Tuesday, August 19, 2008

Majlis Kesyukuran Nubhan di Juasseh







Pada 16/8/2008 yg lalu Nubhan, pemenang tempat ke 3 Akademi Fantasia 6 telah mengadakan majlis kesyukuran yg diadakan di kampung halamannya di Kg Tebing Tinggi, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sebhg dari nubies yg diwakili oleh lebih kurang 50 dari Kuala Lumpur telah sama2 hadir ke majlis tersebut dgn menaiki sebuah bas & bbrp buah kereta. Nubies dari tempat2 lain juga turut menghadirkan diri.

Aku telah diarahkan utk mencari bas utk membawa nubies ke kg Nubhan. Aku telah berjaya mendapatkan sebuah bas yg berbaloi & cantek. W/p tidak penuh tapi nubies yg telah mendaftarkan diri berjaya utk hadir. Aku sampai ke pejabat seawal jam 8 pagi kerana aku bercadang utk meletakkan kereta ku di pejabat dimana aku mempunyai season parking ticket. So baik aku park kat situ sbb aku rasa selamat dijaga oleh security & berbumbung.

Kami ingin bertolak awal tapi kena menunggu sorang nubie iaitu Noor Azura yg tiba lewat sehingga kami terpaksa menangguhkan perjalanan tersebut selama lebih kurang 1 jam. Nak wat camne, biasalah mesti ada yg lewat. Kami bertolak dlm jam 10.25am & tiba ke sana jam 12.30 tghari. Ngam2 dah leh makan, lapar tol masa tu. Sesampai je aku ke sana, aku telah nampak buah kesukaan ku, yum yum yummmy manggisssssssss. Apa lagi aku terus je terkam tanpa toleh kiri & kanan (wat malu je, tak leh bawak ke majlis, hehehhe).

Kami dihidangkan dgn makanan yg lazat2 spt ikan semilang salai masak lomak cili api, udang sambal, ayam goreng berempah dll. Aku rasa sgh berselera sekali.

Ditgh2 majlis tersebut tiba2 aku lihat wajah Vern yg pucat, dia menggamit agar aku hampir ke padanya & dia bisikkan bahawa dia sakit lagi di dada & dia terpaksa duduk utk berihat. Aku tanya dah makan ke belum w/p sebelum tu aku dah tanya & dah suruh dia makan, katanya nak tgu Nubs, eeeee mmg la degil papa otomen tu. Dia menyuruhku menggambilkannya makanan, sempat aku membisikkan kepada Nubs yg Abg Vern dia sakit.

Vern hanya menjamah sikit aje makanan & telah meminta aku & far utk menemankannya ke atas rumah utk berihat. Kami telah masuk ke bilik dimana Vern telah tido pada malam sebelum itu & merupakan bilik Nubs sendiri. Sempat lagi tu ajak kami menganyam ketupat...hehehe. Sakit tu buat la cara sakit papa oiiiii......hahahahaa.

Sempat jugak la aku mengambil gambar dia sedang berbaring tu....siap si far ngadu lagi aku telah ambil gambar dia, tira & ucu sedang tido masa di De Palma dulu....hahahahaha.

Nubies ni kan biasalah kalo gi mana2 ttp akan berposing maut, abis tingkap, dapur, tangga umah Nubs dijadikan lokasi....hehehehehe. Siap amek utk edisi khas raya majalah2 Hoi etc.

Penduduk kg Juasseh juga telah mengadakan sebuah majlis bagi menghargai jasa2 Nubhan sebagai ikon di kampung tersebut. Majlis tersebut diadakan di Dewan Hadhari di kampung tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Pilah.

Wah, ramai jugak peminat2 Nubs disana yg hadir beramai2 & tak henti2 menggambil gambar Nubs. Aku pun tumpang bangga melihat sambutan tersebut.

Selepas majlis di Dewan Hadhari itu, kami telah dibawa ke balairaya utk jamuan minum ptg. Kami telah dihidangkan dgn pulut kunng, rendang ayam, sambal bilis petai & kuih muih yg sedap2 belaka. Sekali lagi aku terliur, mana nak capai dulu ni wei, hehehe.

