Thursday, November 17, 2011

WeDDiNg ReCePTioN....


Sambungan dari post ni : Akad-Nikah Anak Buah ku

Akhirnya setelah selamat diakad-nikahkan, pasangan diraikan di majlis yg meriah. Majlis ni dpt kumpulkan 2 buah keluarga besar & rakan2 pasangan pengantin baru.


Tak yah la cite pjg agi, kowang nikmati la gambar2 yg sempat aku amek & yg aku 'pinjam' [ciklok] dari org lain kat FB anak buah aku, hehehe [ala bape keping jer]. Gambar2 yg diamek oleh jurugambar professional tak dpt aku nak ciklok agi sbb msh dlm proses.


Tempat : Dewan Centrium, Setiawangsa
Tarikh : 12 November 2011



Diandam oleh Ismawardi Ismail [RTM]

Ske mekapnya yg simple tapi dpt naikkan seri
Mayb my niece ni putih melepak, so mekap sket2 pon da cantek
[cam Mak Yang dia gak, hahahaha]


Banner yg simple

Ni la lokasi majlis tu
[bersebelahan dgn Restoran Ikan Bakar Sekincan]



Pintu Gerbang dihiasi ngan juntaian kristal & lampu chandeliar

Tmpt ni mmg besar & dpt muatkan seramai 1,500-2,000 jemputan serentak

Tgk je la betapa luasnya tmpt tu



Ketibaan pasangan pengantin

Pengantin pompan diapit oleh adiknya sendiri
& pengantin lelaki oleh kwn rapat mrk




Pengantin melangkah masuk ke dewan diiringi oleh muzik traditional





Di singgahsana/pelamin yg cantek


Farra pon sama glam ngan pengantin
[sempat di warning oleh kakaknya supaya tak over-shadow dia, hehehe]

Pengantin makan sopan & malu2 tp tgh mlm cari makan
sbb kebulur kata dowang, hehehe


Antara menu di meja pengantin yg lazat [sbhg je foto]

Aku mkn tak pandang org...lapor sbb tak makan agi

Da isi perut sket baru leh senyum utk camera, hehehe


Sambil makan kami dihiburkan petikan biola oleh rakan pasangan pengantin


Antara tetamu yg hadir


Sepupu2 ku
[ni sbhg jer sbb terlupa nak amek yg lain]

Liza (my sis BFF) yg baru tiba dari Seremban,
wedding kwnnya di TV3 (mangsa tembakan di Somalia)

Sepupu & anak2


Adik-badik aku, ipar & anak2


Liza da lama xjumpa Afif, terkejut dia tgk Afif da bsr pjg

Syira & Baby Q (niece & nephew)


Ryan, Trisya, Tira & Di'ah (nieces & nephew)

Dowang ni pantang nampak camera, mulala mengedik2


Farra & my sis, Adek

Family lelaki

Family ku

Rakan2 pengantin


Dgn Mak Long (my sis)




Kwn2 sekolah my sis (bride's mum)


Sempat tarik pengantin amek gambar bersama



Alhamdulillah, berakhir jua majlis yg sungguh indah itu dgn selamatnya.
Msg2 berpuas-hati dpt bergambar kenangan bersama2 pasangan pengantin. Di situ juga menjadi tmpt pertemuan semula family & kwn2 yg da lama tak bersua.




Shikin JD : Arini, 17 November merupakan tarikh pernikahan aku dgn x-hubby aku.....jika kami msh bersama, arini merupakan ulangthn ke 20.....aku mula kenali dia 27 thn dulu....




Tuesday, November 15, 2011

AKaD NiKaH AnaK BuAh Ku....


Tarikh 11-11-11 baru2 ni mmg sgt cantek & ramai org di seluruh dunia ingin abadikan tarikh tersebut sbg kenangan peribadi atau peristiwa2 menarik. Antaranya melamar kekasih, kelahiran [caesarian], perkahwinan atau apa2 peristiwa yg akan menjadi kenangan abadi seumur hidup mrk yg senang diingat.


Antara mrk yg ingin abadikan tarikh tu adalah anak buah perempuan aku - cucu sulong [anak kakak ke-2] yg ingin melangsungkan perkahwinannya. Akhirnya termetrai jua kenangan tersebut dlm diari hidupnya bila dia selamat diakad-nikahkan pada tarikh tersebut.


