Tuesday, August 19, 2008

Majlis Kesyukuran Nubhan di Juasseh







Pada 16/8/2008 yg lalu Nubhan, pemenang tempat ke 3 Akademi Fantasia 6 telah mengadakan majlis kesyukuran yg diadakan di kampung halamannya di Kg Tebing Tinggi, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebhg dari nubies yg diwakili oleh lebih kurang 50 dari Kuala Lumpur telah sama2 hadir ke majlis tersebut dgn menaiki sebuah bas & bbrp buah kereta. Nubies dari tempat2 lain juga turut menghadirkan diri.

Aku telah diarahkan utk mencari bas utk membawa nubies ke kg Nubhan. Aku telah berjaya mendapatkan sebuah bas yg berbaloi & cantek. W/p tidak penuh tapi nubies yg telah mendaftarkan diri berjaya utk hadir. Aku sampai ke pejabat seawal jam 8 pagi kerana aku bercadang utk meletakkan kereta ku di pejabat dimana aku mempunyai season parking ticket. So baik aku park kat situ sbb aku rasa selamat dijaga oleh security & berbumbung.

Kami ingin bertolak awal tapi kena menunggu sorang nubie iaitu Noor Azura yg tiba lewat sehingga kami terpaksa menangguhkan perjalanan tersebut selama lebih kurang 1 jam. Nak wat camne, biasalah mesti ada yg lewat. Kami bertolak dlm jam 10.25am & tiba ke sana jam 12.30 tghari. Ngam2 dah leh makan, lapar tol masa tu. Sesampai je aku ke sana, aku telah nampak buah kesukaan ku, yum yum yummmy manggisssssssss. Apa lagi aku terus je terkam tanpa toleh kiri & kanan (wat malu je, tak leh bawak ke majlis, hehehhe).

Kami dihidangkan dgn makanan yg lazat2 spt ikan semilang salai masak lomak cili api, udang sambal, ayam goreng berempah dll. Aku rasa sgh berselera sekali.

Ditgh2 majlis tersebut tiba2 aku lihat wajah Vern yg pucat, dia menggamit agar aku hampir ke padanya & dia bisikkan bahawa dia sakit lagi di dada & dia terpaksa duduk utk berihat. Aku tanya dah makan ke belum w/p sebelum tu aku dah tanya & dah suruh dia makan, katanya nak tgu Nubs, eeeee mmg la degil papa otomen tu. Dia menyuruhku menggambilkannya makanan, sempat aku membisikkan kepada Nubs yg Abg Vern dia sakit.

Vern hanya menjamah sikit aje makanan & telah meminta aku & far utk menemankannya ke atas rumah utk berihat. Kami telah masuk ke bilik dimana Vern telah tido pada malam sebelum itu & merupakan bilik Nubs sendiri. Sempat lagi tu ajak kami menganyam ketupat...hehehe. Sakit tu buat la cara sakit papa oiiiii......hahahahaa.

Sempat jugak la aku mengambil gambar dia sedang berbaring tu....siap si far ngadu lagi aku telah ambil gambar dia, tira & ucu sedang tido masa di De Palma dulu....hahahahaha.

Nubies ni kan biasalah kalo gi mana2 ttp akan berposing maut, abis tingkap, dapur, tangga umah Nubs dijadikan lokasi....hehehehehe. Siap amek utk edisi khas raya majalah2 Hoi etc.

Penduduk kg Juasseh juga telah mengadakan sebuah majlis bagi menghargai jasa2 Nubhan sebagai ikon di kampung tersebut. Majlis tersebut diadakan di Dewan Hadhari di kampung tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Pilah.

Wah, ramai jugak peminat2 Nubs disana yg hadir beramai2 & tak henti2 menggambil gambar Nubs. Aku pun tumpang bangga melihat sambutan tersebut.

Selepas majlis di Dewan Hadhari itu, kami telah dibawa ke balairaya utk jamuan minum ptg. Kami telah dihidangkan dgn pulut kunng, rendang ayam, sambal bilis petai & kuih muih yg sedap2 belaka. Sekali lagi aku terliur, mana nak capai dulu ni wei, hehehe.

(gambor akan diupload nanti, maleh lak nak tepek2 ni)

2 comments:

Anis Hayati said...

wah..meriah sgt2!!

eh,eh... gmbr afif pun ada
hahaha

Solly Salihah said...

ma!!
gambar tido ucu???
ada ker??
ya ampun ma, jangan bgtau sesiapa ok.. malunyer..
hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...