(gambor akan diupload nanti, maleh lak nak tepek2 ni)

Monday, August 18, 2008

Letih & Celaru

Aku tidak sedap badan sejak malam 16/8/2008 selepas pulang dari Juasseh. Adakah kerana badan atau fikiran yg kepenatan? Ntahlah...... Fikiranku bercelaru & aku tidak dpt berbuat apa2, tiada siapa yg memahami akan diriku ini w/p aku sering mengambil berat hal org lain. Aku selalu menjadi lilin utk menerangi kehidupan org lain tapi akhirnya aku cair sendiri tanpa belas dari sesiapa kerana menganggap aku ditakdirkan sebegitu.

Kdgkala aku rasa aku hidup sendirian sahaja di dunia ini, tanpa disedari oleh sesiapa pun. Kdgkala aku perlukan seseorang kawan atau sahabat yg boleh berkongsi suka & duka tapi aku tak mahu menyusahkan org lain. Biarkan diriku terbakar sendirian.

W/p aku cuba utk tidak memperlihatkan ke'sakitan'ku tapi kdg2 ia terpancar juga. Apakan dayaku aku bukan manusia hipokrit. Aku hanya insan biasa yg berwarna-warni & aku bkn satu warna. Aku lebih suke menjadi diriku yg ini & tidak akan sekali2 ingin menukar ganti. Aku bangga menjadi diriku sebenar.

Sunday, August 17, 2008

KESAL

Aku terlalu kesal ngan apa yg berlaku, aku penat & tak nak berulang lagi. Patutkah aku mendiamkan diri atau pegi saja & lupakan sume perkara yg pernah terjadi? Aku dah cuba tapi aku gagal & aku rasa amat kesal. Lebih baik aku lupakan terus dari aku berpatah balik. Apa gunanya berbaik2 kalo hati sakit.

Patut ke aku beritahu apa yg aku kesalkan tu? Tapi rasanya aku dah pernah ckp & aku igt dia dah faham, rupe2nya aku silap. Lebih baik aku kembali ke pangkal jalan & melupakan terus detik2 yg pernah berlaku & anggap je aku tak penah menempuhnya dulu.

Tapi boleh kah aku?

Aku cuba balik memikirkan saranan & nasihat yg pernah diberi kepada ku tapi aku lempar ke tepi, sekarang aku cuba mencari apa yg ku lemparkan dulu.....adakah aku akan menjumpainya? Atau adakah aku pura2 tak nampak?

Aku ingin jalan terus tanpa nampak apa2 yg disebelahku. Tapi dptkah aku tidak mengendahkan apa yg nyata?


Wednesday, August 13, 2008

Hepi Besdey To Me



Aku tertido sepanjang malam 12/8/2008 sehingga hampir tgh malam ble menerima besdey wish dari sahabat baik ku Yas.....tengkiu atas ingatan tu. Baru aku teringat aku perlu buat umah baru utk Nubie Club yg hampir tamat EP31 nya. So aku bangun ngan mata yg kelat2.

Tepat jam 12.00 13/8/2008, anak ku telah mengucapkan hepi besdey kepada ku & aku sgh terharu & telah memberi ciuman & pelukan terima kasih padanya. Aku cek dulu Nubie Club - EP 31 tu & nampak ada yg dah wish bedey jugak......penggwin menjadi org pertama yg wish kepada ku. W/p mood murung ku masih tidak berlalu tapi aku cuba mengukir senyuman. Ucapan juga diterima dari Nubies yg lain : deana_307, tweety_cute, jimmie, loveakfe, miesya_nubie, forum_aje, lunna, kikey, fitrynee, missmulan, farfar, double2h, tirasha, irie^nad, chieth, airoda, maxxwu, luckystar, iras, nord, ladym, bethanis_tabitha, harney, sy_lia, ajym, ucumanja, anishayati, cinderella, thynnie, ednamod06, ahkakjoloby, neddy, simahali, kak halle, fazy, jen, ajoy, ajm, chuna, tokwan, Akan ku update lagi lepas ini jika ada additional.

Juga ucapan dari daBruts : liza (sweetmm), yasmeen, myzeen....

Jam 12.55am aku menerima besdey wish dari Vern ngan ucapan Stay Young Always......wah aku mmg sentiasa muda apa, hehehehe. Juga dari deng.....tengkiu my presideng.

