Thursday, April 7, 2011

EnOugH iS eNouGh.....TQ


"...Don't lets someone be your PRIORITY

if you are ONLY an OPTION in their life..."


Skang ni aku ase more relax & comfortable ngan diri sendiri & situasi semasa.


Sbb aku ase da hampir pulih dari tekanan & masalah yg aku hadapi w/p sbenarnya seme tu (masalah & tekanan) xpernah bebas dari pemikiran aku & xkenal erti putus-asa atau berhenti kejar aku dari masa ke semasa.


Kalo dulu aku sentiasa 'memperhambakan diri' kpd org2 yg ku anggap 'serasi & setia' tapi skang aku mau manjakan diri aku plak yg aku da abaikan sekian lamanya.


Sekurang2nya aku da dpt kenal-pasti 'keikhlasan' org2 yg dulunya bermati2an kononnya mempertahankan & mendabik-dada bhw mereka la kwn2 aku sehidup-semati. Ada yg bersumpah bagai takkan mengkhianati persahabatan kami.


Jangan la 'berpura2' utk menyakiti org lain sbb aku takot akan tambahkan agi kesakitan & penderitaan kpd diri sendiri. Sbb aku tau sapa yg benar2 ikhlas atau tidak. Lakonan yg out-dated da xlaku agi utk dipertontonkan atau ditonton oleh penonton2 zaman skang ni.



Enough....enough..!!!



Shikin JD : Hidup ni amat singkat & bertambah singkat dari ari ke ari & carilah org2 yg terbaik utk mendampingi diri kalian. Tapis la dahulu setiap mereka, demi kebahagiaan msg2 di masa hadapan. Mgkn ada antaranya telah terlepas pandang dek mengejar sesuatu yg xpasti.

Jgn sekadar tangkap muat atau mengambil kesempatan utk kepentingan diri sendiri. Jgn memperguna atau dipergunakan. Kelak yg akan menanggung segala2nya adalah diri sendiri. Sayangilah diri sendiri dahulu.

GOOD LUCK BEB..!!!
(pesanan ni termsk kpd diriku sendiri).





Wednesday, April 6, 2011

ANak HiLanG...!!!


Td masa otw dtg keje aku dgr berita kat radio Hot FM **matiler promote**, kisah kehilangan sorang anak kecil (1 thn 9 bulan - kecik sgt woo) atas sbb kelalaian ibu/bapanya. Mujur la anak tersebut akhirnya selamat dipertemukakan dgn kuarganya selepas hampir 24 jam.


Berita tersebut leh la kowang baca kat sini.


Aku paham camne prasaan parents/family kanak2 tu sbb A-K-U ** P-E-R-N-A-H ** H-I-L-A-N-G ** A-F-I-F. Perkara ni mmg menghantui aku sampai skang.


Kejadian tu berlaku masa kami baru blk dari kg my x-hubby. Masa tu kami msh xde keta agi (ye la mesekin **nanges**), so kami berulang-alik naik bas je ke kg. Ble bas sampai je kat Pudu Raya perut aku lak xtertahan2 nak wat 'big job', hihihihi, so aku gitau kat my x-hubby aku nak ke ladies room & aku akan bawak Afif sekali sbb dia nak buang air kecik. Since Afif masa tu msh kecik, lbh-kurang 3 thn kot, so w/p dia lelaki tp msh dikira kanak2 & tak salah kalo msk toilet pompan.


Masa tu dlm toilet komain ramai agi org beratur (kebetulan masa tu musim perayaan), so ble sampai turn aku, Afif da mula boring. Mula2 aku seret dia msk dlm toilet tu sama ngan aku cam slalu (tapi aku soh la dia tutup hidung & pusing blakang, hahahaha). Tapi pas dia buang air, dia nak kuar & tgu kat luar. Ntah ngape aku tiba2 cam leh caya lak kat dia & aku soh dia tgu kat luar & jgn gi mana2. Ble aku selesai 'urusan rasmi' aku tu, aku kuar & tercari2 Afif. Masa tu org msh ramai kat dlm tu.


