Friday, April 10, 2009

PeLaJaR2 AF7 : PeNiLaiaN vErSi ShiKinJD....

Ok, skang turn aku lak nak stori pasal AF7...selama ni aku bersikap sbg pemerhati bebas. Aku tak nak bias dlm menilai dorang. Aku akan cuba berlaku adil dlm menilai bakat2 yg mereka ada tanpa bersikap prejudis kecuali yg aku rasa mmg tak leh nak masuk line aku la.

Shikin JD : PENGUMUMAN !!! Tulisan ni tak de kaitan ngan tulisan yg dibuat oleh MrManager [klik sini] berkenaan pilihan & penilaian terhadap pelajar2 AF7, sume hanya KEBETULAN aje...lepas aku post tulisan ni baru aku pasan cam ada sket persamaan w/p tak bnyk la. Idea nak menulis ni mmg da dlm pala aku dari aritu tapi hanya dpt direalisasikan arini je.

Mula2 mmg aku tak fikir aku nak tgk AF7. Sbb apa ek? Ntah la, maybe aku msh gementar ngan AF6 kot lepas aku libatkan diri terlalu jauh sehingga 'dipaksa' jd Vice President Nubhan FC & resigned (adooooi seksa & pedih ble igt balek). Aku tak nak lagi involve dlm mana2 FC & kalo involve pon aku akan jadi silent follower. DANNNNNNN, AKU TAK SKE AC !!!!

So diari2 yg awal & concerts mingguan (actually sampai la skang ni) aku kerap tercicir & tertido, hehehe. Ntah ngape lak leh jd camtu padahal dulu kalo sbt je AF, aku la org pertama yg terpacak depan TV sampai aku kerap disindir oleh kuarga aku sbg fanatik ngan AF. Aku leh layan diari2 & concert2 berulang2 kali, tak jemu2.

Tapi AF7 ni, tak jadi cam dulu....aku leh abaikan sume tu. Tapi ble aku tgk sekali sekala tu, aku cam leh trime bdk2 AF7. Aku cam tertarek gak ngan personaliti2 yg berbeza2 students tu. Kira cam terhibur gak, tak tau la korang sama alasan ke tak???

Ok, skang aku nak evaluate setiap pelajar AF7. Cuma dari sudut pandangan aku setakat tarikh aku menulis ni (jawapan selamat, hehehe).....peace.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Hafiz - adoooi bdk serabai ni??? (tapi tak la truk sgt rambut tu, mgkn sbb kerinting, skali skala tgk cute gak rambut dia). Mula2 mmg la aku nilai camni ke nak jadi penyanyi?? Tapi penilaian aku meleset sejauh2nya lepas aku tgk 1st concert yg mana dia da pukau aku kat depan TV. Kali ni aku mmg sayang kat Adlin yg slalu bagi kritikan yg membina & pujian ikhlas (kalo dulu mmg aku rasa cam nak bom je si Adlin tu). Tiap2 mgu aku berharap Hafiz dpt memberi persembahan yg baek (berdebar2 tgu persembahan dia, tak cam bdk2 laen tu la). Tapi dia mmg tak penah menghampakan aku. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, aku tak ckp aku fanatik kat dia la, cuma aku ske ngan showmanship dia & terhibor. He needs a good hair dresser & image consultant utk lbh tonjolkan dirinya sbg artis.

Akim - mula2 cam tak bape ske kat dia sbb ntah, tapi maken lama maken ske tgk dia lebih2 lepas korang dok 'racun' aku ngan kehebatan dia esp En. Ajym kite (anda didapati bersalah, hahahaha). Lama2 aku dgr sore dia cam best gak, orgnya pun cute lbh2 lps potong rambut ni. Dia ni ada height, looks & sore utk digilai oleh gadis2.

Qhaud
- mula2 pun cam tak heran ngan bdk ni, tapi aku ske tgk diari gelagat2 dia...sore besa2 je, showmanship pon besa2 gak tapi aku terhibur gak la sekali sekala. W/p dia tak la secute Akim tapi aku ttp terhibor gak.

Aril - hmm, aku tau ramai tak ske kat dia, tapi pengakuan ikhlas aku....aku ske lak tgk dia ni, hehehe. Cute, nakal, sore unik. Mgkn attitude dia tu la org nyampah kan? Aku terhibur gak ngan tarian & tgk gelagat dia dlm diari. Lebih2 dia ni stylo so mgkn dia leh gantikan tmpt Adam AF2 atau sebaris ngan Adam la kalo ada rezeki kan?

Yazid - mula2 dulu aku rasa aku mgkn jadi fan dia ni sbb aku cam ske ngan sore & personaliti dia (konon2 nak tumpu kat dia la). Tapi lama2 bkn dia sorang je tapi sume gak la yg aku minat. Dia ni best sbb dia leh nari cuma ble dia nyanyi sambil nari cam bnyk dia kena blajar lagi. Mgkn satu hari nanti la kalo dia btl2 berusaha.

