Tuesday, March 31, 2009

LaMunAn TerHenTi....


Aris Ariwathan


BirThDay MonTh MeaNs....


Adooooi penuh page ni ngan besdey wishes, hehehe...kebetulan ramai lak yg lahir bulan March....tu lom masuk lagi sorang, 29/3....hehehe (my ex-hubby).

Ok skang, nak share makna org2 yg lahir di bulan Ogos, bulan kelahiran ku....comparekan ngan diriku, ada persamaan tak?? Hahahaha...cam ada jer. So sapa2 nak kenal...lebih kurang camtu la diriku.

Aku jumpa ni kat friendster tadi, masa ngah boring2 sbb penat, tak tau camne leh ada kat situ.


Shikin JD : tapi dilarang percaya kerana segala2 yg berlaku adalah dgn izin Allah SWT, ini adalah sekadar hiburan semata2.

HePi bEsDeY Mr. C.....

@ 31/3/2009

QU NI SHENG ER KUAI LE
Many happy returns of the day

Monday, March 30, 2009

HePi bEsDeY YaSmEEn...


Kini, tiba lak giliran ulang taon kelahiran sahabat ku yg tersayang yg lebih dikenali sbg Yasmeen yg ke-37 arini.

Aku da lupa tarikh perkenalan kami tapi di taon 2007 (sori Yas) & kami sama2 merupakan daBruts. Dlm semua daBruts kira kami yg maseh rapat & sentiasa berhubungan antara satu sama lain.

W/p kami berjauhan krn Yasmeen di Brunei Darussalam tapi kami tak menghadapi masalah lebih2 dgn kecanggihan zaman IT kini yg dpt mengeratkan yg jauh. Samada melalui hp atau chat di ym, kami ttp selalu bersama2.

Sekali sekala jika berkesempatan kami akan berjumpa. Wat masa ni hanya Yasmeen aje yg bbrp kali turun ke KL berjumpa dgnku, giliran ku ntah bile, tapi isyaallah satu hari nanti aku ttp akan ke sana.

Yasmeen merupakan sahabat yg paling rapat dgn ku kini. Kira sahabat cium molot la hahahaha. Yg berkongsi suka, duka, gembira, sedih, bahagia...pendek kata segalanyala. Ketawa ku, ketawa la dia, menanges ku sama2 kami meraung begitu gak sebaliknya, hehehe.

Dgn Yas, aku tak leh nak sorok kalo aku menghadapi apa2 sbb dia akan cpt je mengesannya, begitu gak sebaliknya....hahahaha ye la sehati sejiwa kan?

Segala gerak rasa kami akan kami kongsi bersama. Jika ada menghadapi masalah pun kami berdua akan berbincang & cuba cari jalan penyelesaian atau yg paling hampir.


Aku senang berkawan dgnnya yg umpama spt adik ku sendiri. Aku sentiasa berdoa agar persahabatan kami akan berkekalan sehingga selama2nya & ke akhir hayat kami, amin.

Di sini aku ingin mengatakan kepada nya.....

Yas, I love u so much

semoga akan sentiasa berada dlm kesihatan yg baek, murah rezeki, sentiasa ceria & bahagia di samping keluarga, amin.

special for u, hehehe utang lu tau, hahahaha

Hepi Besdey Yas !!!!

Friday, March 27, 2009

HePi bEsDeY FaRRa...


Harini 27/3/2009 lak sebenarnya besdey anak buah ku Farra yg ke 19. Farra adalah anak ke-2 kepada kakak ku yg ke-2, Angah Norliza. Merupakan anak yatim kerana bapanya telah meninggal dunia pada taon lepas (2008).

Mempunyai sorang kakak & adik angkat lelaki. Sudah mempunyai teman lelaki yg da dikenalinya selama bbrp taon. Semoga mereka akan kekal hingga ke jinjang pelamin, aminnnn.

Farra masa kecik mcm bdk lelaki & tak pandai bergaya, hehehe. Comot je. Semasa ibunya mengandungkannya pun kami sume sangka adalah anak lelaki, tapi makin bsr makin cerewet memilih apa yg dikehendakinya & maken ayu. Semoga akan mendpt taufik & hidayah & bertudung satu hari nanti, amin.