Aku mula panic ble tak nampak langsung kelibat Afif. Aku puas tanya sana-sini samada org2 kat situ nampak dia. Akhirnya ada sorang pompan gitau yg dia ada ternampak Afif da larik keluar dari toilet tu.


Masa tu aku da mula menangis & menggigil ketakutan. Puas aku pusing sana-sini cari2 & aku takot nak gitau kat my x-hubby ttg hal tu. Aku cam nak meraung je masa tu, tapi mata aku ttp liar cari2 gak & berdoa pada Allah agar anakku selamat w/p aku msh xyakin akan jumpa ngan dia semula.


Masa tu aku sempat terbayang yg Afif dijumpai oleh org 'jahat' & xbertanggungjawab & jdkan dia peminta sedekah pas potong tgnnya....adoooi aku xdpt nak bayangkan sume tu. Agi mencurah2 airmata aku masa tu.


Ble aku da xdpt nak cari2 agi aku nekad utk gitau kat my x-hubby. Tapi aku msh menaruh harapan yg Afif selamat. Dari jauh tiba2 aku ternampak kelibat Afif .......jeng.....jeng....jeng..... (bg suspen sket).....













................kat sebelah abahnya **fuhh lega**.


Masa tu aku trus peluk Afif & tanya dia ngape dia lari kuar dari toilet tu. Katanya dia cari abahnya. W/p masa tu dia kira kecik agi tapi dia dpt cari mana abahnya tgu kami. Tmpt abahnya tgu tu leh katakan jauh gak la & nak ke sana jalan berliku2, tambah2 dgn org yg terlalu ramai.


Aku trus tarik nafas lega w/p msh menggigil2 lagi & aku trus stori-mori kat abahnya. Yg pelik tu abahnya relax je dgr cite aku tu sbb dia yakin anaknya mmg bijak & brani (ye la sorang bapa & ibu xsama prasaannya, ibu lebih halus & sensitif lbh2 kalo melibatkan anak kesayangannya).


Lepas dari kejadian tu, aku mmg extra care & more protective dgn Afif. Walau ke mana pon kami pergi aku akan make sure dia ada kat sblah aku & aku sentiasa pimpin & genggam tgnnya kuat2 lbh2 kalo berada kat 'crowd'.


Sampai la skang ni aku ske pimpin tgnnya lebih2 kalo melintas jalan tapi tau2 je la anak da remaja tentu dia malu kan. So ble kami melintas jalan saja aku dpt pimpin tgnnya w/p dia cam nak tarik2 je tgnnya tu, hahahaha. Tak kesah la yg penting aku xnak agi kehilangan dia.


Ye la nak dptkan zuriat bkn senang, lebih2 agi pas penat aku tgu, ' berhempas-pulas ' & ' tunggang-terbalik ' **matiler 18 XXX** selama 3 bulan pas nikah baru la zuriat aku yg tunggal ni berputik di rahim ku & itu saja la zuriat ku yg ada.


Afif, 5thn @ Pudu Raya
Masa kejadian dia lebih kecil dari ni
Tgk la wajahnya yg nampak bijak & brani

(ye la ibu mana yg xpuji anaknya kan, hahaha)



Shikin JD : Moral of the story - jaga la anak2 kite dgn baik kerana itu adalah amanah Allah & bakal mewarisi keturunan kite walau bagaimana kite sibuk & penat sekali pun sbb jika kite da 'kehilangannya' hidup kite akan turut hilang. Aku ttp pelik dgn org2 yg sanggup membuang/membunuh zuriat sendiri.



Monday, April 4, 2011

AnaK oH aNak !!!....


Smlm aku tgk ABPBH 2010 kat TV3 sensorang jer. Dlm keadaan yg xbape sihat sbb cam dpt flu again (adeiii lately kerap lak aku dpt flu), mata pon stim2 & badan pon lemah2 & xde mood sgt tapi gigih gak nak nengok.


