Friday, September 19, 2008

Hari Paling 'Down'

18/9/2008 (Khamis) merupakan hari paling mengecewakan yg berlaku dlm hidup ku so far. Ada 3 insiden sedih telah berlaku yg menyebabkan aku amat merasa terlalu 'down' & runsing.

Ya Allah mengapa Kau memberi aku pelbagai ujian yg bertalu2.....

Insiden 1 :
Amat sukar aku perjelaskan....aku telah diperkotak-katikkan dan dihina, sukar utk ku perjelaskan apa yg berlaku, mereka tidak mau mendgr. Ok ok fine, aku memilih jalan utk berdiam diri, perkatakan la apa saja, aku redha. Aku sedar aku bkn bijak dan baik sgt.

Disini aku mendapat kekuatan dari 'anak2' yg menghormati dan menyayangi diriku.....terima kasih sayang2 mama yg memberi kata2 perangsang kepada ku w/p aku tidak menjawabnya pada masa tersebut.

Keputusan :
Tergantung

Insiden 2 :
Aku kehilangan purse. Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk....malang apa lagi yg menimpa kepada ku. Aku sedar kehilangan purse tersebut semasa anak ku ingin membeli top-up hpnya, puas aku cari di rumah & di dalam kereta sehingga ke rumah jiran ku semasa mengambil tempahan kueh utk kawan2 ku.

Semalaman tidor ku terganggu, aku kejap2 terjaga bile mengenangkan kehilangan purse tu, aku tak kisah duit yg hilang kerana mmg tak banyak pun, apa yg aku risaukan ialah documents dlm tu spt IC, driving license, credit card etc yg mmg amat penting bagiku.

Harapan ku hanya satu, di ofis.....

Alhamdulillah keesokkan harinya aku berjumpa kembali purse tersebut di dalam almari ofis ku. Baru aku teringat ketika aku mengelurkan purse tersebut utk mengeluarkan duit utk sedekah arwah bapa kawan ku, aku dlm keadaan yg amat stress & tegang, so aku tak sedar aku telah tercicirkan purse tersebut di almari kerana masa tu aku spt diawang-awangan selepas insiden pertama.

Keputusan :
Selesai

Insiden 3 :
Aku mendpt berita yg amat mengejutkan dan menyedihkan tapi aku tak dpt memberitahunya di sini. Aku berdoa agar sumenya akan berlalu dgn baik.....amin

Keputusan :
Masih menanti berita

Begitu bnyk insiden2 yg berlaku dlm hidupku tapi 3 insiden tersebut berlaku dlm masa satu hari dan benar2 menguji Walaupun yg ke-2 telah berakhir dgn selamat tapi ttp mengganggu fikiranku. Aku redha jika Allah cuba menguji hambaNya ini dan aku menerimanya dgn hati yg terbuka.

4 comments:

hArnEy said...

mama...harney paham perasaan mama...xpe mama...biara diorg nak watpe kat mama pown...yg penting mama ade ktorg yg akan sentiasa sokong mama...oke...

Shikin JD said...

takpe harney, mama mmg benar2 ikhlas, kalo la keikhlasan tu disalah anggap, mama pun tak ble buat apa2 lagi, yg penting perjuangan harus diteruskan

erin_aida said...

mama jgn sedey2 ye, ma....
kitorg sentiase sokong mama....
kitorg sume x mau mama sedey2...huhu

kyrun_q said...

Tabahkan hati mu. I dont quiet understand the prob but if u need a
friend, Im a good listener.
I admire ur semangat perjuangan.

p/s tnx 4 welcoming me warmly
at the forum....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...