Monday, December 1, 2008

bErCuTi ke PoRt DiCksOn

Along ajak kami gi bercuti ke PD mgu ni. Mmg la mula2 mcm2 hal, igt da tak jadi, tapi last2 jadi gak. Masalahnya sume hotels/resorts penuh la...so Along usaha gak kol sana sini. Last2 dpt gak la tapi gi 2 tempat. 1st kat Ancasa Allsuites Resorts & Spa, kat Telok Kemang; 2nd kat Marina Bay. Along & angah gi dulu Jumaat, siang 28/11/2008. Kami adik2nya yg lain tak dpt cuti, keja lagi.

Along soh aku wat kuah kacang.....adooooi masak tu lagi. So aku wat persiapan memasak lepas blk keja malam tu. Bnyk gak la aku masak. Lain2 adik badik pun ada tugas msg2. Along masak sambal tumis ikan bilis, Angah wat rendang daging, Fariza (adik iparku-isteri Wan) kari ayam. Adek??? takpe dia bagi tugas masak masak kat sana, hehehe.

28/11/2008 (Jumaat)

So aku & Aman (adik lelaki, ke5) ajak gi sama2 lepas blk keja (malam Jumaat) tu. Mula2 plan dia akan dtg amek aku & Afif kat umah malam tu, tapi last minute keta dia lak wat hal. Dia kol ckp keta tak leh start, ntah apa masalah...keta dia majuk la tu sbb dia cadang nak beli keta baru. So dia soh aku bawak keta aku gi jemput dia kat umah. Masalahnya aku lak tak tau nak gi umah dia tu, dia baru pindah dok Cheras. So pas ting tong ting tong, aku kol Wan (adik lelaki, ke4) soh antar gi sana (dia naik keta dia la, kira aku follow dari belakang). Ting tong ting tong lagi, last2 dia kata ok.

So kami, aku, Afif, Di'ah & Udin (dua tu anak2 Wan) berlepas dari umah kol 10.30pm, sebbaik tak jam cuma ujan lebat lak time tu, aku dah la tak nampak jalan sgt, pastu ujan lebat, adoooooi teruk tol masa tu. Akhirnya kami sampai umah Aman tapi ujan masih turun. Dia tanya aku nak drive ke dia....aku ckp biar aku je la yg drive nanti kalo aku penat aku soh dia take over. Sebelum tu amek jacket kat bonet sbb dlm keta sejuk giler, tak tahan aku.

Ngantuk lak aku, mula2 ok sbb borak2 tapi lama2 msg2 dah penat kot senyap tu yg lagi parah. Bape kali Aman pesan kat aku soh slow down, dia kata aku drive laju. Apa 140 km/h tu laju ke? Siap gi ngadu kat Along lagi, hish.

Selamat Datang ke Port Dickson



floor tmpt kami nginap

Akhirnya kami sampai gak ke tmpt yg dituju jam 12.30am. Alhamdulillah. Tgk Angah, Farra, Ryan, Thirah dah tido lena. Mamat & Udin je dlm proses nak belayar. Sampai2 je lapar gak la, makan apa yg ada sket utk alas perut. Borak sikit2 & bincang mana nak tido. Tapi tmpt tu mmg luas tol w/p bilik 1. Angah & anak2 tido dlm.

Aku cam biasa la cuba2 nak on9 dari sana tapi hampeh, kena gi kat lobby baru leh on9 tu pun kena bayar. Tak yah la on9, so aku tido cpt la malam tu. Along soh aku tido dlm tapi aku kata takpe mana2 pun boleh. Ble keadaan tambah sejuk aku masuk bilik terus naik atas katil, menyusup dlm simut Farra, waahhhh, bestnya aku rasa, terus aku tido. Along masuk2 aje gelak sbb mula2 aku tak nak tido situ.

dari verandah bilik kami, mengadap ke laut

Thirah & Udin berposing manja

view yg cantek dari varendah


Afif melayan Ryan

29/11/2008 (Sabtu)

Kami bersarapan di sana ramai2. Oleh kerana voucher hanya utk 2 dewasa & 1 kanak2, the rest sponsored by Aman. Aku bekpes tak mandi lagi tau hahahahaha. Pas tu kami jalan2 kat situ tgk ada kuda padi, main2 la ngan kuda2 tu. Sekor tu garang komain, pantang aku sentuh nak menyondol je, lagi sekor baik je.