Takde apa2 pesanan di sini padanya sbb dia pun tak leh msk blog ni pun, hehehe, not invited. Apa2 pun aku doakan dia akan berjaya memilih jalan yg betul utk masa depannya....amin.

Biasala bdk2 skang ni kan? Ramai yg tak tau membuat pilihan yg tepat & betul. Terlalu dimanjakan pun tak elok gak, tapi dia ttp anak yg baek...

Thursday, March 26, 2009

HePi bEsDeY FaReLL...


Di suboh 26/3/1987, 22 taon yg lalu, lahirlah seorang anak lelaki yg dinamakan Mohd Faizal Azhar atau yg aku kenali sbg Farell.

nice new black hair style

FARELL YG KU KENAL

Shikin JD : Farell, sori ye mama terpaksa tulis nie & no tarik2 balek k?

Hmmm...orgnya manja, kebudak2kan tapi ada kalanya matang; adakala ramah, adakalanya pula pendiam; ske memerhati; baik ati, pandai menghormati org esp yg lebih tua; laser, kalo jiwanya tersentuh dia leh jadi cam seekor 'raksaksa' (sori to say, apa2 pun larik duluuuuuuuuuu, hahaha) tapi mudah sejuk ble kena caraya...

Pertama kali aku kenali yg empunya nama Mohd Faizal Azhar semasa rombongan Cik Kiah ke Sukan Komenwel, eh silap, ke kg Nubhan semasa kenduri kesyukuran (16/8/2008) dulu. Masa tu mmg nmpk pendiam sgt, dia lbh banyak memerhati.

Lepas dari tu, kami jumpa lagi kat chatbox Nubhan FC, tapi kali ni dia mmg berbeza sbb setiap kali chat kat situ, aku asyik jadi mangsanya & kerap di'attack'. Mmg masa tu aku geram sgt ngan dia yg ske sgt cari 'gado' ngan aku. Ada aje sbb dicari utk gado ngan aku, cisss.

Pastu jumpa kali ke-2 masa Malam Merdeka kat Mydin. Pastu baru aku tau yg dia ni sebenarnya mmg berbeza dari tanggapan aku masa kat chatbox.

Sbb kami leh msk la pangai giler2, kami sepakat jadi pasangan skandal yg terunggul & terhangat (kira yg pertama di Nubhan FC), jap gelak dulu....hahahaha. Budaya 'skandal' yg kami wujudkan mmg unik sbb beza umo psgan mesti jauh (actually tu just gurauan je).

Mmg lakonan 'percintaan' kami yg bersahaja yg macam real mmg menjadi bahan 'muntahan' Tokwan & Narnia lbh2 lagi dgn panggilan manja kami sbg 'baby' & 'ayang' (ble dorang geli lagi kami lebih2 bemanja2) sampai dorang jeles & lahirlah skandal ke-2 terhangit, huahuahua
(atas hasutan Ajy2).

Shikin JD : jgn korang fikir apa lak actually panggilan 'baby' tu cam panggilan aku pada Afif gak & 'ayang' tu adalah panggilan adik bongsu aku padaku...Farell tau sbb ni.

Upenya ada followers & jadi ikutan, msg2 nak cari pasangan skandal sesama nubies (mmg lawak tol la masa tu) hahahaha.


Dlm baek2 tu pun penah gak kami 'gado' atau 'krisis' lebih2 ble salah tanggapan sesama sendiri. Sampai wat aku nanges gak la sbb terluka disalah-anggap tp aku lbh ske diamkan diri, sampai kebenaran terbukti akhirnya. Takpe la, org kata kalo tak gado, mana kite nak kenal sapa kawan kite kan?


Kami bnyk kongsi cite & rahsia. Mgkn sbb kami sama2 ngam bile borak, sekali sekala kalo dpt borak mmg berebut2 la nak berckp, sampai kena tgu giliran, hehehe. Kami bole borak berjam2 sbb sama2 bnyk cite & leh borak mcm2 topik (tp slalunya cite perkembangan diri msg2 la bkn ngumpat tau).