Di pejabat ada sambutan meraikan harijadiku ini, hehehe ni mmg tak penah miss punya la utk disambut...dah tak jadi surprise lagi, huhu.

Nak tau, selepas abis sahaja small party diofis, aku terima panggilan dari Vern, aku trus menyebut "hai Vern" tetapi terdgr sore yg amat garau yg lain....eh sapa lak ni aku berdetik, sekali pemanggil disana memberitahu "ni Nuhan"....hahahahaha aku jugak menerima panggilan itewwwww.......perbualan kami spt dah biasa aje, Nubs mengucapkan Hepi Besdey kepada ku & perbualan kami ttg kabar & pengambarannya di Pangkor, waaaa seronok cite ngan Nubs la, cam dah biasa je. Dia juga ada bertanyakan ttg bas yg akan membawa nubies ke kgnya pada sabtu 16/8/2008 nanti. Setelah berbual bbrp minit aku berckp pula dgn Vern dan sekali lagi dia mengucapkan Hepi Besdey sekali lagi....tengkiu Nubs...tengkiu Vern.

tengkiu....tengkiu....tengkiu.....tengkiu....so....so....so much

Ucapan juga ku terima di blog nubies :

1. dari nord

hepi besday to mamapip/cutiepie


hepi besday mama!
hope u always success okies..;)
smoga pnjg umo..
murah rezeki ;)
&& kite same2 majukan nubhan && nubies,,
cyg mama ..
mmuahh..

nie ade kek tuk mama

mama bukak mulot besa2! nord nak cuap..
yummy yummy ;:
cake nie khas tuk mama sowang je k!
hihik~

alamak mama xde present laa.. hehehe~


tengkiu so much nord sayang....


2. dari ucu manja

::bUfdAy mAmAPiP::

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK NOR ASHIKIN JAMALUDDIN a.k.a mamapip/cutiepie...
* semaga panjang umor.
* semoga murah rezeki
* mendapat kejayaan yang cemerlang dalam life
* mendapat kebahagian dunia & akhirat
* semoga jalinan kemesraan antara kita akan kekal terjalin..

~amin~

tengkiu ucu


3. dari tira

Wanna wish birthday to this two people I adore...

Kikey (12 August 08) and Mamapip (13 August 08)!!!

Happy birthday to you guys! May you guys had a wonderful and blast birthday ever!

Sayang korang!

tengkiu tira


4. dari anis

appy Birthday my lovely mama.. Anis dah anggap mama ni mcm 2nd mama Anis tau. Walaupun kita tinggal dkt2 la jgk, tp jrg jmpe.. Hope lps SPM ni bolehlah jmpe2 slalu ye..

Apa pun, Anis nak wish Happy Birthday ok..

Hope mama akan terus sihat, insyaallah... & ceria2 slalu ok! Mama sgt bertuah mempunyai anak mcm afif tu tau... sgt terharu bila baca psl dia peluk mama masa birthday mama..jrg bdk laki nk buat mcm tu dkt mak dia.

Anyway.. sory lmbt post ni.. Anis agak busy.. tp apa pun,

Anis dah wish thru sms & pesan kat afif..hehe...

HAPPY BIRTHDAY MAMA

HAPPY BIRTHDAY MAMA

tengkiu anis

Tuesday, August 12, 2008

Murung

Harini segala2nya tak de mood buat ku, malas nak on9...kat cari, forumation & ym (ada gak masuk sekejap tapi sekejap sgt). Aku sampai awal ke pejabat dlm 7.20am, masa driving tu aku ngantuk sgt & tak sabar nak sampai ke ofis. Oleh kerana awal aku dpt la parking yg canteeek punya kat 3rd floor, so lepas aku park, aku tak matikan enjin, aku trus tido.......mmg tak dpt nak tahan2 ngantuk tu.)