bekpes sponsored by Aman, huhu

slalu Farra ssh nak makan

apa la yg dikuis2 Afif ni, makan je la

kuda yg gelap (kiri) garang tol, yg lagi sekor (kanan) ok je

w/p ada swimming pool tapi bdk2 tu nak gak gi mandi laut

Along & Aman sdg memujuk Thirah utk masuk ke laut...penakot tol

Di'ah, Ryan, Farra

Farra (anak ke-2 Angah)

Aman (adik ke-5)

Afif (anak tunggal ku)

Aman, Along & aku

Mamat (anak sulong Wan)

Thirah (anak sulong Adek)

Udin (anak bongsu Wan)

Di'ah (anak ke3 Wan)

Pastu Along & Aman ajak gi jalan2 kat tepi pantai tu. Bdk2 pun nak mandi2, tapi aku malas la, kami tgk2 je la dorang mandi2. Aku mmg tak cadang langsung nak mandi laut. Pastu si Farra ajak naik banana boat, soh kami kira2 la sapa yg nak naik. Tgk2 aku, Afif, Farra & Mamat je sbb lain2 tak nak, takot. Tapi last2 org boat tu ckp kalo kami tambah lagi RM10 dia akan bawak jauh sket, pastu Aman nak bayar tapi aku cadangkan baik dia join sekali. So jadi la kami ber5. Org tu tanya samada nak dijatuhkan ke tak, aku cpt2 ckp tak nak sbb aku takot, tapi Farra & Mamat da bisik2 kat org tu nak jatuh, tapi aku tegaskan lagi tak nak. Org tu soh aku bukak spek, aku ckp camne nak tgk kalo tak de spek, tapi dia kata takot jatuh..so ikutkan je la.

briefing oleh org boat

aku sedang diikat-ketatkan life jacket
yg penting, life jacket kaler oren, huhu

aku diarahkan tidak memakai spek, krn takot terjatuh

berjalan ke banana boat

sebelum memulakan perlayaran

So masa lom bergerak tu kami dilambung2 ombak, adoooi gerunnya. Camne la nanti ble bergerak sbb mula2 dah seram. Tapi makin bergerak makin ok lak aku rasa. Timbulla excited, sekali2 kami menjerit2 gak la, hahahaha.

sebelum membuat terjunan maut, hahahaha

Dlm tak nak basah tu pun last2 ble dah abis pusingan kami kena gak harungi laut tu, basah gak la baju aku. Tapi yg penting seronok tol, puas.

kepuasan berganda

Pastu kami blk ke bilik sbb kena bersiap2 utk check out. Ooo ye, kami hanya dpt semalam je sbb 29/11/2008 tu tak de bilik, sume fully-booked. Semlm pun jadi la. So kami bergerak pindah ke Marina Bay lak. Kat situ apartment 3-bilik, tapi kureng sket la cuma view mmg cantek. Actually apartment tu dibuat di atas laut yg ditambak so mmg cantek. Kat Ancasa pun view cantek gak, sama2 facing ke laut.

tgk tu ngan segala selimut, lemek sume bawak dari umah, cam pindah je

Sebelum kami check-out, Adek (adik bongsu) & family sampai. Mula2 ssh gak cari Marina Bay tu, upenye2 kat belah dlm. Tmpt tu cam sunyi sket sbb tak ramai org tapi mmg privacy.

setelah puas mencari, akhirnya ketemu jugak Marina Bay

Mamat, Farra, Di'ah, Ryan & Afif

Tak lama pastu Wan & company sampai (Wan, Fariza & Shirah). Anak2 dia yg lain, Mamat, Di'ah & Udin dah sampai awal. So tambah best la sbb sume da ada. Yg takde hanyala Syarmim (kak Long-anak Angah).

view yg cantek sgt dari verandah apartment kami duduk
ske sgt pix yg aku amek ni, cam dlm poster atau postcard je


pandainya Farra layan Thira makan
kalo slalu camni kan ke bagus, huhu

tgk tu, org amek gambar dia,
dia pun amek gambar aku hahahaha (adik bongsu-Adek)

Thrisya (anak ke2 Adek) yg demam setiap kali kami bercuti

Shirah (anak ke2 Wan) & Fariza (isteri Wan)

Mlm tu kami sambut besdey Afif yg ke 16 (29/11/2008). Tak de la wat besar pun cuma ada kek aje, lain2 makanan tu mmg ada la cam biasa. Tapi yg kelakar tu, org lain punya besdey, org lain yg excited nak tiup lilin tu, hahahaha. Afif sengih je la.

kek besdey Afif


Along

Angah

Ryan (anak Angah)

pandai dorang posing, original tu

Wan (adik ke 4), tgk gaya dia posing hahahaha
kalo dia ada mmg riuh la ngan lawak2 dia, abisla sapa yg kena

jgn salah tafsir, anak 4 da tu.....huhu


Mlm tu, kami tak de la berjaga lama2. Pas kuar gi pasar mlm msg2 dah kepenatan & ngantok. Aku cam biasa la cpt gak ngantok kalo tak de apa2, so tido la jam 12 lebih kot.

