Monday, December 22, 2008

HePi bEsDeY IrAs@FaDLi

Harini 22/12/2008 merupakan hari jadi yg ke 25 buat Iras@Fadli@Mr Stitch@Along.

baju baru beli kat KL, huhu

Mama ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran semoga tahun ini membawa kebahagiaan buat Along, menambah rezeki, diberi kesihatan yg baik & dirahmati Allah hendaknya, amin.

Semoga juga dpt mengatasi persoalan yg terbuku dihati Along kebelakangan ni. Harap dpt membuat keputusan yg tepat demi kebahagiaan Along.

akan kek tu elok2 tau, jgn comot2 camni
hehehehe, larikkkkkkkkkk.

Akhirkata, sekali lagi
HEPI BESDEY ALONG


Sunday, December 21, 2008

poTLucK@pOoL sIdE


Kami merancang utk berjumpa sesama kami da lama, sejak blk dari Joseh haritu....konon2nya reunion utk 'house mates', hahahahaha. Yela masa gathering raya kat kg Nubhan haritu kami sume dok serumah kat umah Fikri. So kami gelarkan diri kami sbg housemates la.

DS Kyrun berkali2 tanya bile nak adakan, aku pun pastu da macam2 masalah termasuk masalah kesihatan so mende ni kira 'hang' je la. Ble time cuti sekolah ni tak dpt la nak kumpulkan sume sbb ada yg pulang ke kg msg2 bercuti. Yela cam Farell, Tini, Harney, Fikri, Helmie tak dpt la nak join, sume jauh2. Ajoy, KT & Nora lak ada hal msg2. Takpe ni kira kami jadi perintis la, lain kali leh kumpul ramai2.

Kami rancang nak wat gathering sebelum abis cuti sekolah. So pas bincang ngan Narnia & Tokwan, kami pilih tarikh 20/12/2008 (Sabtu). Rancangan awal adalah potluck maybe kat Taman Tasik Titiwangsa atau Lake Garden atau kat taman di KLCC. Memandangkan hujan kerap turun kebelakangan ni, kami risau tkt tak dpt nak adakan, so plan B kami lepak2 je kat mana2 restaurant, yg penting lepak bersama.

Akhirnya pas berbincang kami putuskan wat kat pool side condo Datin Seri Kyrun di Damansara. Mula2 plan nak adakan pagi iaitu dlm kol 9 atau 10, yela tkt kalo ptg ujan lak kan? So msg2 bawak makanan sendiri secara potluck. Narnia/Ajym bawak mee goreng, ayam goreng & kueh Love Letter, aku lak bawak rendang, nasi impit & nasi, Angah Ruzi bawak kek, DS Kyrun lak masak ayam Adobo (masakan org Filipina) & salad makaroninya yg menjilat jari. Aku bawak nasik tu sbb kalo tiba2 makanan abis leh larik gi cari lauk-pauk.

Aku sampai kat condo DS kol 9.30 pagi, kira aku yg sampai dulu. Biasalah kan, pagi2 tu aku kelam kabut baru nak masak, malam tu dah siapkan bahan2nya. Kol 6 bangun trus ke dapur memasak. Kalo bnyk mmg tak smpt pagi tu, sebbaik fikir just utk 10 org je. Aku naik lu umah DS & sambil tgu dorang sampai kami borak2 dulu.

Tak lama pastu Ajym/Narnia pun sampai, dorang trus tuju kat pool. Pastu Tokwan & Angah Ruzi beritahu dorang akan sampai lewat. So sambil2 tgu dorang kami makan2 & bdk2 gi mandi kat pool. Mmg environment cantek giler, nyaman sangat, cuaca pun baik so mmg rasa kalo letak bantal mau tido tu hahahahaha.

