Thursday, November 27, 2008

PART II : aNaKkU


Spt yg ku janjikan, aku nak share cite ttg anakku dari sebelum kewujudannya sehingga kelahirannya. Tapi ni awal sehari, ye la aku rasa cam nak bz je esok, so harini la aku postkan. Ni adalah sambungan dari post yg aku pernah tulis sebelum ni. [link]


Aku melansungkan pertunangan pada 17 February 1991 & telah melangsungkan perkahwinan pada 17 November 1991. Perkahwinan aku diadakan dirumah keluarga ku; majlis akad nikah dan kenduri pihak keluarga ku diadakan serentak pada hari yg sama. Kenduri pihak lelaki keesokkan harinya.


Biasala ble dah kawen kan, tentu nakkan anak. So aku tgu & tgu tapi masih tak de tanda2 aku bakal menimang cahaya mata sehingga la 3 bulan lepas berkawen. Masa tu ntah camne naluri ku kuat mengatakan kali ni akan berhasil. Wah leh tau tu, yela lepas tempuh subur aku da agak kali ni mesti jadik la…hahahahahaha.


2-3 bulan
pastu aku rasa pening & mabuk saja. Masa tu aku mmg asyik bermanja ngan suamiku, kejap2 aku merengek sakit pala la tu la ni la, kejap2 bersandar di bahunya la, yela bile lagi nak bermanja kan, hehehe….masa tu dikg, keadaan ku tambah teruk & keluarganya suruh suamiku bawa ke klinik utk pemeriksaan.


Masa tu punya la teruk sbb klinik kat kg tu soh aku minum air ngan banyak & ble rasa nak terkencing beritahu dorang sbb masa tu senang kalo nak wat pemeriksaan kehamilan. Itu kata dr tu la. Aku minum bergelen2 air & ble da rasa nak buang air je aku terus beritau kat nurse kat situ & cpt2 aku dibawa ke bilik pemeriksaan. Pada aku cara ni mmg pelik tol.


Dr sapu gris ke perut ku & menggelek2 satu alat diperutku. Makin dia tekan makin aku nak terkencing & aku soh dr tu cpt2 sbb dah tak tahan nak ke toilet.


Hasilnya mendukacitakan tapi suami ku tak puas hati & ble dia tgk aku makin tak sihat dia bawak aku ke klinik berhampiran rumah ku ble dah blk KL. Kat situ dr mengesahkan aku dah hamil 3 bulan. Wah! Aku cam terawang2 je ble dr mengesahkannya. Apa la punya dr kat kg tu tak betul.


Aku telah dijangka melahirkan anak pada 17 November 1992 iaitu genap sethn berkawen. Wah! Sekali lagi aku sonok ble diberitahu.


Tempoh mengandong biasa je pada aku, awal 3 bulan tu je yg cam mabuk sket, pening2 pastu da ok. Masuk kandongan ku bulan ke 4 siap gi Tioman lagi. Suami ku risau tkt aku mabok teruk masa naik bot, dia tak kasi aku dok luar tapi aku degil aku nak gak rasa camne dok kat tepi bot tu kan? Aku kuar gak, yg kelakar tu aku tak mabok tapi org tak ngandong yg muntah2, aku sihat je dari awal sampai ke pulang.


Mandi laut pun aku dilarang, hish geram je. Mula2 tgk je la dia berenang, last2 tak leh jadi, senyap2 aku pun masuk lam air, mula2 kat tepi2 je la, konon2, slow2 aku dah ada dlm air yg dlm, hahahaha.


Aku tak braper nak mengidam makan yg bukan2, apa yg aku nak sgt ialah manggis, da mmg tu pun buah kegemaran aku. Kebetulan lak umah mertua tu pokok manggis dia menjadik lak, slalu susah nak berbuah kata bapa mertua. Apa lagi aku & suami betul2 amek kesempatan tu, dia atas pokok petik2 buah tu aku kat bawah tadah ngan besen, punya la banyak buah, rezeki anak ku la tu. Aku pun sambil menunggu buah tu aku makan sekali. Aku tgk suami ku pun cam tak tgu2 lagi makan atas pokok……kami makan mmg banyak betul….last2 dua2 muntah2….kekekekekeke. Pastu ble nampak je buah manggis yg dijual kat tepi jalan, suami ku mesti tanya nak ke? Aku mmg dah puas betul, so aku geleng pala je….dah kepuasan sgt la tu, hehehehe.