Da la cuaca pon panas menggiler so wikens aku mmg lepek & lepak kat umah je la, langsung xkuar mana2 (w/p spatutnya aku plan nak gi workshop utk service keta aku yg da over limit tu) kecuali Saturday nite (da midnite masa tu), Along ajak kuar gi mkn (sbb dia banjer aku on je w/p xsihat, hahahaha). Tapi xbape selera nak makan gak, w/p order Mi Bandung tapi aku hirup kuah jer, mi tolak tepi.


Pjg lak mukadimah aku ni, hehehe.....ok back to ABPBH punya stori, ni xmsk agi bab anak cam tajuk kali ni. So, sambil nonton sambil terlena2 gak sbb cam aku ckp la xsihat sgt. Ble part Shaheizy Sam menang besar Artis Paling Popular 2010 & tgk mak kesayangan dia naik pentas, tup2 aku terindu lak kat anak tunggal aku, Afif yg skang kat Penang tu. Camtu la sorang ibu yg akan berbangga ble lihat kejayaan anak yg pernah dikandungnya selama 9 bulan. Tapi aku xkan la wat cam mak dia tu, malu weiii, hahahahaha.


Back to Afif, sblm tu dia ada la gitau last paper dia 30/4/2011 & katanya mayb dia nak blk pas abes je paper tu. Dia tanya samada aku nak amek dia blk ke tak utk semester break tu. Aku gitau kat dia kemungkinan besar aku xkan amek sbb kalo aku gi amek dia tentu kena spend bout RM200-250 utk minyak & toll. Tu baru 1 trip je. Tau2 je la keadaan aku ni kan, so kami kena berjimat. Duit sebnyk tu aku leh guna utk banyak mende.



Aku gitau dia kalo dia nak aku amek dia aku leh naik bas & gi amek dia naik teksi dari stesen bas. Tapi pastu dia gitau xpe la dia xnak ssh2kan aku. So dia akan blk sendiri & simpan brg2 dia kat universiti & dia bawak balik brg2 yg perlu jer. Sblm ni 2 semester aku jemput & antar dia semula ke sana.


Afif gitau dia ada sebulan utk break kali ni & kemungkinan lbh pendek kalo ada perkara yg memerlukan dia blk awal ke sana (nanti aku stori lain kali kalo da jd). So, pala otak aku ni da plan2 apa nak masak utk dia, nak gi mana & xtvt kami bersama nanti.


Ati aku berbunga2 sbb aku terlalu rindu kat dia. Ye la sejak dia last blk ke KL masa CNY aritu kami xberjumpa agi. Aku nak ke sana pon ntah ble sbb bnyk lak hal & dia pon xbalik2 cuti ke KL sbb nak jimat blanjer (FYI dia ni mmg 'kedekut' & penjimat sket, dia xkan spend duit dia for nothing selagi dia leh berjimat & aku paham sgt pangai dia tu).


Aku pengunjung tetap masa Afif kat PLKN Semenyih
(muka sememeh, berkilat & botak tp ttp ensem di mataku)



Sunday, April 3, 2011

TeRsuNGKur Di Kaki TanGGa....





Last Friday (1/4/2011) masa kat ofis aku hampir tergolek dog kat kaki tangga opis masa kuar lunch (actually menapaw). Slalu aku kalo ke opis mmg kai high heel shoes sbb leh naikkan tahap keyakinan diri. Tapi ble dlm opis aku tukar ngan slippers sbb mudah berjln. Tp ble aku kuar je dari opis trus aku tukar lek ke high heel kecuali kalo ada urusan rasmi ke toilet, hehehe.



Smlm tiba2 kaki aku cam sakit sket, so aku ubah fikiran utk kai slipper je masa kuar dari opis. Esp during lunch time, org kan ramai slalunya aku xnak nampak cam merayap2 je ble jalan, tapi smlm aku nekad je kai slipper.



