Monday, February 28, 2011

SuDiRMan Hj ArShaD Yg Ku KeNaL....




Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februarii 1992) merupakan salah seorang penyanyiMalaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.


Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7........(sumber : Wikipedia link)

___________________________________________________________________________


Ok skang my version lak......


Aku start kenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad sejak dia msk Bintang RTM & muncul juara pada 1976. Masa tu mmg xde sapa la yg leh nafikan yg dia bakal juara sbb dari persembahan dia yg mmg mantop & meletup. W/p masa tu truk gak dia kena usik ngan Taufik Haji Ali (host program tu) tapi ble dia start bukak mulut utk nyanyi dia jadi org yg lain.


Tahun demi tahun dia dpt meningkatkan kepopularitian dia sbg Penyanyi No. 1 Malaysia malahan Asia. Mmg xde org lain leh lawan la. W/p suara dia biasa2 aje tapi tak pernah sumbang & dia akan cuba cari kelainan utk setiap persembahannya & peminat2 akan ternanti2 apakah gimix2 yg akan dia buat. Mmg slalunya x mengecewakan lar....mmg mengkagumkan.


Dia pernah wat show kat Chow Kit Road suatu tmpt yg sibuk (sbb kat situ ada pasar) & tak pernah difikir oleh org lain. W/p ketika tu aku xdpt sama2 menyibuk2 utk tonton show dia (masa tu aku ni jenis hometype ala2 anak dara pingitan, perghhh!! hahahaha, xleh blah!) tapi feedbacks dari rata2 sume org mmg ala2 letup Bom Atom, kebaboomm, mmg menggegarkan. Kalo ada ulang tayang, sumpah aku pon nak gi sekali *nyesal tol x gi masa tu*.


Pastu dia gak pernah jd penyanyi jemputan utk Kejohanan Sepak Takraw utk bbrp taon. Leh katakan kalo ada Sudirman utk mana2 majlis mmg da confirm la crowd akan mengerumui tmpt tu. Aku pon masa tu ada sekali. Masa tu kebetulan ada kwn2 yg ajak gi, so aku gi la. Ada amek gambar sket tapi masa tu camera pon chap ayam, so mutu gambar pun nan ado la kan? Hahahahaha. Tapi aku pon masa tu xbape kesah nak bergambau2 bagai yg penting dpt hadir & tonton persembahan yg dia buat.


Hah ni aku nak cite part paling best.......dok diam2 k sambil menjelezkan diri, hahahahaha.


Aku senarnya pernah jumpa dia in-person pd penghujung 80an kot (masa tu aku lom kawen agi). Bkn la cam aku nonton show dia tapi mmg betul2 kat depan batang idung aku lar. Masa tu aku keje ngan sorang Dato' tu (korang kenal kot sapa Dato' tu sbb dia pon somebody gak, tp biar aku rahsiakan sapa dia). Boss aku ni penyakit dia ske ajak kwn2 or VIP2 dtg makan kat opis. Slalunya menu adalah Kari Kepala Ikan. Perghhhhh!!! mmg best giler la w/p biasa2 je pada org lain sbb restoran yg slalu supply menu2 tu mmg terkenal w/p restoran dia ala2 biasa aje.


Tak terkecuali boss aku pon ada ajak Sudirman utk dtg makan sekali.


Tiba ari yg dijanjikan aku tiba2 ternampak kepala some1 terjenguk kat pintu ofis aku. Masa tu bhg opis tu tempatkan opis aku & Dato' tu jer. Dato' ada ckp siang2 yg dia nak aku layan Sudirman makan nanti. Adoooi, terketar2 gak la aku masa tu sbb aku ni pemalu sgt, hehehe.


Opppsss xabes agi cite kepala terjojol kat pintu opis aku. Cam aku duga, org yg terintai2 tu adalah superstar Sudirman !!!!! Dia cam malu2 sgt nak masuk. Ble aku tgk dia curiga nak msk aku trus bersuara kat dia katakan xde org lain dlm ofis tu kecuali kami berdua (aku & Dato'), baru la dia msk secara malu2 kucing. Mmg dia berlainan sungguh kalo tgk di luar & masa atas pentas. Kalo kat pentas tu mmg lincah sesangat tapi kat luar.....adeiiiii kalah anak dara pingitan.


