Monday, February 28, 2011

SuDiRMan Hj ArShaD Yg Ku KeNaL....




Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februarii 1992) merupakan salah seorang penyanyiMalaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia.

Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.


Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7........(sumber : Wikipedia link)

___________________________________________________________________________


Ok skang my version lak......


Aku start kenal Allahyarham Sudirman Haji Arshad sejak dia msk Bintang RTM & muncul juara pada 1976. Masa tu mmg xde sapa la yg leh nafikan yg dia bakal juara sbb dari persembahan dia yg mmg mantop & meletup. W/p masa tu truk gak dia kena usik ngan Taufik Haji Ali (host program tu) tapi ble dia start bukak mulut utk nyanyi dia jadi org yg lain.


Tahun demi tahun dia dpt meningkatkan kepopularitian dia sbg Penyanyi No. 1 Malaysia malahan Asia. Mmg xde org lain leh lawan la. W/p suara dia biasa2 aje tapi tak pernah sumbang & dia akan cuba cari kelainan utk setiap persembahannya & peminat2 akan ternanti2 apakah gimix2 yg akan dia buat. Mmg slalunya x mengecewakan lar....mmg mengkagumkan.


Dia pernah wat show kat Chow Kit Road suatu tmpt yg sibuk (sbb kat situ ada pasar) & tak pernah difikir oleh org lain. W/p ketika tu aku xdpt sama2 menyibuk2 utk tonton show dia (masa tu aku ni jenis hometype ala2 anak dara pingitan, perghhh!! hahahaha, xleh blah!) tapi feedbacks dari rata2 sume org mmg ala2 letup Bom Atom, kebaboomm, mmg menggegarkan. Kalo ada ulang tayang, sumpah aku pon nak gi sekali *nyesal tol x gi masa tu*.


Pastu dia gak pernah jd penyanyi jemputan utk Kejohanan Sepak Takraw utk bbrp taon. Leh katakan kalo ada Sudirman utk mana2 majlis mmg da confirm la crowd akan mengerumui tmpt tu. Aku pon masa tu ada sekali. Masa tu kebetulan ada kwn2 yg ajak gi, so aku gi la. Ada amek gambar sket tapi masa tu camera pon chap ayam, so mutu gambar pun nan ado la kan? Hahahahaha. Tapi aku pon masa tu xbape kesah nak bergambau2 bagai yg penting dpt hadir & tonton persembahan yg dia buat.


Hah ni aku nak cite part paling best.......dok diam2 k sambil menjelezkan diri, hahahahaha.


Aku senarnya pernah jumpa dia in-person pd penghujung 80an kot (masa tu aku lom kawen agi). Bkn la cam aku nonton show dia tapi mmg betul2 kat depan batang idung aku lar. Masa tu aku keje ngan sorang Dato' tu (korang kenal kot sapa Dato' tu sbb dia pon somebody gak, tp biar aku rahsiakan sapa dia). Boss aku ni penyakit dia ske ajak kwn2 or VIP2 dtg makan kat opis. Slalunya menu adalah Kari Kepala Ikan. Perghhhhh!!! mmg best giler la w/p biasa2 je pada org lain sbb restoran yg slalu supply menu2 tu mmg terkenal w/p restoran dia ala2 biasa aje.


Tak terkecuali boss aku pon ada ajak Sudirman utk dtg makan sekali.


Tiba ari yg dijanjikan aku tiba2 ternampak kepala some1 terjenguk kat pintu ofis aku. Masa tu bhg opis tu tempatkan opis aku & Dato' tu jer. Dato' ada ckp siang2 yg dia nak aku layan Sudirman makan nanti. Adoooi, terketar2 gak la aku masa tu sbb aku ni pemalu sgt, hehehe.


Opppsss xabes agi cite kepala terjojol kat pintu opis aku. Cam aku duga, org yg terintai2 tu adalah superstar Sudirman !!!!! Dia cam malu2 sgt nak masuk. Ble aku tgk dia curiga nak msk aku trus bersuara kat dia katakan xde org lain dlm ofis tu kecuali kami berdua (aku & Dato'), baru la dia msk secara malu2 kucing. Mmg dia berlainan sungguh kalo tgk di luar & masa atas pentas. Kalo kat pentas tu mmg lincah sesangat tapi kat luar.....adeiiiii kalah anak dara pingitan.


Orgnya kecik molek, putih melepak & bersih suci sgt wajahnya. Aku pon trus soh dia msk & trus arahkan dia msk ke opis Dato' lak (sebelah ruang keje aku).


Pas tealady da siapkan sume hidangan, aku pon diarahkan utk serve Sudirman. Adeiiiii, masa tu kecut2 perut gak aku sbb berdepan secara total ngan penyanyi kegemaran aku & seluruh rakyat Malaysia ketika tu. Mengigil2 gak la aku hidangkan makanan & minuman. Bkn aku sorang je yg camtu tau, Sudirman pon menggigil2 nampaknya.....hahahahahaha.


Mmg pemalu sungguh orgnya. Kite org sama2 gigil, adeiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......


Masa tu aku lak xde la terpk nak amek2 gambau bagai sbb aku rasa time tu aku ngah bekerja, agipon bkn tu sekali aku berdepan dgn VIP2 yg jd tetamu Dato', da ramai so aku pon xheran sgt.


Bkn tu aje, arwah Sudirman & Noor Kumalasari (pasangan duet terkenal masa tu) juga pernah jd Duta utk gelang kesihatan yg dipanggil "Medic Alert". Gelang tu utk pesakit2 kronik. Di gelang tu akan diukir jenis sakit yg dihidapi oleh pemakainya utk tujuan sekiranya berlaku kecemasan & pesakit tu berada dlm keadaan tdk sdr, so pihak hospital dpt mengenal pasti penyakitnya dari catatan di gelang tersebut (tak tau la skang ni msh ada agi ke tak gelang tu).


Utk tujuan kempen gelang Medic Alert tu, mrk berdua ada buat shooting juga kat studio opis aku. So dpt gak la tgk sket2 shooting tu. Tapi masa tu aku takde la cam org lain tergila2 nak minta autograph or bergambau2 bagai, aku anggap sbb keje, aku mmg slalu berdepan ngan org2 camtu (rugi lak aku xgedik2 nak minta auto & gambau kan, kalo x leh aku tayang2 kat blog ni, hahahahaha).


Pastu ada gak la sekali sekala his Manager, Mr. Dharanee jumpa ngan my boss utk some projects. Aku pernah gak la dpt adiah coklat Ferero Roche dari Mr. Dharanee sbb aku berjaya fixedkan appt ngan Dato' (actually da keje aku, tapi mgkn dia sorang yg budiman so dia ttp hargai setiap pertolongan dari sume org).


So, tu je la kenangan berkaitan arwah Sudirman yg aku igt. Aku doakan agar rohnya dicucuri Rahmat.....amin.



Shikin JD : Amek kowang, sekali update 3 stori sekali jalan dlm 1 ari .....layann





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...