Sunday, January 18, 2009

TrEe of hEaVeN - VCs


Antara VCs berkenaan dgn siri Korea Trees of Heaven yg aku ikuti setiap hari Sabtu & Ahad @ TV8, - 9.00 am to 10.00 am lakonan Lee Wan (Yoon-suh) & Park Shin Hye (Hana).

Sket sebanyak mgkn pada sesapa yg ingin ikuti cite ni, leh la layari VCs yg dibawah :

(p/s sila hentikan volume playlist SYAHDU yg di sebelah kanan blog ini dahulu)






(promo Tree of Heaven)



(nyanyian Lee Wan@Soon-Yuh)



(Tree of Heaven OST (MV)



(Tree of Heaven OST - Dannion)

Hana:
Would u be my tree?
Snow will disappear but a tree will always be there

Yoon-Suh :
It's my promise to u...
Unlike snow which will melt in the spring time...
I will be the tree which will always be there to protect you...

Friday, January 16, 2009

aLoo..aLoo..kEnGkAwaN...



Assalamaulaikum w.t.h kepada sume pembaca blog ini...

Setelah sekian lama baru aku ingin membuat sedikit pengumuman. Sebagai mana yg kamu tau, blog ni hanya di buka utk tetamu2 istimewa sahaja sekarang ini.

Aku ingin membuat pengakuan bahawa aku pernah menghadapi 'tekanan' yg amat besar & yg telah menyebabkan aku 'menderita' jiwa & kesihatan. Aku terpaksa 'menutup' diriku kepada luar & hanya rakan2 yg rapat sahaja yg tau di mana aku berada.

Atas nasihat seorang kawan yg 'melarikan' aku dari sume kemelut ni (yg tak mahu dikenali identitinya), aku telah menutup blog ini & hanya bbrp org yg paling rapat sahaja yg aku pilih utk berada disini. Pada yg tidak terpilih pada mulanya bkn la bermakna aku tak mempercayai kamu tapi aku kena mengambil masa utk 'merawat' & 'menenangkan' jiwa serta masalahku itu.

Tapi, makin lama makin panjang senarai tetamu2 ku yg berkongsi membaca blog yg tak seberapanya ini.

W/p skarang ni keadaan ku makin bertambah baik & hampir 'pulih' tapi aku telah membuat keputusan utk TERUS MENUTUP blog ini & hanya kamu yg berada disini sahaja yg dpt membacanya. Mgkn akan ada lagi tetamu2 yg akan aku jemput tetapi itu bergantung kepada masa & keadaan yg sesuai.

So, aku ingin mengucapkan selamat membaca kepada kamu sume & harap dpt sama2 kite mengambil manfaat atas apa2 yg terjadi utk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kite.

Jika ada sebarang teguran, aku bersedia mendgr & mempertimbangkannya, samada kamu meninggalkan pesanan di bhg komen atau di shoutbox yg ada disebelah kanan ini.

Shikin JD :
aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan yg 'melarikan' aku & kengkawan lain yg banyak memberi moral support semasa tempoh 'keperitan' yg sentiasa sanggup berkongsi susah & senang...TENGKIU MY DEAR FRENZ, mmmuah!!!

Assalamualaikum...


Thursday, January 15, 2009

ZoOm In @ RTM


Programme :
Zoom In@RTM

Venue :
Auditorium Perdana, Angkasapuri, RTM

Time Recording :
9.00pm to 12.00mn

Artistes :
Nubhan, Niki, Bob, Dina, Farah Asyikin, Sashi, Fabulous Cat & BunkFace


Host :
Johan & Along Charm


(pix credit to Harney)

Aku tiba ke Angkasapuri jam 8.30mlm & sampai2 je aku nampak dari jauh baju2 oren..yahooo Nubies!!!!!. Cpt2 aku park keta & join dorang. Ada yg aku tak bape nak igt nama & ada yg da biasa jumpa la cam Angah Ruzi, Kyrun, Shima, LadyM, Harney, Tini, KT Cats, Nora & adiknya (sori aku da lupa nama), Aisyah Zarina, Intan, Yana Aqem, Yani, Ieien & ada bape org yg tak tau nama (sorry). Tykah & cousins came from Seremban tiba kemudian (punyala tegar tu).


HOT MAMAs...hahahaha
tadak baju oren, belasah sweater ada kaler oren kat dada & blakang, jadi la
igt kalo da tak de baju oren nak bawak je buah oren dua bijik, kekekeke


So ngam2 lak pastu sume msk ke dlm & aku igt nak dok blakang je tapi bdk2 tu dok ajak belah depan....adoi aku segan la sebenarnya tapi takpe la demi Nubhan, biar dok selonggok bagi havoc sket, hehehe

Pasal
rancangan tu adalah rakaman so mmg amek masa yg panjang. Ponek makcik nunggu, huhu. Sebelum tu Nubies & sbhg penonton telah dipilih utk dok kat kusi depan pentas. Nubies yg terpilih - Shima, Harney, KT Cats, Nora & adiknya, Tini, Tykah (sume anak2 dara beb). Yg best tu dorang la yg paling havoc jerit2 huhu...bravo..bravo. Yg paling lawak tu siap ada yg latah pasal terkejut. Yg lagi lucu siap Johan kata, "biar terkejut, jgn terkentut" hahahahaha.

sbhg dari Nubies yg hadir

Mula2 lepas lawak, Nubhan & Bob nyanyi lagu apa ek? Lupa la...sori (nanti aku update ble da igt lagu tu, adooi). Pastu selang seli ngan lawak jenaka. Yg best tu aku kdg2 tak tau tu da rakaman atau luar rakam sbb si Johan & Along Charm tu mmg lawak giler especially luar dari rakaman, kami mmg ketawa sakit2 perut.

