Wednesday, April 6, 2011

ANak HiLanG...!!!


Td masa otw dtg keje aku dgr berita kat radio Hot FM **matiler promote**, kisah kehilangan sorang anak kecil (1 thn 9 bulan - kecik sgt woo) atas sbb kelalaian ibu/bapanya. Mujur la anak tersebut akhirnya selamat dipertemukakan dgn kuarganya selepas hampir 24 jam.


Berita tersebut leh la kowang baca kat sini.


Aku paham camne prasaan parents/family kanak2 tu sbb A-K-U ** P-E-R-N-A-H ** H-I-L-A-N-G ** A-F-I-F. Perkara ni mmg menghantui aku sampai skang.


Kejadian tu berlaku masa kami baru blk dari kg my x-hubby. Masa tu kami msh xde keta agi (ye la mesekin **nanges**), so kami berulang-alik naik bas je ke kg. Ble bas sampai je kat Pudu Raya perut aku lak xtertahan2 nak wat 'big job', hihihihi, so aku gitau kat my x-hubby aku nak ke ladies room & aku akan bawak Afif sekali sbb dia nak buang air kecik. Since Afif masa tu msh kecik, lbh-kurang 3 thn kot, so w/p dia lelaki tp msh dikira kanak2 & tak salah kalo msk toilet pompan.


Masa tu dlm toilet komain ramai agi org beratur (kebetulan masa tu musim perayaan), so ble sampai turn aku, Afif da mula boring. Mula2 aku seret dia msk dlm toilet tu sama ngan aku cam slalu (tapi aku soh la dia tutup hidung & pusing blakang, hahahaha). Tapi pas dia buang air, dia nak kuar & tgu kat luar. Ntah ngape aku tiba2 cam leh caya lak kat dia & aku soh dia tgu kat luar & jgn gi mana2. Ble aku selesai 'urusan rasmi' aku tu, aku kuar & tercari2 Afif. Masa tu org msh ramai kat dlm tu.


Aku mula panic ble tak nampak langsung kelibat Afif. Aku puas tanya sana-sini samada org2 kat situ nampak dia. Akhirnya ada sorang pompan gitau yg dia ada ternampak Afif da larik keluar dari toilet tu.


Masa tu aku da mula menangis & menggigil ketakutan. Puas aku pusing sana-sini cari2 & aku takot nak gitau kat my x-hubby ttg hal tu. Aku cam nak meraung je masa tu, tapi mata aku ttp liar cari2 gak & berdoa pada Allah agar anakku selamat w/p aku msh xyakin akan jumpa ngan dia semula.


Masa tu aku sempat terbayang yg Afif dijumpai oleh org 'jahat' & xbertanggungjawab & jdkan dia peminta sedekah pas potong tgnnya....adoooi aku xdpt nak bayangkan sume tu. Agi mencurah2 airmata aku masa tu.


Ble aku da xdpt nak cari2 agi aku nekad utk gitau kat my x-hubby. Tapi aku msh menaruh harapan yg Afif selamat. Dari jauh tiba2 aku ternampak kelibat Afif .......jeng.....jeng....jeng..... (bg suspen sket).....













................kat sebelah abahnya **fuhh lega**.


Masa tu aku trus peluk Afif & tanya dia ngape dia lari kuar dari toilet tu. Katanya dia cari abahnya. W/p masa tu dia kira kecik agi tapi dia dpt cari mana abahnya tgu kami. Tmpt abahnya tgu tu leh katakan jauh gak la & nak ke sana jalan berliku2, tambah2 dgn org yg terlalu ramai.


Aku trus tarik nafas lega w/p msh menggigil2 lagi & aku trus stori-mori kat abahnya. Yg pelik tu abahnya relax je dgr cite aku tu sbb dia yakin anaknya mmg bijak & brani (ye la sorang bapa & ibu xsama prasaannya, ibu lebih halus & sensitif lbh2 kalo melibatkan anak kesayangannya).


Lepas dari kejadian tu, aku mmg extra care & more protective dgn Afif. Walau ke mana pon kami pergi aku akan make sure dia ada kat sblah aku & aku sentiasa pimpin & genggam tgnnya kuat2 lbh2 kalo berada kat 'crowd'.


Sampai la skang ni aku ske pimpin tgnnya lebih2 kalo melintas jalan tapi tau2 je la anak da remaja tentu dia malu kan. So ble kami melintas jalan saja aku dpt pimpin tgnnya w/p dia cam nak tarik2 je tgnnya tu, hahahaha. Tak kesah la yg penting aku xnak agi kehilangan dia.


Ye la nak dptkan zuriat bkn senang, lebih2 agi pas penat aku tgu, ' berhempas-pulas ' & ' tunggang-terbalik ' **matiler 18 XXX** selama 3 bulan pas nikah baru la zuriat aku yg tunggal ni berputik di rahim ku & itu saja la zuriat ku yg ada.


Afif, 5thn @ Pudu Raya
Masa kejadian dia lebih kecil dari ni
Tgk la wajahnya yg nampak bijak & brani

(ye la ibu mana yg xpuji anaknya kan, hahaha)



Shikin JD : Moral of the story - jaga la anak2 kite dgn baik kerana itu adalah amanah Allah & bakal mewarisi keturunan kite walau bagaimana kite sibuk & penat sekali pun sbb jika kite da 'kehilangannya' hidup kite akan turut hilang. Aku ttp pelik dgn org2 yg sanggup membuang/membunuh zuriat sendiri.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...