Monday, September 15, 2008

Buka Pose Sdn. Bhd. dot com

Atas cadangan Tokwan semasa kami bermain bowling dahulu & desakan Ajoy kami telah merancang utk berbuka puasa beramai2 di HR Steak House, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur pada Ahad, 14/9/2008. Nubies yg hadir sama terdiri dari 11 org iaitu Afif, Ajoy, Harney, KT, Tokwan, Dyla, Angah Ruzi, Tini, Kyrun, Fifi dan aku sendiri.

Adooooi hujan turun ngan lebat semenjak pukul 4 dikawasan rumahku, tapi semangat nak berbuka puasa tu ttp utuh, hehehe. Aku telah mengambil Ajoy, Harney & KT di Central Market sebelum ke tmpt berbuka puasa tersebut pada jam 5.40 ptg.

Mula2 tu pusing2 gak la mencari tmpt tu w/p aku mmg pernah pergi ke sana sebelum tu. Kami terpaksa menunggu bbrpa lama juga sebelum ketibaan Tokwan yg berjalan kaki dari stesen LRT, adoooi sian kat dia tu, dah la hujan tapi takpe semangat nak buka tu kuat. Tak lama lepas tu Dyla & Angah Ruzi pula tiba dan diikuti oleh Tini. Alamak Kyrun lak lom sampai, dia dah kol mengatakan masih di dlm LRT, takpe leh tgu lagi sbb lom buka pun.

Kyrun pun terpaksa berjalan kaki dari stesen LRT tapi Tokwan telah menyusulnya disana.

wah keta sapa tu komain gi park kat depan restaurant tu,
cam tokey restaurant je...hehehe


tgk Afif keletihan sgt la tu....melepek

sementara menunggu yg lain, apa lagi msg2 keluarkan hp
kol org2 yg tersayang....waaah statement

ajoy & harney

Waktu utk berbuka pun telah sampai, eh mana makanan aku, yg ada hanya mushroom soup je, dan air teh o limau panas, eh mana garlic bread???......adoooi kena la aku mengicak kat Afif Chicken Morocco Rice. Aku rasa sedikit je. Tak lama lepas tu makanan yg ku order iaitu T Bone Steak pun sampai apa lagi aku balun la, sedap gak tapi aku lebih ske makanan yg lebih lembut, silap order daaaaaaaaa. Takpela hujan, laparrrrrrrrrr.

T bone steak, garlic bread & mushroom soup ku licin
haus...air sekali 2 tu, hehehe

Selepas tu aku order Soursoup Juice, boleh la, tak bape sedap cam yg penah aku order di tempat lain.....ice je lebih, cis. Walau camne pun makanan kat situ sedap gak & murah tu yg penting.

inilah Chicken Morocco Rice
credit to harney

gendang gendut tali kecapi, kenyang perut....suke hatiiiiiiiiii

Msg2 makan dgn laparnya kerana hujan masih turun w/p dah renyai2.

Disana aku telah menerima sms dari Chuna, Iras & Farell yg mengucapkan Selamat Berbuka kepada kami. Thanks guys. Aku juga telah mendapat berita yg amat mengejutkan tentang Chuna. Aku mendoakan agar kesihatannya akan pulih spt sedia kala, nanti la aku ceritakan apa berita tu dilain kali. Mmg amat mengejut & menyedihkan. Semuga dia tabah menghadapinya.

Kami lepak kat sana sehingga jam 9.30 malam sebelum msg2 pulang ke rumah. Aku menghantar Ajoy, Harney & KT semula ke Central Market sebelum mereka mendapatkan bas pulang. Kepenatan tapi seronok sbb dpt gak berbuka puasa bersama2 di luar.

pandangan restaurant dari depan, tapi gelap lak

acara bergambar mmg tak lepas la

credit to harney

berlatar-belakangkan KLCC

Wednesday, September 10, 2008

Rindu

Hari ni merupakan puasa ke 10 & lagi 20 hari utk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Dah nak raya....hmmmm tapi aku tak tau apa persiapan ku utk menyambut hari mulia tersebut. Sudah beberapa tahun aku tidak menikmati kebahagiaan hari raya spt org2 lain. Aku hanya menjalankan tugas sebagai hamba Nya dgn menunaikan fardu puasa ttp tidak menyambut kegembiraan setelah berjaya menunaikannya.