OTW back to office, masa naik tangga kat lobby, tup2 aku hilang balance & hampir tersungkur bape kali & aku ttp cuba control diri & cuba berdiri tapi ttp nak tersungkur gak di setiap anak tangga tu. Sebbaik aku dpt b'tongkatkan tgn kat tangga. Masa tu kebetulan ada sekumpulan org ngah nak kuar gi lunch. Mujur la majoriti adalah pompan since ramai lelaki da kuar gi masjid utk solat Jumaat. Masa tu xtau mana nak letak muka. Mujur ada sorang yg aku kenal kat blakang aku. Dia pon trus tegur & usap blakang aku.



Yg aku pelik tu ngape masa aku kai slipper lak leh jatuh sbb slama ni aku xpernah jatuh masa kai high heel (w/p dlm ati slalu cuak & berhati2). Abes sudah kecunnan aku hilang ntah ke mana, hahahahaha.


Termalu2 aku masa jalan ke lift dgn kwn aku tu. Mesti pakguard2 ramai nampak, adeiiiii, takkan aku jejak agi kat tangga tu wat masa ni....aku rasa cam nak bako....nak bako je tangga tu, leyyy??? Hahahahahaha.....



Shikin JD : Moral of the story : sentiasa berhati2 di mana2 jua.....sbb kite xtau samada kite akan berdepan dgn bermacam2 dugaan & masalah yg kite tak jangka.



Thursday, March 31, 2011

HaPPy BirThDay CHaiYaNg....


我亲爱的 生日快乐




希望你就会找到 快乐和幸福,身体健康。
将永远记住美好的回忆。
您已成功地治疗我的心。

祝您健康长寿!




Wednesday, March 30, 2011

HaPPy BeLaTed BirThDay Sham....


Ble aku dok sorang2 aku terpk date 29/3 (smlm), cam ada something lar, tp xigt berkait ngan apa. Lama gak aku pk-n-pk, last2 baru aku terpasan date tu upenya adalah Hari Ulang Tahun Kelahiran my x-hubby.

With our beloved son


So, aku nak wish dia Happy Belated Birthday Sham.....yg dulu ku panggil Yang. Semasa kami msh agi suami-isteri kami jarang celebrate birthday msg2 kecuali masa ngah bercinta-cintun lar. Truk kan !!!!


W/p cam xromantik tapi still remember ari tu gak cuma xde la candle light dinner or so called lar. Just wish 'malu2' padahal masa sblm kawen mmg ada la celebrate sket2 tu pon xde la cam org lain. Ye la bedey aku pon dia bkn igt sgt.....tgu2 gak dulu ble dia nak wish & bagi something ke apa ke kan......tarak....kemsalam....hampeh !!!!


Padahal aku ni kira cam romantik gak lar (mode : msk bakul, angkat sendiri, hehehe). Aku jenis pengingat cuma besdey sendiri je slalu lupa.


Once again

Happy Belated Birthday Sham !!!


"....I xpernah kesal kaweni u dulu

sbb u da bagi I hadiah paling bernilai

iaitu anak tunggal kite, thanks !!!.... "



Shikin JD : Cam la dia tau blog aku ni & baca.....tapi xpe yg penting aku still remember & da wish dia by sms.



Monday, March 28, 2011

ShOppiNg.....


Sabtu lepas, 26/3/2011, aku & my lil-sis (Adek) with her 2 kids & her friend (Yanty) ajak gi shopping kain kat Jalan TAR. Kat sana adik ipar Yanty (Ina) da tunggu sbb dia nak wak kami gi 1 kedai yg dia leh dpt discount baekk punya. Since da nak raya (dkt ker...pose pon xagi, hahaha), aku pon 4low la dorang tu.


Adek amek aku kat umah kol 10.30am & pastu kami amek lak Yanty kat uma mak dia. Kami pun proceed ke area Jalan TAR & parked keta kat depan Campbell Compex. Dari situ kami pon jenjalan msk kat area Pasar Malam Sabtu. W/p msh awal (hampir kol 12 tghari) tapi da ada org berjual2 kat situ. Da lama tol aku x gi pasar malam tu. Da xleh nak dipanggil pasar malam sbb siang2 pon da ada.






Kami pun wat lawatan tapak (site visit) lebih kurang je, hehehe.....sbb tujuan kami nak gi kedai kain. Pastu kami tuju ke Euro Moda (tmpt keje Ina) & dari sana dia bawak kami ke kedai yg dimaksudkan tu.




