Saturday, September 20, 2008

Nubhan Jatuh Sakit

Pengumuman yg ku petik dari blog mrmanager :

Pada hari Jumaat 19hb September pada jam 12.05 pagi Nubhan telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan belakang. Keadaannya stabil dan pada ketika ini di bawah pengawasan. Doktor pakar yang merawat Nubhan telah menasihatkan agar Nubhan ditahan selama seminggu bagi menjalani rawatan dan terapi. Harap maklum bahawa doktor pakar yang merawat Nubhan tidak membenarkan sebarang lawatan.

Semua acara untuk minggu depan yang melibatkan Nubhan akan dibatalkan sehingga diberitahu kelak. Walau bagaimanapun acara amal serta majlis berbuka puasa bersama anak yatim yang dianjurkan oleh Nubhan FC pada Isnin 22 September akan diteruskan tanpa kehadiran Nubhan.

Nubhan telah mengalami kecederaan selisih tulang belakang (slipped disc). Dia sedang menjalani rawatan pakar di sesebuah hospital pakar.

PIHAK PAKAR HOSPITAL TIDAK MEMBENARKAN SEBARANG LAWATAN UNTUK NUBHAN MELAINKAN AHLI KELUARGA TERDEKAT SAHAJA.

Saya merayu kepada semua peminat agar bertenang dan prihatin dengan keadaan Nubhan sekarang yang memerlukan masa dan ruang untuk berehat dan menjalani rawatan pakar supaya cepat sembuh.


Ini la perkara yg ku perkatakan spt di tajuk "Hari Paling Down" ku iaitu insiden ke 3. Aku mendapat sms dari Vern pada jam 1.28 pagi mengatakan yg Nubhan telah dimasukkan ke hospital. Kejutan apabila aku bangun dari tidor, aku termenung sekejap memikirkannya.

Nubhan terlalu kuat bekerja dan tidak mendapat cukup tidor dan rihat. Aku memikirkan sebaliknya iaitu mungkin ada hikmah disebaliknya iaitu dia akan mendapat cukup rihat semasa bercuti sakit ini. Yela bayangkan semenjak dia keluar dari AF, tak henti2 dia bekerja dan jadualnya amat padat. Marilah kite bersama2 mendoakan agar kesihatannya akan pulih.

"Ya Allah kau sembuhkan la adik kami tu, semuga dia dpt meneruskan kehidupannya spt sedia kala......amin"

Ni pesanan dari Nubhan utk sume peminat2nya :



2 comments:

hArnEy said...

mama...harney pon sedey pasal nubhan nie...bile tringat kat die sure harney nak nanges...waaaa....hope dea xde ape2 kan....

Shikin JD said...

ye harney, sume nubies pun sama
sama2 la kite berdoa ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...