Ok tgk gambar2 je la, cam malas lak nak menulis, penat lagi tak habis, hahahaha.


ni part lawak Tokwan ngah bercite masa dia stand-in utk Nubhan
masa rehearsal Muzik2 kategori Balada kat TV3


kami dihiburkan oleh Otai yg menyanyi sambil main gitar
(Otai nampak tinggi & kurus, kata DS sejak Otai dok sendiri,
makan pun ala2 je, mana tak kurus)

Angah yg tiba lewat sbb ada urusan lain pagi tu

Addin & Walin menggigil kelaparan pas berendam lama


Addin, Walin & Syasya

Tokwan tak berenggang ngan Imtiyaz
katanya ye la org tak de adik kecik



Shima, Otai & gf Otai
haritu besdey gf Otai gak



anak dara 2 pingitan ngah bergaya ayu
hahahahaha, korang jgn gelak tau, tak tol ke?
kami kan penah jadi anak dara doluuuuuuuu


hahahahaha...bergaya tak hengat tu

amboi cam kat bawak pokok getah je


alamak ni kena diet balik ni, tgk la badan ku cam dipam2 blk huhu


hahaha, ni kalo tak camni bkn Tokwan namanya
masa ni dia ngah ngintai Ajym-Narnia merendek, larikkkkk


gaya sorang ibu penyayang

bergambar sebelum pulang
Angah Ruzi dah balik awal sbb nak amek anak Zai dari tuition

bbrp aksi ditmpt yg sama, yg penting
(Shima & DS bergilir2 amek gambar)

Aku ske tgk anak2 DS iaitu Otai, Shima, Fifi, Batrisya, Syasya yg menurut kata ibu mereka, sejuk perut ibu mereka mengandung. Mmg dorang pun dah biasa ngan kami sbb dah slalu jumpa.

Makanan yg banyak mmg membuka selera. Adooooi aku asyik makan..makan..makan je, dah gantikan Tokwan yg dah mula diet. Tapi mmg la nampak Tokwan dah susut banyak lepas dia jaga makan. Ni la yg aku nak diet balik ni.

Kami pulang jam 5 lebih pas dah puas makan2 & borak2. Yela da lama tak jumpa kan macam2 cite ada, hal anak2, hal FC & lawak2 tu biasala kan? Kami sume sepakat ttp akan bagi sokongan pada Nubhan & bagi peluang padanya utk membuktikan kejayaannya.

Kami juga merancang utk adakan gathering camtu di lain masa utk lebih ramai lagi. Semoga hubungan kami sume akan dpt diteruskan & dieratkan lagi dimasa2 hadapan bkn hanya di dalam NFC saja, insyaallah...amin.

Thanks so much to the host, Datin Seri Kyrun...

Thursday, December 18, 2008

UnTuK pEngUnJunG2 bLoG kU


Shikin JD berkata :


aku adalah diriku yg sebenar...
apa yg tertulis di blog ini...
adalah sebenar2nya dari dlm diriku...

aku ingin meminta maaf...
kepada sesiapa yg tak berpuas hati...
dgn penulisan ku...

aku tak dpt nak berbuat apa2...

kdg kala berkata2 bkn mudah...
aku memudahkannya...
dgn meluahkannya dlm bentuk tulisan...

spt yg kamu sume baca di blog aku ini...

penulisanku juga selalunya...
bkn utk menghentam sesiapa...
hanya luahan perasaan yg halus...
yg berada dlm atiku...

tapi aku tau ada yg tak berpuashati...
dgn luahan2 & penulisanku..

bukan mudah...
utk memuaskan hati sume org...

bukan mudah...
utk mengenali org2 yg disekeliling kite...


aku juga tak terkecuali...
bukan sume org kenal sapa diri ku yg sebenarnya...

aku akui aku adalah org yg paling sensitif...
kompleks....
sering bermelankolik...

dan aku juga bkn mudah...
utk menerima sesiapa sahaja sbg kawan2 ku...

atau sahabat2 ku...

pada sesiapa yg rasa kesal...
sekiranya termsk dlm 'senarai' pendekku...
aku minta maaf...

aku akan cuba mengenal pasti...
dan aku akan melakukan 'rombakan' semula...
utk memenuhi permintaan kamu..
sekiranya itu yg kamu mau...

permintaanku ini...
adalah terbuka...
kepada sume pengunjung2 setia blog ku ini...

itu lebih baik dari memendam rasa kesumat...
dan dari kamu menjadi hipokrit...
hanya utk memuaskan hatiku...


akhir kata...
ini adalah aku...
aku...
dan diriku yg sebenar2nya...