Tapi aku rasa mgkn keselesaan berbual, ngam & ada chemistry serta ada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain w/p jarak umo kami yg jauh.


W/p dia kdg2 'emo' tapi pendgr kata juga, mgkn dia hormati aku sbg sorang ibu...dia mmg anak yg baik (bkn nak menggantikan tmpt ibunya, tapi sbg sorang kawan).


Kalo ada yg tak kena pada pandanganku, aku mmg selalu beritahu padanya direct & slow talk mana yg boleh. Alhamdulillah dia slalu fikir blk apa yg aku ckp.


Tapi kdg2 dia jadi lebih dewasa dari aku dgn pendpt2nya yg matang. So, dari situ kami jadi kawan yg baik. Sama2 tegur-menegur, igt-mengigtkan & nasihat-menasihati. Itu la gunanya kawan, ye la kite manusia bkn sumenya sempurna kan?


So sempena besdey dia, aku tak nak bagi kek cam slalu, aku tukarkan pada Choki Choki, hahahahahha (ada sbb aku bagiChoki Choki ni, hehehe).


& dark chocolate


HEPI BESDEY B!!!

Semoga panjang umo, dimurahkan rezeki, lulus ngan cemerlang dlm peperiksaan nanti, berjaya dlm apa jua lapangan yg diceburi & tercapai cite2mu....aminnnnnnnn.

Igt selalu pesanan mama ye?

Sunday, March 22, 2009

Aku & Akademi Fantasia...


Msk taon ni da 7 kali Astro siarkan rancangan Akademi Fantasia. Aku da jadi penonton setia sejak AF1 lagi. Masa tu mmg ulang2 la aku tgk diari2 & concert mingguan, tak jemu2 siap leh hafal lagi, hehehe. AF2, msh tak jemu2 gak, camtu gak AF 3-6 w/p ada yg aku termiss sekali sekala.


AF3 aku siap cari lagi youtube2 yg dibuat oleh fans AF esp yg ada adegan pasangan Jiwang United, Felix-Akma, hehehe (tol tak Star, hahahahaha). AF5, aku saja2 join Ebi FC. Sampai ke AF6 aku rasa cam da jauh lak aku libatkan diri sampai la aku join Nubhan FC & 'dipaksa' jadi Penasihat pada mulanya & akhirnya sbg Vice President. Tu pun atas desakan AJK awal & Mr Vern. Tapi aku rasa aku tak sesuai kat situ & ble mcm2 perkara berlaku sampai aku sakit2, akhirnya aku lepaskan jawatan pada 14/11/2008 [link] & aku jadi pemerhati dari jauh je.

Taon ni AF7, aku cam da tak de mood nak follow. Mula2 tu pun aku tak bersemangat nak tgk pun. Diari2 mgu 1 mmg aku tak follow langsung, camtu gak ngan konsert 1, aku leh siap tertido2 lagi tu....sampai la ada kawan cite pasal AF7 ni. Mula2 aku cuba tonton diari, tapi aku termiss2 gak masa mgu ke 2 tu & aku rasa aku start follow slow2 masa kecoh gado2 antara Rini & bdk2 lelaki (Aril, Qhaud etc). Tu pun sekadar nak tgk je. Last2 aku cam leh lekat la tuk tgk w/p ada yg termiss2 gak.

Konsert 1 tu aku tgk pun tak sume w/p diulang2 berkali2 kat tv, ntah la cam malas je nak tgk. Tapi ble aku da kenal sket2 pelajar2 nya aku mula nak follow lebih2 lagi lagu2 kegemaran ku akan dinyanyikan oleh mereka spt, Cuba, Lelaki Ini, Cinta Ini Membunuh ku termasuk la Ada Untukmu (lagu2 ni sume ada dlm playlist kat blog aku ni). So aku nak tgk la versi bdk2 tu nyanyi kan?? Konsert 1 lak lagu peberet Yang Sebenarnya je yg aku tgk betul2.