Setiap tahun adalah rutin kepada ku utk menyiapkan persiapan juadah hari raya. Keluarga ku pun mmg ske masakan yg ku siapkan utk hariraya.

Kemanakah aku pada tahun ini? Setelah pemergiaan kedua ibu-bapa ku ke rahmatullah, aku merasakan hariraya tambah tidak bermakna lagi pada diriku.

Adakah aku akan pulang ke kampung halaman anakku tu? Yela keluarga disana kerap memanggilku pulang w/p tiada ikatan sah lagi aku & mereka. Mereka mmg menyayangi ku lebih dari anak mereka sendiri. Aku bersyukur kerana sehingga harini mereka tetap menerimaku dikalangan keluarga mereka. Alhamdulillah & aku sungguh terharu.

Aku sering terkenangkan keluarga tersebut yg amat baik terhadap ku. Aku mmg boleh bermanja dgn kedua ibubapanya & mereka telah mengakui aku adalah anak/keluarga mereka w/p sudah tiada ikatan sah lagi. Itu adalah janji2 mereka dahulu & masih kekal dipegang.

Aku merindui keenakkan masakan mak & keramahan bapak yg rajin berbual dgn ku. Aku lebih rapat dgn mereka dari kedua2 ibu bapa ku dulu (maafkan Ken, mak-abah). Aku sering berkongsi cerita esp dgn mak W/p pada mula dulu bapak risau aku akan sama spt sikap org2 KL yg akan mengawal kehidupan anaknya (yg ini aku akui aku amat baik) tetapi lama kelamaan penerimaanya terhadapku mmg agak mengejutkan dan kami menjadi amat rapat.

Aku sering pulang kekampung esp masa hari raya & hanya pulang ke KL setelah cutiku abis. Ibu ku sendiri selalu marahkan ku kerana lebih menghabiskan masaku di kg dari di rumah ibubapaku sendiri. Dikampung aku ditatang spt anak mereka sendiri. Begitu juga dgn bekas ipar2 & sepupu2 disana ttp menerimaku dgn baik & aku tidak merasa kekok berada disana.

Adakah aku akan pulang?? Ntah la.

Rinduuuuuuuuuuuuuuu.........

Sunday, September 7, 2008

Lagu Mengintai Langit - Coco

Lagu Mengintai Langit nyanyian Coco ni telah mendpt tempat istimewa dihati ku kini, ntah ngapa ble dgr lagu ni aku leh terdiam & feeling menikmati lagu tersebut.



Dibawah ni aku nak share bait2 lirik tersebut yg padaku sungguh syahdu :

Lirik Lagu Mengintai Langit - Coco

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Chorus.

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Bait kata dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...


Monday, September 1, 2008

Permulaan bulan Ramadhan al Mubarak

1 September 2008 juga bersamaan dgn 1 Ramadhan merupakan permulaaan hari mengerjakan ibadah puasa. Tapi malangnya aku tidak dpt bersama2 utk sama2 berpuasa kerana ke'uzuran'. Sudah 2 thn berturut aku camni, geram jer tapi apa nak buat dah mmg lumrah seorang wanita.

3/4 hari ku berjalan dgn lancar tetapi ble menjelang petang aku mula rasa tidak enak perut & aku mengambil keputusan utk berbaring. Makin lama sakit tu tak jugak hilang sehingga baru aku sedar bhw aku kena gastrik. Yela aku mmg tak selera makan & kalo fikiran ku runsing gastrik ku mudah dtg. Mujur aku ada menyimpan ubat gastrik yg dibekalkan oleh dr semasa aku stress. Dr tu dah jangka gastrik akan muncul.

Apabila semua telah berbuka puasa aku terima panggilan dari Ajoy yg bertanyakan diriku samada sudah makan atau tidak. Aku memberitahunya bhw aku gastrik & ketika tu mmg dlm keadaan kesakitan. Dia telah mengatakan kalo la sorang lagi anak angkat ku Chuna tau tentu dia akan susah hati & marah kepada ku yg tidak makan. Tapi nak buat camne kan? kalo dah tak berselera. Untung aku mempunyai mereka yg menyayangi & mengambil berat akan diriku.

