Saturday, January 31, 2009

dA BruTs.....


Apa itu daBruts ???
Sapa daBruts ???

Ok, skang baru aku nak kongsi ngan kamu sume...
aku adalah salah sorang dari daBruts....

Apa maksud daBruts ???
hehehehe...biar ini jadi rahsia kami

daBruts terdiri dari 15 org iaitu...

AA ~ Abg Aloi, KK, Sabah
(lost contact)
KL ~ Sweetmm/Liza, KL
AM ~ Abgmosha, JB
KS ~ aku, KL
Affad ~ JB
Yasmeen ~ Brunei
(my very very very good fren)
Myzeen ~ Brunei (lost contact)
Faez ~ KL (lost contact)
Mama Ana ~Bintulu, Sarawak
(hampir lost contact)
Serpico ~ KL (lost contact)
Alleya ~ Kedah/KL
(lost contact)
Ainee ~ KL
(hampir lost contact)
Zura ~ NS/JB/KL (lost contact-tp br2 ni dia ada buzzed aku)
Dee Falisha ~ KK/KL
(lost contact)
Zainon ~ KL
(lost contact)

Kitorang mmg rapat dulu w/p msg2 berjauhan. Hampir setiap hari contact each other melalui ym conference. Mula2 mmg ramai tapi lama2 ilang sorang demi sorang. Biasa la ble da ramai kan tentu mcm2 ragam. Seniors slalu lbh rapat sesama sendiri camtu gak ngan yg juniors.

daBruts diketuai oleh AA & KL. Ble salah sorang dari daBruts yg outstation turun KL kami akan wat gathering & berjumpa sesama sendiri, kdg2 kami celebrate besdey msg2.
Sbhg dari daBruts lost contact sbb msg2 bz & ada yg mempunyai masalah sendri.

Ngape aku cite pasal daBruts ???
Tungguuuuuu...........


aDoi..NgaPe LamBaT LuaHkaN???


Adooooi geramnyeer...
ngape nak diam2...
tadi kata nak luahkan...
nanti tak smpt lak...
jgn dipendam apa yg tersirat...
suratkan je...
eeeeee....

Luahkan je perasaan cinta tu....
kan ke tu yg diidamkan dari dulu....

Hehehehehe.....
aku lak yg geram....
tadi tgk episode Tree of Heaven....
geram ngan Hana....
kata nak luahkan cinta dia pada Yoon-suh...

kang kawan tu mati....
sia2 je tak smpt nak luahkan....

da dpt jumpa tu dok senyap lak....
eeee kang nyesal lak....

Shikin JD : hahahaha sian korang dok fikir apa maksud aku tadi...ni la kalo da addicted ngan siri2 camtu...kan kan kan ummmiiiiiiiiiiiiiiii.....

k la....nak wat kojo umah


Friday, January 30, 2009

DaTe AfTeR woRk.....


Kol 4 lebih tadi kat ofis aku trime kol dari seseorang yg da lama aku kenal & da lama tak dgr kabar beritanya....upe2nya dia ada kat Wisma Genting, tak jauh dari ofis aku.


Dia kata nak jumpa aku. Ni kira blind date la sbb mmg tak penah jumpa pun. Since Jumaat Afif mmg tak tuition so aku setuju jumpa dia kat McD area Bt Bintang (tak jauh dari ofis aku).

Aku tinggalkan keta kat ofis & jalan kaki ke sana, senang sket, bkn jauhpun. Tapi ujan lak, takpe...tak lebat, just renyai2. Amek payong dlm keta. Ble da jumpa cam da lama kenal lak (maksudnya cam da biasa jumpa) kami borak2 ngan rancak sampai la kol 7.30pm.

Date yg best. Oh ye lupa lak, date aku tu gegurl beb...hehehehe. W/p umo dia baru 20 taon tapi dia panggil aku kakak sbb mmg dari mula dulu da panggil camtu sbb masa tu mmg tak tau umo msg2. Harap dpt jumpa dia lagi in future. Sori no picca, tak wak camera, camera hp lak cap ayam, huhu.

KeHiLanGaN mU...


Adoooi pepagi tadi aku kelam kabut...

cari..cari..cari..
ke mana kau pegi????
adoooooi...

Hmmm...
raba...raba...raba...
korek...korek...korek...
aku kehilangannnnnnn...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Hehehehehe...
aku cari kunci ofis la...
ilang pagi tadi...
ye la tak de kunci tu camne aku nak wat keja...

Tau katne aku jumpa???

Dalam blk boss..
ntah camne leh tercicir kat situ...
tu yg musykilnyer ni...
camne leh ke situ lak...

Sapa nak jawab ni???

Shikin JD : lu pikir la sendiri...hehehehe...kecoh..CARELESS

Thursday, January 29, 2009

BiLeK uTk DiSewA....


Mencari bilik utk disewa : URGENT !!!


~ utk lelaki bujang
~ area : TTDI, Damansara, Kepong atau kawasan berhampiran



Shikin JD : ni sebenarnya diminta oleh seseorang, dia dpt keja kat area Taman Tun Dr Ismail...since dia org luar dia nak cari bilik sewa, so sapa2 yg ada maklumat tu, pls call me atau tinggalkan msg di sini atau cari aku di asyik3jd@yahoo.com ......da puas ikhtiar tanya sana sini & ada gak cek kat iklan & tinggalkan msg kat forum.cari tapi msh lom dpt jawapan. Kalo ada pun jauh sgt lak, so ni la terpaksa tanya korang.

kErJa Vs BoSs....