Dipertengahan tu Nubhan nyanyi lagu Ada Untukmu.....adooooi lagu tu mmg berhantu la, kali ni Nub bawak ngan penuh perasaan & nampak ada peningkatan la sorenya tu. Tarikan sore dia mmg relax & no angsa, angsa..okey.

Sebelum berakhir Nub & Niki nyanyi lagu apa ek (lupa lagi la tapi yg Bunga Cinta Lestari & Ari Lasso duet tu la, nanti aku update). Mmg best dia bawak, sore dia alamak mmg meruntun jiwa la dgr. Tapi pasangan duet antara Nubhan & Niki cam tak sesuai sbb Niki nampak too old for him. I think it will be much better if Nubhan sing with Farah Asyikin (org nama Asyikin ni mmg bagus, huahuahua...korang jgn jeles, ni blog aku, ske ati aku la nak puji diri sendiri, hahahaha).


banner hasil usaha gigih KT Cats

Ble da selesai je rakaman tu kami diberitahu yg ada satu lagi part yg kena re-record. Masa tu da ngam2 kol 12. Alamak kena tgu lak sbb sian kat sbhg Nubies yg dok depan pentas tu kena ada utk re-shoot. So gedebak gedebuk, abis la dlm 1/2 jam pastu.

selepas habis rakaman, tak dpt Nubhan, Dina pun jadi la
(cuba tgk banner kat blakang, depan Dina tapi mana Nubhan?? ntah la)


Kami dok luar lu sbb ada yg kehausan & beli minuman panas dari vending machine yg ada kat situ. Aku tak larat nak minum sbb rasa cam nak gi toilet tapi dek malas nak gi, tahan je la sampai balik umah...boley???

Pastu kami balik jam 1 pagi, aku antar DS Kyrun & Shima since da tak de lagi public transport. Jalan mmg baek sbb tak jem langsung & aku tiba ke rumah jam 1.45 am.


menunggu di luar melegakan tekak yg haus
(sbhg Nubies mengharapkan Nubhan akan berjumpa ngan mereka utk bergambar)



Shikin JD : Lepas abis rakaman, aku tau ada Nubies yg mengharapkan Nubhan muncul masa tu & dpt la beramas mesra & amek gambar bersama tapi aku pun heran ngapa Vern cam tak nak bawak Nubhan jumpa kami. Pada aku & sbhg yg da biasa jumpa tu tak kesah la tapi yg jarang atau tak pernah langsung jumpa Nubhan in-person tentu mengharapkan kehadiran Nubhan.

Wednesday, January 14, 2009

PeNTinG....

Terima sms dari sorang kawan yg berbunyi....

...PESANAN BARU DITERIMA DARI SAHABAT DI LEBANON. Please start reciting surah Al-Ikhlas as Masjid Aqsa has been surrounded by Israeli army. Plz forward to ur friends (its an amana). Plz spread this sms very very fast...

Mari la kite sama2 menjalankan tanggungjawab sbg seorang Muslim utk saudara2 kite yg sedang menghadapi kesulitan.

Surah al-Ikhlas

Bismillah Ar-Rahman Ar-Raheem
Qul Huw-Allahu Ahad
Allah-us-Samad
Lam yalid wl lam yulad
Wa lam yakul lahu kufuwan ahad

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.
Say: He is Allah, the One!
Allah, the eternally Besought of all!
He begetteth not nor was begotten.
And there is none comparable unto Him.

Tuesday, January 13, 2009

HePi bEsDeY HeLmiE...

ok khas utk Mie ma tukar pix yg ni
paling ma ske pix ni sbb Mie nampak manja ngan 'mertua' huhu
(since ni besdey wish, so abaikan org kat sebelah tu)

Harini 13 January 2009 merupakan ulangtahun kelahiran ke 22 utk salah sorang yg penah menjadi salah seorang kesayanganku, Helmie.

Sebenarnya aku mmg tertunggu2 utk mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran padanya tapi dek kerana bermacam2 perkara yg berlaku aku sampai terlupa...

Tapi aku ada persoalan yg msh tak terjawab....

aku tak tau apa masalahmu..
aku tak tau apa yg bermain dikotak fikiranmu...
aku tak tau apakah dosa2 ku...
aku tak tau apakah yg menyebabkan kamu menjauhkan diri...

walau apapun yg berlaku...
aku ttp mendoakan keselamatan & kebahagiaanmu...

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN SAYANG

Stresssss......

Aku ngah stress...
tgk sume yg berlaku...
ngapa perlu jadi camni?????

Tambah2 da 2 hari putus obat*...
lagi la pala aku weng...

Sedih...
pilu...
speechless...

Aaaarrrghhhh...

* bkn salah sesape, asyik lupa makan obat je

Monday, January 12, 2009

PeRkAhWiNaN & PeRniKaHaN


Aku dapat dari emel yg dihantar oleh sorang kawan...
Rasanya cam sesuai utk dishare ngan kamu sumer...
Utk mempermudahkannya aku mengubah-suai statement tersebut...