Oleh krn papa anak buah ku (my bro-inlaw) telah meninggal dunia 3 thn dulu, maka pasangan ni telah diwalikan oleh abg papanya yg sulong.


Tak payah la aku cite pjg sbb gambau2 leh ceritakan rentetan majlis tersebut. So kowang tgk je la.....


Tempat : Masjid Salahuddin al-Ayubbi, Taman Melati, Gombak
Tarikh
:
11 November 2011
Masa :
10 pagi



Pasangan Firdaus-Syarmim sebelum diijab-kabulkan


Bersama ibunya - my 2nd sis

Bersama my my lil-bro
(komain agi dia prasan jd panten lelaki, hehehe)


Menunggu giliran
(sepasang pengantin lain sdg dinikahkan di dlm masjid)

Adik bongsu ku & anak2

Afif da menung ble dgr blanja kawen mahal skang ni, hehehe

Syarmim dgn adik kesayangannya Farra (sebelah kiri)
& sepupu mrk, Aliya (anak wali)

Syarmim dgn Mak Longnya (my 1st sis)

Dgn Mak Yangnya




Tok Kadhi sdg memberi nasihat2/tips rumahtangga kpd pasangan pengantin

Sebelum akad-nikah
Dptkan persetujuan dari pengantin pompan

Akad-nikah

Yg ditgh2 berbaju hitam tu la wali - Pak Long anak buah ku

Sumpah Taklik sdg dibacakan oleh pengantin lelaki

Setelah selesai bacaan sumpah taklik -
tandatangan dokumen berkenaan


Mendptkan restu ibu pengantin perempuan


Sarung cincin perkahwinan

Mas Kawin & hadiah dari pengantin lelaki kpd pengantin perempuan

Cium tgn suami yg baru dinikahi

Suami mencium dahi isteri

Pasangan pengantin bersama2 keluarga pengantin lelaki
(malangnya gambar beramai family kami xde lak dlm camera aku)

Rakan2 yg turut hadir menjadi saksi pernikahan tersebut

Setelah selesai majlis - ucapan oleh abg kpd pengantin lelaki

Ini lah Masjid Salahuddin al-Ayubbi yg menjadi lokasi/saksi pernikahan tersebut



Shikin JD : Nantikan sambungannya - Reception @ 12-11-11....




Wednesday, November 9, 2011

GiGi vs SuSu....



Aritu aku ada cite psl sakit gigi kat sini dan sinun. Diulangi, gigi aku skt bkn sbb rosak tapi sbb goyang disebabkan dek kekurangan susu atau lbh tepat dipanggil kalsium.



Almaklumla da tetua ni malas la nak minum susu. Tapi skang dgn kekwatnya nak gitau yg gigi aku da BAIK KEMBALI !!!!! Yeyeehhhh *sambil lompat2 katak*




Pas da bape kali gigi aku sakit, aku dgn gegehnya minum susu secara tamaknya termasuk mkn pil kalsium yg aku tapau dari panel klinik opis aku
[hehehe da ada kemudahan tu guna la sebaik2nya khennnn, syhhhhhhhh] maka akhirnya gigi ku kukuh semula.




Bkn sekali ni sakit & aku cuba cara ni tapi da bape kali. Tapi masalahnya aku ni malas sket nak minum susu, ble gigi da kukuh blk aku wat2 nyombong ngan susu, tapi ble sakit blk aku pon jadi la cam kekasih awal-n-akhir ngan susu/kalsium tu, hehehe.



Idea kartun aku upe2nya menjadik, hehehe. So sesapa yg nak tiru tu dipersilakan tapi sila bayar royalti atau kredit pada aku tapi aku tak bertonggeng eh! bertanggungjawab sekiranya opis kowang tak cover pil tu, hokey !!!



Shikin JD : Aku risau sbb Afif kurang minum susu skang w/p masa kecik2 dulu dia bergantung pd susu & kurang makan sampai la aku bagi dia Appeton baru dia ada selera nak makan. Sejak dia da pandai makan dia trus 'putus kasih' ngan susu. Susu ni amat penting sbb bile kite da tua nanti, kite akan mula rasa tulang kite mereput. Sbg persediaan jgn la abaikan minum susu. Cuba la minum skurang2nya sekali-sehari.


PESANAN INI DIBAWA OLEH KHIDMAT MASYARAKAT PENYAYANG
[iklan tak berbayor - tp kalo nak bayor pon ble, sila masukkan dlm akaun bank aku, hehehehe].