Adoooi keja melambak w/p boss tarak...cuti panjang, lek India (hahaha, tang ni cam lawak tapi mmg ye). Boss ku actually mixed Melayu-India, bapanya India kawen ngan mak dia Melayu, Perak...lepas mak dia ninggal, bapak dia lek India sbb ada family lain kat sana, so sejak tu my boss tu sekali sekala ziarah bapanya kat sana...tapi last year, 1 month ago, his father passed away sebelum smpt dia nak ziarah taon ni.
So dia blk dpt ziarah pusara ayahnya la...

Yg kelakar tu ble org tanya mana boss, aku ckp "balek India"...sume ketawa igt aku main2, sbb ramai tak sangka mmg bapa dia India (tapi jenis cerah) sbb rupenya cam mixed benggali..putih. Boss aku baik, very flexible, w/p last year prestasi aku merudum sbb macam2 masalah tapi dia ttp memahami & cuba slow talk dgn ku utk atasi masalah aku, siap menanges la aku masa tu sbb da tak dpt nak control...

Orgnya msh muda, baru 40 taon br2 ni (teruk dia kena ngan kami sbb dia slalu gelakkan kami yg da menyeberangi 40 skang giliran dia lak). Boss, da puji2 ni increment lom dpt lagi ni..huhu.

Eh, eh, aku ni cam tak de keja lak..actually ada deadline yg sdg kejar aku, tapi aku maen sorok2 ngan dia, leh tak? Hahahahaha......ngan report lagi tak siap, leh lagi aku lepak sini. Syyyyyyy jgn kasi tau kat org ofis aku....hahahahahaha.
K la, nak siapkan keja lek, saja je msk sini nak release tension...da berasap pala ni....chow...adios.

yg tgh kai cap tu la boss aku...
syyyyy jgn kasi tau dia aku da tepek pix hensem dia tu, huhu
larikkkkkkkkkkkkk...boss, boss ensem
(sambil urut2 pala dia, jgn mara boss)

~event : teambuilding @ Langkawi~

Wednesday, January 28, 2009

kEbErkAtaN sUraH aL-iKhLaS


Aku rasa mgkn kamu da tau akan keberkatan surah al-Ikhlas dlm mencari keberkatan hidup kite. Aku terpanggil sekali lagi utk berkongsi dgn kamu sume disamping mengingatkan utk peringatan kepada diriku sendiri jua.

Apa lah salahnya kite sentiasa mengulangi & igt-mengigtkan sesama kite perkara yg baik berkali2 supaya ianya dpt sebati & dijadikan amalan kite kan?
Surah al-Ikhlas antara 3-4 Qul yg mmg patut kite amalkan sbg pendiding dari hasutan syaitan. Ianya adalah amalan Nabi Muhammad SAW.

Al-Ikhlas (Arab: سورة الإخلاص ) adalah surah ke 112 dalam Al-Quran, ayat pendek 4-versa deklarasi yang berkesatuan mutlak dari Allah (tawhid), menolak fahaman politheisme dan trinitarianisme. Al-Ikhlas bermaksud "ketulenan" atau "menghalusikan", bermakna untuk tetap suci dan beriman atau dalam keadaan menangkis ketidaksucian.


Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Qul Huw-Allahu Ahad
Allah-us-Samad
Lam yalid wl lam yulad
Wa lam yakul lahu kufuwan ahad

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak da sesiapapun yang serupa denganNya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bile perlu kite baca surah al-Ikhlas ni:

Sebelum memulakan apa2 pekerjaan
~ segala iblis & syaitan dlm tubuh kite & sekeliling kite akan berlari keluar umpama cacing kepanasan

Sebelum masuk ke rumah
~ baca surat al-Ikhlas 3 x, langkah kanan dulu & baca bismillah, beri salam w/p tiada org kerana akan disahut oleh malaikat

Ketika sakit atau ditimpa musibah
~ baca sentiasa sehingga ke hujung nyawa terakhir (mayat tidak akan membusuk & kubur tak sempit)

Maka dgn itu, amalkan surah al-Ikhlas (selain dari 3 Qul yg lain sbg mana kite memerlukan pakaian & makanan seharian)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota :

Sampaikanla ilmu ini kpd kawan2 yg lain. Sptmana sabda Rasulullah SAW : "Sampaikan pesananku w/p satu ayat". Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yg dibawa bersama :

1. Sedekah/amal jariahnya
2. Doa anak2 yg soleh
3. Ilmu yg bermanafaat yg disampaikan kpd org lain

Wallahualam....

Shikin JD : maaf sekiranya aku membuat kesilapan dari segi tata bahasa semasa menyampaikan pesanan ini kerana sbgh dari gaya bahasa & ayat2 disini adalah keluar dari diriku sendiri, utk memudahkan kefahaman....

Di SamPiNgMu....

Shikin JD : hehehe...saja nak share, ske lagu ni..group The Divine Masters (band adek badek), penyanyi band ni Lotter (AF4)...leh tahan sore dia, tak de la meleweh je


Tuesday, January 27, 2009

GoNg Xi Fa ChAi.....


