Tuesday, December 16, 2008

TiNggAlkAn Ku - AnUaR zAiN


Aku ske lagu ni, rupe2nya aku tak keseorangan pasal aku dpt tau ada seseorang tu pun ske lagu ni. Sapa dia???? Rahsia....syyyyyyy.

Dlm keta aku mesti putarkan lagu ni, ntah ngapa skang lagu ni cam dekat ngan aku. Mmg kdg2 aku leh nanges nyanyi sorang2, ntah ngape ek? Maybe lirik tu yg wat aku camtu. Hmmm...

Tiada niat apa2 cuma ske lirik & lagu ni je.

Pesanan Shikin JD : Oleh kerana dilampirkan sekali lagu ni, so pls OFFkan SOUND MP3 SYAHDU dulu (belah kanan blog ni) utk dgr lagu ni. Nikmati la....

Katamu cinta telah tiada,
Sendiri aku menahan pedih ini,
Hilang semua rasa habis begitu saja,
Untuk bersama buat selamanya...

Katamu dia yang lebih sempurna,
Dialah dijiwa, dia lafas asmara,
(Bisikan kata-kata akhirmu itu menusuk jiwaku)
Kini kau datang untuk kembali,
Padaku...

Pergi sudah tinggalkan aku,
Ku tak ingin engkau ada,
Kembali lagi ke dalam,
Cerita hidupku ini,
Ku bahagia tanpa dirimu,
Biar begini adanya aku,
Tanpamu ku temukan sinarnya...

Bisikan kata akhirmu itu menusuk jiwaku,
Kini kau datang kembali,
Padaku lagi...

Pergi sudah tinggalkan aku,
Ku tak ingin engkau ada,
Kembali lagi ke dalam,
Cerita hidupku ini,
Ku bahagia tanpa dirimu,
Biar begini adanya karna,
Tanpamu ku temukan sinarnya...

Usah lagi kau guris hatiku,
Ku tak mahu lagi,
Merasakan hadirmu dalam duniaku,
Pergilah... Dari hidupku...

OoOoOo...
Tak ingin kau ada...

Pergi sudah tinggalkan aku,
Ku tak ingin engkau ada,
Kembali lagi ke dalam,
Cerita hidupku ini,
Ku bahagia tanpa dirimu,
Biar begini adanya karna,
Tanpamu...
Ku temukan sinarnya...

Karena tanpamu,
Ku temukan sinarnya.....


Monday, December 15, 2008

RoNda2 NgAn AloNg & AnGaH

Harini aku gi ronda2 ngan Along & Angah.
Best giler & puas sgt.
Sapa Along???
Sapa Angah???
Aku terjumpa ngan model yg bakal malatup
Sapa dia???
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu......

Saturday, December 13, 2008

RoNda2 KaT kLCc


Mula2 aku ajak Afif gi Seremban utk tgk show majalah Hai yg ada Nubhan tu kat Seremban Parade esok Ahad, 14/12/2008. Bersemangat aku nak gi mula2 tu. Ye la da lama aku tak gi jumpa Nubies. Ble aku ajak Afif gi sama, dia terus setuju je, slalu dia mmg leceh sket kalo aku ajak ikut aku jalan2 lebih2 lagi kalo aktiviti2 Nubhan FC. Yela dia takot dia boring kot, yela dia kan ke pendiam sgt.

Tapi aku tak dpt gi Seremban atas sbb2 yg aku tak leh nak citekan. Demi menjaga hati seseorang, aku berkorban. So kira cam nak ganti la esoknya tu aku ajak Afif gi jalan2 kat KLCC harini, 13/12/2008 (Sabtu). Afif ajak naik LRT, so aku bawak keta park kat Terminal Putra Gombak.

Masa : 2.00pm - 2.30pm
Lokasi : Terminal Putra Gombak - KLCC

ke Terminal Putra Gombak


Afif beli ticket kami


Masa : 2.30pm - 3.00pm

Lokasi : - KLCC

Sampai je kat sana, aku rasa cam lapar sgt, so ajak Afif makan. Mula2 dia kata tak nak makan, nak minum je tapi ble tgk aku dah order makanan, tiba2 dia pun rasa cam nak makan gak. Aku makan Chicken Wantan Noodle & Afif, Kebab & Fries. Pastu kami gi Tanjung Golden Village (TGV) tgk ada cite best tak. Survey2 rasa cam bnyk dah fully-booked. So kami proceed gi PC Fair la kat Convention Centre.

