Wednesday, December 31, 2008

TaFsiRaN iKuT tAriKh LaHiR


Aku terbaca di blog Muhammad Rafiq Akmal @ Aimer (nubies) link yg memberi senarai tafsiran diri kite mengikut tarikh lahir. Ble aku amat-amati, cam ada bnyk persamaan dgn diri ku. Ntah la.....

Aku berada dikategori ke 4. Ikuti apa tafsiran tersebut :

~Anda adalah seorang yg amat degil & rajin
Shikin JD : hmmm betul, degil tapi rajin tu ntah la, hahahaha...tapi mmg la (prasan)

~Mungkin anda akan menjauhkan org lain daripada anda kerana kata2 anda
Shikin JD : hmm betul, kalo aku tak suke, aku tak suke, tak kesah apa org nak kata....

~Anda seorang yg bertimbangrasa akan masalah org lain
Shikin JD : hmmm mgkn betul, tapi kena tanya org lain...

~Anda berbakat dlm penyelidikan & seni
Shikin JD : aku mmg ske selidik2 ni, tapi bkn selidik apa, selidik cam research utk diri sendiri je, hehehehe tapi tang seni tu ada la sangkut sket2....

~Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan2 yg menghadapi masalah tanpa berfikir panjang
Shikin JD : hmmm tu kena tanya org lain la, tapi aku mmg ske bantu kawan2 aku mana yg aku termampu...

~Anda kena berhati2 dgn org sekeliling anda kerana mereka mgkn akan mempergunakan anda
Shikin JD : aku teringat seorang kawan penah mengatakan begitu, tapi ntahla, biarkan yg penting aku ikhlas berkawan ngan sesiapa yg aku rasa leh dijadikan kawan, semuga keikhlasan ku akan dpt mengatasinya.....

~Kawan2 anda akan menghabiskan masa & wang ringgit anda & selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda da tak ada nilai buat mereka lagi.
Shikin JD : adooooooooooi, bisa tol, tapi aku terpaksa akui kebenaran ni...hmmm yg penting aku ikhlas.....

~Walau bagaimanapun anda tetap seorang yg sabar & tegas
Shikin JD : betul tu, kdg2 aku leh jadi terlalu penyabar yg slalu memakan diriku tapi aku ttp aku, aku tau apa yg aku buat & aku jugak tegas dlm segala tindak-tandukku....

~Pasangan ideal anda adalah no 1 & 8 ~ yg lahir pada
1, 8, 10, 17, 19, 26 & 28 haribulan
Shikin JD : hmmmmmmm........

Wallahu'alam....

Sunday, December 28, 2008

mAaL HiJrAh & TaHuN bArU mAsEHi


Tinggal sudah 1429 Tahun Hijah bagi seluruh umat Islam & juga 2008 Tahun Masehi. Menjelma 1430H & 2009 yg bakal menyaksikan diari2 baru.

Banyak perkara2 yg terisi dlm diari hidupku di tahun ini. Ada suka & ada duka. Seperempat tahun (4 bulan) aku terisi dgn duka2 yg amat perit w/p terdpt suka yg paling meriakan. Entah mengapa thn ini saja hidup ku penuh berwarna-warni, penuh dgn corak2 yg terlalu abstrak utk ditafsirkan.

Aku menjadi terlalu sensitif, lemah, tak berdaya utk menempuh hari2 duka yg bnyk mencacatkan hidupku. Kesihatan ku turut terjejas, prestasi kerja yg merundum sehingga kehilangan kepercayaan dari org2 yg aku hormati.

Tapi alhamdulillah aku tak melatah & hanya redha dgn semua yg aku tempuhi w/p kdg kala aku merasakan teramat hina di mata org. Cercaan, kutukan, sumpah serana menjadi mainan yg aku sendiri tak mengerti. Mengapa semua ini berlaku di saat2 aku sepatutnya mendpt keberkatan setelah menempuh tahun2 hidupku. Tapi aku kembali semula kepada Nya & redha mengatakan semua ini hanyalah pancaroba hidup & menguji kesabaran ku serta keredhaanku kepada Nya.

Ok, cukup la saat2 sedih pilu tu, aku berharap tahun mendtg akan membawa aku ke satu permindahan/penghijrahan yg lebih bermakna. Aku bersyukur kerana telah diuji oleh Nya sedemikian rupa. Aku bersyukur aku tidak turut menjadi spt mereka2 yg menghukumku. Aku hanya duduk menunggu seolah2 hukuman mati akan dijatuhkan kepadaku.