PERNIKAHAN ATAU PERKAHWINAN MENYINGKAP TABIR RAHSIA??

SUAMI


Isteri yg kamu nikahi :
~tak semulia Khadijah...
~tak setaqwa Aisyah...
~tak setabah Fatimah...

Dia hanyalah wanita akhir zaman yg ada cita2 menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan > ajar kite kewajiban bersama...

Isteri tanah ~ kamu langit
Isteri ladang ~ kamu pagar
Isteri ternakan ~ kamu gembala
Isteri murid ~ kamu mursyid
Isteri anak kecil ~ kamu dia bermanja

Isteri madu ~ kamu teguknya puas2
Isteri racun ~ kamu penawar
Isteri tulang bengkok ~ kamu luruskan


Pernikahan/perkahwinan, insafkan kite ~ perlu iman & taqwa...
Belajar bersabar & redha kerana isteri tak sehebat mana...
Akhirnya kamu tersentak dari alpa...

Kamu bukan Rasulullah SAW
Kamu bukan Sayyidina Ali Karamallahuwajhah
Kamu cuma suami akhir zaman yg berusha jadi soleh...amin

ISTERI


Suami yg kamu nikahi:
~tak semulia Muhammad SAW
~tak setabah Ayyub
~tak segagah Musa
~tak setampan Yusuf

Dia hanyalah lelaki akhir zaman yg ada cita2 bangunkan keturunan yg soleh...

Pernikahan atau perkahwinan > ajar kite kewajiban bersama...

Suami pelindung ~ kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal ~ pengemudinya
Suami pelakon nakal ~ kamu penontonnya
Suami raja ~ kamu nikmati anggur singgahsananya
Suami bisa ~ kamu penawarnya
Suami bengis & lancang ~ kamu sabar mengingatkannya

Pernikahan/perkahwinan, insafkan kite ~ perlu iman & taqwa
Belajar bersabar & redha kerana sumai tak segagah mana...
Akhirnya kite tersentak dari alpa...

Kamu bukan Khadijah yg begitu sempurna dlm menjaga...
Kamu bukan Hajar yg begitu setia dlm sengsara...
Kamu cuma wanita akhir zaman yg berusaha menjadi solehah...amin

Oleh itu wahai suami:
~jgn terlalu tinggi, diri sendiri jelas tak upaya
~jgn dambakan isteri sehebat Khadijah, diri sendiri tak semulia Rasulullah


Dan wahai isteri:
~jgn harapkan suami setampan Yusof, kasih diri sendiri tak setulus Zulaikha
~tak perlu jadi isteri secantek Balqis, diri sendiri tak sehebat Sulaiman
~tak perlu cari suami seteguh Ibrahim, diri sendiri tak sekuat Hajar & Sarah


Shikin JD : Bahasa yg lebih mudah....JANGAN TERLALU DEMAND kerana kite sendiri pun tak sempurna, takkan nak yg perfect lak, un fair la...huhu. Selamat memilih calon suami/isteri atau menerima suami/isteri seadanya.

Sunday, January 11, 2009

RinDu BaKaTnYa.....


Rindu...mana dia???





(Memori Bahagia-semasa concert AF3)



(Tiada Lagi Kidungmu-concert AF3)



(Anak-concert AF3)

~hentikan dulu volume Syahdu di sebelah kanan blog ini >>>>>>>>>>
....utk mendgr youtube ini
~

Lirik lagu : AKU JUGA IYA
[link lagu ni]

Kamu sedang kecewa
Aku juga...iya
Dia telah tinggalkan kamu
Aku juga...iya

Nasib kita serupa
Mangsa noda cinta
Lelaki dan wanita sama
Sering sakit menyakiti

Korus:
Tapi tak mengapa
Aku bisa menemani mu
Di saat-saat seperti ini
Aku tahu kemahuanmu
kesetiaan dan kebahagiaan
(ulang 2 kali)

Aku mahu dampingi kamu
Kamu bilang...iya
Aku mahu cintai kamu
Kamu bilang...iya

Pararap...pararap...pararap...pararap

(Ulang korus)

Ayu kita mulai menyatu
Selagi sering memerlukan
Biarkan kisah lama berlalu
Kita bikin cerita baru

~lyric credit to : Star@Nubies@JU~

Shikin JD : yg aku maksudkan, lelaki yg bermain gitar itu...antara penyanyi lelaki yg aku minati yg mempunyai suara jantan yg sedap dihalwa telinga. Sayang bakatnya dinafikan, tapi mungkin belum rezeki lagi atau ditempat lain.

Berita baik spt yg aku baca di media bhw dia sdg dlm proses utk merakam album ke2 dimana dia mencipta lagu utk album tersebut.

To Felix Bin Agus...good luck.

SeRanGaN dEMi SeRanGan IsRaeL....

Serangan Israel ke atas Gaza.....sampai bile perkara camni berlanjutan??? Aku rasa tak ada penghujungnya selagi Israel 'menyara' AS & AS terhutang budi kepada Israel.

Pasangan yg tak dpt dipisahkan. Walau mendpt bergantang2, berjuta2 makian atau bantahan dibuat dari seluruh dunia, perkara ni takkan berhenti & akan berterusan selagi 'perkahwinan' kedua mereka msh terikat.