Orgnya kecik molek, putih melepak & bersih suci sgt wajahnya. Aku pon trus soh dia msk & trus arahkan dia msk ke opis Dato' lak (sebelah ruang keje aku).


Pas tealady da siapkan sume hidangan, aku pon diarahkan utk serve Sudirman. Adeiiiii, masa tu kecut2 perut gak aku sbb berdepan secara total ngan penyanyi kegemaran aku & seluruh rakyat Malaysia ketika tu. Mengigil2 gak la aku hidangkan makanan & minuman. Bkn aku sorang je yg camtu tau, Sudirman pon menggigil2 nampaknya.....hahahahahaha.


Mmg pemalu sungguh orgnya. Kite org sama2 gigil, adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......


Masa tu aku lak xde la terpk nak amek2 gambau bagai sbb aku rasa time tu aku ngah bekerja, agipon bkn tu sekali aku berdepan dgn VIP2 yg jd tetamu Dato', da ramai so aku pon xheran sgt.


Bkn tu aje, arwah Sudirman & Noor Kumalasari (pasangan duet terkenal masa tu) juga pernah jd Duta utk gelang kesihatan yg dipanggil "Medic Alert". Gelang tu utk pesakit2 kronik. Di gelang tu akan diukir jenis sakit yg dihidapi oleh pemakainya utk tujuan sekiranya berlaku kecemasan & pesakit tu berada dlm keadaan tdk sdr, so pihak hospital dpt mengenal pasti penyakitnya dari catatan di gelang tersebut (tak tau la skang ni msh ada agi ke tak gelang tu).


Utk tujuan kempen gelang Medic Alert tu, mrk berdua ada buat shooting juga kat studio opis aku. So dpt gak la tgk sket2 shooting tu. Tapi masa tu aku takde la cam org lain tergila2 nak minta autograph or bergambau2 bagai, aku anggap sbb keje, aku mmg slalu berdepan ngan org2 camtu (rugi lak aku xgedik2 nak minta auto & gambau kan, kalo x leh aku tayang2 kat blog ni, hahahahaha).


Pastu ada gak la sekali sekala his Manager, Mr. Dharanee jumpa ngan my boss utk some projects. Aku pernah gak la dpt adiah coklat Ferero Roche dari Mr. Dharanee sbb aku berjaya fixedkan appt ngan Dato' (actually da keje aku, tapi mgkn dia sorang yg budiman so dia ttp hargai setiap pertolongan dari sume org).


So, tu je la kenangan berkaitan arwah Sudirman yg aku igt. Aku doakan agar rohnya dicucuri Rahmat.....amin.



Shikin JD : Amek kowang, sekali update 3 stori sekali jalan dlm 1 ari .....layann





LasT WikeN....


Hah, ni lak kesah last weekends aku (26-27/2/2011), 2 ari lepas.


Sabtu, 26/2/2011 - aku gi wedding anak kpd salah sorang staff kat ofis aku ni, Kak Asmah. Anak sulong lelaki dia kawen. Tapi since aku dok ngan kwn2 yg xske bergambau, so xde la gambau2nye utk ditepek kat sini.


Aku kuar dari umah kol 1 lbh tapi jem sket la sbb ada small xcdnt kat situ. Kecik punya hal, gado sampai aku blk pon still tak selesai2 agi.


Wedding tu kat Taman Tasik Titiwangsa, di Villa Ukhwah. Mula2 aku tercangak2 la mencari, ye la aku ni kan ke blurr sket kalo bab2 cari tempat. Since aku sorang2, aku main redah je ikut map. W/p tersalah lorong mula2 tu last2 aku sampai gak. Msk2 je aku risau gak kalo xnampak sapa2 yg aku kenal, sebbaik masa aku bersalam2 ngan mak pengantin (Kak Asmah), aku ternampak bbrp org kwn ofis aku, trus dok ngan dorang. Dorang lak da lama sampai so tgl aku sorang je yg xmakan agi. Ble aku pusing2 sket (aku ni pemalu nak tinjau2 sgt) ada lah aku nmpk ramai gak kwn2 ofis kat sana (lain2 anak sykt & dept).