Alhamdulillah, kesabaran ku berbaloi & aku menjadi lebih tabah & berani serta mengenal insan2 sekelilingku. Benarkah ungkapan yg aku penah sebut dahulu?????

Tak semestinya org yg rapat dgn kite
boleh dipercayai

Tak semestinya org yg kite percayai
adalah rapat dgn kite

~waallahu'alam~

Tapi aku tidak boleh menghukum mereka2 yg telah memberi 'kesakitan' kepada diriku. Mereka la yg telah 'membuka mataku' sehingga dpt melihat dunia yg penuh dgn pancaroba ini. Tanpa org2 spt mereka aku mgkn akan mudah alpa & tidak tau bersyukur.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Maal Hijah & Selamat Tahun Baru kepada semua yg mengenali diriku semoga tahun yg baru akan membawa keberkatan & kesyukuran kepada diri kamu sume. Juga semoga membawa kite berhijrah dari keburukan kepada kebaikan, amin.

Syukur dgn segala nikmat yg Allah berikan kepada kite selama ini.....alhamdulillah.


Wednesday, December 24, 2008

CoTi...CoTi...CoTi


Aku applied cuti start from after X'mas (kalah masa nak raya ni), saja2 amek coti bkn nak gi mana2 pun. Boss lak lagi galakkan aku amek coti, ye la dengki la tu, tkt aku accumulate coti aku sampai taon depan jadi banyak, so tkt aku amek serentak lain kali...huhu.


Start from 26/12/2008 sampai la ke 31/12/2008, kira aku amek 3 hari tapi dpt la 8 hari coti, yahoooooo.

Tapi nak wat ape ek???? Takpe tu plan leh fikir kemdian. Aku msk lek keja 2/1/2009 (setaon coti ni) adoooi tang ni aku sudah silap kira da...kalo la aku amek gak 2/1/2009 itu kira apply for 4 days dpt la 11 days coti...raya Deepavali aku, hahahahhaa. Gumbiranya hati ku.

Korang yg tak dpt coti panjang tu, sila menjeleskan diri ok???

Muahahahahaha (gelak setan bertanduk).


ABPBH.....pencalonan

Dpt msg dari Waty yg berbunyi :

Pls inform everyone. Borang ABPBH akan keluar this Monday & running for 6 weeks. Everyday ada 1 borang diff & need to be kumpul for 7 days....

(rasanya dia pun dpt dari source yg lain & aku dah forward msg ni kpd bbrp Nubies lain)

So guys, apa lagi...beli Berita Harian start from next Monday, 29/12/2008, isi borang ABPBH utk mencalonkan Nubhan (actually Nikki too tapi aku lebih ske tumpu kat Nubhan). Kumpul setiap hari dari Isnin-Ahad selama 6 minggu....

Apa lagi, jalankan tanggungjawab anda sbg Nubies.

Tuesday, December 23, 2008

kUruS...KuRUs...kUrUs...huhu


Adoooooi aku ni dah naik balik berat badan....ni sume sbb dulu ramai yg tegur aku terlalu cengkung, cam org sakit. Lebih2 lagi teguran dari family aku sendiri.
Mula2 kalo org ckp aku dah kurus komain lagi aku ske. Tapi ada yg ckp dorang dah tak kenal aku lagi sejak aku kurus. Tak tau la ngapa dorang ckp camtu, lain ke muka aku ble kurus??

Dolu2 berat aku pernah mencecah 85kg (berat wooooo). Berat ni masa dah kawen la. Masa tu aku dah cuba macam2 cara utk kuruskan badan, ada yg menjadik ada yg tidak.

Masa zaman anak dara aku penah kurus giler. Masa tu aku selalu pakai skirt pendek paras atas lutut ke pejabat, mmg org kata cun la, hahahahahaha (masuk bakul angkat sendrik). Tapi sori gambar masa tu mmg tak de langsung. Kalo tak leh aku tunjuk kat sini.


Salah sorang bf aku masa tu (yg bakal aku kahwini) mmg ske tgk aku pakai skirt sbb katanya aku nampak lebih sopan. Mana tak nya kalo duduk tu mesti kepit abis, jalan cantek sbb pakai high heel (mmg dari dulu aku mmg ske pakai high heel sampai la ke sekarang ni). Ye la kena la duduk sopan, kang nampak lak yg tak sepatutnya kan?