Actually malas nak update pasal perayaan taon baru cina ni sbb bkn tak ramai kawan2 berbangsa tionghua tapi dorang tak msk sini pun...yg penting.....utk seseorang tu da wish siang2, malam makan besar da siap wish, tak yah la aku tepek apa yg aku wish kat dia, too personal huhu....lagipun aku cam malas nak update blog la, leh tak?

Yang penting lagi, aku mabok orennnnnn....



Shikin JD : utk seorg kawan tu pula, semoga cpt semboh & pulih spt sedia kala...amin

Saturday, January 24, 2009

BeRTahTa Di HaTi...




Antara yg terbaik dari Akma (one of my favourite) semasa concert AF3, malah lebih baik dari penyanyi asal lagu Faradhiya....penampilan khas Felix juga menjadikan lagu ni sungguh syahdu.

kEnDuRi KaWeN....


Cuti CNY yg panjang bersambung dari hujung minggu dpt la 4 hari cuti free...best..best..best. Bkn slalu camni. So ble da cuti2 ni cam biasa la sana sini org wat keja kawen. Tak menang kaki la nak gi jemputan. Ada yg aku gi ada yg terpaksa aku tak gi. So harini Sabtu, 24/1/2009 ada bbrp jemputan tapi yg aku gi hanya 2 umah je, tak larat la.


Satu tu sepupu aku yg kawen, anak arwah adik lelaki bongsu arwah mak aku lain ibu. Hahahaha, mesti korang tak faham. Ok camni, arwah atuk aku (bapa arwah mak aku) ada 2 isteri, so yg kawen tu adalah anak arwah pakcik aku iaitu adik arwah mak aku lain mak...paham?? Hehehehe takpe la, apa2 pun tu adalah sepupu aku gak. So aku gi tadi berkonvoi keta ngan adik2 aku. Kenduri tu kat AU 3, Ampang.

Ke2 yg aku gi adalah kawan satu Group of Company tmpt aku keja. Kenduri ni kat Kg Nakhoda, tak jauh dari umah aku la. Sbb Afif skolah harini & tak smpt nak ikut aku gi umah cousin aku tu, so lepas blk dari umah cousin aku, aku amek Afif & gi umah kawan aku.

Aku bertembung ngan bdk2 bujang ofis aku. So, tak segan la sangat, dorang pun ajak aku msk sekali ngan dorang & dok semeja. Best gak tak de la segan sgt kalo aku ngan Afif berdua je. Pas abis makan, bdk2 tu (plus 2 girls) ajak aku & Afif ikut dorang konvoi gi Bagan Datoh (kg salah sorg dri bdk2 tu) & ke utara....wat keja giler, hahahahaha. Kalo ikutkan ati nak je aku ikut tapi aku bg alasan ada keja nak dibuat.

Blk umah je da cam ular sawa, kenyang w/p kat umah ke2 aku mkn sket sgt sampai bdk2 tu terkejut tgk aku amek nasi sesuap je, hehehehe. Tapi aku minum dlm 4 gelas, huhu, panas wei hari ni. Belasah je....tgk masing2 pun bergelas minum air.

Wednesday, January 21, 2009

TaUbaT nAsUhA.....


Bismillahirrahmanirrahim...

Apa itu taubat nasuha???


Kalo kite berbicara ttg taubat rasanya sume akan faham...iaitu insaf dgn kejahilan kite ttg agama suci Islam & tuhan yg maha kuasa Allah manakala taubat nasuha adalah insaf, kembali ke jalan yg benar serta meninggalkan trus perkara2 jahil yg pernah kite lalui & amalkan. Lebih tepat sila rujuk ke link ini > [klik]

Bagaimana ngan kite (aku & kamu)???
Sudah bersediakah kite utk membuat satu 'turning point'???
Tepuk dada tanya selera....(fikir2kan dgn mendlm)


Aku nak berkongsi ttg article yg aku penah baca satu ketika dahulu & msh relevant utk disampaikan kepada sume (ni pun lepas aku gi CARI & terjumpa about this, so aku terjah blk). Berkongsi la satu dakwah w/p dgn satu ayat. Semoga kite sama2 akan mendapat rahmat Allah yg tidak terperi, insyaallah..amin.

Tentu kamu sume kenal sapa itu Azmil Mustaffa kan? Sorang pelakon yg gah satu ketika dahulu yg mgkn kite pun maklum beliau pernah berada di landasan luar dari jalan2 Allah (nauzubillah). Tapi kini beliau telah berada di jalan yg benar.

Aku membacanya dgn satu perasaan yg tak dpt aku gambarkan iaitu darah ku mengalir laju keseluruh tubuh. Perasaan tu ssh nak digambarkan. So, marilah kite sama2 hayati hidayah yg Ustaz Haji Azmil Mustafa temui yg aku jumpa di link ini >
[klik].

Tuesday, January 20, 2009

BeLaJaR aNaKkU....


Taon ni adalah taon yg amat penting buat Afif, anak tunggal kesayanganku yg mana dia adalah calon SPM taon ni. Bkn dia je yg berdebar2, tapi tak dinafikan aku gak.

Jadualnya yg padat & memenatkan. Setiap hari gi sekolah dari pagi sampai tghhari atau lewat. Ada masa dia kena menghadiri kelas tambahan. Tak lama lagi sukan tahunan lak.

Cam biasa setiap taon dia amek bhg pertandingan kawad kadet yg mana dia adalah ahli pasukan kadet polis sekolah. Dia gak kena ada masa latihan sukan. Abis je kelas, berlari dia ke latihan kawad.