So, abes je aku makan trus chow sbb kwn tu da lama sgt dok situ katanya.......terkilan lak aku xdpt nak amek2 gambau.


Smlm lak, aku xwat apa2, panas giler. So dok berkubang kat uma jer. Nak masak pon malas so makan je apa yg ada. Apa yg ada? Ntah la, ntah apa2 yg aku makan asal kenyang. Ptg baru aku gi cari nasi lemak. Aku pon da jarang2 makan nasi so sekali-kala tu ok lar.


TaMaN LaYanG2-n-The CurVe....



Ok, ni xtvt during last weekends, bkn smlm tapi seminggu lepas (19/2/2011).

Ok la since ni da seminggu berlalu aku pon da xde mood sgt nak cite, aku cite lebih kurang je la pastu korang tgk je la gambar2 yg aku tepek sini.


Ezzmal ajak aku picnic & lepak2 kat Taman Layang2 Selayang. Since aku pon xpernah agi sampai kat situ w/p berpuluh2 kali lalu situ (MRR2 ke Sg Buloh/Batu Caves), teringin gak nak msk situ. Pd mulanya aku sangka kwsan tu kecik je kalo ikutkan dari highway MRR2 tu (sbb padang tu kat tepi jalan je), tapi ble da msk sana baru tau tmpt tu bsr upenya siap ngan taman permainan kanak2.






Rugi lak rasanya sbb aku baru msk situ. Patut la my lil-sis rajin wak anak2 dia kat situ, sbb mmg best giler tmpt tu. Lbh2 kalo ada anak2 kecik mmg heavan sgt lar. Ramai org main layang2, kebetulan lak cuaca aritu mmg cantek sgt, panas & berangin. Mmg kebetulan tmpt tu sesuai main layang2 sbb angin mmg banyak kat situ. Mula2 igt nak main gak la tapi kalo xjadi, xpe lain kali.





Ezzmal bawak popiah goreng & cokodok....aku lak bawak air. Sambil borak2 sambil tgk2 gelagat org. Bape kali gak la layang2 org tumbang & jatuh kat kami, hehehe.....










Pastu kami berpindah lak lepak kat The Curve. Sambil jalan2 sambil borak2. Pastu pindah agi ke Mamak Restaurant (nama lupa lak), sambung borak agi. Pastu blk ke apt Ezzmal amek keta yg aku park kat situ sblm ke The Curve. Borak agi kat parking tu, tak abes2 cite sampai la kol 2 lbh kot, baru aku gerak balik.




Tuesday, February 22, 2011

A NeW Me...????


Sukar betul aku cuba utk atasi masalah aku. Tapi aku xberdaya & aku terlalu lemah. Smlm aku demam & aku msk tdo awal. Aku bnyk berfikir. Aku cuba buang jauh2 pemikiran aku & aku cuba mengambil tindakan positif utk 'menjauhi' dari sume persoalan aku. Aku cuba melupakan 'hari2 semalam' aku. Aku berdoa pdNya agar aku dpt mengatasinya w/p secara perlahan2. Sekarang aku cuba membina semula semangat aku yg hilang & aku tak mahu lagi 'diperhambakan' oleh sesiapa (mental & fizikal) & mahu berdiri sendiri dgn kekuatan aku sendiri. Pg ni aku bangun dgn semangat baru (insyaallah....amin).


Berjayakah aku...????



Shikin JD : Hey ENCIK2 PROBLEMS, SYOH SYOHHH....PI MAIN JAUH2 !!!! Makcik, jadikan lagu ni sbg satu kekuatan & motivasi kpdmu.....bkn lagu cinta tapi utk skop yg lbh luas.....