Giant Xmas Tree


Chicken Wantan Noodle yg aku makan

Kebab & Fries yg Afif makan

Masa : 3.00pm - 4.30pm
Lokasi : KLCC - Pusat Konvensyen Centre

on the way to Convention Centre
melaut manusia

Wah, ramai giler la manusia2 yg nak ke PC Fair. Yela skang ni kan ke zaman IT. Setiap umah sepatutnya sudah mempunyai sekurang2nya 1 PC. Mula2 nak melintas je kat taman KLCC tu tapi dek kerana ujan, kena la guna jalan bawah. Jauh gak la jalan tu, berebut2 la nak masuk ke sana. Entrance kat bhg parking bay tu lak situ la kuar, situla masuk so mmg packed tol la.

situ la entrance, situ la exit

mula2 kami msk sini

Aku pusing2 mula2 igt nak cari battery utk laptop aku. Yela laptop aku tu kira nyawa2 ikan, kalo tak disambungkan ngan charger haram dia nak idup, so kalo nak bawak gi mana2 tak leh la jauh dari plug, hampeh!

Cari punya cari, susah tol nak jumpa. Ada yg ckp kena tgu sebulan la nak order sbb bateri tak leh simpan lama2 katanya., ada tu soh aku gi kat Low Yat cari, kalo camtu tak yah la aku gi PC Fair tu. Alang2 nak meniaga bawak je la sume. Last2 ada tak de aku belilah lagi laser mouse & earphone. Bkn tak de saja gatal2 nak ganti, hehehehe. Earphone tu leh la simpan kat ofis, yela pc kat ofis mana ada speaker, kalo ada haru la bingit msg2 nak dgr lagu kan?

laser mouse

earphone

Masa : 4.30pm - 7.30pm
Lokasi : KLCC

Jenuh gak la pusing2 gi exhibition halls tu, jauh2 gak la, sampai lecet2 kaki. Ble dah penat pusing2, kami balik ke KLCC semula. Cadang nak tgk wayang lak. Afif ckp tgk Wild Child je la ada show 7.30pm. Beli ticket lu pastu gi solat . So sempat la maghrib dulu. Sebelum tu lepak2 sbb kaki dah lecet & kepenatan. Adooooooi mmg la aku lupa lak pakai stocking tu yg tak tahan tu.

Masa : 7.30pm - 9.40pm
Lokasi : Hall 12, TGV

Best gak cite tu tapi aku cam kecut beku kesejukan. Da la baju nipis mmg tak plan nak tgk sampai ke malam tu, so tak bawak la baju tebal. Takpe la yg penting cite best, sabar je la.


Masa : 9.40pm - 10.00pm
Lokasi : KLCC - Terminal Putra Gombak

Da penat sgt malas nak jalan lagi, pas abis je show tu kami pakat nak pulang je la. Sampai umah dlm 10.10pm. Adoooi mmg penat giler, sbb bnyk jln.

Thursday, December 11, 2008

SahAbaT kU - eP 3


Persahabatan ku
teruji.

Sahabat ku Sayang,
Aku
bkn nak menguji mu, tapi spt yg aku pernah beritahu kamu yg aku ingin bersikap telus dlm persahabatan, so aku dah buat spt apa yg aku ckpkan.

Aku tak sanggup 'melukakan' hatimu
Aku tak sanggup 'menganiayai' kamu
Aku tak sanggup melihatmu berduka
Aku tak sanggup persahabatan kite terlerai

Tapi aku sedih ble kamu dah tersalah tafsiran cara ku. Dah bermacam2 dugaan & cobaan yg kite tempuh. Hanya kerana kesilapan faham, kamu spt memusuhi ku.

Aku benar2
menghormati kehendakmu, so aku ikut apa yg kamu sarankan demi kebaikan persahabatan kite. Itupun jika kamu masih menganggap & sayangkan persahabatan ini.

So sahabatku, fahami la diriku.

