Monday, November 17, 2008

17 nOveMbEr DaLam kEnaNgAn


Tarikh 17 November sepatutnya menjadi tarikh yg aku perlu raikan & ingati setiap tahun. Pada tarikh tersebut di thn 1991, aku telah diijab-kabulkan dgn seorang lelaki yg amat aku cintai setelah mengenali & menyulami hati budi msg2 selama 7 thn. Selama tempoh tu pelbagai suka-duka yg kami tempuhi, tapi akhirnya dgn persetujuan kedua ibu-bapa & seluruh keluarga di kedua belah pihak, kami telah disatukan.

Tarikh 17 November 1992 juga merupakan tarikh sepatutnya aku melahirkan zuriat kami yg pertama, tapi dek kerana sonok sgt kot dok dlm rahim ku, maka dia tangguhkan utk berkongsi dunia yg sama ngan kami pada 29 November 1992. Jika tidak, kami akan meraikan 2 hari ulangtahun yg penting dlm keluarga kami.

Tapi apakan daya, jodoh kami tidak panjang & anakku lahir lewat 12 hari dari tarikh sepatutnya. So aku pun tak de la terkilan sgt cuma tetiba aku teringat tarikh tu saja.

1 comment:

HelmiLassim said...

birthday afif next week!!!!!...
hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...