Jangan Bersedih Lagi

by Anuar Zain

Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipi(mu)
Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan
Impian bersama
Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya

Membuahkan bahagia
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha

Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula

( korus )
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah

Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha



Monday, February 21, 2011

MoDe : DoWn.....


Arini mood aku terlalu 'down' & aku rasa teramat kecil dlm dunia yg sebegini besar. Makin ari tekanan prasaan yg aku alami bertambah 'parah'. Aku rasa amat tertekan, kehilangan, sedih & murung. Faktor2 yg menyumbang ke arah sume tu ari ke ari makin bertambah. Dgn persekitaran yg amat menyelarukan agi hidup aku. Airmata bertakung di kelopak mata tapi tenggelam di dalam tanpa dpt dialirkan. W/p aku da terlalu masak dgn segala pancaroba dari dulu yg berwarna-warni & beranikaragam & aku berjaya mengatasinya serta selalu berfikiran positif tapi kali ni aku gagal.


Friday, February 18, 2011

SeDeTik LeBiH......


Ske lak dgr lagu ni lately, lirik yg puitis & membuai2 oleh Edry@KRU nyanyian sapa lagi, penyanyi kesukaanku la, Anuar Zain. Lagu ni dibuat sbg lagu latar filem terbaru KRU, Hikayat Merong Mahawangsa.


Kalo dgr mula2 cam biasa2 je tapi ble da kerap dgr cam best jer. Ble hayati lirik agi la menarik lagu ni. Aku cuba gak skodeng2 youtube utk lagu ni tapi yg ada hanya la sbhg je lagu tu mgkn sbb filem Hikayat Merong Mahawangsa blm dtayangkan so officially video clip yg penuh lom dpt dilancarkan....hmmmm agak2nya la kan?


Xpe la korang hayati je la lirik lagu ni......


Sedetik Lebih

Anuar Zain


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Shikin JD : Nanti kalo da ada offical youtube lagu ni yg penuh jgn lupa tepek kat Syahdu tau makcik !!!!



Wednesday, February 16, 2011

DeBar2 vs ThyRoiD.....



Ekceli demam da ok.....batuk pon da kadang2.....selesema pon da jarang2....PMS pon da lepas, tapi ati lak debar2 sejak nak baik demam aritu (last week). Ntah la xbenti2 lak tu sampai wat aku risau sgt. Ntah apa agaknya.


Cam kena thyroid aritu jer.....tapi tu agi teruk & badan menggeletar. Kali ni xgeletar cuma dada je debar2, ngape ek? Harap2 xde la perkara yg buruk berlaku. Yela kdg2 kite leh tau something akan berlaku atau sdg berlaku, pengalaman aku lar
(my instinct).


Aku baru terpk sblm aku tulis post yg ni, ntah2 aku ni overdose ngan obat yg aku kena amek ari2 tu tak? Sbb last appointment aritu ngan Dr kat spital, Dr da tambah dose obat. Dia kata last blood test yg aku wat cam xde perubahan, dia kata cam aku banyak skip mkn obat (ye la aku ni kdg2 malas atau lupa makan obat).


Oooo ye aku nak cite apa itu thyroid yg aku hidapi ni. Tentu korang pernah dgr ttgnya kan? Penyakit ni leh dihidapi oleh sesiapa jua tak kira umur, bangsa atau taraf hidup. Kalo kite sering susah ati atau stress agi senang kena.




Ni adalah kali ke2 aku kena. 1st tm dulu thn 2004 & pastu aku da ok. Tapi kena agi for the 2nd time taon 2008. Sampai skang aku maseh kena wat follow-up kat Hospital Selayang. Malas tol nak g appt. tapi terpaksa gak sbb nak cpt baik. Skang ni aku cuba control stress aku & alhamdulillah aku berjaya sket2.


