Monday, September 15, 2008

Buka Pose Sdn. Bhd. dot com

Atas cadangan Tokwan semasa kami bermain bowling dahulu & desakan Ajoy kami telah merancang utk berbuka puasa beramai2 di HR Steak House, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur pada Ahad, 14/9/2008. Nubies yg hadir sama terdiri dari 11 org iaitu Afif, Ajoy, Harney, KT, Tokwan, Dyla, Angah Ruzi, Tini, Kyrun, Fifi dan aku sendiri.

Adooooi hujan turun ngan lebat semenjak pukul 4 dikawasan rumahku, tapi semangat nak berbuka puasa tu ttp utuh, hehehe. Aku telah mengambil Ajoy, Harney & KT di Central Market sebelum ke tmpt berbuka puasa tersebut pada jam 5.40 ptg.

Mula2 tu pusing2 gak la mencari tmpt tu w/p aku mmg pernah pergi ke sana sebelum tu. Kami terpaksa menunggu bbrpa lama juga sebelum ketibaan Tokwan yg berjalan kaki dari stesen LRT, adoooi sian kat dia tu, dah la hujan tapi takpe semangat nak buka tu kuat. Tak lama lepas tu Dyla & Angah Ruzi pula tiba dan diikuti oleh Tini. Alamak Kyrun lak lom sampai, dia dah kol mengatakan masih di dlm LRT, takpe leh tgu lagi sbb lom buka pun.

Kyrun pun terpaksa berjalan kaki dari stesen LRT tapi Tokwan telah menyusulnya disana.

wah keta sapa tu komain gi park kat depan restaurant tu,
cam tokey restaurant je...hehehe


tgk Afif keletihan sgt la tu....melepek

sementara menunggu yg lain, apa lagi msg2 keluarkan hp
kol org2 yg tersayang....waaah statement

ajoy & harney

Waktu utk berbuka pun telah sampai, eh mana makanan aku, yg ada hanya mushroom soup je, dan air teh o limau panas, eh mana garlic bread???......adoooi kena la aku mengicak kat Afif Chicken Morocco Rice. Aku rasa sedikit je. Tak lama lepas tu makanan yg ku order iaitu T Bone Steak pun sampai apa lagi aku balun la, sedap gak tapi aku lebih ske makanan yg lebih lembut, silap order daaaaaaaaa. Takpela hujan, laparrrrrrrrrr.

T bone steak, garlic bread & mushroom soup ku licin
haus...air sekali 2 tu, hehehe

Selepas tu aku order Soursoup Juice, boleh la, tak bape sedap cam yg penah aku order di tempat lain.....ice je lebih, cis. Walau camne pun makanan kat situ sedap gak & murah tu yg penting.

inilah Chicken Morocco Rice
credit to harney

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut....suke hatiiiiiiiiii

Msg2 makan dgn laparnya kerana hujan masih turun w/p dah renyai2.

Disana aku telah menerima sms dari Chuna, Iras & Farell yg mengucapkan Selamat Berbuka kepada kami. Thanks guys. Aku juga telah mendapat berita yg amat mengejutkan tentang Chuna. Aku mendoakan agar kesihatannya akan pulih spt sedia kala, nanti la aku ceritakan apa berita tu dilain kali. Mmg amat mengejut & menyedihkan. Semuga dia tabah menghadapinya.

Kami lepak kat sana sehingga jam 9.30 malam sebelum msg2 pulang ke rumah. Aku menghantar Ajoy, Harney & KT semula ke Central Market sebelum mereka mendapatkan bas pulang. Kepenatan tapi seronok sbb dpt gak berbuka puasa bersama2 di luar.

pandangan restaurant dari depan, tapi gelap lak

acara bergambar mmg tak lepas la

credit to harney

berlatar-belakangkan KLCC

2 comments:

tira said...

wooohoooaaa!!

Meriah!!

:D

Shikin JD said...

a'aa mmg meriah, kalo ramai lagi best kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...