Wednesday, December 10, 2008

rUnTuhAn TaNaH vs hATi


Kesah runtuhan tanah lagi. Kali ni kat Bukit Antarabangsa. Adoooi 2 kawan ofis aku terlibat. Dua2 tak dpt nak kuar dari kawasan rumah mereka kerana jalan dah tak ada. Nak kol pun tak dpt sgt. Ble ujan & ujan & ujan ni aku mula cuak. Bkn pasal tu je tapi di mana2 la.

Ni yg geram ni, dah tertulis oleh Allah bhw jgn musnahkan pasak bumi (bukit). Ni sket2 tarah...tarah, ble dah jadi camni baru nak sedar. Ye la kawasan bukit mmg la nampak cam high class sket tapi kena la fikir keselamatan. Jgn igt nak cantek je.

Sana sini berlumba2 nak tarah bukit2 nak jadikan penempatan. Lagipun sume tu dah musnahkan alam semulajadi yg cantek. Aku ske tgk bukit2.

W/p aku juga tinggal di kawasan tanah tinggi tapi kawasan kami ok sket sbb bkn bukit yg ditarah cuma kawasan berbukit. Kat depan umah aku dulu pemandangan mmg menghijau ngan bukit2, cantek sgt. Ble pagi lepas ujan atau sejuk nampak la cam kabus, cewah cam dok kat luar negara lak, hahahaha. Aku rasa cam nyaman je dok kat sini dari kecil tapi skang ni aku tgk bukit2 tu pun dah cam nak gondol.

Sampai bile la nak jadi camni???


Shikin JD : rasanya ni baru aku menulis dlm keadaan yg terlalu marah. Selama ni w/p aku disakiti aku ttp berdiam diri, aku bnyk bermain dgn perasaan dalaman ku sendiri je. Aku hanya menulis luka2 yg didalam hatiku.

Aku mmg tak ske nak balas2 nanti jadila sama taraf cam ngan org2 yg sakiti aku. Kali ni baru aku menjawab sket ngapa aku berdiam diri ngan segala 'tembakan' org. W/p sedih, pedih & perit ngan apa yg aku lalui tapi aku ske berdiam diri dlm tulisan ku.

Tak dinafikan aku mmg sedih, pilu ngan apa yg aku dpt selepas aku berbaik ngan org. Kdg kala cam sia2 je perhatian & kasih sayang yg aku berikan. Umpama madu dibalas tuba. Tapi camne pun aku mmg benar2 ikhlas menyayangi seseorang. Terpulang kepada mereka menilainya. Kalo itu yg mereka anggap, aku tak dpt nak berbuat apa2.

Tuesday, December 9, 2008

RaYa vs sEnGguGuT


Aku kena senggugut, tak tahan aku. Tapi tak seteruk cam penah bbrp kali aku sampai terguling2 atas katil w/p once in a blue moon. Aku bkn jenis kena sejak dari zaman anak dara. Dolu2 aku ok je, tak sedar, tau2 kuar je, tapi sejak lepas bersalin ada la sekali sekala aku kena. 1st time kena rasanya masa Afif umur 7-8 taun kot. Tapi ble kena mmg teruk tol la. Sampai kena makan obat la. Kdg2 malas nak makan, tahan je la.

Tapi lately cam selalu lak. Aku jadi lemah sbb perut asyik sakit je. Da la cuaca pun tak bape baik, hujan saja, aku pun sama camtu gak.

Malam raya, area tmpt kami mmg selalu lakukan bacaan takbir dari rumah ke rumah menyambut ketibaan hari raya tak kira la samada Aidil Fitri atau Aidil Adha. Tapi yg pegi tu hanyala kaum2 lelaki saje, kaum perempuan menunggu di rumah menyediakan juadah utk mereka.

So kali ni umah kami cam biasala selalu jadi antara the last house. Dorang sampai da kol bape, da pagi pun, dlm kol 1 pagi kot. Kali ni kami jamu sateyyyyyyyyyy. Lain2 makanan tu adalah sket dan buah mangga. Mmg syahdu ble dgr takbir raya yg dilaungkan. Afif mmg tak penah miss ikut sejak dia kecil lagi. W/p kini bapenye dah tak tinggal ngan kami, dia ttp meneruskannya bersama2 pakcik2nya, Cik Man & Pak Teh (adik2 ku). Wan pun tak blk kg kali ni, so meriah sket la. Adek je blk Kelantan kg suaminya. Angah sejak arwah Abg Yahya tak de thn ni dia mmg slalu ngan kami, tapi smlm dia dtg da ptg sbb ujan, pas ziarah kubur2 dia baru sampai.