Aku hanya menjamah 2 bijik kurma yg aku rasa sudah cukup kerana mempunyai tenaga.

Mereka merupakan anak2 angkat kesayanganku termasuk seorang lagi iaitu Jimmie. Walaupun Jimmie seolah2 telah 'jauh' dariku aku ttp menyayangi dirinya & selalu berdoa agar dia akan sentiasa selamat & dilindungi Allah....amin. Begitu juga kesemua anak2 angkat ku.

Tak lupa juga anak kandung kesayanganku Afif yg mmg rajin berpuasa & bersolat. Alhamdulillah rasa sejuk aku mengandungkan dirinya.

Disini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak. Semuga bulan ini memberi keberkatan kepada semua.....amin.

Sambutan Hari Kemerdekaan @ Mydin

Pada malam 30/8/2008 pihak Mydin, USJ, Subang Jaya telah mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan di pusat membeli belah disitu. Nubhan & Ning adalah artis2 yg dijemput utk membuat persembahan disamping tarian kebudayaan.



Bersama Nord (Nubies)


Nubhan dah pandai melayan peminat2nya......alhamdulillah


Tgk tu Tokwan, mana2 pun ada je gelagatnya..
...eh sapa yg sedang mengintai tu, comelnyeeer


Bersama Farell - dia ni nampak cam sombong tapi sebenarnya peramah giler


Nubies yg hadir
Am boiiiii cam model

Tokwan & Nubhan

Ajoy & Nubhan

Nubies Lelaki & Nubhan

Gambar pertama bersama Vern
(tapi kata Vern dah pernah, tapi ngapa aku tak igt ek?)

Aku yg kecik atau Ajoy yg besar?

Bersama Narnia (isteri Ajym)

Bersama Kyrun Quiamco (baju baru beli terus pakai, waaaaaah)


Comelnyerrrrrrrr


Harney & Tokwan


Ning membuat persembahan
(masa ni aku dah tak tahan lari ke belakang bersandar di kerusi)





Nubies tidak melepaskan peluang utk bersama2 memeriahkan show tersebut. Walaupun aku tidak berapa sihat tapi aku gagahkan juga utk bersama2 hadir dgn nubies yg lain. Pada jam 8.00 aku & Afif keluar dari rumah utk ke sana & singgah di stesen LRT Titiwangsa utk mengambil Tokwan yg tidak ada kenderaan ke sana. Sesampainya disana setelah berkali2 menelefon Dyla kerana aku tak berapa pasti tmpt tu, akhirnya kami berjaya sampai ke sana. Tgk cam tak de nampak nubies di mana2 so aku kol Kyrun & nampak dia & family sdg makan, so aku masuk kedalam semula, tiba2 dtg Farell & Nord memanggil aku ke luar semula & kami lepak2 dahulu sementara menunggu persembahan tersebut.

Persembahan dimulakan oleh tarian2 kebudayaan oleh adik2 yg comel sekali. Seronok lak tgk dorang menari & mmg lincah. Kol 11.15 malam Nubhan muncul dgn diiringi oleh jeritan dari nubies & hadirin kat situ. Nubhan menyanyikan bbrpa buah lagu & nampak dia dah pandai menguasai pentas & berinteraksi dgn penonton. Perkembangan yg amat baik. Pandai melawak gak tu.


Joget Lambak bersama Datuk Mydin














Aku kepenatan lak berdiri & akhirnya dpt duduk dilantai bersama2 Kyrun. Waaaaa kami enjoy tol & tanpa aku sedari Vern dah tangkap gambar kami yg sedang enjoy tu, makkkkkkkkkkkkkkkk. Harap2 dia tak tepek la pix yg tak elok dlm blog dia, puuuh, bismillah....

Tepat jam 12 tengah malam, detik2 mengenang hari kemerdekaan dimulakan dgn laungan merdeka bersama2 sume artis2, penari & Datuk Mydin. Lagu2 patriotik pun dikumandangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...