Mujur gak dia dulu bekas pengakap masa kat sekolah rendah yg mana kawad2 ni mmg da slalu dia amek bhg, ada masa menang ada masa kalah, adat la kan? So kelebihannya tu mmg berbaloi.

Balik je dari kawad dia akan berlari pula ke pusat tuisyen tak jauh dari Batu Caves hari Selasa, Rabu & Khamis. Ptg aku akan menjemputnya, jika aku berkesempatan.

Sbb aku keje dia akan gi sendiri naik bas (actually kira baru dia blajar naik bas sendirian, mujur ada gak sekali sekala dia kuar ngan kawan2 naik bas masa cuti - actually aku tak galakkan sgt sbb tau2 je la anak tunggal so aku tak nak dia terlalu sosial di luar, baik aku antar & jemput tapi sekali sekala takper la).

So far tak dgr lagi keluhan kepenatan cuma air muka je cam terlalu letih. Malam lak siapkan homework. Pastu tido. Kdg2 nak berckp ngan dia pun dia da wat tak bape nak layan.

Aku biarkan dia sendiri yg akan ckp ngan aku, takpe la aku paham. Ble dia nak berckp aku akan tumpukan sepenuh perhatian padanya. Apa yg aku slalu wat ialah usap2 kepala & badannya. Aku tau dia mmg ske camtu & sekali sekala dia akan sandarkan palanya kat peha aku.


Time skolah lak mmg dia jarang makan. W/p aku slalu nak bekalkan dia apa2 dia tak nak, makan kat skolah tak sedap lak katanya. Menu hari2 sama, jelak. So kdg2 ble aku blk ptg baru dia makan, sian tol aku tgk dia. Setiap hari sebelum aku kuar gi ofis mesti ada pesanan penaja yg standard, "makan tau, jgn tak makan...".

Duit blanja aku tak bagi hari2, ble dia kata nak duit baru aku bagi. Dia mmg jarang minta duit kecuali nak bayar tu bayar ni, aku pun tak galakkan dia belanja boros kecuali utk yg perlu aje. Setakat ni dia cam puas ngan apa yg aku bagi w/p tak banyak, alhamdulillah.

Jaga Afif sejak kecik mmg tak banyak karenah w/p aku jadi single mum sejak dia darjah dua tapi mmg dari awal lagi aku je yg berusaha sorang2 sana sini, daftar itu ini, so mmg tak jadi masalah sgt. Lebih2 lagi dia pun bkn jenis yg demanding & tau kesusahan yg aku hadapi.

Tapi skali skala aku ttp manjakan dia ngan belikan apa2 yg aku rasa dia perlukan ble aku ada cukup duit. W/p kdg2 aku cam cuak ble tgk dia makin membesar & perlukan duit yg lebih bnyk esspecially utk pelajaran. Camne agaknya kalo dia msk ke pusat pengajian tinggi nanti??? Aku malas nak fikir sgt, aku akan berusaha & berusaha utk cari duit utk sara sume tu tanpa bantuan dari sesapa, insyallah...amin.

Apa yg aku harapkan anakku akan berjaya dlm penghidupannya & menjadi seorang anak yg taat & menjadi kebanggaan aku satu hari nanti..insyaallah, amin.


Sunday, January 18, 2009

TrEe of hEaVeN - VCs


Antara VCs berkenaan dgn siri Korea Trees of Heaven yg aku ikuti setiap hari Sabtu & Ahad @ TV8, - 9.00 am to 10.00 am lakonan Lee Wan (Yoon-suh) & Park Shin Hye (Hana).

Sket sebanyak mgkn pada sesapa yg ingin ikuti cite ni, leh la layari VCs yg dibawah :

(p/s sila hentikan volume playlist SYAHDU yg di sebelah kanan blog ini dahulu)






(promo Tree of Heaven)



(nyanyian Lee Wan@Soon-Yuh)



(Tree of Heaven OST (MV)



(Tree of Heaven OST - Dannion)

Hana:
Would u be my tree?
Snow will disappear but a tree will always be there

Yoon-Suh :
It's my promise to u...
Unlike snow which will melt in the spring time...
I will be the tree which will always be there to protect you...

Friday, January 16, 2009

aLoo..aLoo..kEnGkAwaN...



Assalamaulaikum w.t.h kepada sume pembaca blog ini...

Setelah sekian lama baru aku ingin membuat sedikit pengumuman. Sebagai mana yg kamu tau, blog ni hanya di buka utk tetamu2 istimewa sahaja sekarang ini.

Aku ingin membuat pengakuan bahawa aku pernah menghadapi 'tekanan' yg amat besar & yg telah menyebabkan aku 'menderita' jiwa & kesihatan. Aku terpaksa 'menutup' diriku kepada luar & hanya rakan2 yg rapat sahaja yg tau di mana aku berada.

Atas nasihat seorang kawan yg 'melarikan' aku dari sume kemelut ni (yg tak mahu dikenali identitinya), aku telah menutup blog ini & hanya bbrp org yg paling rapat sahaja yg aku pilih utk berada disini. Pada yg tidak terpilih pada mulanya bkn la bermakna aku tak mempercayai kamu tapi aku kena mengambil masa utk 'merawat' & 'menenangkan' jiwa serta masalahku itu.