Raya kali ni kami wat kelainan. Yela dah boring sgt makan nasik impit kuah kacang, lodeh, rendang. Yela makanan tu tak raya pun leh dpt, lagipun baru lagi kami makan masa gi PD haritu. Kdg2 kami wat Nasi Ayam, Mee Jawa atau lain2 yg terlintas. So kami wat simple je....Nasi Lomak, hahahaha. Best ape da lama tak masak nasi lemak, selalu beli je.

Along best la skang ni, rajin...dia jadi mastermind, tak cam dulu2 aku & mak aje yg wat sume, maybe sejak mak da tak de dia take over jadi 'ibu' pada kami sume.

Aku bnyk abiskan masa duduk je pas masak & sekali sekala on9 sbb perutku pun tak bape baik kan? Pastu makan, tido...layan org??? Org lain leh layan, hahahaha.

p/s :

nanti aku korek2 pix dari adik ku, rasanya cam dia ada ambil masa takbir tu

Sunday, December 7, 2008

sELaMaT hAri RaYa AiDiL aDhA


10 Zulhijjah merupakan Hari Raya Aidil Adha/Korban utk seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Makkah sekali lagi menerima tetamu2 Allah yg bakal menunaikan ibadah haji, rukun Islam yg ke 5. Bile agaknya aku dpt kesana???

Masjidil Haram, Makkah Al-Mukkaramah

Setiap thn semasa aku kecik & kedua2 ibu bapa ku masih ada, kami akan menyambutnya dgn meriah. Tak kira samada Aidil Fitri atau Aidil Adha sama saja meriahnya. Lebih2 lagi selepas kedua2 mereka bergelar Haji & Hajjah. Tetapi makin lama sambutan makin kurang meriah, ntah mengapa. Lebih2 lagi selepas ketiadaan kedua2 mereka, kami hanya menyambutnya sbg berkumpul dgn keluarga sahaja w/p tak semua yg ada. Ye la kan, ada adik beradik ku yg berkahwin dgn org luar dari KL/Selangor, so dorang pun bergilir2 pulang ke kg suami/isteri msg2.

Disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca2 blog ini & juga sesiapa yg mengenali diriku (w/p yg tak dpt msk ke sini). Tak payah aku menyebut nama2 kamu semua kerana aku tujukan kepada semua yg beragama Islam. Jika ada terkasar bahasa, kelakuan yg menjolok mata atau yg tersirat di hati kamu sume, aku dgn rendah diri mengambil kesempatan ini utk memohon ampun & maaf.


Saturday, December 6, 2008

HiDuP uNtuK bErSyuKuR


Maafkan aku, kira aku copy atau lebih tepat lagi, 'rompak'....hahahaha, tajok ni dari blog kawan Farell (maaf Farell, huhu) aZRaai@lidotsavadak (link) yg amat menarik perhatian ku. Farell pernah copy-paste mesej tu kat blog (link) dia gak.

Mesej yg Azraai tulis yg katanya dia dapat dari Bella (ntah btol ke tak aku ni...adooi aku ni kira rompak atas rompak, kekeke). Tapi aku rasa elok utk dikongsi, mende yg baik apa salahnya diperpanjangkan dok?

aZRaai@lidotsavadak wrote :

Hidup dalam dunia ini untuk bersyukur

Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu;
~kerana dialah orang yang menabahkan kamu~

Bersyukur kepada orang menipu kamu;
~kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu~

Bersyukur kepada orang yang tidak endahkan kamu;
~ kerana dialah yang memupuk kamu berdikari~

Bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu;
~ kerana dialah yang memperhebatkan abiliti kamu~

Bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kamu;
~kerana dialah yang menguji kesabaran kamu~

Bersyukur dengan segala ujian dari NYA;
~kerana semuanya meningkatkan iman kamu~


Shikin JD : Amat mendlm pengertiannya. Marila kite sama2 renungkan, hayati & kukuhkan keimanan kite, insyaallah....amin.


credits to :
Farell,
aZRaai@lidotsavadak & Bella


Friday, December 5, 2008

pEsaNaN uNtuK mU


Apa masalahmu???
Mengapa mendiam diri???
Keluar la, ceritakan pada ku.