Mmg menggila la ble msk situ tgk bermacam2 kain ada sampai juling2 la bijik mata kami, hahahahaha. W/p aku ni bkn la jenis ske shopping2 kain sgt sbb slalu aku beli yg biasa2 je & beli siap tapi aritu aku beli sampai 5+1 pasang (termasuk lining utk kain Chiffon yg aku da siap beli kat kawan, lining beli kat Euro Moda).



Pas da pening2 lalat pilih2 kain kami gi cari tudung lak. Aku just 4low2 jer la, tu pon terbeli 1 tudung gak (pon dpt harga discount).


Da selesai sume, bdk2 tu da kepenatan & kebetulan lak si Tira sakit molot lak, so merengek2 je la dia kesakitan. Potong stim tol. Xdpt la nak ronda2 agi, igt nak cari kasut etc. Xpe yg penting misi cari kain da settled.


Perut pon da bawak lagu rap sbb da time makan kan, kami tuju ke Semua House. Kami makan kat Station Kopitiam.


Tgk muka Tira yg menangis je


Sebbaik Trisya xmerungut, sempat gak posing for my camera


My drink, Galaxy Soursop Juice

My simple lunch, Java Fried Rice yg nan ado
Tipah tertipu, tgk gambau komain sedap, sebbaik pedas




Saturday, March 26, 2011

HaPPy BirThDay FaReLL.....


Tarikh 26/3/2011 menjadi tarikh keramat kpd Mohd Faizal Azhar@Farell yg meniti ke usia 24 tahun yg sdg menempuh hidup yg mendebarkan & mencabar krn menginjak dari dunia pelajar ke dunia kerjaya.



Kami pernah rapat & dia umpama anak / sahabat / musuh tradisi spt ombak yg sentiasa pasang-surut juga bak soap opera yg skripnya sentiasa 'misteri' & sukar diramal.


Kdg-kala aku lihat hubungan kami bak 'tsunami' yg kejam ketika tubuh sdg enak 'bercumbu2' dgn angin sepoi2 bahasa yg nyaman. Tapi mau atau tidak kenyataan perlu dihadapi & ditempohi.


Walau bagaimana pon, dari kejauhan ini (w/o his knowledge) aku ttp tak pernah lupakan tarikh ini, ingin ucapkan Selamat Ulang Tahun ke 24 pdnya di sini saja krn dek 'pagar duri & jurang dlm' yg dia pasang sekelilingnya yg menyebabkan kami semakin ..... jauh ........... jauh ................. dan semakin jauhhhhhh.


Aku sentiasa doakan kesejahteraan, kebahagiaan & kejayaan spt yg diimpikannya satu hari nanti....amin.


Once again

HAPPY 24th BIRTHDAY FARELL...!!!!


Shikin JD : Kamu jaga diri.....jaga kesihatan. Semoga sentiasa diberkati Allah, amin.



Friday, March 25, 2011

FiRe DriLL....


Smlm 24/3/2011, tibe2 kami dikejutkan dgn laungan dari speaker di ofis msg2 yg meminta kami kosongkan bangunan atas alasan ada kecemasan.


Kami sume terpinga2 sbb sepatutnya latihan kebakaran @ fire drill dijadualkan pd minggu lepas tapi disebabkan cuaca yg xmengizinkan maka mrk batalkan. Kami mula2 da sonok sbb igt mmg da xjd fire drill. Rupe2nya mrk tunda.


Sptutnya tarikh fire drill dirahsiakan dari pengetahuan penghuni2 di bangunan tmpt keje kami. Tapi ttp gak 'bocor info', hahahahaha, biasa lar. Cuma smlm tu mmg betul2 berjaya dirahsiakan sampai ramai yg xtahu. So, aku ulang2 tanya kat Fire Marshall my dept samada 'itu' adalah kejadian benar atau fire drill. Mula2 dia pon tekejut & akhirnya dia kata fire drill.