W/p bkn sume yg nyanyi lagu tu ngan baek tapi aku cam terlekat ble tgk persembahan Hafiz. Tapi aku blom lagi minat pada sesapa cuma aku rasa dia ni cam unik gak la. Cam innocent sgt bdk tu. Dia pun cam tak berlagak w/p dipuji2. Aku rasa dia leh mendpt tempat sampai ke final tapi nak katakan dia leh jadi Juara tu msh terlalu awal utk diperkatakan. Yg lain2 tu ada yg ok ada yg tak. Mgkn masa yg akan menentukan.

Selama AF disiarkan dari yg 1-6, hanya aku berjaya menonton secara live hanya la di Istana Budaya (AF6-mgu 7 kalo tak silap). Tu sbb hanya tmpt tu je yg aku tau, hahahaha. Luar dari KL, mintak maaf la kalo tak de kawan yg tau jalan mmg tak sampai.


Tapi aku pun tak tau adakah aku akan follow AF7 cam dulu2 atau sekadar jadi penonton biasa setiap mgu. Walau camnepun aku nak tonton konsert AF7 ni secara live, tapi ntah bile la dpt direalisasikan, hehehe.

Tuesday, March 17, 2009

HePi bEsDeY ShiMa...


Harini 17/3/2009 merupakan ulang taon kelahiran yg ke 22 buat sorang anak gadis manis, Shima@Nubies. Aku terlewat utk wat ucapan kat sini sbb aku tak bape sihat bape arini (tapi da hampir ok). Camne pun aku da wish dia awal2 lagi melalui sms.

Mgkn ada yg tak bape kenal dia, so ni la pix yg aku amek dari friendster, hehehe (abes kalo dia tau ni, ampun Shima). Shima yg aku kenali orgnya cam pendiam tapi kalo da mesra ngan dia, bole tahan ramah gak.

Kami mula berkenalan di chatbox Nubhan FC. Pertemuan pertama kami semasa malam merdeka di Mydin (semasa Nubhan membuat persembahan). Masa tu dia nampak malu2 & aku lak masa tu ngah tak bape sihat so kurang sket la berbual ngannya.

Shima berasal dari Betong, Sarawak & ngah study di UiTM, Shah Alam.


W/P Shima mgkn tak dpt baca apa yg aku tulis utk dia ni sbb actually dia msh tak dpt nak masok ke blog ni lagi sbb ada masalah emel & aku harap satu hari nanti dia akan dpt bersama2 di sini.


Kat sini mama nak ucapkan Selamat Ulang Taon kelahiran, semoga dikurniakan dgn kesihtan baik, dimurahkan rezeki, lulus ngan cemerlang dlm peperiksaan & berjaya dlm apa jua lapangan yg diceburi, aminnnnnnnnnn.


Shikin JD : ramai lak yg lahir bulan March ni, jenuh gak la aku masak cake utk dorang, hehehe.

Sunday, March 15, 2009

HePi bEsDeY FikRi....


Harini, 15/3/2009 merupakan hari ulang taon ke 21 buat Fikri.


Fikri yg ku kenali kecik molek, amatla pendiam, pemalu & misteri. Pertama kali jumpa masa kenduri di kg Nubhan tapi masa tu mmg tak kenal dia, ble da blk baru tau. Orgnya mmg berat mulut...kira 'enjin lambat panas' la org kata.

Dlm pendiamnya tu pun dia bnyk berjasa pada kami masa gathering raya kat Joseh dulu (terima kasih banyak2 Fik). Dia tawarkan umah kuarganya yg kosong di Batu Kikir (tak jauh dari kg Nubhan) utk kami tinggal semasa kat sana. Mmg cam org ngantuk disorongkan bantal la.

Kami ngan muka tak malu menderu2 msk sana ramai2, hahahaha.
Mmg terkejut la dia sbb pada awalnya hanya bbrp org je yg nak tinggal kat sana. Ye la aku sian kat Umi & trelernya yg panjang, KT, Nora, Harney, Tini, Tykah, Erin sume, sumbat je la ramai2. Mmg meriah la masa tu (rindu lak ngan suasana tu).