Tak kesian kah dgn ku yg melalui bermacam2
mimpi ngeri??

Ohhhhh malangnya nasibku.

aDa UnTuKmU gAgaL mEneMpaTkAn DiRi Ke JuaRa LagU


Gagal
....tapi akuuuuuuuuuuuuuuu puas. Ini baru permulaan, sekurang2nya Nubhan mendpt pengalaman berharga. Sepentas & bersaing dgn nama2 besar spt Anuar Zain, Ziana Zain, Faizal Tahir, Spider, 6th Sense. Itu sudah menjadi satu kejayaan besar utk nama kecil yg bakal menjadi besar satu hari nanti, insyaallah...amin.

Akuuuuuuuuuuuuuu bangga. Akuuuuuuuuuuuu terharu.

Aku juga tak berkelip mata menonton & menikmati lagu2 kegemaran ku spt dendangan Anuar Zain & Faizal. Lagu2 mereka tu mmg bnyk memberi erti kepada kehidupan ku.

Actually sume lagu2 yg bertanding bagi kategori Balada Separuh Akhir mmg mempunyai kekuatan msg2. Pentas yg simple & nyanyian yg tak sarat barat dgn penyanyi2 latar, msg2 menonjolkan kekuatan suara mereka.

Tahniah kepada sume peserta2 Separuh Akhir Balada. All of u deserved it.

Thursday, December 4, 2008

aDa UnTuKmU ke SePaRuh aKhiR mUziK2 tV3

Esok, Jumaat, 5 Disember 2008 bermula jam 9 mlm bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Nubhan akan bertarung dgn peserta2 Separuh Akhir Muzik2 2008.

Ramai nubies yg akan turut memberi sokongan kepadanya. Aku??? Hmmm dok depan TV je la jawabnya. Tapi aku ttp memberi sokongan padu pada Nubhan. Aku juga berdoa kepada Allah agar Ada Untukmu & Nubhan akan mendpt tmpt di Juara Lagu 2008 nanti, insyaallah...amin.

Aku ada sms kat Mr Manager, Vern smlm, 3/12/2008, w/p aku kini bkn lagi sbg Vice President Nubhan FC, tapi jgn lupa aku ttp nubies yg dari awal lagi memberi sokongan kepada Nubhan.

Shikin JD : "Congratulation utk Nubhan & the composer utk lagu Ada Untukmu tepilih ke peringkat sparuh akhir & wl pray msk Juara Lagu. N thanks to u jaga Nubhan terlalu baik. Tk k of ur health. Salam to Nubhan"

Vern : "Reply from Nubhan > Thanks mamapip. Harap2 dpt msuk final, hehe"

Tak sangka lak aku yg Vern forward kan msg aku kat Nubhan. Yela aku bkn nak mengendeng2 ngan Nubhan, aku pun tak pernah kesah nak minta atau terhegeh2 nak cari no hp Nubhan. Bagi aku, sokongan ikhlas adalah penting. Thanks to Vern yg faham bhw aku benar2 meminati & menyokong Nubhan w/p sekarang hanya dari jauh sahaja.

Jika Nubhan terpilih ke Juara Lagu

Aku??? Hmmmm...maybeeee....

Wednesday, December 3, 2008

mAtaHaRikU - AgNeS mOniCa


Tertutup sudah pintu .. pintu hatiku
Yang pernah dibuka waktu hanya untukmu
Kini kau pergi dari hidupku
Kuharus relakanmu walau aku tak mau

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak aku terdiam sepi

Dengarlah matahariku suara tangisanku
Ku bersedih kerna panah cinta menusuk jantungku
Ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
Tentangku yang tak mampu

menaklukan waktu

Berjuta warna pelangi didalam hati
Sejenak luluh bergening menjauh pergi
Tak ada lagi cahaya suci
Semua nada beranjak

aku terdiam sepi


Shikin JD : Lagu yg tiba2 aku terleka mendgrnya. Liriknya leh di apply utk macam2 situasi bkn hanya utk cinta sahaja.....semoga aku tak melalui saat2 pilu spt ini

Monday, December 1, 2008

bErCuTi ke PoRt DiCksOn

Along ajak kami gi bercuti ke PD mgu ni. Mmg la mula2 mcm2 hal, igt da tak jadi, tapi last2 jadi gak. Masalahnya sume hotels/resorts penuh la...so Along usaha gak kol sana sini. Last2 dpt gak la tapi gi 2 tempat. 1st kat Ancasa Allsuites Resorts & Spa, kat Telok Kemang; 2nd kat Marina Bay. Along & angah gi dulu Jumaat, siang 28/11/2008. Kami adik2nya yg lain tak dpt cuti, keja lagi.

