Friday, April 15, 2011

MaTiLer KeNa CoCoK.....



Kowang pernah kena cocok tak? Xkira la cocok camne atau ngan bahan apa. Kali ni aku nak stori psl 'kephobiaan' aku (rosak bahasa, hahahaha) ngan cocok2 ni atau lbh tepat agi alat mencocok iaitu jarum. Mmg phobia giler lar.




Pagi ni aku gi spital, wat blood test. Adeiiiii ble cite psl part ni mmg aku seram-sejuk, gigil & sewaktu dgnnya. Bkn baru skali ni amek darah tapi da bertaon2 tapi ttp sama.




Dulu aku ada cara nak ilangkan takot ngan jarum tu dgn derma dara......eh silap, derma darah. Mmg dpt jugak lar kurangkan takot tu tapi ketakutan tu xde la ilang trus, tetap gak menggila2 aku takot jarum, i tell u.





Setiap kali nurse nak cocok aku, mesti aku gigil2....sampai pernah aku dipujuk2 & dibelai2 utk ilangkan takot tu, cam bdk2. Cuma dorang xkasi gula2 jer, hahahaha. Kdg2 aku sampai kena cocok kat 2-3 tmpt sbb xjumpa urat. Mana aku tak b'tambah takot kan? Ada mcm2 petua yg dorang ajar aku. Ye la urat aku ni cam ssh sket nak cari, halus kot & segan2 nak timbul
(ayat nak pujuk diri sendiri).



So, ada nurse bagi petua : seminggu sblm di cocok make sure angkat benda berat atau exercise part tgn slalu supaya urat senang timbul. Aku da prektikkan mmg berkesan gak tapi slalu aku mesti terlupa petua tu & ble dtg utk cocok baru tingat. Abeh cannoooo.....




Tp tadi aku tau 1 perkara, upe2nya kalo agi kite takot agi kecut urat tu & agi ssh nak dpt darah. Ini kata nurse senior yg attended aku arini, so dia da b'pengalaman utk hadapi org cam aku tu, hehehe. Mgkn betul gak katanya atau hanya psikologi, dia berjaya wat aku relax & tiba2 masa dia cocok aku xrasa sakit. Kejap je da dpt darah aku....


Yeah finally..... berjaya.....fuhhhh legaa !!!!




Shikin JD : Sebenarnya daging tebal, urat tenggelam atau lbh tepat agi, berisi. mana nak jumpa urat....muahahahaha



Wednesday, April 13, 2011

AfiF naK waK KeTa...


Cam aku cite aritu, anak tunggal ku Afif nak blk utk semester break ujung bulan ni (pas last paper). Sblm tu dia ada gitau yg dia nak mahirkan semula bawak keta.



Sejak dia amek lesen keta pas abes je SPM aritu, sblm dia msk PLKN 3 bln & dia da lulus dpt lesen P, aku xpernah bagi dia bawak betul2. Ada xde pon 1-2 kali, tu pon siap aku cam Mak Tiri / Mak Mertua Kassim Selamat, hahahaha. Siap nak nanges la dak tu aku kejekan. Ye la nama je da ada lesen tapi bawak terkial2 sampai aku naik hangen sket [padahal aku dulu agi teruk, syhhhhh!!!].


Ala aku ada alasan garang2 ngan dia sbb aku nak dia bawak keta betul2...w/p da ada lesen lom tentu dia brani bawak kan? Agi pon tu la satu2nya keta yg aku ada, tu la yg aku wak gi keje or ke mana2....so aku lebih berhati2 & kedekut sket.


Afif ada ckp ngan aku, kalo xkasi dia bawak sampai ble pun dia xkan mahir. Mmg aku ada pk camtu gak. Ekceli dari last sem break agi aku nak soh dia brush-up blk, tapi tak dan2 je, ada je hal kite org. So, mmg aku igt nak soh dia bawak masa kat highway sbb jln straight & xmanyak belok2 sbg permulaan.


Rupe2nya dlm diam2 dia ada bawak keta masa kat Penang tu. Tu pon dia ckp slow2 tkt aku 'jerit' blk, hehehe. Dia kata dia bawak keta kwn dia sbb kwn dia xsihat masa tu, tu pon xjauh sgt. Kwn dia sewa keta tu masa kat kolej & keta tu auto katanya.


Dia gitau gak upe2nya keta auto agi senang nak bawak. Tapi aku ada gak pesan kat dia jgn sonok2 sgt nak bawak keta org sbb nanti kalo jd apa2 sapa nak tanggung kan? Harap2 dia igt pesan aku tu.