Pastu naik & turun berat badan ni cam yoyo lak. Masa bertunang, my tunang pun naik berat badan (dulu dia mmg kurus giler, ramai yg tegur sejak bertunang badan dia naik tapi still maintain hensem & macho la, hahahahaha) mana tak, makan pun berteman, ati senang, hehehehe. Masa nak kawen tak nak lak kurus betol, geram aku. Aku nak pakai baju kawen cantek wooo. Tapi takpe, dah lepas pun.

Tapi kebelakangan ni aku dah jumpa cara nak kuruskan badan. Ble aku dah selesa ngan badan yg kecik tup2 macam2 komen org, ada yg kata ok, ada yg kata cam org sakit, ada yg kata tu la ni la. Last2 aku fedup aku naikkan sket berat badan tapi ble dah naik aku lak yg tention sbb rasa cam tak elok.

Berat ku dari 85kg turun ke 75kg, pastu turun lagi ke 73kg...turun lagi ke 70kg. Lama gak la 70kg berat ku sebelum turun ke 65kg, tapi tak lama pastu berat ku maintain kat 60kg. Maintain..maintain..maintain tak lama pastu turun lagi sampai 59kg. Pasni la aku dgr macam2 komen.

Ble berat badan ku turun secara banyak, banyak baju2 aku yg dah tak sesuai nak dipakai lagi. Ada yg tegur nampak cam baju berjalan la, gelobos la, tu la ni la, hehehe. Banyak gak aku kena kuarkan duit utk beli baju2 baru tapi yg lama tu aku belasah gak kalo dah tak de baju, huhu.

Skang ni aku nekad, aku nak turunkan balik berat badan. Sbb aku rasa lebih sihat ble kurus. Tapi bkn kurus sgt la, yg sedang2 aje, yg penting kesihatan beb.

Ok guys, aku nak turunkan lagi berat badan ku.....balik kang nak timbang dulu sebelum my new resolution tu. Tunggukan perkembangan aku ye?

Monday, December 22, 2008

HePi bEsDeY IrAs@FaDLi

Harini 22/12/2008 merupakan hari jadi yg ke 25 buat Iras@Fadli@Mr Stitch@Along.

baju baru beli kat KL, huhu

Mama ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran semoga tahun ini membawa kebahagiaan buat Along, menambah rezeki, diberi kesihatan yg baik & dirahmati Allah hendaknya, amin.

Semoga juga dpt mengatasi persoalan yg terbuku dihati Along kebelakangan ni. Harap dpt membuat keputusan yg tepat demi kebahagiaan Along.

akan kek tu elok2 tau, jgn comot2 camni
hehehehe, larikkkkkkkkkk.

Akhirkata, sekali lagi
HEPI BESDEY ALONG


Sunday, December 21, 2008

poTLucK@pOoL sIdE


Kami merancang utk berjumpa sesama kami da lama, sejak blk dari Joseh haritu....konon2nya reunion utk 'house mates', hahahahaha. Yela masa gathering raya kat kg Nubhan haritu kami sume dok serumah kat umah Fikri. So kami gelarkan diri kami sbg housemates la.

DS Kyrun berkali2 tanya bile nak adakan, aku pun pastu da macam2 masalah termasuk masalah kesihatan so mende ni kira 'hang' je la. Ble time cuti sekolah ni tak dpt la nak kumpulkan sume sbb ada yg pulang ke kg msg2 bercuti. Yela cam Farell, Tini, Harney, Fikri, Helmie tak dpt la nak join, sume jauh2. Ajoy, KT & Nora lak ada hal msg2. Takpe ni kira kami jadi perintis la, lain kali leh kumpul ramai2.

Kami rancang nak wat gathering sebelum abis cuti sekolah. So pas bincang ngan Narnia & Tokwan, kami pilih tarikh 20/12/2008 (Sabtu). Rancangan awal adalah potluck maybe kat Taman Tasik Titiwangsa atau Lake Garden atau kat taman di KLCC. Memandangkan hujan kerap turun kebelakangan ni, kami risau tkt tak dpt nak adakan, so plan B kami lepak2 je kat mana2 restaurant, yg penting lepak bersama.

Akhirnya pas berbincang kami putuskan wat kat pool side condo Datin Seri Kyrun di Damansara. Mula2 plan nak adakan pagi iaitu dlm kol 9 atau 10, yela tkt kalo ptg ujan lak kan? So msg2 bawak makanan sendiri secara potluck. Narnia/Ajym bawak mee goreng, ayam goreng & kueh Love Letter, aku lak bawak rendang, nasi impit & nasi, Angah Ruzi bawak kek, DS Kyrun lak masak ayam Adobo (masakan org Filipina) & salad makaroninya yg menjilat jari. Aku bawak nasik tu sbb kalo tiba2 makanan abis leh larik gi cari lauk-pauk.

