Thursday, March 3, 2011

My HeRo.....


Satu pagi tu dgr kat HotChat Radio HotFM masa otw gi opis. Tajuk aritu sempena Hari Tentera Darat ialah "Hero ku". Masa tu dtg lak idea nak share kat sini.

*HERO : seseorang yg tlh menyelamatkan keadaan yg sdg genting pd satu2 masa...


Aku pon ada gak kejadian2 yg menyebabkan aku menyanjung & menghargai org2 yg leh ku anggap sbg Hero, hehehe....tapi cite biasa2 la cuma kemunculan mrk tu kena pada ketika aku amat memerlukan. Ni antara yg aku igt....ada bnyk sebenarnya.


KEJADIAN 1

Masa tu aku msh skolah rendah. Kejadian tu kat area uma aku. Dpn uma kami ada bukit2 yg cantek yg dipanggil Bukit Botak (krn dari jauh nmpk cam gondol). Satu ptg tu aku & sorang kwn aku (girl) nak daki bukit tu. Masa tu kira kite org main brani2 je gi skang ni kalo gi mau macam2 hal berlaku, takot.


Sblm daki bukit tu kena la lalu kat ksan cam kebun yg di tanam sayur2. Ngah kite org jenjalan tu tiba2 bunyi salakan anjing komain kuat agi. Kira anjing tu mmg dkt sgt ngan aku. Aku terkejut giler & takot sgt.


Xjauh dari situ ada sorang lelaki India yg sdg berkebun. Aku tak igt apa2 agi trus lari ke arah dia & trus peluk dia. Masa tu aku xigt pon dia sapa, berpeluh & berbulu, hahahahaha. Lelaki tu pon terkejut sbb tiba2 aku terpa dia & peluk dia. Tapi sebbaik dia xwat apa2, dia cpt2 halau anjing yg ngah salak & kejar aku tu. Fuhhh....!!!!


"Anneeeeeeeee, u r my hero !!!!...."


KEJADIAN II

Masa ni kira baru agi, hujung thn lepas. Masa tu aku & my lil-bro amek Afif blk dari Penang. Mula2 aku yg drive keta tapi sbb aku ngantuk sgt xtdo2 dari smlmnya (kami bertolak dari KL-Penang mlm & sampai sana pagi & ptg trus blk KL semula), so aku pas pd my lil-bro Aman lak drive.


Masa tu lak da malam & ujan lebat. Da la wiper keta aku tu tahap2 mmg da leh simpan kat muzium, so mmg ssh nak tgk jalan kat dpn, xnampak langsung. Silap2 leh langgar apa2 sbb xnmpk. Since nak blk cpt, terpaksa gak la truskan perjlnan.


Tiba2 ada la 1 lori treller bsr lalu & lampu2 meriah kat lori dia & nampak cam cerah sket ble dia lalu. Tiba2 Aman dpt idea utk follow lori dia je. Kami btl2 follow blakang dia & tak kira dia ke tepi atau ke tengah kami ttp ikut dia sbb dia cam bagi panduan arah jalan. Dia pon cam tau je kami ikut dia & dia cam bape kali bagi signal sesekala. Lama gak la kami 4low memollow ni. Sampai la ke Rawang sana.


Masa kat Rawang ujan da start benti & cahaya jd lebih terang & lebih jelas.....tiba2 lori tu bergerak perlahan & ke tepi seolah2 bagi kami laluan. Ble kami lalu je sebelah dia, trus sama2 horn-menghorn. Aku angkat tabik hormat kat dia utk ucapkan terimkasih. Aku cam terkilan xdpt ucap terimakasih secara berdepan & pertolongan secara xlangsung darinya mmg benar2 memudahkan & menyelamatkan perjalanan kami. Alhamdulillah.


"Abg treller, kau la wira ku..."


Hehehehe....tu la antara kejadian2 yg berlaku. Ada banyak gak la penyelamat2/hero2 ku tapi wat masa ni tu yg dpt aku paparkan kat sini.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...