....best kan?
Liked someone who was taken : hmmmmmm.....ntahla
Shaved your head : NEVER
Been in love : Of couse la
Used chopstick : Yup
Sang in the mirror to yourself : Hehehee malu ah! Outside the mirror, yes

.:. Favourites .:.

Candy : hmmmmmm....Choki2 leh tak? hahahahaahahahaha baru tau sodap
Song : So many la...
Scent : Dior Jadore..
Musical instrument : Piano & Guitar
Movie : Ayoyoyoooooooooooooo so many la..
Actor/actress : Also so many....
Junk food : Don't like
Animal : Cat.....ok la tu

You play any sports : Bowling....
Ever cried over someone : Yup....now i'm crying...huarrrrrrrrghhh!!
Do you think you’re attractive : Wait ah!...Who can answer this??? hahahahaha
Is there anything you wish to change about yourself : Yup....but still love myself
You had to choose a fairytale as your life what would you choose : Cinderella, can ah!

.:. List 8 random facts about yourself .:.

1. Talkative

2. Sensitive

3. Caring

4. Loving

5. Good Listener

6. Love reading

7. Love travelling

8. Love blogging


.:. Tag them .:.

anybody are welcome.....malas nak tag org da

Tuesday, November 4, 2008

LaKarAn lAkOnaN HiDuP

Pelakon2 di atas pentas...pelakon tambahan memainkan peranan yg lebih besar w/p didalam skrip hanya sedikit dialog. Camne leh jadi camtu??? Adakah kerana pelakon tambahan cuba menunjukkan kebolehan/bakat atau saja nak melawan arus??

Tak sepatutnya jadi camtu....fitrah yg diberi kenalah diambil dgn redha bkn dgn memandai2 menunjukkan belang & melawan pengarah drama/filem tersebut.

Sunday, November 2, 2008

Tagged from Mr.StitCh_FaDLi@Iras - 1st

Waaaaa dulu penah dpt tag tapi tak pandai wat, upe2nya just copy & paste kat blog kite & jawab je soalan2 tu.

Kali ni aku dpt 2 tag lak tu dari org yg sama, rakan nubies tersayang, Iras.

1ST TAGGED

THE SELF

[01] Real name: Nor Ashikin
[02] Nickname: Shikin/Nora (friends), Ken (elder sisters, brothers), Ayang (youngest sister), Mak Yang (nieces & nephews), Bibik/Wak (nieces & nephews), Nor (hehehe by someone), KS (daBruts), Cutiepie/Mamapip (nubies/forum.cari)
[03] Married: Yes & No
[04] Zodiac Sign: Leo
[05] Gender: Female
[06] Age: 45
[07] High School: ~
[08] College: ~
[09] Height: 153 cm..
[10] Weight: 60 kg (reduced my weight)
[11] Do you like yourself: Yup...love to be ME
[12] Piercings: No
[13] Right or left: Right
[14] Are you a freak : No
[15] Hair: Black
[16] Skin: Sometime fair, sometime dark
[17] Allergic: No
[18] What are you doing now: Answering tagged ni la, lagi mau tanya ka, hahaha
[19] What will you doing 1 hour later: Sleep/watching tv (sunday la)
[20] What will you doing 10 years later: Retired, look after grandchildren if any, hehehe but i love to work (actually love to travel)

THE FAMILY

[21] Live with mother/father/parents: Son
[22] Siblings(included you): 6
[23] Eldest: Norlen/Along
[24] Youngest: CT/Adik/Salasiah
[25] Love/hate your family: Love so much