Tuesday, November 8, 2011

AiDiL AdHa Ku DpN Tv JeR....




Selamat Hari Raya Aidil Adha/Qurban/Haji pd sume pembaca2/pelawat2 blog yg tak sptnyer ini. Camna ngan sambutan di tmpt kowang sumer? Tentu meriahkan dgn 'tumbang' bbrp ekor lembu.


Aku ngaku sambutan kali ni terlalu simple atau leh dikatakan cam tak ghaya jer. Aku malas nak bersiap2 & masak2, cuma masak pasta goreng. Xde rendang2, kuah lodeh & kuah kacang bagai cam slalu. Kakak aku lak masak nasi impit & beli rendang ayam sket. Bkn aku xnak sambut tapi aku mmg xde mood langsung. Aku pon xde la pakai baju ghaya aritu.


Ghaya-Eve pon [Sabtu, 5/11/2011] aku kuar ngan Afif ke Low Yat sbb nak cari external hard disk utknya sblm dia sambung study nanti. Sonok gak masa tu sbb xde la terlalu sesak ngan org ramai cam slalu sbb may b sparuh org da blk kg ataupun bz ngan persiapan utk sambut ghaya esoknya. Aman jer kami dok ronda2 & survey2 harga.


Ekceli adik bongsu aku ada gak ajak blk kg suami dia kat Kelantan sbb dowang nak wat aqiqah utk anak2 dowang tapi sbb cuti yg singkat aku rasa cam tak berbaloi jer, kang penat jer travelling sbb tau2 je la Kelantan tu bkn dkt...wat lenguh montot jer lam keta khennnnnnn.



Pastu, aku pon spatutnya blk kg my x-in-laws sbb my xMIL sakit aritu & baru kuar spital, aku tak dpt nak lawat dia sblm tu. Dowang sume kat kg pon dok ajak2 aku blk ghaya sana. Aku cam liat je nak blk.


Bkn aku nyombong atau aku 'buang' dowang tapi aku jugak rasa lbh baik aku jarak2kan hubungan dgn dowang, aku hanya berstatus 'bekas-menantu-ipar-duai' jer.


Agipon my x-hubby pon da berkeluarga lain
[w/p aku xde masalah ngan family baru dia & aku leh bermesra2 ngan dowang sume tanpa rasa rendah-diri - dlm hal ni aku akui aku lbh bahagia single cam skang ni]. Cuma aku rasa lbh baik berjarak sbb aku xnak nanti dikata cam terhegeh2 oleh org2 lain [baca : bkn x-in-laws] yg tak paham situasi aku tu.


W/p kami da bercerai tapi aku da leh terima kenyataan tu & da xde dendam agi ngan my x-hubby. Aku da anggap dia cam kawan jer, lbh2 aku mmg da xde prasaan apa2 pd dia kecuali sbg abah pd Afif. Kami da leh borak2 atau gurau2 cam lain2 ahli keluarganya. Wife dia skang ni pon xkesah atau cemburu ngan aku & kami leh borak2 cam kawan2 jer
[pd pandangan mata kasar aku la].


Kakak aku yg ke-2 pon dok ajak2 aku temankan dia gi uma sedara-mara utk menjemput [akan aku citekan apakah jemputan tu lain kali]. Sbb aku rasa aku malas nak gi memana. Last2 ghaya aku kali ni hanya la dok lepak kat uma jer. Dpt gak rihat2 fikiran & badan sambil menternak lemak [baca : makan...makan & makan] hehehe.


Tapi aku ttp kesian kat Afif sbb dia ada gak ajak aku gi jenjalan sementara dia cuti semester ni tapi aku da bagi alasan2 aku xdpt nak tunaikan permintaan dia tu. Aku harap dia akan paham & aku janji akan bawak dia jenjalan lain kali, may b Disember ni waktu dia cuti X'mas/New Year. Arap aku dpt tunaikan janji2 aku tu...insyaallah, amin.


Shikin JD : Tingat kecik2 dulu Raya Puasa atau Raya Haji sama jer meriahnya, org ramai dtg kat umah. Raya Haji pon paling2 3 hari tak putus2 org dtg, kalo Raya Puasa tu mmg 2-3 mgu org ttp dtg berghaya w/p dedolu xde la open2 hse cam skang ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...