Tapi, makin lama makin panjang senarai tetamu2 ku yg berkongsi membaca blog yg tak seberapanya ini.

W/p skarang ni keadaan ku makin bertambah baik & hampir 'pulih' tapi aku telah membuat keputusan utk TERUS MENUTUP blog ini & hanya kamu yg berada disini sahaja yg dpt membacanya. Mgkn akan ada lagi tetamu2 yg akan aku jemput tetapi itu bergantung kepada masa & keadaan yg sesuai.

So, aku ingin mengucapkan selamat membaca kepada kamu sume & harap dpt sama2 kite mengambil manfaat atas apa2 yg terjadi utk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kite.

Jika ada sebarang teguran, aku bersedia mendgr & mempertimbangkannya, samada kamu meninggalkan pesanan di bhg komen atau di shoutbox yg ada disebelah kanan ini.

Shikin JD :
aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan yg 'melarikan' aku & kengkawan lain yg banyak memberi moral support semasa tempoh 'keperitan' yg sentiasa sanggup berkongsi susah & senang...TENGKIU MY DEAR FRENZ, mmmuah!!!

Assalamualaikum...


Thursday, January 15, 2009

ZoOm In @ RTM


Programme :
Zoom In@RTM

Venue :
Auditorium Perdana, Angkasapuri, RTM

Time Recording :
9.00pm to 12.00mn

Artistes :
Nubhan, Niki, Bob, Dina, Farah Asyikin, Sashi, Fabulous Cat & BunkFace


Host :
Johan & Along Charm


(pix credit to Harney)

Aku tiba ke Angkasapuri jam 8.30mlm & sampai2 je aku nampak dari jauh baju2 oren..yahooo Nubies!!!!!. Cpt2 aku park keta & join dorang. Ada yg aku tak bape nak igt nama & ada yg da biasa jumpa la cam Angah Ruzi, Kyrun, Shima, LadyM, Harney, Tini, KT Cats, Nora & adiknya (sori aku da lupa nama), Aisyah Zarina, Intan, Yana Aqem, Yani, Ieien & ada bape org yg tak tau nama (sorry). Tykah & cousins came from Seremban tiba kemudian (punyala tegar tu).


HOT MAMAs...hahahaha
tadak baju oren, belasah sweater ada kaler oren kat dada & blakang, jadi la
igt kalo da tak de baju oren nak bawak je buah oren dua bijik, kekekeke


So ngam2 lak pastu sume msk ke dlm & aku igt nak dok blakang je tapi bdk2 tu dok ajak belah depan....adoi aku segan la sebenarnya tapi takpe la demi Nubhan, biar dok selonggok bagi havoc sket, hehehe

Pasal
rancangan tu adalah rakaman so mmg amek masa yg panjang. Ponek makcik nunggu, huhu. Sebelum tu Nubies & sbhg penonton telah dipilih utk dok kat kusi depan pentas. Nubies yg terpilih - Shima, Harney, KT Cats, Nora & adiknya, Tini, Tykah (sume anak2 dara beb). Yg best tu dorang la yg paling havoc jerit2 huhu...bravo..bravo. Yg paling lawak tu siap ada yg latah pasal terkejut. Yg lagi lucu siap Johan kata, "biar terkejut, jgn terkentut" hahahahaha.

sbhg dari Nubies yg hadir

Mula2 lepas lawak, Nubhan & Bob nyanyi lagu apa ek? Lupa la...sori (nanti aku update ble da igt lagu tu, adooi). Pastu selang seli ngan lawak jenaka. Yg best tu aku kdg2 tak tau tu da rakaman atau luar rakam sbb si Johan & Along Charm tu mmg lawak giler especially luar dari rakaman, kami mmg ketawa sakit2 perut.

Dipertengahan tu Nubhan nyanyi lagu Ada Untukmu.....adooooi lagu tu mmg berhantu la, kali ni Nub bawak ngan penuh perasaan & nampak ada peningkatan la sorenya tu. Tarikan sore dia mmg relax & no angsa, angsa..okey.

Sebelum berakhir Nub & Niki nyanyi lagu apa ek (lupa lagi la tapi yg Bunga Cinta Lestari & Ari Lasso duet tu la, nanti aku update). Mmg best dia bawak, sore dia alamak mmg meruntun jiwa la dgr. Tapi pasangan duet antara Nubhan & Niki cam tak sesuai sbb Niki nampak too old for him. I think it will be much better if Nubhan sing with Farah Asyikin (org nama Asyikin ni mmg bagus, huahuahua...korang jgn jeles, ni blog aku, ske ati aku la nak puji diri sendiri, hahahaha).


banner hasil usaha gigih KT Cats

Ble da selesai je rakaman tu kami diberitahu yg ada satu lagi part yg kena re-record. Masa tu da ngam2 kol 12. Alamak kena tgu lak sbb sian kat sbhg Nubies yg dok depan pentas tu kena ada utk re-shoot. So gedebak gedebuk, abis la dlm 1/2 jam pastu.

selepas habis rakaman, tak dpt Nubhan, Dina pun jadi la
(cuba tgk banner kat blakang, depan Dina tapi mana Nubhan?? ntah la)


Kami dok luar lu sbb ada yg kehausan & beli minuman panas dari vending machine yg ada kat situ. Aku tak larat nak minum sbb rasa cam nak gi toilet tapi dek malas nak gi, tahan je la sampai balik umah...boley???