AS berlagak seumpama Polis Dunia...tapi polis yg membawa rebah & kehancuran demi kehancuran. Apa yg kite lihat, umat Islam dihina ddan dianggap sbg pemberontak. Org2 & anak2 yg tak berdosa menjadi mangsa keangkuhan.


Sedih..
pedih..
pelbagai perasaan yg membara..

& membuak dlm ati aku...


Apa yg boleh aku buat??
Berdoa???
Ye, agar mereka2 yg teraniaya mendpt pembelaan...
Itu saja yg aku boleh buat....

Tapi adakah pembelaan utk mereka??
Soalan yg sangat subjektif.


Sbg umat Islam, kite kena berbalik kepada agama semula iaitu setiap yg berlaku adalah dgn ketentuan Nya. Percaya kepada qada' & qadar.

Kite sbg hamba Nya kena redha dgn ujian2 yg diturunkan kepada setiap yg hidup di dunia ini. Sume ini membawa keinsafan kepada kite.

Tanpanya kite tak akan sedar & belajar utk bersyukur. Cara penanganan & keinsafan yg wujud dlm diri kite memberi kite pelajaran yg amat berguna.

Semoga setiap hambaNya akan mendapat taufik & hidayah....insyaallah..amin.

Wednesday, January 7, 2009

Al-Fatihah


Aku menerima sms dari Mr Manager, Vern pada jam 10.12pm yg membawa berita pendek yg amat menyedihkan iaitu kembalinya ayahanda Nubhan kerahmatullah. Innalillahiwainnahirojiun.

Vern : Nubhan's father just passed away

Aku terkedu, tak tau nak kata apa & tiba2 terbayang wajah allahyarham yg sentiasa tenang. Wajah seorang bapa yg penyayang. Tak ku nafikan airmata ku bergenang kerana tiba2 fkiranku berlari mengingati arwah mak & abahku juga.

Aku cpt2 dptkan confirmation dari Angah Ruzi (makcik Nubhan) & diberitahu yg allahyarham mendpt sakit dada yg da lama dihidapinya. Walau apa pun alasan jika Allah sudah menjemput, kite akan pergi jua.

Marilah kite sama2 sedekahkan surah al-Fatihah & bacaan yassin kepada Allahyarham & kepada seluruh umat Islam yg telah meninggalkan kite....al-fatihah.

Tuesday, January 6, 2009

TaHuN pEnTiNg AfiF....


Tahun 2009 ni kira tahun terpenting buat Afif...
dia akan menduduki SPM...

so, aku kena beri tumpuan lebih padanya...
aku tak nak dia & aku menyesal kemudian hari...

So, aku da start pantau apa yg dia buat...

aku dah beri peringatan kat dia...
kurangkan berinternet..

kurangkan berhp...
kalo tak aku akan rampas semula...
tu la ugutan2 aku...

Aku tak puas hati ngan result last exam dia...
banyak subjects yg dia menurun...
w/p actually tak de la teruk sgt...

yg paling aku geram sbb dia fail subject Fizik...
kata nak jadi Engineer...
so camne kalo Fizik pun fail...

adooooi Afif...Afif...

Aku harap dia akan tingkatkan usaha dia tu...
subject Math ok tapi Add Math dia kantoi...
Add Math tu paham la mmg ssh...
lain2 subject pun still ok...

Lukisan Kejuruteraan pun menurun...

tu pun aku geram gak...
slalu dia score kat subject tu...
dia slalu highest dlm subject tu...
adeeei Afif..Afif

Ni la aku...
sorang ibu tunggal...
akula ibu & akula bapa...
tak dpt kasih sayang sorang bapa yg sebenar...
semoga dia redha...
& tingkatkan lagi usaha...
insyaallah...amin

Shikin JD : nak tanya kat kamu sume, kalo mama jadi mama kamu, kamu berada di tmpt Afif, apa penerimaan kamu???

TaGgEd FrOm WaTy...


Adoooi, da lama tak kena tag ni, actually ada gak yg aku tak reply, huhu......so kali ni dari Waty@Nubies....

1. Pernah menyambut tahun baru?
ada gak la doluuuuu...tapi bkn slalu
kdg2 tak sedar pun taon baru, huhu

2. Tempat yang anda selalu pergi untuk menyambut tahun baru?
paling kerap depan TV la skang
masa moder2 dolu kat mana2 ada crowd la
(penah gak la sambut cara giler2..hahaha)

actually aku ada impian taon baru
tapi giler2 punya idea la

(rahsia, mana leh bagi tau, huhu)

3. Apa yg anda buat di pagi tahun baru?
ntah la...relax, tgk TV, on9
cuti kan? so leh lepak lama2

4. Apa yg anda suka apabila tibanya tahun baru?
cuti free...hehehe

5. Anda percaya dengan azam tahun baru?
ntah la, jrg ada azam taon baru
kalo nak berubah tu jgn tgu taon baru

6. Senaraikan 5 orang yang anda bersama tahun baru neh?
Afif je kot...lain2 org kojo
kakak bertugas kat Dataran Merdeka taon ni

7. senaraikan 3 org yg anda ingin singkirkan tahun baru neh
HAH??
kalo artis leh tak??
Mawi, Ella & Fasha Sanda
(sumer tu parasit, bakat elek; sian kat yg lbh berbakat)