Sidi - mula2 pun cam ske gak kat dia tapi maken lama ntah la cam dia ni cam tak sesuai ada dlm AF7 la. Dia lom lagi dpt menarek aku dok terpaku tgk persembahan dia. Tapi tak tau la kot2 maken dia stay maken dia improve kan??

Obri
- bdk bank ni, mula2 igt dia leh jadi cam Nubhan...tapi hampeh, sore tak de, personaliti pun tarak. Ntah ngape aku asyik nampak muka dia cam comot je. Tapi tak tau gak la kot2 lepas ni dia akan belajar utk jadi penyanyi yg baek satu hari nanti kan?

Aishah
- mula2 dgr dia nyanyi lagu Yang Sebenarnya masa latihan, adoooi bdk ni da rosakkan lagu kegemaran aku daaaa....tapi sebbaik masa kat concert dia dpt tunjukkan dia tu punya sore yg baek gak la cuma dia perlukan masa utk belajar lagi. Lama2 tgk dia ni cam ok gak la, masa latihan cam tak leh caya tapi masa concerts berubah abes.

Isma
- mula2 tgk, ok2 je la...sore cam CT, tak nak la ada klon lagi. Dia kena cari identiti tersendiri tapi kalo da mmg kurniaan Allah sore dia nak sama, tak leh la nak tolak2 kan?? Cuma dia kena usaha lagi utk tonjolkan kelainan dirinya. Leh nyanyi ngan baek tapi tak tau la ada market ke tak sbb da beranak pinak ni kan??

Claudia - mula2 tgk cam tgk Dayang masa zaman selekeh lak, hehehe. Mmg ada iras2 sore Dayang tapi Dayang ttp lagi bagus la. Maken lama dia maken menyerlah & maken ayu lak aku tgk.

Zizi - muka dia sejibik ngan muka kawan kat tmpt keja aku (tapi bkn sepejabat la). Ske tgk rambut dia, cantek sgt...ada style la. Sore ok gak cuma tak tau la leh bersaing ngan penyanyi2 yg da ada lam market. Tapi mgkn aura dia lom lagi menyerlah.

Rubisa - mula2 tgk cam tak ske, cam penah tgk dulu & ntah la...aku ni kdg2 cam ada firasat yg katakan aku tak ske tgk dia ni, cam ada yg tak kena. Tapi ble dgr sore cam ok plak, dia leh nyanyi cuma mgkn aura je yg leh naikkan dia. Lepas dgr tele-conversation dia ngan hubby dia, aku rasa dorang cam loving je cam cute je. So aku rasa mgkn firasat ku kali ni tersasar tapiiiiiiiiii lama2 lps aku perhatian gerak geri dia ni baru aku sdr bahawa aku tak silap. Mmg aku jarang silap, firasat aku slalu betul, mmg dia ni kerek sgt.

Rini
- mula2 tgk dia ni cam tepong gomak, mekap berkati komain. Tapi sore ttp ok, serak2 & menarek didgr cuma perlu bnyk latihan lagi. Tapi ble aku tgk diari2 kecoh2 dia gado ngan bdk2 laki tu, lama2 aku cam nyampah lbh2 aku tgk dia ni cam nak ngorat si Obri tu je, tak sdr ke dia ni da ada tunang kat luar tu. Hai, ni spesis gatai kot. Tapi ble tgk dia & kembar dia, cam ske lak tgk kembar dia lagi, maybe dorang leh naek sbg duet, mana tau kan?

Adila - dia ni aku msh tak tau yg mana satu dia ni masa jadi penyanyi album...penah ke dia ni wujud dulu? Mgkn aku tak pasan kot. Mmg dia leh nyanyi tapi mgkn org igt dia da penah jd penyanyi so org malas nak undi dia tu yg terkuar awal tu.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Ok, korang yg minat ngan mana2 students tu jgn lak nak bom aku ye? Sbb aku ttp tak bias, ttp minat gak ngan dorang cuma kali ni aku cam serik nak tumpu pada sorang2 student. Aku lebih ske jadi pemerhati & enjoy the show. Mana yg nyanyi baguih, aku ske la, tak kesah la pangai cam antu ke apa ke.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, ntah ngape ati kecik aku nak sgt Hafiz jadi Jore, leh??? Larikkkkkkkkkkkkkkkkkk (hahahaha).

Shikin JD : wei korang, ble nak tgk concert live...ajak2 la aku, huaaaaaaaaah, nak tgk concerttttttttttttttttt !!!!

3 comments:

♂✖HelmiLassim✖♂™ said...

vote for hafiz...
hahahaha...

Shikin JD said...

hahahahaha....

kali ni no more undi2
biar dia naek slow2 takpe
yg penting dia ada value
biar dia blajar dari bawah

apa2 pun mama ttp wish dia good luck
dan smoga dia akan menyerlah sbg sorang penghibur yg terbaek & disegani...amin

star said...

helmi dah minat hafiz keee??? dolu klu tak silap helmi minat ecah latah kan???? apa2 pun go hafiz!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...