Along soh aku wat kuah kacang.....adooooi masak tu lagi. So aku wat persiapan memasak lepas blk keja malam tu. Bnyk gak la aku masak. Lain2 adik badik pun ada tugas msg2. Along masak sambal tumis ikan bilis, Angah wat rendang daging, Fariza (adik iparku-isteri Wan) kari ayam. Adek??? takpe dia bagi tugas masak masak kat sana, hehehe.

28/11/2008 (Jumaat)

So aku & Aman (adik lelaki, ke5) ajak gi sama2 lepas blk keja (malam Jumaat) tu. Mula2 plan dia akan dtg amek aku & Afif kat umah malam tu, tapi last minute keta dia lak wat hal. Dia kol ckp keta tak leh start, ntah apa masalah...keta dia majuk la tu sbb dia cadang nak beli keta baru. So dia soh aku bawak keta aku gi jemput dia kat umah. Masalahnya aku lak tak tau nak gi umah dia tu, dia baru pindah dok Cheras. So pas ting tong ting tong, aku kol Wan (adik lelaki, ke4) soh antar gi sana (dia naik keta dia la, kira aku follow dari belakang). Ting tong ting tong lagi, last2 dia kata ok.

So kami, aku, Afif, Di'ah & Udin (dua tu anak2 Wan) berlepas dari umah kol 10.30pm, sebbaik tak jam cuma ujan lebat lak time tu, aku dah la tak nampak jalan sgt, pastu ujan lebat, adoooooi teruk tol masa tu. Akhirnya kami sampai umah Aman tapi ujan masih turun. Dia tanya aku nak drive ke dia....aku ckp biar aku je la yg drive nanti kalo aku penat aku soh dia take over. Sebelum tu amek jacket kat bonet sbb dlm keta sejuk giler, tak tahan aku.

Ngantuk lak aku, mula2 ok sbb borak2 tapi lama2 msg2 dah penat kot senyap tu yg lagi parah. Bape kali Aman pesan kat aku soh slow down, dia kata aku drive laju. Apa 140 km/h tu laju ke? Siap gi ngadu kat Along lagi, hish.

Selamat Datang ke Port Dickson



floor tmpt kami nginap

Akhirnya kami sampai gak ke tmpt yg dituju jam 12.30am. Alhamdulillah. Tgk Angah, Farra, Ryan, Thirah dah tido lena. Mamat & Udin je dlm proses nak belayar. Sampai2 je lapar gak la, makan apa yg ada sket utk alas perut. Borak sikit2 & bincang mana nak tido. Tapi tmpt tu mmg luas tol w/p bilik 1. Angah & anak2 tido dlm.

Aku cam biasa la cuba2 nak on9 dari sana tapi hampeh, kena gi kat lobby baru leh on9 tu pun kena bayar. Tak yah la on9, so aku tido cpt la malam tu. Along soh aku tido dlm tapi aku kata takpe mana2 pun boleh. Ble keadaan tambah sejuk aku masuk bilik terus naik atas katil, menyusup dlm simut Farra, waahhhh, bestnya aku rasa, terus aku tido. Along masuk2 aje gelak sbb mula2 aku tak nak tido situ.

dari verandah bilik kami, mengadap ke laut

Thirah & Udin berposing manja

view yg cantek dari varendah


Afif melayan Ryan

29/11/2008 (Sabtu)

Kami bersarapan di sana ramai2. Oleh kerana voucher hanya utk 2 dewasa & 1 kanak2, the rest sponsored by Aman. Aku bekpes tak mandi lagi tau hahahahaha. Pas tu kami jalan2 kat situ tgk ada kuda padi, main2 la ngan kuda2 tu. Sekor tu garang komain, pantang aku sentuh nak menyondol je, lagi sekor baik je.