Aku sampai kat condo DS kol 9.30 pagi, kira aku yg sampai dulu. Biasalah kan, pagi2 tu aku kelam kabut baru nak masak, malam tu dah siapkan bahan2nya. Kol 6 bangun trus ke dapur memasak. Kalo bnyk mmg tak smpt pagi tu, sebbaik fikir just utk 10 org je. Aku naik lu umah DS & sambil tgu dorang sampai kami borak2 dulu.

Tak lama pastu Ajym/Narnia pun sampai, dorang trus tuju kat pool. Pastu Tokwan & Angah Ruzi beritahu dorang akan sampai lewat. So sambil2 tgu dorang kami makan2 & bdk2 gi mandi kat pool. Mmg environment cantek giler, nyaman sangat, cuaca pun baik so mmg rasa kalo letak bantal mau tido tu hahahahaha.

Ok tgk gambar2 je la, cam malas lak nak menulis, penat lagi tak habis, hahahaha.


ni part lawak Tokwan ngah bercite masa dia stand-in utk Nubhan
masa rehearsal Muzik2 kategori Balada kat TV3


kami dihiburkan oleh Otai yg menyanyi sambil main gitar
(Otai nampak tinggi & kurus, kata DS sejak Otai dok sendiri,
makan pun ala2 je, mana tak kurus)

Angah yg tiba lewat sbb ada urusan lain pagi tu

Addin & Walin menggigil kelaparan pas berendam lama


Addin, Walin & Syasya

Tokwan tak berenggang ngan Imtiyaz
katanya ye la org tak de adik kecik



Shima, Otai & gf Otai
haritu besdey gf Otai gak



anak dara 2 pingitan ngah bergaya ayu
hahahahaha, korang jgn gelak tau, tak tol ke?
kami kan penah jadi anak dara doluuuuuuuu


hahahahaha...bergaya tak hengat tu

amboi cam kat bawak pokok getah je


alamak ni kena diet balik ni, tgk la badan ku cam dipam2 blk huhu


hahaha, ni kalo tak camni bkn Tokwan namanya
masa ni dia ngah ngintai Ajym-Narnia merendek, larikkkkk


gaya sorang ibu penyayang

bergambar sebelum pulang
Angah Ruzi dah balik awal sbb nak amek anak Zai dari tuition

bbrp aksi ditmpt yg sama, yg penting
(Shima & DS bergilir2 amek gambar)

Aku ske tgk anak2 DS iaitu Otai, Shima, Fifi, Batrisya, Syasya yg menurut kata ibu mereka, sejuk perut ibu mereka mengandung. Mmg dorang pun dah biasa ngan kami sbb dah slalu jumpa.

Makanan yg banyak mmg membuka selera. Adooooi aku asyik makan..makan..makan je, dah gantikan Tokwan yg dah mula diet. Tapi mmg la nampak Tokwan dah susut banyak lepas dia jaga makan. Ni la yg aku nak diet balik ni.

Kami pulang jam 5 lebih pas dah puas makan2 & borak2. Yela da lama tak jumpa kan macam2 cite ada, hal anak2, hal FC & lawak2 tu biasala kan? Kami sume sepakat ttp akan bagi sokongan pada Nubhan & bagi peluang padanya utk membuktikan kejayaannya.

Kami juga merancang utk adakan gathering camtu di lain masa utk lebih ramai lagi. Semoga hubungan kami sume akan dpt diteruskan & dieratkan lagi dimasa2 hadapan bkn hanya di dalam NFC saja, insyaallah...amin.

Thanks so much to the host, Datin Seri Kyrun...

Thursday, December 18, 2008

UnTuK pEngUnJunG2 bLoG kU


Shikin JD berkata :


aku adalah diriku yg sebenar...
apa yg tertulis di blog ini...
adalah sebenar2nya dari dlm diriku...

aku ingin meminta maaf...
kepada sesiapa yg tak berpuas hati...
dgn penulisan ku...

aku tak dpt nak berbuat apa2...

kdg kala berkata2 bkn mudah...
aku memudahkannya...
dgn meluahkannya dlm bentuk tulisan...

spt yg kamu sume baca di blog aku ini...

penulisanku juga selalunya...
bkn utk menghentam sesiapa...
hanya luahan perasaan yg halus...
yg berada dlm atiku...

tapi aku tau ada yg tak berpuashati...
dgn luahan2 & penulisanku..

bukan mudah...
utk memuaskan hati sume org...