Pas bangun aku naik ke 8th floor cari makan, tapi aku takde mood nak mkn gak aku cari betik & roti bakar yg leh makan bile2 nanti. Masuk ofis ngan lemah longlai. Nak wat keja pun tak de mood w/p bnyk sgt keja. Cek email & aku juga tgu far antar list penumpang bas ke Kg Juasseh (kg Nubhan) utk majlis kenduri kesyukuran pada 16/8/2008 nanti (sabtu). Aku ditugaskan utk mencari bas, so dah dpt & harga mmg memuaskan w/p aku ttp risau tkt bas tu bagi masalah nanti.

Dah dpt email tu aku draft blk surat utk bagi kat bus owner tu utk apply permit.

Pastu aku teruskan keja semula & mmg harini aku tak dapat nak senyum2, mulut tu cam jam je, ngapa? Ntah la hati aku tak hepi cam smlm, maybe lepas malam smlm tu membawa ke hari ni.

Spt biasa aku ttp akan chat ngan seorang yg amat aku suke iaitu Yas. Kami akan berchatting setiap hari & bersembang mengenai macam2 topik, suke dan duke. Aku mmg syg ngan Yas ni sbb dia sgt baik & tak penah sakitkan hatiku, ble tak dpt chat kami akan sama2 rindu, hehehe. Kelakar kan? tapi tu la kenyataannya. Walaupun kami jauh, dia di Brunei tapi kami ttp rapat & aku berharap persahabatan kami akan berkekalan....amin. Yas, I love u.

Sebenarnya esok adalah ulang tahun kelahiran ku, tapi aku malas memikirkannya sbb aku tak de semangat nak meraikannya. Walaupun bape hari lepas aku cam putus wayar tapi harini aku bnyk mendiamkan diri. Aku rasa amat kesunyian tapi aku kena redha.

Tetiba aku merindui seseorang yg jauh yg dahulu selalu ada disampingku memberi nafas baru....orgnya mmg baik, penyayang, selalu memanjakan diriku, selalu mengambil berat akan diriku & afif serta pandai mengambil hati ku. Susah utk menemui lagi lelaki baik sptnya. Apa yg ada padanya tidak terdapat pada lelaki2 melayu yg aku kenal. Cuma kini kami tak dpt meneruskan hubungan tersebut atas bnyk masalah w/p sekali sekala kami masih berhubung bertanya kabar masing2. Kami redha ngan takdir kami. I luv u chaiyang.


Monday, August 11, 2008

Ronggeng Day, hehehe

Hari ni 11 Ogos 2008, hari senin, org slalu panggil monday blues, mmg hari paling malas, aku dtg lewat ke pejabat atas alasan.....mmmm alasan apa ek? Eh rahsia la, hehehe, aku amek half day leave.....masa aku kol my boss dia cam kelam kabut risau aku tak dtg kot, rupe2nya dia ada appointment in the afternoon tu....patut la.

Aku sampai awal ke ofis sbb nak siapkan keja sementara boss lom kuar, kire aku sedekah la sket cuti ku tu, hehehehe baiknya aku. Aku mmg baik, eh ngapa, x caya? Tak caya tanya la aku.

Belah tenghari time lunch tu (eh aku tak lunch tau......diet), aku lunch ngan tido sekejap, ayooo masa tido ku dah tungang langgang skang tapi tak pe yg penting aku hepi...hepi....hepi. Tapi aku hepi ngapa ek? Ntah la, mgkn sbb aku dah puas nanges kot. Pastu boss blk cpt lak dari lunch aku pelik trus ku tanya dia kata ada appointment, eh aku dah lupa lak, hehehe.....so ble dia kuar je aku jerit, yipeeeeee (dlm ati je la). Ye la keja bnyk tapi aku isytiharkan harini Hari Ronggeng Sedunia aku la.....nak harap kerajaan isytiharkan, kemsalam la. So apa lagi aku bertenet je la kejanya.....tapi keja ttp jalan tau, kite serampang dua mata la aku harini.

Aku rasa lately screw kat pala aku dah longgar la, ntah ngapa aku jadi lain skang ni, beza la aku dulu, tapi tak kisah la yg penting......hepi...hepi...hepi. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiii yg geramnya harini gak la tenet nak bermasalah, cisss....dpt la aku bertenet gak dlm tenggelam timbuih. Aku lepak kat chatbox, tgk waaaaa komain si Jim ek, dikerumuni dek bunga2, hehehehe......Eh aku bkn kacau la tapi aku rasa aku nak berchatting kat situ, so aku masuk la...

