Masa aku kat ofis dlm kol 2pm, 30/7/2009 (Khamis), tiba2 Along kol aku bagitau yg Afif demam panas lagi. Mata sampai merah2 & Afif tak daya nak bangun dari katil lps balek dari skolah. Dia soh aku cpt blk ke umah. Tu pun sebbaik sbb Along nak gi outstation 4 ari, dia nak gitau kat Afif sblm kuar dari umah la. Kalo nak arap Afif gitau kat aku mmg takde la nampaknya, dia sanggup diamkan kecuali aku kol kat umah cam aritu.
Kelam kabut aku sbb Dr da pesan kalo dia dmm lagi dia kena wat blood test sbb suspek denggi. Cpt2 aku apply emergency leave (1/2 day). Aku kuar dari ofis dlm 2.10pm & sampai umah kol 2.40pm. Tu tandanya aku drift la w/p ada jem sket kat Jln Sultan Ismail. Mmg aku betul2 cemas & spjg perjlnan aku berdoa agar dia takde apa2.
Sampai kat umah, aku kol dia soh turun tapi dia kata tak larat, so aku pimpin dia keketa utk ke klinik. Ble diamek temperaturenya....38.5.
Dlm cemas2 tu pun ada gak adegan lawak masa jumpa Dr tu. Aku tgk Dr tu asyik pandang kat aku je masa ngah peksa Afif. Aku tak selesa gak masa tu, ye la kalo Dr tu ensem takpe gak, hahahaha. Ni da la Cina, apek tua lak tu...hehehehe.
Ble aku jeling2 kat Dr tu baru aku pasan upenya Dr tu juling....patut la asyik pandang2 aku je (kes perasan huahuahua). Adooooi kelakar tol.
Dr tu amek darah Afif sbb dikuatiri kena denggi (ye la kat area aku mmg ramai yg da kena). Dr kata denggi lebih bahaya dari H1N1. Darah tu akan diantar ke makmal utk ujian & kami di suroh tgu kat umah & dorang akan kol jika darah Afif didpti denggi. Aku berdoa agar aku takkan trime panggilan dari klinik tu. Kalo aku trima panggilan dari klinik tandanya aku kena cpt2 bawa Afif ke spital.
Dr bagi Afif MC utk esok hari.
Blk je kat umah, Afif trus tido & tak nak makan w/p aku paksa2. Tapi dia makan gak sbb nak kena mkn obat tu pun sket sgt, jadi la. Pastu aku lak rasa cam tak sedap badan. Sluruh badan aku rasa hangat sampai ke tapak kaki tapi aku kuatkan semangat sbb takkan la sekali dua org tergolek, camne aku nak jaga Afif nanti. Tapi last2 aku tak dpt nak bertahan & aku baring sbb badan lemah sgt.
Last2 kami tertido sampai kol 1.30 am. Ble bangun tu pala & badan msh tak sihat. Aku trus tanya Afif samada dia nak makan ke tak. Afif beritahu dia nak makan, so aku suapkan dia makan & bagi dia makan obat pastu. Dia makan banyak, mgkn sbb aku suapkan atau dia mmg da mula rasa lapar tak tau la. Pastu aku pun makan sket sbb aku pun tak makan2 gak dari siang. Pastu aku mkn panadol je (ye la masa bawak Afif gi jumpa Dr aku lom rasa nak demam).
Spt demam sblm tu, w/p diberi MC tapi Afif berkeras nak gi skolah gak keesokkan harinya sbb katanya dia da kuat. Tapi aku cuak2 gak la sbb takot dia pening & tak larat lagi, ye la badan blm ckp kuat & msh panas sket lagi badannya. Tp pas dia bagi macam2 alasan, ada projek sains la, tu la ni la, akhirnya aku lepaskan gak dia pegi sambil aku doa agar dia tak apa2. Alhamdulillah pastu dia nampak sihat sket demi sket.
No comments:
Post a Comment