Thyroid yg aku kena ni tak nampak bengkaknya cuma ada dlm darah saja. Mmg kalo tgk dari fizikal aku org xtau aku kena thyroid. Mula2 kena tu mmg geletar seluruh badan, debar2 cam sakit jantung, cpt mengah & berpeluh2. 2nd time kena da kurang sket tanda2 tu tapi aku dpt rasa yg aku kena balik & cpt2 aku wat blood test & mmg tepat sangkaan tu.


Ekceli ada solutionnya, kata Dr kena minum air radioactive iodine. Since aku ttp ngan keputusan aku xnak minum air radioactive iodine (utk matikan trus virus thyroid), Dr soh aku tambah dose ke 4 biji utk sebln, pastu turun dose ke 2 bj & tgu sampai next blood test bln April nanti. Dr maseh soh aku pertimbangkan solution tu. Sbb kata Dr. kalo aku xamek solution tu aku kena makan obat seumur hidup. Mgkn ke debar tu sbb overdose?


Korang tau ke apa tu radioactive iodine? Korang gi je kat link ni, korang baca la sendiri. Aku sendiri xbape baca sgt tapi aku tau la sket2 dari penerangan Dr tu.


Aku harap debar2 ni bkn sbb penyakit tu. Aku jugak mintak korang tolong doakan agar aku pulih spt sediakala sbb aku pon da jemu laberulang-alik ke spital tu & ngadap Dr.....amin.



Monday, February 14, 2011

SaLam MauLiDuRasuL.....



Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.

Baginda adalah
nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.




Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW



Sunday, February 13, 2011

GARY V "How Did You Know" music video




Jom layan lagu ni.....ikut playlist SYAHDU (blah kanan blog)


HOW DID YOU KNOW

(Gary Valenciano)



I remember so well
The day that you came into my life
You asked for my name
You had the most beautiful smile

My life started to change
I'd wake up each day feeling alright
With you right by my side
Makes me feel things will work out just fine


How did you know
I needed someone like you in my life
That there was an empty space in my heart


You came at the right time in my life

I'll never forget
How you brought the sun to shine in my life
And took all the worries and fears that I had
I guess what I'm really trying to say
It's not everyday that someone like you comes my way
No words can express how much I love you



Shikin JD : Now, then & forever.......



Thursday, February 10, 2011

SaKiT BeRpeKej....



Demam-batuk-selsema plus BONUS - PMS. Adeiiiiiiiiii, amek ko berpekej 4-bradik. Pandai lak sakit2 tu dtg serentak. Rimas tol, meleleh atas-bawah. Sakit tak yah ckp lar. Ble mlm je dtg demam balik, sakit pala, sakit perut, gigil2 & kejap2 panas....seram2 sejuk, nak tdo pon ssh....hishhhh !!!!



Arini kalo ikut xde keje nak je g amek MC (tapi MC bebetul lar BUKAN BELI tau, sbb aku da mmg demam). Air-cond kat opis ni lak mmg da tahap2 beku lagi wat aku xthn, cam dok lam freezer jer.



Tolong mak !!!!!!!!!


Shikin JD : Degil !!!!! Tak moh jumpa Dr.....sendiri tanggung lar. Kesihatan amat penting, kalo da xleh nak keje ngape nak bersusah-payah *bertanduk kejap*. Slalu camtu, ble sakit je tak nak amek MC.


Wednesday, February 9, 2011

DeMaM....mmmmm



Mlm td aku rasa xsdp badan, cam nak kena selsema & batuk. Bkn tu aje tapi badan pon bisa2 & sengal2. Pastu badan pon panas sgt.


Aku msk tdo awal sbb da xlarat, tp midnite aku terjaga & rasa sakit2 bdn tu makin teruk & aku tak selesa tido, pusing sana & pusing sini.


Jarang aku sakit2 camtu, slalu kalo kena selsema atau batuk pon xde la sampai demam2. Kira antibodi aku kuat gak cuma kali ni aku tewas mgkn faktor umur kot atau ni pada org lain biasa jer.