Rupe2nya tak disangka2, Nubhan pun masuk tak lama lepas tu, ceh kebetulan la. Yg best tu, sama2 chat masa tu, Vern, Farfar, Jimmie, Ucu, Dyla (eh beratur lak dari Penasihat, Presiden, N. Presiden, Secretary & Asst. Secretary, AJK wakil Brunei cam janji2 lak......eh twit twit, mana Bendahari ek? ooooooo on the way back from Kuching, lupa lak). Meriah sungguh kat chatbox masa tu, sian kat nubies yg tak dpt sapaan dari Nubhan tapi aku bagi can kat dorang berborak ngan Nub w/p sekali sekala aku sampuk sket2....seronok lak aku harini.

Balik ofis kol 5, so aku drive tadi cam kat Formula 1, hehehe bkn apa, ntah ngapa harini aku nak drive laju2....alhamdulillah tak la bape jam masa tu, so aku sampai umah lam kol 5 lebih......dah wat tu ni aku bertenet kejap....tgk ada si Jimmie, sapa jap......pastu aku mandi & wat keja apa2 yg patut (keja apa ek? ye la apa aku buat?).

Penutup hariku pada ari ni ditutupi dgn mendung kelabu.

Tuesday, August 5, 2008

Meeting AJK & Surprise Birthday Party

Pada 4 Ogos 2008 (Isnin) mesyuarat AJK Nubhan FC rasmi yg pertama telah diadakan di Madam Kwan's KLCC. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh deng, farfar, tira, ucu, dyla, waty, angah ruzi, vern & aku sendiri.

Aku telah sampai awal iaitu sebelum pukul 6 ptg, biasala aku mmg tak ske lewat & tak ske ditungu oleh org lain. So aku pusing2 dulu di KLCC sbb igt nak beli kasut tapi tak de lak yg kenan. Lepas dah penat pusing2 aku naik ke tingkat 4 dimana restoran Madam Kwan's terletak. Spt biasala aku ni bkn kaki rayau so aku mmg tak tau mana tmpt tu just main raba2 je, hehehehe. Akhirnya aku lepak dulu di kerusi depan restoran tu sambil cuci2 mata tgk org. Boring gak sbb tak de gang lepak sekali & aku mmg tak ske menunggu & ditunggu.

Tak lama lepas tu aku nampak farfar sedang menjinjit beg kek Secret Recipe. Tak lama lepas aku & far tunggu dipintu masuk restoran, tira pun tiba & tak lama ucu pula tiba. Kami masuk dahulu tapi tmpt yg kami book masih digunakan org lain so kami duduk di luar dahulu.

Ini adalah biskut yg dikirim oleh Cik Zai (mak saudara Nubhan), lapar punya pasal, trus makan berkeping2. Sedap ya amat la. Thanks Cik Zai, lain kali buatkan la lagi, hehehe.


Teh tarik yg ummmppph....aku siap kempen ngan angah ruzi sampai dia pun order sama

Masa tu deng (pelakon utama) pula sampai, biasala setiap kali jumpa mesti ada adegan peluk-cium. Akhirnya tmpt yg kami book telah dikosongkan & mula2 kami bercadang utk memesan makanan dahulu, lapar giler weeiiii. Dek kerana 'kebuluran' aku telah memesan nasi jobari (for the very 1st time aku makan), ok ok je la, lapar punya pasal. Aku juga telah memesan teh tarik yg ummpph. Malam tu aku mmg kehausan dan telah minum bergelas2 air jarang.

Tgk la, licin betul, laparrrrrrrrr, hehehhe

Bile dah kenyang baru la leh meeting, hehehe

Semua sedang khusyuk semasa pembentangan kewangan oleh deng

Hari tu jugak kami merancang komplot utk mengenakan Vern iaitu surprise birthday party Sebenarnya hari jadi Vern adalah pada 31/7/2008 iaitu hari yg sama kami mengadakan majlis tahlil/bacaan yassin. Atas pengorbanannya itu kami ingin cuba meraikannya dihari yg lain.

Oleh kerana Nubhan & Vern terlalu bz maka hari Isnin tersebut telah dipilih.