8. Pernah tak azam tahun baru anda tercapai?
kan da ckp tak de azam taon baru
tapi kalo azam lain tu mmg ada,
ada yg tercapai ada yg tidak

kena usaha lagi utk capai la

9. Azam anda tahun lepas (2008)
bkn azam taon baru tau tapi utk sampai biler2:
eh, mana leh cakap

10. Azam anda tahun baru ( 2009 )
BKN TAON BARU AJE TAPI UTK SAMPAI BILER2:

1. membahagiakan anak tunggalku;

2. meningkatkan prestasi kerja;
3. mengeratkan lagi silaturrahim dgn kawan2ku;

insyaallah..amin

11.senaraikan 6 org untuk di tag!!
Iras, Zamani, Aisyah, Fadzree, Aimer, Kyrun


Monday, January 5, 2009

BaCk tO wOrK...


Aku da mula bertugas sejak 2/1/2009...
adooi lama gak cuti sampai blurr ngan tugas2 aku, hehehehe....

w/p aku tak bape sihat sejak semalam...
bukan sakit apa, cuma sakit perut, biasala tu....

Tapi aku pulang ngan semangat baru...

ye la da puas cuti & rihat...
kan ke sebelum tu aku jadi cam mengong ngan tugas2 tu...
sbb melayan perasaan yg tak dpt nak dibendung lagi...
so cuti yg panjang mmg berbaloi..

aku bersemangat je ngan keja ku...
rasanya boss ku pun perasan, alhamdulillah...

So harini 5/1/2008 aku tak amek cuti...
ye la Afif pun da besar...
dia tak kasi aku gi skolah dia lagi byr yuran...

malu kot, hahahaha...

Boss aku lak amek cuti 2 hari antor anak gi skolah...
aku kira cam free sket la tak de yg kacau...
tapi keja ttp ada..
hanya aku leh amek my sweet time la nak settlekan sume...huhu


Pagi da rindu kat sahabat aku yg jauh tu...
ym sekejap2 ngan dia...
ada cite hangat dibawakannya...huahuahua
cam da lama sgt tak berchatting ngan dia....

So, sambil chat selang seli ngan wat keja...
tumpu penuh perhatian takot wat silap...
yela kan ke dulu boss da penah suarakan aku da jadi careless...
so aku nak buktikan aku bkn camtu lagi...
aku nak jadi diri ku yg dulu...
akan aku cuba buktikan...

Sunday, January 4, 2009

TrEeS iN hEaVeN


Adoooi, aku dah mula addicted ngan siri TV ni. Last week aku cam terbukak lak TV8 pepagi Sabtu. Mmg jarang2 bukak channel tu, ye la lagipun weekends pagi2 aku slalu sibuk basuh kain, wat tu wat ni, dah t/hari atau ptg baru dpt relax sket. Tapi ye la kebetulan lak masa tu dlm cuti panjang, so keja sket2 da siap, so pagi2 ngadap tv la....

Masa tu tiba2 aku terlekat tgk cite Jepun/Korea tajuk Trees in Heaven. Rasanya tu Ep 1, tapi aku termiss yg awal tu, so tgk pun dah 10 minit pastu. Cite tu cam best je, kisah 2 bradik tiri (ibu pompan tu kawen ngan ayah lelaki tu). Lelaki tu nama Yoon-suh, dari Korea umur 20 tahun, pompan tu Hana (Jepun) tapi umur aku kurang pasti lak.

Nak senang igt :

Soon-yuh (hero)
Hana (heroin)
Ryu (senior yg cintakan Hana)

Lelaki tu lak jenis tak campur & tak endahkan langsung apa2 yg berlaku, kira autistic la, tak tau la tu mmg penyakit dia atau hanya dia cam putus asa lepas ibunya meninggal dunia. Mula2 mmg tak dgr sore dia, Ep 3 baru dgr sore. Yela dia pun hanya tau berbahasa Korea je. Hana berusaha macam2 nak jaga abg tirinya tu. Pengorbanan Hana tu telah melembutkan hati Yoon-suh.

Lama kelamaan lelaki tu dah sayang & suke kat Hana & dia berjanji akan jaga Hana baik2. So cite ni cam best kan? Tapi kalo tak de dugaan cite tu abis camtu je la....so nak panjangkan cite, Hana lak ske kat sorang senior student kat skolah dia nama Ryu. Ryu pun cinta kat Hana, ni yg jadikan Soon-yuh cemburu & sanggup kejar dorang sampai ke Tokyo masa Ryu bawak Hana gi jalan2 (adooooi romantik tol la, hehehe).

Pendekkan sket la cite ni, actually Soon-yuh cintakan Hana tapi Hana lak cintakan Ryu, kira cam cinta 3 segi la. Kebetulan lak Mika (kawan Hana) cintakan Soon-yuh tapi Yoon-suh lak wat dek je. Ah, lupakan pasal org lain la....kite tumpu kat Hana & Yoon-suh.....

Soon-yuh dah luahkan rasa cintanya pada Hana tapi Hana menafikan yg dia cintakan abg tirinya tu & anggap cam abg dia je. Tu dah menjadikan Yoon-suh sedih & berkali2 dia tanyakan perasaan Hana terhadapnya & jawapan ttp sama. Akhirnya Yoon-suh frust & katanya dia takkan ganggu hidup Hana, takkan menyintai Hana lagi & nak bawak diri.

