Smlm, 25/4/2009 (Sabtu) aku dpt wedding invitation dari kawan baik ku kat pejabat yg lama. Anak lelaki sulongnya nak kawen. Mula2 aku cam malas nak gi tapi ble kenangkan persahabatanku ngan dia, aku terpaksa gak gi w/p Afif tak de sbb dia gi camping Kor Kadet Polis Daerah Gombak 4D3N sejak petang Jumaat, 24/4/2009 sampai la Isnin, 27/4/2009.
Sbb aku tak de kawan, so aku cuba la ajak sapa2 yg free, tapi sume org pun ada hal msg2. Ndak tak ndak, aku nekad gi sengsorang (spt yg korang maklum, aku kan blurr sket pasal jalan2 tapi aku tak kesah, belasah je). Majlis tu kat Kota Damansara. Aku guna jalan MRR2 nak ke Sg Buloh. Dari situ dekat sket ngan umah aku.
Aku pun gi la cari tmpt tu. Cari punya cari, tanya punya tanya org, sampai aku give up la cam tak jumpa tempat tu. Lama2 aku da fedup aku wat keputusan balek je. Masa nak balek tu baru aku ternampak landmark iaitu Pusat Rawatan Bersalin Pusrawi, so aku igt aku nak pusing blk tapi punyala jauh nak u-turn sbb ada tembok tinggi pembahagi jalan, kalo tak, da lama aku wat illegal turn kat situ (hehehe, aku mmg terror bab2 tu, hahahaha).
Pastu aku pusing blk, upe2nya aku da sampai kat tempat tu tadi. Tapi aku tak sangka la dewan yg aku sampai tu betul sbb tgk cam tak de org je. Ble aku perhatikan blk kad undangan tu baru aku terperasan yg undangan tu malam daaaaaa !!!! (masa tu aku tepuk dahi je la sambil dok gelak sengsorang, hahahahaha). Masalahnya aku lak tak de kol kawan aku dulu sbb igt nak surprise dia aku dtg la kengkonon. Padan muka, last2 sendiri yg susah, huhuhu.
Masa tu lak komain panas giler, hingus aku meleleh2 & aku da start blk bersin2 sepanjang jalan, sebbaik keta tak banyak sgt kalo tak mau aku tersondol sbb masa bersin aku sampai tertutup2 mata. Aku wat keputusan singgah jap umah kakak aku kat Damansara Damai tapi dia tak de lak kat umah, maid dia je yg ada, so aku wat keputusan balek je la sbb badan pun da tak bape sihat baik aku balik tido.
Mula2 igt malam tu nak gi gak la tapi ble makin lemah & pala asyik pening je so aku wat keputusan tak yah gi.
Ahad, 26/4/2009 (harini) pun ada wedding invitation gak tapi pasal aku demam lagi so aku dok umah je la. Boring tahap gaban tol sbb Afif takde umah. Nak kuar pun tak larat.
Masa ni la aku baru rasa kalo la aku tak de anak ataupun anakku berjauhan lama, aku cam tak sanggup menanggung rindu (dulu pernah gak la masa dia darjah 6, masa tu dia msk asrama, kami berdua mmg demam2 kerinduan). Masa dia ada kami slalu gak gado2 manja, hehehe. Ye la anak kan da remaja, slalu berdebat2 sbb dia da ada pendpt sendiri, bkn bdk kecik lagi. Aku rindukan perdebatan tu ke??? Tak la mgkn aku rindukan kehadirannya yg slalu menghiburkan ati aku ni. Masa ni aku rasa bersyukur krn aku dikurniakan ngan w/p sorang je zuriat. Syukur, alhamdulillah.
ANAKKU AFIF FARHAN,
MAMA SAYANG KAMU !!!!
MAMA SAYANG KAMU !!!!
No comments:
Post a Comment