THE LOVE

[26] You found your another half: hmmmmmmmm...wait 'ah..hmmmmmmm
[27] If yes, who is he/she: hmmmmmmmm..wait 'ah..hmmmmmmm
[28] If no, who you want he/she to be: my lover who care & love me so much & NO SHARING PLSSSS (tamak sket, hehehe)
[29] Time(s) you in relationship: ayooooooo, wait 'ah
[30] Ever woo boy/girl: NOOOO
[31] Anyone woo you before: Yes
[32] Did anything wrong to your other half: Now or previous?
[33] What was/were the wrong you had done: wait 'ah, wait till i meet him first
[34] Ever argue with your other half: hmmmmm...hmmmmm
[35] You with your other half since: hahahahahahaha....wait 'ah
[36] Are you straight/Lesbo: Straight la of course, mana dtg anak tu
[37] Reasons you love your other half: hehehehehe...hmmmmmm
[38] You and your other half in which stage: hmmmmmm
[39] You woo he/she or he/she woo you: ayoyoooo
[40] Ever think of marry he/she: if i meet someone i love; he love & care for me & my son, i will think deeply if he propose me, but but but....

THE FRIENDS

[41] Your first best friend: 3 stooges (Azman, Zam & me)
[42] Your first enemy: pls ask him/her...if any
[43] The friends you love the most: Yasmeen & dot dot dot.....
[44] The enemy you hate the most (1only): ntah la....
[45] Your most beautiful girl friend: a few
[46] Your most handsome boy friend: hish, takleh cite la
[47] The kind of girl you hate the most: Gedik
[48] The kind of boy you hate the most: Buli pompan, amek kesempatan atas pompan
[49] You fall in love with your close friend before: hmmmmmm..it happened before
[50] Your best friend is your ex-lover: No
[51] If your friend backstabbing you: will avoid him/her forever
[52] If your friend betray you: will avoid him/her forever
[53] If your friend woo your lover: CUBA LA KALO BER
ANI!!! (after that will judge my lover)
[54] If your friends fall in love with you:
Speechless
[55] If you fall in love with your best friend: hmmmmmm ta tau

THE STUDIES

[56] Are you a good student: Hardworking
[57] You always done your homeworks/assignments: Of course
[58] The teacher/tutor you love the most: Cik Saadiah (now Puan)
[59] Always late to school/college: Sometimes
[60] Your class: Manyak class
[61] You love your seniors: hmmm..don't know
[62] Senior who you love the most: hmmmmm...don't know
[63] Your classmates good/bad: GOOD!!
[64] Excellent result classmate: Some
[65] Laziest classmate: Adala

THE PEOPLE

[66] Smart people: Know what he/she wants
[67] Stupid people: Don't know what he/she wants
[68] Good looking people: Who know how to dress up
[69] Ugly people: Don't know how to dress up
[70] Funny people: Who can make me laugh
[71] Cute people: Who can make me feel he/she is a cute person
[72] Bad people:
My instinct will tell me who's the person
[73] Honest people:
My instinct will tell me who's the person
[74] Acting people: My instinct will tell me who's the person
[75] You are what kind of people: Up to the individu, but i know who i am

THE PREFER

[76] Lip or eyes: Eyes (both can hah!)
[77] Hugs or kisses: Hug (both can hah!)
[78] Shorter or taller: Taller la hehehehe
[79] Hesitant or spontaneous: Spontaneous
[80] Nice stomach or nice arms: Nice stomach
[81] Listener or talker: Listener & talker at the same time
[82] Romantic or rich: 1st romantic, 2nd rich (no no, both can hah!)
[83] Good husband or Good Father: Both

THE FUTURE

[84] Age to get marry: Married before, next....hmmmmm
[85] Numbers of kid(s): Aldready have 1 - son, in future, don't know la, no maybe
[86] Career: What can give me more money, benifits & facilities
[87] Salary: More money, benefits & facilities
[88] Retirement age: Maybe 56 (but i love to continue work after my retirement, or otherwise married a rich man so i can stay home, gi Mekah & travel around the world...insyaallah..amin)
[89] Properties value: House, savings, car
[90] Wishes: Forever love & stay young


MY VICTIMS...hehehehehe sowieeeeeeeee

~maxxwu
~waty
~tira
~tokwan
~aimer
~simahmail


berpoloh2 menjawab.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...