Masa lawatan lepas abis exam Hana asyik terkenang2 akan kata2 yg penah Yoon-suh luahkan bahawa dia akan menjaga Hana sampai bila2 & sayangkannya...adooooi romantik lak masa tu. Ble Ryu luahkan cintanya pada Hana, Hana yg mula2 mmg cinta giler kat dia tak dpt bagi keputusan masa tu sbb dia terkenangkan abgnya. Adakah cinta berputik tapi cuba dinafikan???

So skang ni aku tak sabar nak tgu next episodes Sabtu & Ahad. Tgk gezet cam best je, cam dorang da dewasa & berpisah. Yg tak sabar tu tgk Soon-yuh dah ensem ngan rambut pendeknya, macho gitu, adoooi, encem. Aku ble perhatikan wajah Hana tu sama lak cam anak buahku Syarmim, hehehe. Pada sapa2 nak menontonnya tgu la pada jam 9pagi di TV8 (amboi promote ni, nak kena minta TV8 bagi komisen, hahahaha).


Shikin JD : Dlm hal ni kdg2 ble cinta cuba dinafikan mmg menyakitkan. Yela kdg2 cinta yg tak sepatutnya umpama yg bkn setaraf dgnnya. Hana & Yoon-suh kira dah jd adik-bradik so Hana rasakan mereka tak patut bercinta.

Ble jadi camni mmg la akan makan diri sendiri. Kdg2 cinta yg tak dpt direalisasikan sbb darjat, agama, bangsa, perbezaan yg ketara dlm penghidupan dan sebagainya. Cinta ni kdg2 mmg buta kerana kdg2 terkena pada yg org ya mmg tak disangka2 kan.

So camne kalo kamu pula menghadapi masalah yg sama, apakah tindakan yg akan kamu buat??? Pendamkan saja cinta tu atau luahkan tapi cam memakan diri sendiri?

Hmm....jawapan terlalu subjektif, so tepuk dada tanya la selera. Selamat bercinta pada yg masih bercinta, hehehe....

Saturday, January 3, 2009

PenGiSiaN cUTi....


Adooooi malas tol sebenarnya nak tulis apa yg aku wat masa cuti panjangku.....actually aku tak de la gi outstation masa tu, aku msh kat KL/Selangor je. Apa aku buat??

Membasuh...membasuh...membasuh, hahahahaha adooooooi cam la tak de keja lain kan? Ada gak la aku gi bawak Afif jalan2 cam haritu ada aku tulis pasal gi KLCC/Convention Centre (PC Fair) tu, pastu gi soping sket2, beli pakaian skolah Afif, beli tu ini, kira lepas beli, belah la, hahahahaha ye la tak leh tgu lama2 pas beli kang nak beli lagi, duit tak ckp, abis aku tenyeh kedit kad lak, naya nak membayar, tu pun rasa cam ada overused...sapa nak tolong byr kan??? Sila angkat kaki, hahahaha kemsalam la kan?? Tapi mmg angkat kaki pun, larik la jawab nya, huahuahua.....

Ada gak ekor kakak aku lak gi soping, konon2nya la, tapi hampeh, org lain lak yg soping, dia lenggang kangkung balik, cewet sgt, huhu, syhhhhhhhhh....

Masa tu Along, Afif, Udin, Adek & anak2nya yg dua org tu tapi serupa cam sepuluh org, komain ssh nak jaga, geletis, larik sana larik sini, dua2 sama, kejap yg sulong wat perangai, kejap yg bongsu lak, adooooi mmg ibu dia pun tension bawak dorang gi soping, ayah dorang mmg dah give up, baik gi soping w/o them...aman sket nak mencari brg.

mula2 bdk2 yg baju pink tu yg dok situ tu, dtg je anak2 buah ku ni,
dorang (Thirah, Trisya & Udin) wat cam tmpt tu dorang yg punya, sabau je la

tgk la tu, komain sopan lagi, tapi luar dari pix tu tak tau nak cite, adooooi


masa ni Trisya wat perangai, tgk la tu
Afif masa kecik2 tak de lak camni

Pastu gi makan2, Along sponsored, huhu, best kalo gi ngan dia, tapi tu pun kdg2 bising gak dia sbb aku mmg jarang2 sponsor, ye la aku mesken, mana ada manyak luit lorr....hahahahaha.

Tadi lak Adek ajak tgk wayang kat Cathay Cineplex@Cineleisure, Mutiara Damansara, mula2 konon tak nak gi, dorang dah booked tickets awal2 tapi last minute hubby Adek ada keja lak tak dpt gi, dia offer lagi 1 ticket tu kat aku atau Afif, aku mmg malas nak gi sbb ada keja nak wat la konon kat umah, hish mmg tak habis2 keja umah ni. Aku soh Afif je yg gi biar tinggal aku sorang kat umah. Along pun joint sekali.

Tapi tau2 je la Afif tu kalo aku tak gi, dia pun malas nak gi, baik dia tgk TV & main tenet je. Apa??? Tenet???? Tang bab tenet tu aku dah bising2 haritu sbb ble aku dpt final exam nya result (dia dpt masa time cuti skolah) aku geram sbb subject Fizik, Kimia, Add Math dia teruk, abis tu camne nak jadi Engineer (cite2 dia tu). Aku ckp dah tak leh nak main tenet, hp pun silap2 aku akan rampas blk, so dia nampak cam dah slow down ngan tenet (hehehe, tang ni aku untung gak, aku da guna kose veto aku la, huahuahua, diktator).

