Wednesday, September 28, 2011

HoNg KoNg : DaY 1 [Pt. 2]


...sambungan dari Hong Kong : Day 1 [Part 1]


Bagi memudahkan kami naik public transports
[MTR (train), bas & tram] kat sana, kami beli prepaid ticket yg dipanggil Octopus Card. Kad tu jugak leh digunakan di 7E & bbrp outlet di sana.

Octopus Card


So, sampai kat sana kami da start 'ukur jalan' Hong Kong tu. Jauh gak la kami berarak tu. Mmg penat giler & kebetulan lak aku PMS so mmg mencabar mentaliti & fizikal aku. Tapi aku redah je....ble aku da xlarat nak jln aku tunduk sambil hayun langkah
[tu petua aku kalo da xlarat sgt]. Xkan nak soh org lain pikul aku lak, kalo ada jantan2 debab ok gak, hikhikhik *matiler gegurl kena sula ngan dak Itamrazali nanti*

Tram

Tunggu tram - lihat rail di atas jalan raya


Dlm tram...posing ttp posing..muahahaha

Turun dari tram - da cam org buta lak aku, hehehe

Majoriti bas di sana adalah double-decker

Di terowong bawah tanah sblm naik MTR [train]

Bekerjasama mencari jalan ke satu2 destinasi


Pas pusing sana, pusing sini sambil tanya2 org ble sesat [ekceli kami da google kat internet camne nak bergerak dari satu-tempat-ke-satu-tempat, tapi still sesat gak], akhirnya kami tiba kat The Peak [sebuah tmpt tinggi cam Bukit Bendera, Pulau Pinang]. Nak sampai ke puncak kami kena naik Tram khas. Masa tu msg2 da terlalu letih tapi kami ttp excited nak tau apa yg ada kat puncak tu.


Sblm naik tram daki The Peak

Tram yg akan membawa kami ke puncak The Peak

Lepak ilangkan lelah di puncak The Peak



Udara kat sana mmg nyaman & dpt segarkan kembali badan kami yg kepanasan & keletihan ya amat tu pas jalan kaki sejauh 3km. Permandangan ke bawah mmg cantik, kami dpt lihat seluruh bandar Hong Kong dari situ.


View Terrace


Permandangan dari puncak The Peak




Tentu korang nak tau camne kami mkn kat sana kan? FYI makanan kat sana majoriti adalah makanan non-halal maka kami tak amek package makan di hotel, kami cari restaurants halal.


Hasil dari gugelan sblm ke sana, ada bbrp restaurant halal spt Indonesia, Pakistan etc. Tapi terpulang pd setiap dari kami samada nak makan atau tak. Pada yg tak nak makan di luar msg2 ada bawak bekal spt serunding, sambal bilis, roti, coklat, mee segera etc. So sblm kuar kami akan makan dulu atau mkn sambil berjalan.



Restaurant Indonesia, Warung Malang
[pernah msk program Astro "Halal di Hongkong" host Farah AF2]

Keadaan di Warung Malang - kecik je kedainya

Aku hanya order Ais Cendol
[malang tol aku, rasanya yg ntah hape2, aku minum sesedut-dua jer]


Selera aku kat sana mmg menurun. Lbh2 ble makanan halal kat sana tak memenuhi citarasa aku. Sebbaik aku xbape lapar cuma kepenatan jer. Ble lapar aku hanya makan coklat, sket roti & mee segera. Bekalan yg aku bawak pon tak abes.




Shikin JD : Tunggukan sambungan Hong Kong : Day 2 @ Disneyland







Monday, September 26, 2011

HoNg KoNg : DaY 1 [Pt. 1]


Setiap taon sykt kami mewajibkan setiap staff menjalani program Teambuilding samada dlm atau luar negara ikut pilihan dept/anak sykt. msg2 bergantung pd budget yg diluluskan oleh pihak sykt.


Kami da pergi ke Melaka [A Famosa Resorts], Rompin [Somerset Villa Resorts], Langkawi [Awana Porto Malai] & Seremban [The Royale Bintang Seremban]. Kali ni kami pilih ke luar negara pula. Kalo lain2 dept/anak sykt pilih Indonesia, Thailand, Vietnam, tp kami melangkah lbh jauh ke Hong Kong selama 4H3M. W/p sekejap tapi mmg berbaloi.


Setelah berbagai2 persiapan di buat selama bbrp bulan, akhirnya kami (16 + 2 org) telah diterbangkan pd 15/9/2011 dgn MAS jam 9.30 am. Kami slamat tiba di Hong Kong jam 1.00 pm.