Aku bkn la saja2 nak tanya tapi kalo betul2 aku nak angkut la brg2 peribadi aku kan???? (bkn nak selamatkan nyawa dulu, hahahaha). Sampai kwn aku wat lawak soh angkut komputer sekali, hihihihihi, hampeh!!!


Since smlm tu kira latihan kebakaran yg ditunda so xde la helikopter & keta bomba sgt, ahli bomba pun xseramai yg mula2 tu. Kalo mgu lepas jd latihan tu meriah la nampaknya dgn ahli bomba, polis, ambulan etc. Masa yg diambil pun sekejap je & xde la 'lakonan' cam slalu eg. 'kebakaran', 'asap' & ada 'mangsa2'. Smlm tu sekadar kami diarahkan berkumpul ditempat yg telah dikhaskan sekiranya berlaku kecemasan nanti.


W/p ada sedikit kesilapan teknik here-n-there tapi akhirnya sume berjalan dgn lancar & sume selesai dlm 1/2 jam saja. Tgk je la gambau2 kat bawah ni tapi bkn aku la yg amek sbb aku xbawak camera. Ye la aku xtau kan? Kalo tau mmg aku bawak punya, hehehehe. Since camera org, so pix aku mmg xde la, xyah nak cari2 mana aku, hahahaha (cam la ada org nak carik).













All pix credits to :

Mohd Nazri

Aena

Mustafa Ikwan


(tengkiu korang amek w/o permission kat FB)



Shikin JD : W/p hanya latihan tapi makcik penat taw.....turun dari 15th Floor with my high heel (mmg sengaja nak biasakan).....tegang urat kaki den !!!! Smlm mmg penat sgt, balik2 keje da pengsan w/p spatutnya gi teman my lil-sis gi shopping...hahahaha.



Thursday, March 24, 2011

2 DaYs CouRse.....


22-23 March 2011
aku 'dipaksa' gi training oleh pihak sykt w/p aku cam da malas je nak gi. Ye la, da jemu sgt gi course2 ni. Tapi aku ttp gak gi sbb atas arahan majikan, kang cam melawan tokey lak kan? Aku da nekad kalo xbest je aku anggap training 2 ari tu sbg 'makan free'.....hahahaha.


Setiap staff diwajibkan gi course (cam aku 40 jam++ sethn). Last year aku terlebih masa sbb terlalu banyak course aku gi including training Bomba kat Kuala Kubu Baru (yg ni mmg tough sbb xramai pompuan tapi aku berjaya 'kalahkan' bbrp org lelaki termsk yg jauh lbh muda....*statement angkat bakul, hahahaha*). Bangga sehhhh.....


Ni merupakan 1st course yg aku pegi utk thn 2011. Pegi la aku ngan separuh & berat ati. Tapi sangkaan ku meleset sgt sbb course kali ni mmg berlainan & sgt fun sbb trainernya Mr. Gerard Singh (katanya bapa sedara kpd Cheryl Samad) yg pandai menarik perhatian kami dgn programnya yg xmenjemukan. serta caranya yg betul2 lain dari trainer2 yg lain. Wajahnya yg mirip kemelayuan mmg amat menarik perhatian kami, ensem gak la, tapi da kawen daaaaaaaaaa....


Akhirnya selama 2 hari kami rasakan terlalu singkat & ada antaranya yg mula merindui sesama sendiri & suasana yg ceria tu.


Ok la xyah aku bebel banyak2 la korang tgk je la sbhg gambau2 yg aku tepek kat sini. Lain2 gambau leh tgk kat FB.




Razli dgn harmonikanya mengalunkan lagu blues





Kite makan dulu...!!!!!

Bilik Makan





Nasi Briani+Ayam Goreng+Dalca+Sambal Udang yg aku makan
(konon2 nak makan sket tapi last2 2 pinggan gak, hahahaha)



Team aku


Go Go Team dgn menaranya


Marvellous Team - menaranya tumbang



Ni la Condom Tower kami yg tertinggi sekali, hahahaha


My team, Positive Network Team


All of us with Mr. Gerard Singh



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...