Shikin JD : Sebenarnya makcik pon da penat nak drive sana-sini, so kalo dia da ok nanti leh la dia take over stereng tu & makcik leh jd passenger jer atau mem besar, muahahaha....




Monday, April 11, 2011

IkhLas & SeTia.....


Aku terpanggil utk menulis kali ni ttg keikhlasan & kesetiaan, pas apa yg berlaku pd sorang kwn blogger aku yg teraniaya & dikhianati dgn janji2 manis seseorang. Perkara ni adalah masalah universal & boleh berlaku pd sesapa jua.



Tak kira apa hubungan sekali pon, samada persahabatan atau percintaan, saling hormat-menghormati & menerima antara satu sama lain amatlah penting.


Jgn la hubungan tu dicemari dgn niat atau agenda2 tertentu. Jgn la kite rasa malu utk akui hubungan tersebut atau cuba nak sorok dari diketahui org lain sbb kite malu sekiranya ketahuan w/p sebenarnya kite benar2 sayangkan atau ingin menjalin hubungan t'sebut.


Dari keikhlasan baru la kite dpt menerima seseorang tu seadanya & diiringi dgn kesetiaan yg mana kite akan cuba menjaga hubungan tersebut dgn baik dari 'gangguan luar' walau apa sekalipon yg melanda.



Tanpa kesetiaan kite akan mudah mencalari & melukai ati serta mengkhianti antara satu sama lain.


Terima dia seadanya tak kira samada apa kelemahan atau kekurangan dirinya krn kite pon bkn la sempurna. Kite sama2 makhluk Allah yg lemah. Sentiasa redha & jgn la sesekali mengikut hawa nafsu utk mencapai apa yg kite mahu.




Keikhlasan + Kesetiaan = Kebahagiaan



Shikin JD : Masalah ni juga la yg slalu makcik hadapi, penat taw......hmmmm




Sunday, April 10, 2011

PaSAr siaNG vs PaSar MaLam.....


Sapa yg xpernah pergi pasar malam kan? Rasanya sume org tau apa tu pasar malam & apa ada kat sana.
Kali ni aku nak stori psl pasar malam & pasar siang. Sebenarnya dua2 pasar tu sama je, ada org menjual makanan, baju2, kain2 & brg2 keperluan lain. Macam2 ada.....


Ok aku nak gambarkan 2 situasi pasar siang & pasar malam.



Pasar Malam Khamis @ 7/4/2011
Lokasi : Blakang Stadium MPS, BBS



Pasar ni aku pi sbb nak cari mkn je. Setiap hari Khamis blk dr opis aku rajin singgah sini dulu sbb aku nak beli makanan utk dinner.


Kalo dulu2 aku rajin cari Nasi Beriani + Daging Masak Hitam. Mmg sdp giler & murah. Skang aku da tukar selera ke Popiah & Otak2. Tu mmg wajib aku beli kalo gi sana. Popiah dia cam lain sket, cam dulu2 aku pernah rasa. Mmg peniaga ni xkedekut ngan ramuannya yg sedap & mewah...sambalnya pun kaw2. Otak2 tu plak biasa je tapi da sebati ngan tekak aku.


Tak yah cite pjg, jom tgk kemeriahan psr malam tu....since aku pi ptg so gerai2 ada yg xbukak agi & org pon blom ramai sgt.













Popiah Goreng & Basah feberet aku
mmg terbaik la rasanya...lain dari tmpt lain



Otak2 yg da sebati ngan tekak aku skang



Pasar Siang Jumaat @ 8/4/2011
Lokasi : Blakang Promet ke The Weld


Setiap hari Jumaat (tghari saja) dkt ngan opis aku ada Pasar Siang. Mula2 dulu penjual xbape ramai tapi mkn ari mkn ramai lak aku tgk.


Bermula dari blakang Menara Promet (Stesen Monorail Raja Chulan) sampai la ke blakang The Weld peniaga2 memenuhi ruang2 tepi2 jalan tu. Meriah wa ckp lu !!!! That's y la aku da lama xgi Pasar Malam Jln TAR sbb peniaga2 kat situ sama je aku tgk. Org yg sama gak.


Majoriti yg dtg ke situ adalah staff2 pompuan dari bbrp buah bangunan di sekeliling. Lelaki2 Islam sume gi solat Jumaat, kecuali yg 'uzur' la, hahaha. Tak yah la kite org nak tergedik2 celah2 lelaki kat pasar Masjid Negara, nanti kang abes kena lahar ngan dak Itamrazali lak...oppppsssss *motip, syhhhh hahahaha*.....