Wednesday, December 17, 2008

BiOgrAfi PeLaKoN pUjaaN kU sATu KeTiKa DuLu


Menulis adalah minatku satu ketika dahulu. Semasa aku bersekolah pernah guruku mengatakan yg aku bakal menjadi seorang penulis satu hari nanti. Tapi sayangnya aku tak mengasah bakat ku selepas itu. So, kira cam berkarat la. Aku pernah terfikir utk mengasah kembali bakatku menulis semasa memulakan blog ini. Tapi kdg2 aku terbawa2 dgn segala masalahku kedlm blog ni.

Tulisan ku kali ni adalah berlainan sedikit. Aku telah membuat sedikit research tentang seorang pelakon yg menjadi pujaan ku semasa kecil. Kali ni aku akan menulis biografi tentangnya.

Pelakon yg ku maksudkan adalah Mark Lester yg dilahirkan sbg Mark A. Letzer pada 11 July 1958 di Oxford, Oxfordshire, England.

Dia adalah merupakan pelakon kanak2 ternama pada suatu ketika. Aku ske tgk wajahnya masa tu, cute sesangat. Mmg aku cam 'admire' tol tgk bentuk muka dia yg cam bersegi & berseni tu. Ntah ngapa aku leh cam jatuh cinta lak masa tu hahahahaha.

Mark Lester memulakan dunia seni dgn memasuki sekolah lakonan Corona Stage Sschool di London. Dia adalah anak kepada produser & aktor Michael Lester dgn aktres Rita Lester. Bertepatan dgn pepatah Melayu berkata, "Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi".

Dia memulakan kariernya di bidang lakonan seawal 6 tahun di London melalui filem Allez France pada tahun 1964. Dia telah menjadi aktor kanak2 paling top di TV & Filem di England pada ketika tu. Dia selalu diberi watak kanak2 yg baik bermula thn 1960an sehingga 1970an.



Semasa berusia 14 tahun pendapatannya £100,000 setahun dgn berlakon sekurang2nya 2 buah filem setahun.






Ada bbrp buah filemnya yg menarik minat ku, yg paling menonjol adalah Oliver, Prince & The Pauper dan Melody. Watak Oliver telah ditawarkan kepadanya selepas produser filem tersebut membuat auditon ke atas 250 pelakon kanak2. Filem Melody lakonan nya semasa remaja & merupakan sebuah filem cinta. Masa tu ramai gadis2 tergila2kan wajahnya yg kacak.





Dia juga pernah berbogel di dalam filem

Sebagai pelakon kanak2 ternama pada masa tu, dia telah melalui zaman kanak2 yg terkongkong & terikat. Selepas dia berhenti dari berlakon dia menjadi seorang pemabok dan terlibat dgn dadah. Yg paling membanggakan dia bangkit dari 'kemusnahan' hidupnya dgn mengambil A Level pada usia 28 tahun dan menjadi seorang Osteopath (merawat pesakit sendi & otot) . Dia telah berkahwin & mempunyai 4 org anak perempuan yg comel2. Salah seorang anaknya mengikut jejak langkahnya. Mark Lester adalah pemegang tali pinggang hitam dlm karake. Kini dia berusia 50 tahun.

Aku membayangkan dia akan menjadi seorang lelaki yg kacak apabila dewasa tapi aku kecewa, rupanya tak la sekacak semasa dia kanak2, hahahaha.

Mark Lester kini

Aku merindui filem2 lakonannya, tapi aku dapati tiada filem2 nya diputarkan lagi di kaca TV di Malaysia ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...