Ble da dekat tarikh iaitu aku melahirkan boss tmpt aku bekerja soh aku handle majlis khas utk artis pada 16 November 1992. Aku diarahkan utk menjadi penyambut tetamu VIP (rakan2 boss aku yg berpangkat Tan Sri2 & Dato2 sbb kata boss aku hanya aku yg kenal dorang). Sebenarnya boss aku tu mmg ske cekik darah, dia tak tau ke aku bakal melahirkan & suami ku marahkan aku serta larang aku pegi sbb katanya mana tau tiba2 aku terberanak kat situ kecoh & glamour la aku msk paper sbb org2 press juga ada sama, ye la ada artis kan?


So aku pun tak pegi la & ckp ngan boss aku tak sihat. Tapi tanda2 melahirkan belum ada, ye la org kata anak sulong mmg lambat sket. So aku tgu & tgu sehingga 10 hari (masa tu aku dah tak dibenarkan bekerja oleh suamiku), aku rasa cam tak sedap & aku dimasukkan ke hospital. Tp pastu cam ok je tapi doktor tak benarkan aku keluar sbb aku dah terlewat (overdue). So aku dimasukkan obat utk mempercepatkan kesakitan utk melahirkan tapi hampeh, tak rasa apa2 pun. Pastu doktor pecahkan ketuban aku sbb dah lewat & tu pun masih tak de tanda2 gak.


Kemudian aku dimasukkan ke wad bersalin & kat situ aku dimasukkan air sebnyk 4 botol (had maksimum). Lepas 4 botol tu jika tak de lagi tanda2 nak bersalin, jalan terakhir aalah ke bilik bedah. Aku takot ble dr ckp camtu. Aku cpt2 ckp ngan dr ku yg aku tak nak berada dlm keadaan sedar masa dibedah, aku nak ditidorkan.


Oh ye lupa, aku ditemani oleh doktor ku dari pagi hingga ke malam…mmg sabar dia menemani ku sambil menunggu perkembangan ku. Tapi masih tak de lagi tanda2 melahirkan. Dah la dari pagi aku dilarang makan & sehingga hampir tgh malam aku masih tak makan apa2 pun. Suami & keluarga ku dah menunggu dari pagi & ble suamiku pulang ke rumah sekejap aku telah diberitahu oleh dr yg aku akan dibedah. Masa tu suami ku takde & nak menunggu tu dah suntuk soh aku sign dulu surat kebenaran bedah.


Akhirnya pada jam 11.09pm @ 29 November 1992 aku telah selamat dibedah & melahirkan anak lelaki seberat 3.1kg. Masa tu kira aku sorang2 je & aku dihantar semula ke wad. Jam 4-5 pagi camtu la aku tersedar & aku tiba2 teringat yg aku mengandung & aku raba perut ku rasa cam dah kempis & dlm keadaan sedar & tidak (sbb obat bius) aku tanyakan anak ku kepada nurse kat situ. Aku bersyukur ke hadrat ilahi & terus aku tido semula sbb msh rasa mamai2.


Esoknya aku telah ditunjukkan anakku. Aku cek jari2nya cukup 10 & tanda2 lain w/p masa tu aku lemah & berbaring lemah & mamai. Masa tu cam mimpi je aku dah jadi ibu. Anakku lahir ngan kulit yg putih mulus, bersih, comel….tapi ble dah besar makin gelap kulitnya.


Tu la anak yg ku namakan AFIF FARHAN. Jika anak perempuan aku dah sediakan nama FATIN FARHANA. Aku sempat tulis nama2 tu & simpan di laci almari. Suamiku ada gak cadang2kan nama2 lain tapi aku ckp tak nak, tak sedap, hehehe. Aku penah berpesan kepada suamiku jika terjadi apa2 semasa aku bersalin, amek nama tu & beri kepada anak yg dilahirkan. Sampai camtu sekali.


Nama ni pun sebenarnya awal2 aku nak letak pangkalnya Nor sbb aku & suami sama2 ada Nor dipangkal nama kami. Tapi ble tgk panjang lak kalo jadi Nor Afif Farhan atau Nor Fatin Farhanah, so aku buang je Nor tu.


(to be continued….PART III)

2 comments:

ajym said...

mmg seronok bila tau berita mengandungkan.... tetapi masa menunggu saat2 bersalin mmg cemas... dah 3 kali mengalami.... dah serik rasanya...eh macam ajym pula yg nak bersalin kan.... tetapi bila anak dah kuar ....best sesgt...

Shikin JD said...

mmg pun ajym
w/p mama hanya ada sekali je pengalaman tapi mmg indah
time tu mama hanya morning sickness aje, tak bnyk ragam
dlm masa 3 bulan awal je
lain2 masa tu siap leh lari2 turun tangga cam biasa, sampai kena marah ngan arwah mak lagi, dia kata "eh ko tak igt ke ko tu ngandung"
hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...