Fikri ni masa tu mmg pendiam sgt, dia hanya dgr je kami yg kecoh ni berbual, tapi ble da nak balek baru dgr sorenya. Upe2nya leh tahan gak la dia ni kuat bergurau.
Ok, skang aku nak share pix dia yg menarek....


ni masa tgu giliran nak nyanyi, hehehe
(jgn maen2 tau, sepentas ngan Nubhan tuuuu)

wajah keletihan tapi ttp cute
selepas abes majlis gathering raya@Joseh

Ok la sebelum melalut, mama nak ucapkan Selamat Hari Jadi kpd Fikri semoga panjang umo, dimurahkan rezeki, lulus ngan cemerlang dlm pelajaran & berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi, aminnnnnnnnnn.

HEPI BESDEY FIKRI !!!

Thursday, March 12, 2009

PriVaTe BloG.....


Ok guys, sori ye skang aku locked blk blog ni, aku cam rasa tak kai baju lak kat depan public ble blog aku 'ditelanjangkan' bape hari hehehe....

Masa tu aku terpaksa wat camtu sbb ada masalah teknikal ngan blogspot, sampai aku sendiri tak leh nak msk ke blog ni.....sadis tol.


So tuk mudahkan msk blog ni aku terpaksa open to public kejap sampai aku rasa ok....so skang ni aku rasa lebih selesa lak utk privatekan blk blog ni & open to my goodfriends only...korang la tu.

Aku tak nak apa2 yg aku tulis akan dijadikan isu w/p sebenarnnya takde mende nak diisukan pon. Mgkn laen org laen pemahaman, so utk elakkan sume tu aku ikut saranan kawan aku dahulu utk privatekan blog ni.

Masa mula2 dulu aku rasa cam tak setuju w/p aku ttp ikut saranannya tapi skang baru aku rasa apa yg dia ckp tu betul...so aku tak nak ckp banyak, apa yg aku nak ucapkan padanya...

"Thanks Gang".
(u know who u r)

TaGgeD fRoM iBuSimaH.....


Adooi, da lama rasanya kena tagged ni tapi sbb malas sket nak wat, sori ye ibu...


The challenge is :

~ GO to your photos folder in your computer

~ GO to the 6th Folder of your photos
~ GO to the 6th photos in that folder

~ Put the picture on your blog & description of it.

~ Invite 6 friends to join the challenge

~ Link them in your blog & let them know they have been challenged

Gambar tu diamek dari folder bertajuk "gath-raya-kg"

Gambar terebut adalah gambar yg diambil semasa dlm perjalanan ke Joseh utk gathering haritu, masa tu ada kemalangan yg berlaku....so ble sampai je kat kwasan tu, trus amek gambar keta yg kena tu....

Senarai 6 rakan2 yg akan ditag....
terpulang pada sapa2 yg nak wat la

(tau ramai yg malas nak jawab tagged kan???)

Shikin JD : tagged dari Fadzree tgk la kalo rajin yer....

Monday, March 9, 2009

HePi bEsDeY EcaH....

Harini, 9/3/2009 merupakan hari ulangtaon kelahiran Siti Noor Aishah@Ecah yg ke 24. Ecah yg ku kenali sbg Nubies, rasanya mesra secara on9 je sbb rasanya mmg jarang kami dpt berjumpa.

Yg aku igt pertama kali kami bertemu semasa majlis kenduri Nubhan di kgnya. Masa tu Harney, Erin & Ecah dtg mencariku & memperkenalkan diri mereka di belakang dewan tu. Orgnya mmg pemalu & kami tak bnyk berbual sbb baru kenal. Tapi lepas tu kami ramah ble bersua di alam maya, hehehe.

Orgnya mmg manja ngan 'abg2'nya, Along & Angah
(korang tau kan sapa abg2 dia ni). Selalu jadi bahan usikan abg2nya yg nakal tu.