Pagi ni msh lemah agi badan tapi aku gagahkan gak gi keje. Aku minum madu cam dulu2 & pastu kahak kuar & pastu ok sket, cuma dmm yg xkebah. Pas mandi rasa segar sket tapi sekejap jer, pastu aku rasa lemah semula. Masa drive dtg ofis pon aku cam menggigil2 & tak larat tapi kalo aku tak bawak jugak camne nak sampai kan?


Kat ofis da cam ayam berak kapur tapi aku kuatkan semangat wat keje. Jalan sana sini gak w/p senarnya mmg lemah.


Aku cam nak ckp je tak larat tapi aku xnak manjakan badan ni. Agipon aku da malas nak ngadap Dr kat klinik ni.


Ye la mmg hidup aku manjang je jumpa Dr, so aku tahankan je la selagi mampu.



Shikin JD : Gi la jumpa Dr. Kalo malas2 mmg lambat la baik. Tapi kalo da malas tu tak dapek la nak nolong.....sendiri mau ingat !!!!

Tuesday, February 8, 2011

ANaKku PuLaNg ke KoLej....



Akhirnya, setelah lbh kurang 8 ari anak tunggal kesayanganku pulang bercuti semester, akhirnya dia pulang semula ke Penang pd 6/2/2011 naik bas di Hentian Duta.


Ble aku tau saja date dia nak blk ke sana (masa tu dia msh kat Penang) cpt2 aku book ticket bas utknya pulang nanti. Mujur aku beli awal sbb bas yg aku pilih pada awalnya, Transnasional kol 10 am abes terjual & hanya tinggal utk belah ptg saja. Since Afif takot lewat sampai ke kolej so dia pilih utk blk sebelah pg dari KL. Aku pun cpt2 cari kat kaunter Sani Express plk. Mujur ticket utk jam 10.45am msh ada & cpt2 aku beli 2 (1 lagi utk Farah, kwn skolah Afif masa kat Selayang).


Ni la bas Sani Express


W/p dia blk sekejap aje tapi dia wak blk camping bag. Dlm tu bkn aje ada baju/seluar (aku pesan jgn bawak blk bnyk baju sbb baju/seluar dia ada bnyk tgl kat KL), tapi dia sumbat ngan tuala, selimut, cadar & baju kotor yg xsempat dia cuci sblm pulang ke KL.


Kali ni aku xsmpt nak msk apa2 bekal utknya wak plng tapi aku belikan brg2 makanan kering utknya & bbrp brg lain. So beg tu pon nampak cam penuh sgt. Sian aku tgk dia pikul beg tu (x termsk beg sandang yg diisi ngan laptop & 1 beg stock makanan lain).


Tgk la sampai senget2 dia pikul camping bag tu


So lbh krg jam 9.30am Ahad tu, kami bertolak dari Selayang. Mula2 aku cadang nak wak dia bekpes kat mana2 tapi dia xnak, so aku trus drive ke Hentian Duta. Since time tu adalah waktu puncak kepulangan pelajar2 ke pusat pengajian msg2 & pekerja2 yg pulang pas bercuti CNY di KL, jalan msk ke Hentian Duta mmg jem giler. Mujur kami xsinggah bekpes lu, so kira masa tu mmg ngam2 la w/p jem.


Parking toksah ckp la mmg ssh nak cari, cuma mayb nasib kami baik sket, ada parking yg baru dikosongkan & cpt2 aku letak keta kat situ.



W/p senarnya mmg jauh gak, tapi it's much better sbb takde la jauh sgt kami nak angkut brg2 afif ke hentian bas.


Aku cadang turunkan Afif & brg2nya dulu sblm cari parking tp Afif berkeras nak temankan aku cari parking & dari situ kami sama2 ke hentian bas.



Tgk lar betapa jauhnya aku park keta tu. Kat atas bukit, nasib kat tgh2, ok la lagi. Pas parked keta, kami sama2 berangkut brg2 & cari tmpt utk bekpes.


Betapa sayupnya kelihatan Hentian Duta dari tmpt aku park keta (sebelah lampu bsr)



Akhirnya kami bekpes kat gerai yg ada kat situ. Afif mkn nasi lemak bungkus daun pisang & teh o panas.