Masuk ke Balai Berlepas

Sempat posing sana-sini sblm naik flight



Menu dlm flight - pilihan aku Egg Omelette

Nasi Lemak Sambal Udang

Dessert - Ice Cream baru Magnum Mini...yummmy

Berjumpa dgn agent yg menyambut ketibaan kami di Hong Kong


Dari Hong Kong Airport, kami dibawa ke hotel penginapan kami di The Chaterhouse dgn mini bus. Kami hanya diberi masa yg singkat utk bersihkan diri pas check-in di hotel seblm mulakan program kami kat sana.



Posing jgn tak posing

Hotel kami menginap - The Charterhouse



Kami tak disediakan Tour Guide & kami bergerak sendirian naik MTR (train) ke destinasi2 yg ingin kami pergi. Penat gak la turun-naik train tu sambil jln kaki yg bkn dekat. Anggaran kami berjln kaki pd hari pertama tu jer sejauh 3km, fuhhhh !!! Kebetulan lak aku ngah PMS, apa lagi ngan penat & sakit perut tapi aku paksakan gak diri aku sbb xkan aku nak ketinggalan jelajah Hong Kong yg blm tentu aku akan pergi kalo sendiri.


Sume tu mmg pengalaman yg amat mahal buat aku. W/p kdg2 masalah bahasa amat merimaskan [tak sume Hongkies yg pandai berbahasa Inggeris] tapi sume tu tak patahkan semangat kami. Tapi yg amat mengagumkan ada jugak pekedai2 di sana yg pandai berbahasa Melayu.



Jejak pertama aku di sana aku tak rasa cam berada kat Hong Kong sbb rupa Hongkies [org2 Hong Kong] sama gak cam kaum2 Cina kat M'sia ni. Aku terasa cam berada di China Town KL [Petaling Street] jer.




W/p mula2 aku rasa cam tentu rupa kami akan menarik perhatian Hongkies sbb majoriti kami adalah wanita bertudung, rupa2nya anggapan aku salah sbb aku kerap berjumpa dgn wanita2 bertudung di jalanan tapi wajah mrk sket berbeza dari kami. Rupa2nya mrk adalah wanita2 Indonesia.
Majoriti mrk adalah maids dari Indon yg da bertukar port ke Hong Kong. Menurut kata mrk gaji bekerja kat sana lbh tinggi berbanding di M'sia & mrk diberi cuti sehari setiap minggu (sumber ni hasil perbualan aku dgn mrk di sebuah masjid).


Lagi 1 perbezaan ialah senang bertembung dgn org2 yg bersuit [baju kot] dicelah2 manusia yg bersesak2 kat sana, berbanding kat M'sia org2 berkot adalah berpangkat tinggi & susah kite nak tgk berjalan kaki di tgh2 bandar atau naik public transport kecuali di tmpt2 tertentu jer.


Perbezaan lain yg ketara, Hongkies amat berdisiplin semasa naik kenderaan2 awam. Dorang akan beratur & takde la berebut2 cam kat sini.


Beratur sblm naik bas awam

Wet Market




Shikin JD : Nantikan sambungan di Hong Kong : Day 1 [Part 2]




Friday, September 23, 2011

RaYa OpeN Hse @ RoYaLe ChuLan....


21/9/2011 @ Rabu, big boss kami GMD Tan Sri adakan majlis hari raya meraikan anak2 yatim, staff & kwn2nya di The Royale Chulan Kuala Lumpur. Dari siang sampai la ke malam majlis tersebut diadakan. Utk staff adalah pd jam 4 ptg.



Majlis kali ni cam kurang ummppphhh je pada pandangan aku. Mgkn sbb tak ramai staff yg hadir sama. Makanan mmg banyak tapi aku hanya mkn sket je sbb tak berselera nak makan.





Cam biasa masa ni la baru dpt jumpa kwn2 dari lain2 anak sykt/dept. W/p xsume yg hadir tapi aku dpt gak la bermesra dgn sbgian rakan2 yg hadir sama. Tu pon xduduk lama sbb msg2 nak blk cpt takot tersangkut di traffic jem.















Shikin JD : Sejak blk dari bercuti ni aku cam letih je & tak berdaya nak hapdet blog ni. Banyak yg aku utang ni. Bkn tu je aku pon xbape berselera nak makan. Tapi ok gak dpt gak aku berdiet semula, hehehehe....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...