Pastu kami balik jam 1 pagi, aku antar DS Kyrun & Shima since da tak de lagi public transport. Jalan mmg baek sbb tak jem langsung & aku tiba ke rumah jam 1.45 am.


menunggu di luar melegakan tekak yg haus
(sbhg Nubies mengharapkan Nubhan akan berjumpa ngan mereka utk bergambar)



Shikin JD : Lepas abis rakaman, aku tau ada Nubies yg mengharapkan Nubhan muncul masa tu & dpt la beramas mesra & amek gambar bersama tapi aku pun heran ngapa Vern cam tak nak bawak Nubhan jumpa kami. Pada aku & sbhg yg da biasa jumpa tu tak kesah la tapi yg jarang atau tak pernah langsung jumpa Nubhan in-person tentu mengharapkan kehadiran Nubhan.

Wednesday, January 14, 2009

PeNTinG....

Terima sms dari sorang kawan yg berbunyi....

...PESANAN BARU DITERIMA DARI SAHABAT DI LEBANON. Please start reciting surah Al-Ikhlas as Masjid Aqsa has been surrounded by Israeli army. Plz forward to ur friends (its an amana). Plz spread this sms very very fast...

Mari la kite sama2 menjalankan tanggungjawab sbg seorang Muslim utk saudara2 kite yg sedang menghadapi kesulitan.

Surah al-Ikhlas

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Qul Huw-Allahu Ahad
Allah-us-Samad
Lam yalid wl lam yulad
Wa lam yakul lahu kufuwan ahad

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Say: He is Allah, the One!
Allah, the eternally Besought of all!
He begetteth not nor was begotten.
And there is none comparable unto Him.

Tuesday, January 13, 2009

HePi bEsDeY HeLmiE...

ok khas utk Mie ma tukar pix yg ni
paling ma ske pix ni sbb Mie nampak manja ngan 'mertua' huhu
(since ni besdey wish, so abaikan org kat sebelah tu)

Harini 13 January 2009 merupakan ulangtahun kelahiran ke 22 utk salah sorang yg penah menjadi salah seorang kesayanganku, Helmie.

Sebenarnya aku mmg tertunggu2 utk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran padanya tapi dek kerana bermacam2 perkara yg berlaku aku sampai terlupa...

Tapi aku ada persoalan yg msh tak terjawab....

aku tak tau apa masalahmu..
aku tak tau apa yg bermain dikotak fikiranmu...
aku tak tau apakah dosa2 ku...
aku tak tau apakah yg menyebabkan kamu menjauhkan diri...

walau apapun yg berlaku...
aku ttp mendoakan keselamatan & kebahagiaanmu...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN SAYANG

Stresssss......

Aku ngah stress...
tgk sume yg berlaku...
ngapa perlu jadi camni?????

Tambah2 da 2 hari putus obat*...
lagi la pala aku weng...

Sedih...
pilu...
speechless...

Aaaarrrghhhh...

* bkn salah sesape, asyik lupa makan obat je

Monday, January 12, 2009

PeRkAhWiNaN & PeRniKaHaN


Aku dapat dari emel yg dihantar oleh sorang kawan...
Rasanya cam sesuai utk dishare ngan kamu sumer...
Utk mempermudahkannya aku mengubah-suai statement tersebut...

PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN MENYINGKAP TABIR RAHSIA??

SUAMI


Isteri yg kamu nikahi :
~tak semulia Khadijah...
~tak setaqwa Aisyah...
~tak setabah Fatimah...

Dia hanyalah wanita akhir zaman yg ada cita2 menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan > ajar kite kewajiban bersama...

Isteri tanah ~ kamu langit
Isteri ladang ~ kamu pagar
Isteri ternakan ~ kamu gembala
Isteri murid ~ kamu mursyid
Isteri anak kecil ~ kamu dia bermanja

Isteri madu ~ kamu teguknya puas2
Isteri racun ~ kamu penawar
Isteri tulang bengkok ~ kamu luruskan


Pernikahan/perkahwinan, insafkan kite ~ perlu iman & taqwa...
Belajar bersabar & redha kerana isteri tak sehebat mana...
Akhirnya kamu tersentak dari alpa...

Kamu bukan Rasulullah SAW
Kamu bukan Sayyidina Ali Karamallahuwajhah
Kamu cuma suami akhir zaman yg berusha jadi soleh...amin

ISTERI


Suami yg kamu nikahi:
~tak semulia Muhammad SAW
~tak setabah Ayyub
~tak segagah Musa
~tak setampan Yusuf

Dia hanyalah lelaki akhir zaman yg ada cita2 bangunkan keturunan yg soleh...

Pernikahan atau perkahwinan > ajar kite kewajiban bersama...

Suami pelindung ~ kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal ~ pengemudinya
Suami pelakon nakal ~ kamu penontonnya
Suami raja ~ kamu nikmati anggur singgahsananya
Suami bisa ~ kamu penawarnya
Suami bengis & lancang ~ kamu sabar mengingatkannya

Pernikahan/perkahwinan, insafkan kite ~ perlu iman & taqwa
Belajar bersabar & redha kerana sumai tak segagah mana...
Akhirnya kite tersentak dari alpa...