Peniaga2 kat situ ramai jugak kaum lelaki yg muda2. Syabas! mrk xmalu utk berniaga. Tapi yg xsyoknya sbb aritu kan ke ari Jumaat, hari utk solat Jumaat tapi di mana mrk bersolat??? Hmmm......ntah la.


Ok, jom tgk je la gambau2 yg aku tepek ni......











Since jalan ni bkn rasminya ditutup,
so keta2 ttp lalu situ bersimpang siur ngan manusia








Pix yg last ni saja aku selitkan nak tunjuk tmpt aku jatuh aritu pas blk dari pasar siang tu, malu xilang agi, hahahaha....


Ni la tangga di mana aku hampir tersungkur Jumaat lalu



Thursday, April 7, 2011

EnOugH iS eNouGh.....TQ


"...Don't lets someone be your PRIORITY

if you are ONLY an OPTION in their life..."


Skang ni aku ase more relax & comfortable ngan diri sendiri & situasi semasa.


Sbb aku ase da hampir pulih dari tekanan & masalah yg aku hadapi w/p sbenarnya seme tu (masalah & tekanan) xpernah bebas dari pemikiran aku & xkenal erti putus-asa atau berhenti kejar aku dari masa ke semasa.


Kalo dulu aku sentiasa 'memperhambakan diri' kpd org2 yg ku anggap 'serasi & setia' tapi skang aku mau manjakan diri aku plak yg aku da abaikan sekian lamanya.


Sekurang2nya aku da dpt kenal-pasti 'keikhlasan' org2 yg dulunya bermati2an kononnya mempertahankan & mendabik-dada bhw mereka la kwn2 aku sehidup-semati. Ada yg bersumpah bagai takkan mengkhianati persahabatan kami.


Jangan la 'berpura2' utk menyakiti org lain sbb aku takot akan tambahkan agi kesakitan & penderitaan kpd diri sendiri. Sbb aku tau sapa yg benar2 ikhlas atau tidak. Lakonan yg out-dated da xlaku agi utk dipertontonkan atau ditonton oleh penonton2 zaman skang ni.



Enough....enough..!!!



Shikin JD : Hidup ni amat singkat & bertambah singkat dari ari ke ari & carilah org2 yg terbaik utk mendampingi diri kalian. Tapis la dahulu setiap mereka, demi kebahagiaan msg2 di masa hadapan. Mgkn ada antaranya telah terlepas pandang dek mengejar sesuatu yg xpasti.

Jgn sekadar tangkap muat atau mengambil kesempatan utk kepentingan diri sendiri. Jgn memperguna atau dipergunakan. Kelak yg akan menanggung segala2nya adalah diri sendiri. Sayangilah diri sendiri dahulu.

GOOD LUCK BEB..!!!
(pesanan ni termsk kpd diriku sendiri).





Wednesday, April 6, 2011

ANak HiLanG...!!!


Td masa otw dtg keje aku dgr berita kat radio Hot FM **matiler promote**, kisah kehilangan sorang anak kecil (1 thn 9 bulan - kecik sgt woo) atas sbb kelalaian ibu/bapanya. Mujur la anak tersebut akhirnya selamat dipertemukakan dgn kuarganya selepas hampir 24 jam.


Berita tersebut leh la kowang baca kat sini.


Aku paham camne prasaan parents/family kanak2 tu sbb A-K-U ** P-E-R-N-A-H ** H-I-L-A-N-G ** A-F-I-F. Perkara ni mmg menghantui aku sampai skang.


Kejadian tu berlaku masa kami baru blk dari kg my x-hubby. Masa tu kami msh xde keta agi (ye la mesekin **nanges**), so kami berulang-alik naik bas je ke kg. Ble bas sampai je kat Pudu Raya perut aku lak xtertahan2 nak wat 'big job', hihihihi, so aku gitau kat my x-hubby aku nak ke ladies room & aku akan bawak Afif sekali sbb dia nak buang air kecik. Since Afif masa tu msh kecik, lbh-kurang 3 thn kot, so w/p dia lelaki tp msh dikira kanak2 & tak salah kalo msk toilet pompan.


Masa tu dlm toilet komain ramai agi org beratur (kebetulan masa tu musim perayaan), so ble sampai turn aku, Afif da mula boring. Mula2 aku seret dia msk dlm toilet tu sama ngan aku cam slalu (tapi aku soh la dia tutup hidung & pusing blakang, hahahaha). Tapi pas dia buang air, dia nak kuar & tgu kat luar. Ntah ngape aku tiba2 cam leh caya lak kat dia & aku soh dia tgu kat luar & jgn gi mana2. Ble aku selesai 'urusan rasmi' aku tu, aku kuar & tercari2 Afif. Masa tu org msh ramai kat dlm tu.