So pas aku bising2 Afif pun dok berkurung je dlm bilik, ntah baca buku ke main hp, bilik lak kunci, aku geram2 slalu cek dia kat bilik. Maybe dia majuk sbb aku marah dia kot, adooooi ni lagi bdk ni, manja tak leh kena marah, aku bkn slalu marah pun, aku slalu a cool mum tau, aku jarang2 tinggikan sore, tapi kalo aku geram kdg2 aku akan cubit ketam batu sampai lebam bdk tu, tapi bkn slalu la, da lama pun tak wat camtu, ye la dia dah besar kan? Tapi takkan tak leh nak marah sekali sekala, kalo diam je kang naik lemak lak dia.....eh apa lak aku bebel ni, ni nak cite pasal pengisian cuti aku ke apa kan kan kan??? Cukup..cukup...cukup Mak Yang oii!!!

Ni sambung cite tadi, tapi aku sian gak ngan Afif, so aku korbankan keje yg aku nak wat tu, so aku setuju ikut dorang, Afif pun nampak sonok nak gi. Tapi kami tak jadi tgk kol 1.30pm tu, kami pushed ke kol 3.15pm sbb lapar sgt masa tu, ujan lak kan? Gi makan lu kat Station Kopitiam. Aku puas hati sket la sbb aku order Spicy Fried Rice (mmg pedas), Afif lak order Tomyam Fried Rice, lagi podas sodap. Eh actually kalo tak ujan mmg malas nak makan nasik, tapi dek lapar sejuk la katakan. Makan sponsored lagi by Along, mmmmuah Along, hahahaha.

Ooo ye lupa lak nak beritahu, kami tgk cite Bedtime Stories, ok la tu sbb bawak sekali cek kak2 kenit tu. Lagi sekali wat pasal sampai ibu dia kata ni last bawak tgk wayang, esp si kecik tu, da la jalan cam samseng kg dusun, bkn nak dipegang, nak jalan sendiri tu, tapi mmg sonok layan dorang tu, aku ketawa je tgk aksi2 dorang.


Kami amek 3 couple seats (eh lebar & luas la couple seats tu). Mula2 aku igt malas nak tgk cite tu, Afif ajak aku tgk cite lain, tak nak join dorang tapi gi masa yg sama la. Tapi last minute aku ckp belasah je la tgk cite tu lagi best kalo ramai2. Sebelum tu ronda2 kat The Curve lu, tgk apa yg dorang jual...ujan lagi tapi redah je la. Best gak tgk brg2 yg dijual kat situ, aku mmg ske tgk, harga mmg berbaloi tapi dek nak cpt gak so tgk sket2 je la.

Blk tu, singgah ofis Adek sbb ada ATM machine yg rosak lak. Dia jaga bhg machine tu, so dia kena gi sana & betulkan dulu. (tapi dia bkn technician, just ada duit yg stucked kat dlm machine tu, so bank officer yg khas je leh bukak machine tu). Cek kak2 kenit naik je keta dah pengsan, sorang sebotol susu...hanyut. Along pangku Thira, aku lak bangku Trisya. Senang je bagi susu mmg tido, ibu dia bising2 gak sbb dlm panggung tak nak lak dorang tido sampai dorang kena kuar awal sbb si Trisya wat perangai, dok la kat luar separuh masa tu, makan ice cream. Sempat gak la ibu dia gi soping sket sementara tgu kami abis tonton cite tu.

Malam lak aku bawak Afif gi barber shop utk potong rambut, bkn trim tau sbb rambut dia da panjang sgt. Ye la bagi can la masa cuti panjang baru leh simpan rambut panjang kan, tu pun dia kata sayang nak potong..."wei wei wei, kamu igt kamu tu da keje, dak skolah lagi" (tapi tak de la aku sebut camtu kat dia, hehehe).

ni Afif kata nak amek pix wat kenang2an sebelum potong rambut

So, tu je la cite aku yg panjang lebar ni, gi soping ada la bape kali lagi tapi ada yg aku ngan Adek je ada yg aku ngan Afif je.....aku rasa cam mmg tak ckp la bonus yg dpt, abis camtu je. Kalo la dpt lebih lagi bonus tau la camne aku nak abiskan, hahahahaha.

Thursday, January 1, 2009

kAbAr DaRi SeBerAnG tAmBaK


Sempena tahun baru aku dpt new year wishing msg dari seseorang yg dah lama aku tak dgr kabar berita dek kebiziannya. Dan tak disangka2 dia jugak bbrp kali meng-email ku di tahun baru ni.

Aku dikabarkan yg dia skang melanjutkan pelajarannya,
MBA-Marine secara separuh masa. Katanya dia nak tukar profession dari Marine Engineer kepada Marine Lecturer ble dah graduate nanti pertengahan tahun depan.

Aku tau tu yg terbaik utknya. Kami pernah berbincang apa kah dia akan meneruskan pekerjannya skarang ini yg diakui terlalu berat, memenatkan & sentiasa kena standby 24 jam. Tanggungjawabnya yg bertambah dr hari ke hari mmg menguji kesabarannya.