Di kesempatan ni, mama ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran semoga Ecah dikurniakan dgn kesihatan yg baek, lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan & bakal menjadi org yg berjaya dlm apa jua bidang yg diceburi, amin.


HEPI BESDEY ECAH!!!

Shikin JD : sori lambat wish, tau2 je la blog ni, tuan nya pun kena tendang msk sini hehehe.

Sunday, March 8, 2009

DaTe NgaN nArNiA....


Semasa berborak kat ym conference ngan Narnia & Tokwan, Narnia ajak aku gi lunch during office hours. Dia cadangkan kat Tupai Tupai.

Memandangkan lunch time aku hanya 1 hr, aku ssh sket kalo nak gi jauh2, kalo kat area ofis aku leh la...aku usulkan baek aku amek 1/2 day leave, leh la lama2 sket. So, Narnia pun setuju & dia pun nak amek 1/2 day leave gak, so leh la kami gi tgk wayang pastu, huhu.

Narnia mmg ske kalo dpt bercuti during weekdays sbb senang, kalo weekends leceh sket, train dia panjang katanya, hahahaha (dia mmg da biasa wat plan 'ja'at' tu ngan Ajym).

Mula2 Tokwan pun nak join kami tapi akhirnya tak dpt sbb ada assignment nak dibuat katanya...hmmm takpe la laen kali leh join Kami akhirnya pilih KLCC sbb senang leh lunch, tgk wayang & shopping at 1 place.

So, hari yg dipilih adalah 4/3/2009, Rabu (aku kalo Isnin, Rabu & Jumaat mmg free sket sbb tak amek Afif dari tuition). So aku kuar dari ofis kol 12.30pm & sampai ke KLCC dlm kol 1.05pm sbb jem traffic light. Narnia da sampai awal. So aku gi ke centre court tmpt temujanji kami. Pas aku abes 1 round tawaf kat situ tak nampak lak Narnia, so aku kol dia, upe2nya dia gi ronda2 kejap.

Pasal da lapar giler kami trus gi food court kat 4th floor. Tak tau apa nak makan tapi ble nampak 1 table (2 girls) yg mkn cam char kway teow cam tergoda lak aku. Aku ngan muka tak malu trus tanya girls tu katne dia beli sbb leh jimatkan masa dari cari2kan?? Hahaha, Narnia geleng2 pala jer tgk aku selamba gi tanya.

Narnia makan nasi campur je, ble tgk nasi dia tu cam nyesal lak beli kway teow tu (Nusantara Kway Teow) sbb cam tak sedap lak, tgk org lain makan cam sodap. Harga RM6.80, weiiii cam tak baloi jer, kalo sodap takper la.

Pastu kami trus gi panggung tgk apa2 yg nak ditonton. Bnyk gak cite tapi tak tau cite apa yg best, so gi tanya kat counter cite yg best, hahahahaha. Last2 kami pilih cite Punisher 2, belasah je la. Oooo ye, Narnia belanja aku tgk wayang tu, thanks so much Narnia, hehehe.

Pasal masa ada lagi, kami gi solat lu & ngam2 masa nak tonton. Mula2 aku rasa cam tak best je sbb aku ni kalo cite ganas2 kureng sket tapi tak lama pastu cam best gak cite tu...lama2 maken best, tapi abes cpt lak, 1 1/2 jam da abes, cisss. Tu kalo tgk yg part 1 tentu lagi best & berkesan.

Pasal masa bnyk lagi so kami jalan2 gi sopinggggg. Mula2 aku nak follow Narnia gi soping jer, tak fikir nak beli la. Narnia kata nak cari gak at least selai baju sbg tanda date ngan aku hehehe.

Akhirnya lepas dok window shopping tu aku 'terbeli' gak baju kat Mark & Spencer. Mmg aku ssh sket nak cari baju yg sesuai sbb....syssssss (hahahahaha).
Aku kenan long sleeve t-shirt, so aku amek sampai 3 lai laen2 kaler, ha, amek kauuu, hahaha.

