"....nama saya Sya'ban...saya ingin ingatkan anda bahawa jiran saya, Ramadhan akan datang kunjungi anda tak lama lagi bersama isterinya, Rezeki dan 2 orang anaknya, Sahur dan Iftaar(berbuka puasa)...mereka ditemani 3 cucunya, Rahmat, Keampunan dan Barakah....mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat Eid Fitri airlines....hargai mereka & anda akan mendapat berkat...."
Shikin JD : Alhamdulillah, sekali lagi kita bakal bertemu kembali bulan mulia Ramadhan al Mubarak pada esok ari.
Di sini dgn rendah diri, aku ingin mengambil kesempatan menyusun sepuluh jari memohon ampun & maaf sekiranya terdapat salah & silap selama mengenali diri ku samada melalui blog ini atau secara peribadi. Sbg insan yg lemah lagi jahil aku akui mungkin tanpa sedar aku terleka & telah menyinggung prasaan kamu yg membacanya dgn kata2 yg aku luahkan di sini.
Di samping tu aku juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa & semuga ibadah kite semua akan diberkati hendaknya....amin.
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala
Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman, dengan rezeki Engkau aku berbuka, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang
Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu
No comments:
Post a Comment