Aku mula panic ble tak nampak langsung kelibat Afif. Aku puas tanya sana-sini samada org2 kat situ nampak dia. Akhirnya ada sorang pompan gitau yg dia ada ternampak Afif da larik keluar dari toilet tu.


Masa tu aku da mula menangis & menggigil ketakutan. Puas aku pusing sana-sini cari2 & aku takot nak gitau kat my x-hubby ttg hal tu. Aku cam nak meraung je masa tu, tapi mata aku ttp liar cari2 gak & berdoa pada Allah agar anakku selamat w/p aku msh xyakin akan jumpa ngan dia semula.


Masa tu aku sempat terbayang yg Afif dijumpai oleh org 'jahat' & xbertanggungjawab & jdkan dia peminta sedekah pas potong tgnnya....adoooi aku xdpt nak bayangkan sume tu. Agi mencurah2 airmata aku masa tu.


Ble aku da xdpt nak cari2 agi aku nekad utk gitau kat my x-hubby. Tapi aku msh menaruh harapan yg Afif selamat. Dari jauh tiba2 aku ternampak kelibat Afif .......jeng.....jeng....jeng..... (bg suspen sket).....













................kat sebelah abahnya **fuhh lega**.


Masa tu aku trus peluk Afif & tanya dia ngape dia lari kuar dari toilet tu. Katanya dia cari abahnya. W/p masa tu dia kira kecik agi tapi dia dpt cari mana abahnya tgu kami. Tmpt abahnya tgu tu leh katakan jauh gak la & nak ke sana jalan berliku2, tambah2 dgn org yg terlalu ramai.


Aku trus tarik nafas lega w/p msh menggigil2 lagi & aku trus stori-mori kat abahnya. Yg pelik tu abahnya relax je dgr cite aku tu sbb dia yakin anaknya mmg bijak & brani (ye la sorang bapa & ibu xsama prasaannya, ibu lebih halus & sensitif lbh2 kalo melibatkan anak kesayangannya).


Lepas dari kejadian tu, aku mmg extra care & more protective dgn Afif. Walau ke mana pon kami pergi aku akan make sure dia ada kat sblah aku & aku sentiasa pimpin & genggam tgnnya kuat2 lbh2 kalo berada kat 'crowd'.


Sampai la skang ni aku ske pimpin tgnnya lebih2 kalo melintas jalan tapi tau2 je la anak da remaja tentu dia malu kan. So ble kami melintas jalan saja aku dpt pimpin tgnnya w/p dia cam nak tarik2 je tgnnya tu, hahahaha. Tak kesah la yg penting aku xnak agi kehilangan dia.


Ye la nak dptkan zuriat bkn senang, lebih2 agi pas penat aku tgu, ' berhempas-pulas ' & ' tunggang-terbalik ' **matiler 18 XXX** selama 3 bulan pas nikah baru la zuriat aku yg tunggal ni berputik di rahim ku & itu saja la zuriat ku yg ada.


Afif, 5thn @ Pudu Raya
Masa kejadian dia lebih kecil dari ni
Tgk la wajahnya yg nampak bijak & brani

(ye la ibu mana yg xpuji anaknya kan, hahaha)



Shikin JD : Moral of the story - jaga la anak2 kite dgn baik kerana itu adalah amanah Allah & bakal mewarisi keturunan kite walau bagaimana kite sibuk & penat sekali pun sbb jika kite da 'kehilangannya' hidup kite akan turut hilang. Aku ttp pelik dgn org2 yg sanggup membuang/membunuh zuriat sendiri.



Monday, April 4, 2011

AnaK oH aNak !!!....


Smlm aku tgk ABPBH 2010 kat TV3 sensorang jer. Dlm keadaan yg xbape sihat sbb cam dpt flu again (adeiii lately kerap lak aku dpt flu), mata pon stim2 & badan pon lemah2 & xde mood sgt tapi gigih gak nak nengok.


Da la cuaca pon panas menggiler so wikens aku mmg lepek & lepak kat umah je la, langsung xkuar mana2 (w/p spatutnya aku plan nak gi workshop utk service keta aku yg da over limit tu) kecuali Saturday nite (da midnite masa tu), Along ajak kuar gi mkn (sbb dia banjer aku on je w/p xsihat, hahahaha). Tapi xbape selera nak makan gak, w/p order Mi Bandung tapi aku hirup kuah jer, mi tolak tepi.