Akhirnya kami selesai shopping & kuar dari KLCC ngam2 jam 6pm (aku tak kesah sgt lewat sbb Afif lek tuition sendiri, awal dlm kol 4pm). Parking fees RM13, hmmm takper sekali sekala. Sampai umah jam 7pm sbb jem sket.
Apa2 mmg syok gak w/p hanya kami berdua jer, dpt relaxkan fikiran sket.

Sekali lagi aku nak ucap terima kasih daun keladi pada Narnia yg da sponsor aku tgk wayang haritu, huhu.
Sebelum tu kami ada gak plan nak wat gathering ngan gang2 yg ngam, tak kesah la kat mana2, samada potluck atau lepak atau piknik mana2 yg bersesuian. Tapi masa & tempat je lom decide lagi. Tentu sonok sbb da lama tak lepak ngan gang....


Shikin JD : thanks to Nubhan & Nubhan FC yg telah menemukan kami sume & persahabatan yg terbina amatlah manis w/p bermacam2 ujian berlaku & berharap semoga hubungan tersebut akan berkekalan & berpanjangan w/p tak bersama2 lagi ngan FC, amin.

Saturday, March 7, 2009

BloGspot yg GiLer & BeRiTa SeDiH....


Aku tak tau camne aku sendiri tak leh msk blog aku sendiri???

*&^%$#@ huaaaaaaaarrrrgh.......

Ni aku msk pun ikut tingkap, tapi tak leh tgk final touch utk blog aku, just leh post jer, eeeeeeeeeeeee....(tapi ada kala ok lak, cissss).

Mgkn korang pun sama gak kot tak leh msk blog aku, bkn aku cancel invitation tau, jgn lak tiba2 kata aku banned korang (w/p aku penah wat camtu)....just technical problem je ni, ntah biler akan selesai.

Kalo msk blog korang yg tak locked tu ok gak, cuma private blog je hadapi masalah ni...

Ada blog yg aku msk, gulap gulita jer, nak baca kena highlight lu lak tu, hish, maybe ada la tu problem ngan blogspot ni...mula2 igt pc ofis je camtu, tapi ble blk umah, laptop aku pun sama gak kena camtu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Da la aku cam mengong je ni, dlm 2 ari aku terima 2 berita sedih, kematian....innalillah

1. Rakan di opis, meninggal semasa sdg maen badminton, orgnya 43 taon, single, lelaki, active sukan tapi da ajal katakan....Dia ninggal hari Khamis, 5/3/2009 ptg after office masa maen kat Sports Club office kami.

2. Uncle, Pak Itam, adek arwah mak (berlainan ibu), Jumaat mlm, 6/3/2009. Pengkebumian hari Sabtu. Aku baru blk dari Masjid Kg Baru.

Aku adiahkan al-Fatihah kepada kedua roh mereka.....semoga roh mereka akan dicucuri rahmat.

Shikin JD : utk atasi problem tak leh msk blog ni, apa yg aku wat, delete cookies....baru ok, tapi kdg2 kejap je, so sapa2 yg kejap bole kejap tak leh msk tu, pls delete cookies, tak kesah la chocolate cookies ker, apa cookies ker, hehehe....

Friday, March 6, 2009

MaaFkaNLaH kEsaLaHanKu - The FlyBaiTs....


Lagu ni popular masa aku berusia 21 taon....antara lagu2 yg paling aku ske dgr waktu tu. Mmg meremang la bulu tengkok ble dgr lagu ni, hehehe.

Mmg ada la kena mengena sket dgn diriku...so skang nak share ngan korang lak...
(offkan dulu volume playlist SYAHDU disebelah kanan blog ni)


Wednesday, March 4, 2009

SemOga YaS cePaT seMbuH...

Malam ni aku dpt tau yg sahabat baik ku, Yasmeen dimasukkan ke hospital di Brunei smlm sbb kurang darah (hemoglobin very low). Dia da demam2 bape lama gak, patut la asyik tak sihat jer.

Pagi ni aku tak smpt nak bertanya kabar ngan dia sbb rushing siapkan keje. Ye la tghari aku amek 1/2 day leave sbb ada date ngan Narnia (nanti aku citekan kemdian). Smlm pun sekejap aje sbb dia MC. Rupe2 nya pastula dia admitted.