Aku tak kesah la apa2 pon jd sbb bkn lapar sgt. Hehehe, dlm ndak xndak makan tu aku order gak Lontong (w/o air minum sbb da besa mnm lambat pas mkn apa2, takot mknan tak hadam).


Sambil tu kami tgu Farah, kwn skolah menengah Afif yg skang ni menuntut kat Politeknik Penang. Tak lama pastu Farah pon sampai & duduk sekejap kat gerai tu.



Pas selesai bekpes, kami pun trus ke dewan menunggu Transnasional yg berair-cond sbb xthn panas kat luar tu.


Tepat jam 10.45am, bas Sani Express pon tiba.....x mcm dulu kami tgu lbh lama. Afif & Farah cpt2 mskkan luggage msg2 & trus naik bas tu.


Pas dorang da slamat naik bas, aku pun cpt2 tinggalkan tmpt tu sbb xthn panas & aku takot aku meraung lak kat situ, hahahaha...Ye la, w/p da bape kali kami berpisah
(dia pernah blajar di skolah berasrama sekejap & pernah mengikuti latihan PLKN selama 3 bln) tapi aku ttp sedih setiap kali berpisah ngannya. Almaklumlah dia la satu2 je anak aku & juga kwn gado aku, hehehehe....


Afif sempat memaling pdku sblm melangkah naik bas
Sayu jer ati aku masa tu


Sblm tu, smpat gak aku toleh ke blakang utk kerling bas yg Afif naik sblm beredar...mata aku da bergenang masa tu. Xpe lar, demi anak blajar aku redha. Kami akan bertemu kembali 10 mgu lagi.


Bbrp buah bas yg sdg menunggu penumpang ke destinasi msg2




Shikin JD : Sabar je la makcik oiiiii.....ada umur & rezeki dpt jumpa agi. Bkn jauh sgt cam kat luar negara.....ble2 masa kamu leh jenguk dia kat sana kan? Agipon 10 mgu bknnya lama pon. Pejam-celik da sampai masanya. Lepaskan jer la anak kamu tu demi pelajarannya, takkan nak memerap kat bawah ketiak kamu je kan??




Monday, February 7, 2011

LePaKing & EaTiNg2 DuRiNg CNY



1st day CNY 3/2/2011 baru2 ni, kami pon sibuk gak 'celebrate' taww. Celebrate???? Yo la, abestu, da cuti xtau nak wat apa2, so gi 'ghaya' la, hikhikhik. Pas aku & Adek (my youngest sis) discuss, kami pilih umah my lil bro, Aman kat Cheras nunnnnnn utk collect angpau....hahahaha.


Aku sbg org yg paling tua aritu (kuasa Veto/giler kuasa, hehehehe) pandai2 je wat keputusan w/p tuan ghomah (Aman) tak tau. Ekceli dia sangka kami dtg uma dia last week & aku igt si Adek da gitau Aman & Adek lak igt aku. Miss communication. So, last2 terpingga2 la tuan ghomah ble nampak aku dtg. Dia tanya samada aku dtg dari mana, aku ckp dari umah la & ada 2 bijik keta lagi akan menyusul.


Upe2nya dia mmg tak tau sbb kami x re-confirm ngan dia & dia plan nak kuar cari makan....so aku ckp tak yah kuar sbb banyak makanan kami bawak. Yor la potluck la kan?


Ok, da kata potluck kan, so aku wat lah Mee Bandung Muar & Popia Goreng. Adek, since kat blakang umah dia ada 'tanam pisang' so dia wat Cokodok & Goreng Pisang....kebun dia pon menjadik2 gak taon ni limau2 mandarin, hahahahahaha (sendiri paham2 la kan?). My sis-in-law, Fariza lak wat Makaroni Bakar. Tuan ghomah siapkan air je lar.....air panas....hahahaha padan muka kite org dia xsimpan ais, so blasah je la Jeruk Nipis/Limau+Halia panas, hikhikhik. Jgn main2 tu, air imported....Indon mari tuuuuuuuuuu, kekekeke. Pada aku ok je sbb aku mmg slalu minum air panas....nyaman.