bukan mudah...
utk mengenali org2 yg disekeliling kite...


aku juga tak terkecuali...
bukan sume org kenal sapa diri ku yg sebenarnya...

aku akui aku adalah org yg paling sensitif...
kompleks....
sering bermelankolik...

dan aku juga bkn mudah...
utk menerima sesiapa sahaja sbg kawan2 ku...

atau sahabat2 ku...

pada sesiapa yg rasa kesal...
sekiranya termsk dlm 'senarai' pendekku...
aku minta maaf...

aku akan cuba mengenal pasti...
dan aku akan melakukan 'rombakan' semula...
utk memenuhi permintaan kamu..
sekiranya itu yg kamu mau...

permintaanku ini...
adalah terbuka...
kepada sume pengunjung2 setia blog ku ini...

itu lebih baik dari memendam rasa kesumat...
dan dari kamu menjadi hipokrit...
hanya utk memuaskan hatiku...


akhir kata...
ini adalah aku...
aku...
dan diriku yg sebenar2nya...

Wednesday, December 17, 2008

BiOgrAfi PeLaKoN pUjaaN kU sATu KeTiKa DuLu


Menulis adalah minatku satu ketika dahulu. Semasa aku bersekolah pernah guruku mengatakan yg aku bakal menjadi seorang penulis satu hari nanti. Tapi sayangnya aku tak mengasah bakat ku selepas itu. So, kira cam berkarat la. Aku pernah terfikir utk mengasah kembali bakatku menulis semasa memulakan blog ini. Tapi kdg2 aku terbawa2 dgn segala masalahku kedlm blog ni.

Tulisan ku kali ni adalah berlainan sedikit. Aku telah membuat sedikit research tentang seorang pelakon yg menjadi pujaan ku semasa kecil. Kali ni aku akan menulis biografi tentangnya.

Pelakon yg ku maksudkan adalah Mark Lester yg dilahirkan sbg Mark A. Letzer pada 11 July 1958 di Oxford, Oxfordshire, England.

Dia adalah merupakan pelakon kanak2 ternama pada suatu ketika. Aku ske tgk wajahnya masa tu, cute sesangat. Mmg aku cam 'admire' tol tgk bentuk muka dia yg cam bersegi & berseni tu. Ntah ngapa aku leh cam jatuh cinta lak masa tu hahahahaha.

Mark Lester memulakan dunia seni dgn memasuki sekolah lakonan Corona Stage Sschool di London. Dia adalah anak kepada produser & aktor Michael Lester dgn aktres Rita Lester. Bertepatan dgn pepatah Melayu berkata, "Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi".

Dia memulakan kariernya di bidang lakonan seawal 6 tahun di London melalui filem Allez France pada tahun 1964. Dia telah menjadi aktor kanak2 paling top di TV & Filem di England pada ketika tu. Dia selalu diberi watak kanak2 yg baik bermula thn 1960an sehingga 1970an.



Semasa berusia 14 tahun pendapatannya £100,000 setahun dgn berlakon sekurang2nya 2 buah filem setahun.






Ada bbrp buah filemnya yg menarik minat ku, yg paling menonjol adalah Oliver, Prince & The Pauper dan Melody. Watak Oliver telah ditawarkan kepadanya selepas produser filem tersebut membuat auditon ke atas 250 pelakon kanak2. Filem Melody lakonan nya semasa remaja & merupakan sebuah filem cinta. Masa tu ramai gadis2 tergila2kan wajahnya yg kacak.





Dia juga pernah berbogel di dalam filem

Sebagai pelakon kanak2 ternama pada masa tu, dia telah melalui zaman kanak2 yg terkongkong & terikat. Selepas dia berhenti dari berlakon dia menjadi seorang pemabok dan terlibat dgn dadah. Yg paling membanggakan dia bangkit dari 'kemusnahan' hidupnya dgn mengambil A Level pada usia 28 tahun dan menjadi seorang Osteopath (merawat pesakit sendi & otot) . Dia telah berkahwin & mempunyai 4 org anak perempuan yg comel2. Salah seorang anaknya mengikut jejak langkahnya. Mark Lester adalah pemegang tali pinggang hitam dlm karake. Kini dia berusia 50 tahun.

Aku membayangkan dia akan menjadi seorang lelaki yg kacak apabila dewasa tapi aku kecewa, rupanya tak la sekacak semasa dia kanak2, hahahaha.

Mark Lester kini

Aku merindui filem2 lakonannya, tapi aku dapati tiada filem2 nya diputarkan lagi di kaca TV di Malaysia ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...