Kami tidak sekadar meraikannya tapi dgn mengenakan Vern semenjak tengah malam tu dimulai dng far menghantar sms mengatakan bahawa deng akan meletakkan jawatan sbg Bendahari Nubhan FC. Selama sehari semalam, Vern telah menghadapi hari2 yg amat sukar dimana dia terlalu sedih memikirkan berbagai2 masalah yg dtg.

terkejut besar Vern ble kek di bawa masuk, mula2 dia terfikir sapa punya besdey? hehehe

Kek dari Secret Recipe

Ini la pelakon utama sedang memberi penjelasan perkara sebenar, hehehe

Happy Belated Birthday Vern

Nampak jelas di wajahnya yg benar2 lega ble tau berita yg disampaikan adalah tipu belaka

Inilah AJK 2008-2008 yg hadir di mesyuarat pertama tersebut




Friday, August 1, 2008

Majlis Tahlil & Happy Birthday Vern

credit to http://mrmanager.blogspot.com

Pada 13 & 14 Julai 2008, telah kembali kerahmatullah 2 org peminat setia Nubhan iaitu Athirah Kamalia Bt Kamaruzaman (anak kepada Toksky) dan Aina Nabila Bt Aqasha. Pemergian Athirah akibat kanser yg dihidapinya manakala Aina kerana kemalangan jalan raya.

AJK Nubhan FC telah mengambil keputusan utk mengadakan majlis tahlil & membaca yassin pada 31 Julai 2008 di Masjid Al-Imam Ash-Shafie di Jalan Perkasa, Taman Maluri, Cheras selepas solat maghrib.

credit to http://mrmanager.blogspot.com

credit to http://mrmanager.blogspot.com



credit to http://mrmanager.blogspot.com
Nubhan sedang di interview oleh wartawan Harian Metro, Odi (kalo tak silap la namanya)

credit to http://mrmanager.blogspot.com

credit to http://mrmanager.blogspot.com

credit to http://mrmanager.blogspot.com

credit to http://mrmanager.blogspot.com

Aku pada mulanya mmg 50-50 antara nak pergi dgn tidak, tapi akhirnya aku mengambil keputusan utk pergi juga. Aku keluar dari ofis pada jam 6.20pm dan trus ke masjid tersebut. Jalan jam sket di Jalan Raja Chulan tapi selepas memasuki Jalan Tun Razak, perjalanan jadi lancar.

Aku sebenarnya mmg tak tau tmpt tersebut, main redah je tu. Tapi akhirnya aku telah selamat sampai ke masjid yg akan diadakan majlis tersebut dgn selamatnya....alhamdulillah. Dari jauh aku lihat deng, far, fit, kikey & mulan telah tiba terlebih dahulu.

Tak lama selepas aku sampai, Vern telah tiba dgn Nubhan. Dari wajah mereka jelas menunjukkan bahawa mereka terlalu kepenatan. Aku tidak lepas dari memerhatikan wajah Vern yg pada ku amat lain sekali, sungguh suci w/p tampak keletihan. Aku tak tau ngapa aku terharu sungguh dgn kepekaanya Vern ttg agama Islam w/p dia bkn la seorg Islam.

Sebenarnya tarikh 31 Julai 2008 juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Tuan Penasihat Nubhan FC, Mr Vernon Kedit Jolly yg ke 41. Happy Birthday Vern, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Thn ni amat berbeza caranya menyambut hari jadi......tapi tungguuuuuuuu.

Ini la org kuat Nubhan FC yg banyak membantu dan
memberi inspirasi serta motivasi kepada kami, thanks so much Vern, we love u

Turut hadir Y Bhg Datuk Khalid Yunus (Penaung Nubhan FC), ucu, dyla, tira, ateh dan suami serta ibu deng (ada ke lagi? maaf jika tertinggal nama2 yg lain).

credit to http://mrmanager.blogspot.com



Sebenarnya didalam Nubhan FC ada beberapa sub-club yg ditubuhkan hanya utk seronok2 sahaja & bkn utk bersaing. Salah satunya adalah KEBABS - Kelab Baby Nubs yg dianggotai oleh aku sendiri.






Nub bersama Pak Yah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...