bekpes sponsored by Aman, huhu

slalu Farra ssh nak makan

apa la yg dikuis2 Afif ni, makan je la

kuda yg gelap (kiri) garang tol, yg lagi sekor (kanan) ok je

w/p ada swimming pool tapi bdk2 tu nak gak gi mandi laut

Along & Aman sdg memujuk Thirah utk masuk ke laut...penakot tol

Di'ah, Ryan, Farra

Farra (anak ke-2 Angah)

Aman (adik ke-5)

Afif (anak tunggal ku)

Aman, Along & aku

Mamat (anak sulong Wan)

Thirah (anak sulong Adek)

Udin (anak bongsu Wan)

Di'ah (anak ke3 Wan)

Pastu Along & Aman ajak gi jalan2 kat tepi pantai tu. Bdk2 pun nak mandi2, tapi aku malas la, kami tgk2 je la dorang mandi2. Aku mmg tak cadang langsung nak mandi laut. Pastu si Farra ajak naik banana boat, soh kami kira2 la sapa yg nak naik. Tgk2 aku, Afif, Farra & Mamat je sbb lain2 tak nak, takot. Tapi last2 org boat tu ckp kalo kami tambah lagi RM10 dia akan bawak jauh sket, pastu Aman nak bayar tapi aku cadangkan baik dia join sekali. So jadi la kami ber5. Org tu tanya samada nak dijatuhkan ke tak, aku cpt2 ckp tak nak sbb aku takot, tapi Farra & Mamat da bisik2 kat org tu nak jatuh, tapi aku tegaskan lagi tak nak. Org tu soh aku bukak spek, aku ckp camne nak tgk kalo tak de spek, tapi dia kata takot jatuh..so ikutkan je la.

briefing oleh org boat

aku sedang diikat-ketatkan life jacket
yg penting, life jacket kaler oren, huhu

aku diarahkan tidak memakai spek, krn takot terjatuh

berjalan ke banana boat

sebelum memulakan perlayaran

So masa lom bergerak tu kami dilambung2 ombak, adoooi gerunnya. Camne la nanti ble bergerak sbb mula2 dah seram. Tapi makin bergerak makin ok lak aku rasa. Timbulla excited, sekali2 kami menjerit2 gak la, hahahaha.

sebelum membuat terjunan maut, hahahaha

Dlm tak nak basah tu pun last2 ble dah abis pusingan kami kena gak harungi laut tu, basah gak la baju aku. Tapi yg penting seronok tol, puas.

kepuasan berganda

Pastu kami blk ke bilik sbb kena bersiap2 utk check out. Ooo ye, kami hanya dpt semalam je sbb 29/11/2008 tu tak de bilik, sume fully-booked. Semlm pun jadi la. So kami bergerak pindah ke Marina Bay lak. Kat situ apartment 3-bilik, tapi kureng sket la cuma view mmg cantek. Actually apartment tu dibuat di atas laut yg ditambak so mmg cantek. Kat Ancasa pun view cantek gak, sama2 facing ke laut.

tgk tu ngan segala selimut, lemek sume bawak dari umah, cam pindah je

Sebelum kami check-out, Adek (adik bongsu) & family sampai. Mula2 ssh gak cari Marina Bay tu, upenye2 kat belah dlm. Tmpt tu cam sunyi sket sbb tak ramai org tapi mmg privacy.

setelah puas mencari, akhirnya ketemu jugak Marina Bay

Mamat, Farra, Di'ah, Ryan & Afif

Tak lama pastu Wan & company sampai (Wan, Fariza & Shirah). Anak2 dia yg lain, Mamat, Di'ah & Udin dah sampai awal. So tambah best la sbb sume da ada. Yg takde hanyala Syarmim (kak Long-anak Angah).

view yg cantek sgt dari verandah apartment kami duduk
ske sgt pix yg aku amek ni, cam dlm poster atau postcard je


pandainya Farra layan Thira makan
kalo slalu camni kan ke bagus, huhu

tgk tu, org amek gambar dia,
dia pun amek gambar aku hahahaha (adik bongsu-Adek)

Thrisya (anak ke2 Adek) yg demam setiap kali kami bercuti

Shirah (anak ke2 Wan) & Fariza (isteri Wan)

