Menulis adalah minatku satu ketika dahulu. Semasa aku bersekolah pernah guruku mengatakan yg aku bakal menjadi seorang penulis satu hari nanti. Tapi sayangnya aku tak mengasah bakat ku selepas itu. So, kira cam berkarat la. Aku pernah terfikir utk mengasah kembali bakatku menulis semasa memulakan blog ini. Tapi kdg2 aku terbawa2 dgn segala masalahku kedlm blog ni.
Tulisan ku kali ni adalah berlainan sedikit. Aku telah membuat sedikit research tentang seorang pelakon yg menjadi pujaan ku semasa kecil. Kali ni aku akan menulis biografi tentangnya.
Pelakon yg ku maksudkan adalah Mark Lester yg dilahirkan sbg Mark A. Letzer pada 11 July 1958 di Oxford, Oxfordshire, England.

Mark Lester memulakan dunia seni dgn memasuki sekolah lakonan Corona Stage Sschool di London. Dia adalah anak kepada produser & aktor Michael Lester dgn aktres Rita Lester. Bertepatan dgn pepatah Melayu berkata, "Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi".
Dia memulakan kariernya di bidang lakonan seawal 6 tahun di London melalui filem Allez France pada tahun 1964. Dia telah menjadi aktor kanak2 paling top di TV & Filem di England pada ketika tu. Dia selalu diberi watak kanak2 yg baik bermula thn 1960an sehingga 1970an.
















Sebagai pelakon kanak2 ternama pada masa tu, dia telah melalui zaman kanak2 yg terkongkong & terikat. Selepas dia berhenti dari berlakon dia menjadi seorang pemabok dan terlibat dgn dadah. Yg paling membanggakan dia bangkit dari 'kemusnahan' hidupnya dgn mengambil A Level pada usia 28 tahun dan menjadi seorang Osteopath (merawat pesakit sendi & otot) . Dia telah berkahwin & mempunyai 4 org anak perempuan yg comel2. Salah seorang anaknya mengikut jejak langkahnya. Mark Lester adalah pemegang tali pinggang hitam dlm karake. Kini dia berusia 50 tahun.
No comments:
Post a Comment