30/11/2008 (Ahad)

Ble Adek tau kami dah gi naik banana boat, dia pun cam jeles, sibuk nak gi naik gak. So pas bekpes, dia ajak kami gi blk ke pantai, sume gi kecuali Along, Angah & Aman. Kami pasang khemah kat tepi pantai tu & bdk2 sume berlari ke laut, mandi manda.

Wan & Fariza berganding tenaga memasang khemah

Aku cam biasala tak nak basah la konon. Pastu kami naik banana boat sekali lagi. 9 org sumenya, aku, Afif, Adek, Farra, Wan, Mamat, Shira, Di'ah & Udin. Mmg berhempet sket la peluk2, tapi tu yg best sbb tak de la rasa tkt. Kali ni dorang mintak dijatuhkan, so aku kenala sekali lagi bukak spek & tanggalkan topi tkt basah.

Ble sampai satu telok, kami pun pelik ngapa org boat tu gi sana, tiba2, dia pusingkan boat dia & kami sume terbalik jatuh dlm air, adooooooi, terkejut tol, igt dia akan jatuhkan masa last sekali. Apa lagi kelemasan la kami sume, terkapai2 selamatkan diri. Tapi mmg adventure tol la, hahahaha.

Last sekali kami sampai semula ke tepi pantai yg kami mula2 naik tu, sekali lagi dijatuhkan. Aku tiba2 terlanggar ntah sapa tah sampai tangan ku sakit....sampai la skang ni, komain sakit lagi cam terseliuh je. Tapi enjoy punya pasal tak kisah.

org ramai yg berkelah ke PD

Pastu sume blk semula ke apartment, makan2 & kemas2 nak check-out. Rasa cam sekejap je tapi yg penting quality masa tu yg dpt dihabiskan bersama2. Ye la msg2 bz kan, so sekejap pun sekejap la.
makan sebelum pulang


tgk la cam pindah umah je, hahaha

Adek & family blk awal sbb suaminya Nal nak ke Kelantan sbb nak bantu mangsa2 banjir di sana. So tinggal la kami yg lain2 tu, pas check-out, kami singgah lunch kat Saujana Tomyam pilihan Aman (lunch sponsored by Along). Mula2 tgk kedai tu dari luar cam sedap aje, kata Aman dia tak nak makan nasik campur cam biasa, nak makan tomyam atau lain2. Tapi last2 nasik campur gak sbb gerai tu upenya hidang nasik campur siangnya. Tgk2 nasik dah abis, kena tgu dulu, Aman & lain2 gi order nasik ayam je.


mencari tmpt duduk (restaurant tu penuh masa kami sampai)

berjalan pulang

Selamat Tinggal Port Dickson

tol Port Dickson

perjalanan yg lancar dgn cuaca yg baik

hampir tiba ke Kuala Lumpur

Aman drive keta aku & janji ngan Wan tunggu kat Petronas, Astro sbb dorang nak gi tgk keta Aman kat umah dia. So sampai sana aku lak take over drive pulang ke umah. Kami sampai dlm kol 5.30pm. Msg2 kepenatan pengsan. Ble Along blk dia bawak nasik lemak bungkus, aku dah tak larat tol nak fikir pasal makan.

Kemanakah percutian kami seterusnya??? Ntah la ssh nak dirancang awal. Percutian ini ditaja oleh Along. Clap clap clap (bodek ni, utk next trip, hahahahaha).

3 comments:

ajym said...

wah..percutian yg menyeronokan....kalau pergi bersama family reramai mcm ni mmg best kan...kalau stay 2 mlm kat hotel yg sama tak lah letih sgt...tapi kena pindah randah tu yg memenatkan....tapi besh je nampak...

Shikin JD said...

tu la pegi time peak season la
tu la sbb time tu je kami free
lain kali plan gi tmpt lain lak
tak tau la gi mane
nak gi pulau ada bdk2 kecik leceh sket
tgk la camne, mmg ni jadi annual family trip

Unknown said...

mama!!!
nape xgtau den yg ma dtg pd??
laux ley gak den jmpo ma kat ancasa n marina tuh..
jap pon xpo..
dokek yoo ngn umah den tau!!
waaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...