Kamu bukan Khadijah yg begitu sempurna dlm menjaga...
Kamu bukan Hajar yg begitu setia dlm sengsara...
Kamu cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah...amin

Oleh itu wahai suami:
~jgn terlalu tinggi, diri sendiri jelas tak upaya
~jgn dambakan isteri sehebat Khadijah, diri sendiri tak semulia Rasulullah


Dan wahai isteri:
~jgn harapkan suami setampan Yusof, kasih diri sendiri tak setulus Zulaikha
~tak perlu jadi isteri secantek Balqis, diri sendiri tak sehebat Sulaiman
~tak perlu cari suami seteguh Ibrahim, diri sendiri tak sekuat Hajar & Sarah


Shikin JD : Bahasa yg lebih mudah....JANGAN TERLALU DEMAND kerana kite sendiri pun tak sempurna, takkan nak yg perfect lak, un fair la...huhu. Selamat memilih calon suami/isteri atau menerima suami/isteri seadanya.

Sunday, January 11, 2009

RinDu BaKaTnYa.....


Rindu...mana dia???





(Memori Bahagia-semasa concert AF3)



(Tiada Lagi Kidungmu-concert AF3)



(Anak-concert AF3)

~hentikan dulu volume Syahdu di sebelah kanan blog ini >>>>>>>>>>
....utk mendgr youtube ini
~

Lirik lagu : AKU JUGA IYA
[link lagu ni]

Kamu sedang kecewa
Aku juga...iya
Dia telah tinggalkan kamu
Aku juga...iya

Nasib kita serupa
Mangsa noda cinta
Lelaki dan wanita sama
Sering sakit menyakiti

Korus:
Tapi tak mengapa
Aku bisa menemani mu
Di saat-saat seperti ini
Aku tahu kemahuanmu
kesetiaan dan kebahagiaan
(ulang 2 kali)

Aku mahu dampingi kamu
Kamu bilang...iya
Aku mahu cintai kamu
Kamu bilang...iya

Pararap...pararap...pararap...pararap

(Ulang korus)

Ayu kita mulai menyatu
Selagi sering memerlukan
Biarkan kisah lama berlalu
Kita bikin cerita baru

~lyric credit to : Star@Nubies@JU~

Shikin JD : yg aku maksudkan, lelaki yg bermain gitar itu...antara penyanyi lelaki yg aku minati yg mempunyai suara jantan yg sedap dihalwa telinga. Sayang bakatnya dinafikan, tapi mungkin belum rezeki lagi atau ditempat lain.

Berita baik spt yg aku baca di media bhw dia sdg dlm proses utk merakam album ke2 dimana dia mencipta lagu utk album tersebut.

To Felix Bin Agus...good luck.

SeRanGaN dEMi SeRanGan IsRaeL....

Serangan Israel ke atas Gaza.....sampai bile perkara camni berlanjutan??? Aku rasa tak ada penghujungnya selagi Israel 'menyara' AS & AS terhutang budi kepada Israel.

Pasangan yg tak dpt dipisahkan. Walau mendpt bergantang2, berjuta2 makian atau bantahan dibuat dari seluruh dunia, perkara ni takkan berhenti & akan berterusan selagi 'perkahwinan' kedua mereka msh terikat.


AS berlagak seumpama Polis Dunia...tapi polis yg membawa rebah & kehancuran demi kehancuran. Apa yg kite lihat, umat Islam dihina ddan dianggap sbg pemberontak. Org2 & anak2 yg tak berdosa menjadi mangsa keangkuhan.


Sedih..
pedih..
pelbagai perasaan yg membara..

& membuak dlm ati aku...


Apa yg boleh aku buat??
Berdoa???
Ye, agar mereka2 yg teraniaya mendpt pembelaan...
Itu saja yg aku boleh buat....

Tapi adakah pembelaan utk mereka??
Soalan yg sangat subjektif.


Sbg umat Islam, kite kena berbalik kepada agama semula iaitu setiap yg berlaku adalah dgn ketentuan Nya. Percaya kepada qada' & qadar.

Kite sbg hamba Nya kena redha dgn ujian2 yg diturunkan kepada setiap yg hidup di dunia ini. Sume ini membawa keinsafan kepada kite.

Tanpanya kite tak akan sedar & belajar utk bersyukur. Cara penanganan & keinsafan yg wujud dlm diri kite memberi kite pelajaran yg amat berguna.

Semoga setiap hambaNya akan mendapat taufik & hidayah....insyaallah..amin.

Wednesday, January 7, 2009

Al-Fatihah


Aku menerima sms dari Mr Manager, Vern pada jam 10.12pm yg membawa berita pendek yg amat menyedihkan iaitu kembalinya ayahanda Nubhan kerahmatullah. Innalillahiwainnahirojiun.

Vern : Nubhan's father just passed away

Aku terkedu, tak tau nak kata apa & tiba2 terbayang wajah allahyarham yg sentiasa tenang. Wajah seorang bapa yg penyayang. Tak ku nafikan airmata ku bergenang kerana tiba2 fkiranku berlari mengingati arwah mak & abahku juga.

Aku cpt2 dptkan confirmation dari Angah Ruzi (makcik Nubhan) & diberitahu yg allahyarham mendpt sakit dada yg da lama dihidapinya. Walau apa pun alasan jika Allah sudah menjemput, kite akan pergi jua.

Marilah kite sama2 sedekahkan surah al-Fatihah & bacaan yassin kepada Allahyarham & kepada seluruh umat Islam yg telah meninggalkan kite....al-fatihah.

