Wednesday, January 28, 2009

kEbErkAtaN sUraH aL-iKhLaS


Aku rasa mgkn kamu da tau akan keberkatan surah al-Ikhlas dlm mencari keberkatan hidup kite. Aku terpanggil sekali lagi utk berkongsi dgn kamu sume disamping mengingatkan utk peringatan kepada diriku sendiri jua.

Apa lah salahnya kite sentiasa mengulangi & igt-mengigtkan sesama kite perkara yg baik berkali2 supaya ianya dpt sebati & dijadikan amalan kite kan?
Surah al-Ikhlas antara 3-4 Qul yg mmg patut kite amalkan sbg pendiding dari hasutan syaitan. Ianya adalah amalan Nabi Muhammad SAW.

Al-Ikhlas (Arab: سورة الإخلاص ) adalah surah ke 112 dalam Al-Quran, ayat pendek 4-versa deklarasi yang berkesatuan mutlak dari Allah (tawhid), menolak fahaman politheisme dan trinitarianisme. Al-Ikhlas bermaksud "ketulenan" atau "menghalusikan", bermakna untuk tetap suci dan beriman atau dalam keadaan menangkis ketidaksucian.


Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Qul Huw-Allahu Ahad
Allah-us-Samad
Lam yalid wl lam yulad
Wa lam yakul lahu kufuwan ahad

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak da sesiapapun yang serupa denganNya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bile perlu kite baca surah al-Ikhlas ni:

Sebelum memulakan apa2 pekerjaan
~ segala iblis & syaitan dlm tubuh kite & sekeliling kite akan berlari keluar umpama cacing kepanasan

Sebelum masuk ke rumah
~ baca surat al-Ikhlas 3 x, langkah kanan dulu & baca bismillah, beri salam w/p tiada org kerana akan disahut oleh malaikat

Ketika sakit atau ditimpa musibah
~ baca sentiasa sehingga ke hujung nyawa terakhir (mayat tidak akan membusuk & kubur tak sempit)

Maka dgn itu, amalkan surah al-Ikhlas (selain dari 3 Qul yg lain sbg mana kite memerlukan pakaian & makanan seharian)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota :

Sampaikanla ilmu ini kpd kawan2 yg lain. Sptmana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikan pesananku w/p satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yg dibawa bersama :

1. Sedekah/amal jariahnya
2. Doa anak2 yg soleh
3. Ilmu yg bermanafaat yg disampaikan kpd org lain

Wallahualam....

Shikin JD : maaf sekiranya aku membuat kesilapan dari segi tata bahasa semasa menyampaikan pesanan ini kerana sbgh dari gaya bahasa & ayat2 disini adalah keluar dari diriku sendiri, utk memudahkan kefahaman....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...