Dia la antara sahabat aku yg paling rapat & kami banyak berkongsi cite & rahsia. W/p kami jauh antara satu sama lain, tapi aku senang berkawan ngan dia sbb kami mempunyai bnyk persamaan.

Di kesempatan ni, aku nak ucapkan kepadanya semoga cepat semboh tau, rindu tak dpt borak ngan Yas, hehehe (cam org bercinta lak, hahahahahaha).

Jgn takot kena cucuk nak tambah darah tu Yas, kecik je jarum tu. Ja'at aku kan, org saket aku gelak2 lak, tapi aku tau Yas paham ngan aku.....mmg camni la kami, gurauan kami mmg tak ble blah.



Tuesday, March 3, 2009

DaN sEbeNarnYa - YuNa


Yunalis Zurai@Yuna

Relaxxx, dgr lagu ni...best & nyaman


oh bulan
enggan melayan diriku lagi
pabila
airmata membasahi pipi
dah lagu lagu di radio
seolah olah memerli aku
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaan benci ini
sebenarnya cinta
yang masih
bersemadi untukmu
dan sebenarnya ku mengharapkan
disebalik senyuman mu itu
kau juga
merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
mula menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

pabila kau merenung matanya
ku rebah
jatuh ke bumi
disaat kau benar benar mahu pergi
seperti
ku bernafas dalam air

dan sebenarnya
aku rindu
aku tak mampu
tanpamu


Shikin JD : Sapa kata penyanyi tak leh tutup aurat, Yuna - bertudung, pandai menyanyi sambil bermain gitar - jarang jumpa penyanyi berbakat sptnya. Harap pengisian agamanya juga ada & menjaga batas2 kesuciannya, amin.

Monday, March 2, 2009

@#$%^&....


Cuaca
Mendung/Hujan

Suhu
Hampir tahap beku

Ramalan
Berlakunya banjir (bot disediakan)

Amaran
Pilih hanya bot yg telah disahkan selamat saja



Bot mana yg akan dinaiki???
Jgn silap naik bot


Shikin JD : tak de kena mengena ngan sesapa....jgn ada yg sentap

Sunday, March 1, 2009

HePi bEsDeY TokWan.....


Harini, 1/3/2009 merupakan ulangtaon kelahiran yg ke 22 buat Tokwan@Anuar....

Tokwan sbgmana yg mama kenal melalui Nubhan FC merupakan sorang yg ramah, berani, rajin, matang, ceria & flexible.

Tingat camne kami mula2 kenal dulu, masa tu kat dlm forum, ntah ngape aku yg jarang berforum w/p da lama register di situ mula brani2 msk sana & antara org yg mula2 berborak dgn ku masa tu adalah Iras & Tokwan.

Kami borak ttg bowling & Tokwan ajak aku maen bowling. Mula2 tak anggap serius la tapi ble berkali2 dia ajak maen so aku pun kumpulkan nubies yg nak join maen sama di Berjaya Times Square.

Leh dikatakan mmg kontroversi sket la games kami masa tu sbb macam2 molot yg katakan aku membelakangkan FC la, padahal kami maen hanya utk sonok2 saja.
Akhirnya berjaya gak kami maen sbb tau2 je la aku ni kan jenis degil, peduli apa org kata yg penting aku bkn spt yg dikatakan.

Eh, ni da cite laen ni, hehehe, lupa lak harini besdey Tokwan....
Dpt tau Tokwan gi celebrate nun jauh di sana, kat Kuantan ngan org tersayang, huhu....

Mama doakan Tokwan & Bay akan bertemu jodoh satu hari nanti, insyaallah..amin...

Apa2 pun mama nak ucapkan selamat maju jaya & semoga Tokwan akan lulus ngan cemerlang dlm peperiksaan nanti & bakal menjadi pemimpin yg baek satu hari nanti...amin. So akhirkata,

HEPI BESDEY TOKWAN !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...