Pjg lak mukadimah aku ni, hehehe.....ok back to ABPBH punya stori, ni xmsk agi bab anak cam tajuk kali ni. So, sambil nonton sambil terlena2 gak sbb cam aku ckp la xsihat sgt. Ble part Shaheizy Sam menang besar Artis Paling Popular 2010 & tgk mak kesayangan dia naik pentas, tup2 aku terindu lak kat anak tunggal aku, Afif yg skang kat Penang tu. Camtu la sorang ibu yg akan berbangga ble lihat kejayaan anak yg pernah dikandungnya selama 9 bulan. Tapi aku xkan la wat cam mak dia tu, malu weiii, hahahahaha.


Back to Afif, sblm tu dia ada la gitau last paper dia 30/4/2011 & katanya mayb dia nak blk pas abes je paper tu. Dia tanya samada aku nak amek dia blk ke tak utk semester break tu. Aku gitau kat dia kemungkinan besar aku xkan amek sbb kalo aku gi amek dia tentu kena spend bout RM200-250 utk minyak & toll. Tu baru 1 trip je. Tau2 je la keadaan aku ni kan, so kami kena berjimat. Duit sebnyk tu aku leh guna utk banyak mende.



Aku gitau dia kalo dia nak aku amek dia aku leh naik bas & gi amek dia naik teksi dari stesen bas. Tapi pastu dia gitau xpe la dia xnak ssh2kan aku. So dia akan blk sendiri & simpan brg2 dia kat universiti & dia bawak balik brg2 yg perlu jer. Sblm ni 2 semester aku jemput & antar dia semula ke sana.


Afif gitau dia ada sebulan utk break kali ni & kemungkinan lbh pendek kalo ada perkara yg memerlukan dia blk awal ke sana (nanti aku stori lain kali kalo da jd). So, pala otak aku ni da plan2 apa nak masak utk dia, nak gi mana & xtvt kami bersama nanti.


Ati aku berbunga2 sbb aku terlalu rindu kat dia. Ye la sejak dia last blk ke KL masa CNY aritu kami xberjumpa agi. Aku nak ke sana pon ntah ble sbb bnyk lak hal & dia pon xbalik2 cuti ke KL sbb nak jimat blanjer (FYI dia ni mmg 'kedekut' & penjimat sket, dia xkan spend duit dia for nothing selagi dia leh berjimat & aku paham sgt pangai dia tu).


Aku pengunjung tetap masa Afif kat PLKN Semenyih
(muka sememeh, berkilat & botak tp ttp ensem di mataku)



Sunday, April 3, 2011

TeRsuNGKur Di Kaki TanGGa....





Last Friday (1/4/2011) masa kat ofis aku hampir tergolek dog kat kaki tangga opis masa kuar lunch (actually menapaw). Slalu aku kalo ke opis mmg kai high heel shoes sbb leh naikkan tahap keyakinan diri. Tapi ble dlm opis aku tukar ngan slippers sbb mudah berjln. Tp ble aku kuar je dari opis trus aku tukar lek ke high heel kecuali kalo ada urusan rasmi ke toilet, hehehe.



Smlm tiba2 kaki aku cam sakit sket, so aku ubah fikiran utk kai slipper je masa kuar dari opis. Esp during lunch time, org kan ramai slalunya aku xnak nampak cam merayap2 je ble jalan, tapi smlm aku nekad je kai slipper.



OTW back to office, masa naik tangga kat lobby, tup2 aku hilang balance & hampir tersungkur bape kali & aku ttp cuba control diri & cuba berdiri tapi ttp nak tersungkur gak di setiap anak tangga tu. Sebbaik aku dpt b'tongkatkan tgn kat tangga. Masa tu kebetulan ada sekumpulan org ngah nak kuar gi lunch. Mujur la majoriti adalah pompan since ramai lelaki da kuar gi masjid utk solat Jumaat. Masa tu xtau mana nak letak muka. Mujur ada sorang yg aku kenal kat blakang aku. Dia pon trus tegur & usap blakang aku.



Yg aku pelik tu ngape masa aku kai slipper lak leh jatuh sbb slama ni aku xpernah jatuh masa kai high heel (w/p dlm ati slalu cuak & berhati2). Abes sudah kecunnan aku hilang ntah ke mana, hahahahaha.


Termalu2 aku masa jalan ke lift dgn kwn aku tu. Mesti pakguard2 ramai nampak, adeiiiii, takkan aku jejak agi kat tangga tu wat masa ni....aku rasa cam nak bako....nak bako je tangga tu, leyyy??? Hahahahahaha.....



Shikin JD : Moral of the story : sentiasa berhati2 di mana2 jua.....sbb kite xtau samada kite akan berdepan dgn bermacam2 dugaan & masalah yg kite tak jangka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...