Aku terbaca di blog Muhammad Rafiq Akmal @ Aimer (nubies) link yg memberi senarai tafsiran diri kite mengikut tarikh lahir. Ble aku amat-amati, cam ada bnyk persamaan dgn diri ku. Ntah la.....
Aku berada dikategori ke 4. Ikuti apa tafsiran tersebut :
~Anda adalah seorang yg amat degil & rajin
Shikin JD : hmmm betul, degil tapi rajin tu ntah la, hahahaha...tapi mmg la (prasan)
~Mungkin anda akan menjauhkan org lain daripada anda kerana kata2 anda
Shikin JD : hmm betul, kalo aku tak suke, aku tak suke, tak kesah apa org nak kata....
~Anda seorang yg bertimbangrasa akan masalah org lain
Shikin JD : hmmm mgkn betul, tapi kena tanya org lain...
~Anda berbakat dlm penyelidikan & seni
Shikin JD : aku mmg ske selidik2 ni, tapi bkn selidik apa, selidik cam research utk diri sendiri je, hehehehe tapi tang seni tu ada la sangkut sket2....
~Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan2 yg menghadapi masalah tanpa berfikir panjang
Shikin JD : hmmm tu kena tanya org lain la, tapi aku mmg ske bantu kawan2 aku mana yg aku termampu...
~Anda kena berhati2 dgn org sekeliling anda kerana mereka mgkn akan mempergunakan anda
Shikin JD : aku teringat seorang kawan penah mengatakan begitu, tapi ntahla, biarkan yg penting aku ikhlas berkawan ngan sesiapa yg aku rasa leh dijadikan kawan, semuga keikhlasan ku akan dpt mengatasinya.....
~Kawan2 anda akan menghabiskan masa & wang ringgit anda & selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda da tak ada nilai buat mereka lagi.
Shikin JD : adooooooooooi, bisa tol, tapi aku terpaksa akui kebenaran ni...hmmm yg penting aku ikhlas.....
~Walau bagaimanapun anda tetap seorang yg sabar & tegas
Shikin JD : betul tu, kdg2 aku leh jadi terlalu penyabar yg slalu memakan diriku tapi aku ttp aku, aku tau apa yg aku buat & aku jugak tegas dlm segala tindak-tandukku....
~Pasangan ideal anda adalah no 1 & 8 ~ yg lahir pada
1, 8, 10, 17, 19, 26 & 28 haribulan
Shikin JD : hmmmmmmm........
1, 8, 10, 17, 19, 26 & 28 haribulan
Shikin JD : hmmmmmmm........
Wallahu'alam....