Kami merancang utk berjumpa sesama kami da lama, sejak blk dari Joseh haritu....konon2nya reunion utk 'house mates', hahahahaha. Yela masa gathering raya kat kg Nubhan haritu kami sume dok serumah kat umah Fikri. So kami gelarkan diri kami sbg housemates la.
DS Kyrun berkali2 tanya bile nak adakan, aku pun pastu da macam2 masalah termasuk masalah kesihatan so mende ni kira 'hang' je la. Ble time cuti sekolah ni tak dpt la nak kumpulkan sume sbb ada yg pulang ke kg msg2 bercuti. Yela cam Farell, Tini, Harney, Fikri, Helmie tak dpt la nak join, sume jauh2. Ajoy, KT & Nora lak ada hal msg2. Takpe ni kira kami jadi perintis la, lain kali leh kumpul ramai2.
Kami rancang nak wat gathering sebelum abis cuti sekolah. So pas bincang ngan Narnia & Tokwan, kami pilih tarikh 20/12/2008 (Sabtu). Rancangan awal adalah potluck maybe kat Taman Tasik Titiwangsa atau Lake Garden atau kat taman di KLCC. Memandangkan hujan kerap turun kebelakangan ni, kami risau tkt tak dpt nak adakan, so plan B kami lepak2 je kat mana2 restaurant, yg penting lepak bersama.
Akhirnya pas berbincang kami putuskan wat kat pool side condo Datin Seri Kyrun di Damansara. Mula2 plan nak adakan pagi iaitu dlm kol 9 atau 10, yela tkt kalo ptg ujan lak kan? So msg2 bawak makanan sendiri secara potluck. Narnia/Ajym bawak mee goreng, ayam goreng & kueh Love Letter, aku lak bawak rendang, nasi impit & nasi, Angah Ruzi bawak kek, DS Kyrun lak masak ayam Adobo (masakan org Filipina) & salad makaroninya yg menjilat jari. Aku bawak nasik tu sbb kalo tiba2 makanan abis leh larik gi cari lauk-pauk.
Aku sampai kat condo DS kol 9.30 pagi, kira aku yg sampai dulu. Biasalah kan, pagi2 tu aku kelam kabut baru nak masak, malam tu dah siapkan bahan2nya. Kol 6 bangun trus ke dapur memasak. Kalo bnyk mmg tak smpt pagi tu, sebbaik fikir just utk 10 org je. Aku naik lu umah DS & sambil tgu dorang sampai kami borak2 dulu.
Tak lama pastu Ajym/Narnia pun sampai, dorang trus tuju kat pool. Pastu Tokwan & Angah Ruzi beritahu dorang akan sampai lewat. So sambil2 tgu dorang kami makan2 & bdk2 gi mandi kat pool. Mmg environment cantek giler, nyaman sangat, cuaca pun baik so mmg rasa kalo letak bantal mau tido tu hahahahaha.
Ok tgk gambar2 je la, cam malas lak nak menulis, penat lagi tak habis, hahahaha.
ni part lawak Tokwan ngah bercite masa dia stand-in utk Nubhan
masa rehearsal Muzik2 kategori Balada kat TV3
masa rehearsal Muzik2 kategori Balada kat TV3
kami dihiburkan oleh Otai yg menyanyi sambil main gitar
(Otai nampak tinggi & kurus, kata DS sejak Otai dok sendiri,
makan pun ala2 je, mana tak kurus)
(Otai nampak tinggi & kurus, kata DS sejak Otai dok sendiri,
makan pun ala2 je, mana tak kurus)
hahahahaha, korang jgn gelak tau, tak tol ke?
kami kan penah jadi anak dara doluuuuuuuu
kami kan penah jadi anak dara doluuuuuuuu
alamak ni kena diet balik ni, tgk la badan ku cam dipam2 blk huhu
hahaha, ni kalo tak camni bkn Tokwan namanya
masa ni dia ngah ngintai Ajym-Narnia merendek, larikkkkk
hahaha, ni kalo tak camni bkn Tokwan namanya
masa ni dia ngah ngintai Ajym-Narnia merendek, larikkkkk
Aku ske tgk anak2 DS iaitu Otai, Shima, Fifi, Batrisya, Syasya yg menurut kata ibu mereka, sejuk perut ibu mereka mengandung. Mmg dorang pun dah biasa ngan kami sbb dah slalu jumpa.
Makanan yg banyak mmg membuka selera. Adooooi aku asyik makan..makan..makan je, dah gantikan Tokwan yg dah mula diet. Tapi mmg la nampak Tokwan dah susut banyak lepas dia jaga makan. Ni la yg aku nak diet balik ni.
Kami pulang jam 5 lebih pas dah puas makan2 & borak2. Yela da lama tak jumpa kan macam2 cite ada, hal anak2, hal FC & lawak2 tu biasala kan? Kami sume sepakat ttp akan bagi sokongan pada Nubhan & bagi peluang padanya utk membuktikan kejayaannya.
Kami juga merancang utk adakan gathering camtu di lain masa utk lebih ramai lagi. Semoga hubungan kami sume akan dpt diteruskan & dieratkan lagi dimasa2 hadapan bkn hanya di dalam NFC saja, insyaallah...amin.
Thanks so much to the host, Datin Seri Kyrun...
No comments:
Post a Comment