Hidangan yg dibawa secara potluck



Da kata CNY, so limau mandarin mesti adalah kan?


Makaroni Bakar by Fariza (my sis-in-law)
Yum...yumm...yummmmy....tak brani mkn banyak, da gumux


Since kami pun celebrate CNY, so tak tinggal gak kami pon berYee Sang taw....hahahahaha. Tapi yg halal punya la.....my lil sis bawak (w/o ikan mentah). Tp tekak aku xleh trime lar, too sweet....mayb kalo reduce plum sauce tu & more sour baru ok kot. Mmg tekak ni bkn sume aku leh trime, sdgkan makanan kaum 'keturunan ku', Sushi pon aku tak dpt nak telan. Sorry moyang....hahahahaha.

.Ni la ingredients utk Yee Sang


Berbagai2 jenis pickles (jeruk)


Setelah sume bahan dicampurkan


Yup Seng !!! Opppps silap....Leh Hoy !!!!.....hehehehe


Makan Time


Kenyang perut suka hati


Hasbullah@Mamat yg sebaya ngan Afif


Tira & Shira


Time tido Baby Q


3 bersepupu...Di'ah, Afif & Baby Q


Afif & Baby Q
(ble kena je flash camera mesti mata dia buntang bsr)


Mata sapa tu? Sempat gak skodeng FB, hehehe


Rumah yg penuh ngan pokok2 tu adalah rumah Zainal Alam Kadir


Pas kenyang & puas berlepak2 tu, kami pon decided nak ke I-City, Shah Alam since ada yg xpernah sampai agi
(including Afif).


Ble sampai aje, komain pjg agi keta2 que utk msk parking. Sebbaik skang dorang bukak ksan lapang kat luar tu utk parking w/p tanah kat situ blom berturap tar agi, lekak-lekuk gak la & masa nak kuar ssh sket & keta kami terpaksa wat terjun tiruk
(jahanam keta den) sbb xde tanda arah nak kuar kat mana cam masa mula2 nak msk siap dorang jaga agi. Mentang2 time kuar, so pandai2 sendiri lar.


Komain ramai agi manusia yg ke sana....ye la kan kebetulan cuti pjg so msg2 wak family gi sana la, mmg ssh nak amek2 gambau sbb berlaga2 la & berebut2 pokok kat situ, hehehehe.


Duta2 ICT
WAKAKAKAKAKAKA, prasan !











Wan & company....The Blues


Adek & company



2 bradik cik kak ni mmg pantang dekat, ada je xkena...berebut2











Prince Charming sdg menunggu Cinderellanya
(cam tukang bawak keta kuda pon yer gak....hahahaha)




Ayu2nya wali2 waris HJD & HRJ...hahahaha



Baby Q kelaparan







Berihat sekejap pas penat pusing2


Sempat gak kami tonton pertunjukan jimnastik (?) sempena CNY



Aik, da tukar passenger?


3 bradik - Adek's



Ni 2 org bujang ni mmg tak lekang ngan hp



Aku perhatikan banyak ksan2 berlampu yg baru dibina & lebih luas serta bbrp tmpt berbayar. Tapi kami tgk2 dari luar je la yg berbayar tu, sama je pd kami. Kami pon amek2 gambau lebih kurang je la, jgn tidak....asal ada kenangan pon da ok.

Overall, mmg best sbb dpt g ngan my beloved son & abeskan masa ngan my siblings & their families
(even bkn sume yg ada).



Shikin JD :
Amboooi makcik, org Cina sambut CNY korang pon sibuk2 ek? Siap berYee Sang bagai....Ooooo mknan "nenek moyang" kamu
* sambil mata pandang ke atas & kedua belah tgn letak di dada sambil gelak guling2* pon xleh telan ek? Xkesah la asalkan kamu bahagia....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...