Tuesday, January 6, 2009

TaHuN pEnTiNg AfiF....


Tahun 2009 ni kira tahun terpenting buat Afif...
dia akan menduduki SPM...

so, aku kena beri tumpuan lebih padanya...
aku tak nak dia & aku menyesal kemudian hari...

So, aku da start pantau apa yg dia buat...

aku dah beri peringatan kat dia...
kurangkan berinternet..

kurangkan berhp...
kalo tak aku akan rampas semula...
tu la ugutan2 aku...

Aku tak puas hati ngan result last exam dia...
banyak subjects yg dia menurun...
w/p actually tak de la teruk sgt...

yg paling aku geram sbb dia fail subject Fizik...
kata nak jadi Engineer...
so camne kalo Fizik pun fail...

adooooi Afif...Afif...

Aku harap dia akan tingkatkan usaha dia tu...
subject Math ok tapi Add Math dia kantoi...
Add Math tu paham la mmg ssh...
lain2 subject pun still ok...

Lukisan Kejuruteraan pun menurun...

tu pun aku geram gak...
slalu dia score kat subject tu...
dia slalu highest dlm subject tu...
adeeei Afif..Afif

Ni la aku...
sorang ibu tunggal...
akula ibu & akula bapa...
tak dpt kasih sayang sorang bapa yg sebenar...
semoga dia redha...
& tingkatkan lagi usaha...
insyaallah...amin

Shikin JD : nak tanya kat kamu sume, kalo mama jadi mama kamu, kamu berada di tmpt Afif, apa penerimaan kamu???

TaGgEd FrOm WaTy...


Adoooi, da lama tak kena tag ni, actually ada gak yg aku tak reply, huhu......so kali ni dari Waty@Nubies....

1. Pernah menyambut tahun baru?
ada gak la doluuuuu...tapi bkn slalu
kdg2 tak sedar pun taon baru, huhu

2. Tempat yang anda selalu pergi untuk menyambut tahun baru?
paling kerap depan TV la skang
masa moder2 dolu kat mana2 ada crowd la
(penah gak la sambut cara giler2..hahaha)

actually aku ada impian taon baru
tapi giler2 punya idea la

(rahsia, mana leh bagi tau, huhu)

3. Apa yg anda buat di pagi tahun baru?
ntah la...relax, tgk TV, on9
cuti kan? so leh lepak lama2

4. Apa yg anda suka apabila tibanya tahun baru?
cuti free...hehehe

5. Anda percaya dengan azam tahun baru?
ntah la, jrg ada azam taon baru
kalo nak berubah tu jgn tgu taon baru

6. Senaraikan 5 orang yang anda bersama tahun baru neh?
Afif je kot...lain2 org kojo
kakak bertugas kat Dataran Merdeka taon ni

7. senaraikan 3 org yg anda ingin singkirkan tahun baru neh
HAH??
kalo artis leh tak??
Mawi, Ella & Fasha Sanda
(sumer tu parasit, bakat elek; sian kat yg lbh berbakat)

8. Pernah tak azam tahun baru anda tercapai?
kan da ckp tak de azam taon baru
tapi kalo azam lain tu mmg ada,
ada yg tercapai ada yg tidak

kena usaha lagi utk capai la

9. Azam anda tahun lepas (2008)
bkn azam taon baru tau tapi utk sampai biler2:
eh, mana leh cakap

10. Azam anda tahun baru ( 2009 )
BKN TAON BARU AJE TAPI UTK SAMPAI BILER2:

1. membahagiakan anak tunggalku;

2. meningkatkan prestasi kerja;
3. mengeratkan lagi silaturrahim dgn kawan2ku;

insyaallah..amin

11.senaraikan 6 org untuk di tag!!
Iras, Zamani, Aisyah, Fadzree, Aimer, Kyrun


Monday, January 5, 2009

BaCk tO wOrK...


Aku da mula bertugas sejak 2/1/2009...
adooi lama gak cuti sampai blurr ngan tugas2 aku, hehehehe....

w/p aku tak bape sihat sejak semalam...
bukan sakit apa, cuma sakit perut, biasala tu....

Tapi aku pulang ngan semangat baru...

ye la da puas cuti & rihat...
kan ke sebelum tu aku jadi cam mengong ngan tugas2 tu...
sbb melayan perasaan yg tak dpt nak dibendung lagi...
so cuti yg panjang mmg berbaloi..

aku bersemangat je ngan keja ku...
rasanya boss ku pun perasan, alhamdulillah...

So harini 5/1/2008 aku tak amek cuti...
ye la Afif pun da besar...
dia tak kasi aku gi skolah dia lagi byr yuran...

malu kot, hahahaha...

Boss aku lak amek cuti 2 hari antor anak gi skolah...
aku kira cam free sket la tak de yg kacau...
tapi keja ttp ada..
hanya aku leh amek my sweet time la nak settlekan sume...huhu


Pagi da rindu kat sahabat aku yg jauh tu...
ym sekejap2 ngan dia...
ada cite hangat dibawakannya...huahuahua
cam da lama sgt tak berchatting ngan dia....

So, sambil chat selang seli ngan wat keja...
tumpu penuh perhatian takot wat silap...
yela kan ke dulu boss da penah suarakan aku da jadi careless...
so aku nak buktikan aku bkn camtu lagi...
aku nak jadi diri ku yg dulu...
akan aku cuba buktikan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...