Mlm tu kami sambut besdey Afif yg ke 16 (29/11/2008). Tak de la wat besar pun cuma ada kek aje, lain2 makanan tu mmg ada la cam biasa. Tapi yg kelakar tu, org lain punya besdey, org lain yg excited nak tiup lilin tu, hahahaha. Afif sengih je la.

kek besdey Afif


Along

Angah

Ryan (anak Angah)

pandai dorang posing, original tu

Wan (adik ke 4), tgk gaya dia posing hahahaha
kalo dia ada mmg riuh la ngan lawak2 dia, abisla sapa yg kena

jgn salah tafsir, anak 4 da tu.....huhu


Mlm tu, kami tak de la berjaga lama2. Pas kuar gi pasar mlm msg2 dah kepenatan & ngantok. Aku cam biasa la cpt gak ngantok kalo tak de apa2, so tido la jam 12 lebih kot.

30/11/2008 (Ahad)

Ble Adek tau kami dah gi naik banana boat, dia pun cam jeles, sibuk nak gi naik gak. So pas bekpes, dia ajak kami gi blk ke pantai, sume gi kecuali Along, Angah & Aman. Kami pasang khemah kat tepi pantai tu & bdk2 sume berlari ke laut, mandi manda.

Wan & Fariza berganding tenaga memasang khemah

Aku cam biasala tak nak basah la konon. Pastu kami naik banana boat sekali lagi. 9 org sumenya, aku, Afif, Adek, Farra, Wan, Mamat, Shira, Di'ah & Udin. Mmg berhempet sket la peluk2, tapi tu yg best sbb tak de la rasa tkt. Kali ni dorang mintak dijatuhkan, so aku kenala sekali lagi bukak spek & tanggalkan topi tkt basah.

Ble sampai satu telok, kami pun pelik ngapa org boat tu gi sana, tiba2, dia pusingkan boat dia & kami sume terbalik jatuh dlm air, adooooooi, terkejut tol, igt dia akan jatuhkan masa last sekali. Apa lagi kelemasan la kami sume, terkapai2 selamatkan diri. Tapi mmg adventure tol la, hahahaha.

Last sekali kami sampai semula ke tepi pantai yg kami mula2 naik tu, sekali lagi dijatuhkan. Aku tiba2 terlanggar ntah sapa tah sampai tangan ku sakit....sampai la skang ni, komain sakit lagi cam terseliuh je. Tapi enjoy punya pasal tak kisah.

org ramai yg berkelah ke PD

Pastu sume blk semula ke apartment, makan2 & kemas2 nak check-out. Rasa cam sekejap je tapi yg penting quality masa tu yg dpt dihabiskan bersama2. Ye la msg2 bz kan, so sekejap pun sekejap la.
makan sebelum pulang


tgk la cam pindah umah je, hahaha

Adek & family blk awal sbb suaminya Nal nak ke Kelantan sbb nak bantu mangsa2 banjir di sana. So tinggal la kami yg lain2 tu, pas check-out, kami singgah lunch kat Saujana Tomyam pilihan Aman (lunch sponsored by Along). Mula2 tgk kedai tu dari luar cam sedap aje, kata Aman dia tak nak makan nasik campur cam biasa, nak makan tomyam atau lain2. Tapi last2 nasik campur gak sbb gerai tu upenya hidang nasik campur siangnya. Tgk2 nasik dah abis, kena tgu dulu, Aman & lain2 gi order nasik ayam je.


mencari tmpt duduk (restaurant tu penuh masa kami sampai)

berjalan pulang

Selamat Tinggal Port Dickson

tol Port Dickson

perjalanan yg lancar dgn cuaca yg baik

hampir tiba ke Kuala Lumpur

Aman drive keta aku & janji ngan Wan tunggu kat Petronas, Astro sbb dorang nak gi tgk keta Aman kat umah dia. So sampai sana aku lak take over drive pulang ke umah. Kami sampai dlm kol 5.30pm. Msg2 kepenatan pengsan. Ble Along blk dia bawak nasik lemak bungkus, aku dah tak larat tol nak fikir pasal makan.

Kemanakah percutian kami seterusnya??? Ntah la ssh nak dirancang awal. Percutian ini ditaja oleh Along. Clap clap clap (bodek ni, utk next trip, hahahahaha).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...