Friday, August 28, 2009

TaRian PoCo2...


Aku nak kongsi info yg aku dpt dari emel arini ttg tarian yg popular iaitu POCO-POCO. Tentu korang penah dgr ttg tarian tu kan? Tarian ni popular dari negara2 di sebelah timur sampai la ke negara2 barat (kira whole world la punya glamour). Ompteh ke org itam ke, kuning ke, merah ke sume ske tarian ni.

Tarian ni cam fun je kan? Ramai org2 tua syok nari tarian ni. Ye la kalo nak nari tarian rancak cam org2 muda skang ni cam shuffle tu ke, kang dikatakan nak buang tabiat lak, so tarian poco2 ni cam sesuai je sbb nampak kelembutannya.

poco2 oleh ompteh

oleh nenek2

TAPIIIIIIIIIIIIIII, tau tak korang yg tarian ni sbnrnya tak leh atau haram ditarikan oleh org Islam. Nak tau sbbnya...baca la msg yg aku trime tru emel tu kat bawah ni....

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian poco2 yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco2 ini berasal dari Filipina bukannya dari
Indon. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Mungkin kita x perasan
kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh2 Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan.

"
Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua.

Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil Inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata Mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci. Tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat Islam Dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

WALLAHUALAM....

cam da jadi sbhg dari budaya kite lak

ShikinJD : aku baru nak join tarian ni, huhu.....Semoga pihak berwajib cpt2 mengkaji tarian ini utk kepentingan Agama Suci Islam & demi menjaga akidah kite sume.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...