Aku mmg kesian dgnnya dulu ble aku selalu menjadi pendengarnya yg setia ble dia mengadu lelah dgn pekerjaannya tapi aku turut akui dia adalah seorang yg amat fokus & ikhlas dgn tugasnya.

Apa2 pun sket sebanyak dia memberi inspirasi padaku. Dia bnyk memberi galakan kepadaku & juga seolah2 menjadi
idola ku & aku pelajari bhw pelajaran amat penting & tak akan berhenti sehingga kite menutup mata.

Tak kira la pelajaran apa yg kite cari yg penting jgn mudah berpuas hati dgn apa yg kite ada. W/p pelajaran yg akan kite dpt tu bkn secara akademik, yg penting ia dpt dijadikan panduan hidup kite atau utk memperbaiki diri kite sendiri.

Aku mendoakan kejayaannya. Dlm hal ni bkn ini saje tapi aku hepi sbb kami masih dpt menghubungi antara satu sama lain w/p kami berjauhan. Saling ingat-mengingati amat penting dlm sesebuah perhubungan walau apa pun perhubungan tersebut.

W/p hubungan kami skang ni berbeza sedikit tapi kami ttp hormat-menghormati antara satu sama lain & saling mengambil berat. Aku mmg bahagia mengenalinya dahulu yg selalu menjagaku dgn baik & menyayangiku dgn ikhlas. Aku redha dgn ketentuan kami skarang. Dia umpama abg kepadaku kini.

Ni adalah permulaan yg baik utk tahun 2009 ini & aku berharap agar mentari akan menyinarkan cahayanya berterusan sepanjang tahun ini & seterusnya.


TaJuL mULuK & rAhSiA mAnUsiA


Tadi aku gi ronda2 kat blog org [link] huhu.. (actually aku pun tak kenal sapa org tu, huahuahua) terjumpa la satu article yg aku rasa leh share ngan korang sume. Ni kalo tak silap dulu masa aku kecik2 penah gak baca tafsiran ttg manusia ni. Dari tafsir yg diberi cam utk wanita je tapi aku rasa utk kedua jantina.

Ok..korang baca la & tafsirkan diri sendiri.


---------------------------------------------------------------------------
TANAH
~ anak pertama, kelima & kesembilan

AIR
~ anak kedua, keenam & kesepuluh

API ~ anak ketiga, ketujuh & kesebelas

ANGIN ~ anak keempat, kelapan & keduabelas


Wanita berunsur TANAH

1. Merendah diri serta hormat & patuh setia serta rela berkorban.
2. Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong & bukan seorang pemarah.
3. Tenang diri, aman & memberi sokongan.
4. Tidak suka membantah & membangkang.
5. Berwatak manis, lemah lembut, bersih & sentiasa menjaga kecantikan.



Wanita berunsur AIR

1. Menghidupkan hati pasangan & pemberi semangat.
2. Mengambil berat
3. Hatinya bersih & boleh membahgiakan pasangan.
4. Menenangkan pasangan.
5. Sangat romantis.
6. Mudah menangis.



Wanita berunsur API
Shikin JD : hehehe aku la ni..huhu


1. Cintanya sentiasa hangat & memberahikan.
2. Cergas, cepat dlm gerak geri & tangkas uruskan rumahtangga.
3. Penasihat yg baik.
4. Pandai & cekap mengurus rumahtangga.
5. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6. Berwaspada selalu.


Wanita berunsur ANGIN


1. Lemah lembut & menenangkan.
2. Pandai bermain kata & memujuk rayu.
3. Sopan santun & berbudi pekerti mulia.
4. Bijak mewujudkan suasana selesa.
5. Hati yg cepat berubah-ubah.

---------------------------------------------------------------------------

Shikin JD : So pada sapa2 yg nak mencari pasangan tu, leh la pilih yg mana kamu berkenan ek? Tapi ble amat-amati cam sume ciri2 tu yg baik2 je.....

Utk anak2 yg tak de tersenarai tu korang pandai2 la relatekan ngan mana2 yg korang rasa diri korang terletak dari persamaan yg ada....

Wallahu'alam...

bErDiAm DiRi


ngape aku ske berdiam diri??

itu lebih baik....
lebih2 jika masalah melanda diriku....

kdg2 aku kena jadi sorang yg autistik....
tidak mengendahkan dunia luar...

untuk meredakan gelora ati aku sendiri....
aku pura2 tidak nampak corak2 abstrak....
yg berada disekeliling kanvasku....

alhamdulillah....
kini....
aku lebih kuat....
aku lebih cekal....
aku lebih menghirup udara segar....

ini la cara ku....
ini la diriku....

HePi NeW yEaR 2009 : AzAm

(p/s..abaikan gelas champagne tu,
aku kemalasan nak mencari pix yg sesuai, huhu)

Selamat Tahun Baru 2009. Tinggal sudah tahun 2008. Selalu org bile bercite ttg tahun baru mesti tidak tinggal dgn azam. Ada yg bertanya samada azam da tertunai atau tak.

Tapi aku tak bape ske cite pasal azam2 ni. Kalo nak berubah tak perlu tgu sehingga ke tahun baru, kite kena berubah immediately masa kite fikir mahukan sesuatu perubahan.


Setahu aku, aku jarang berazam bile mula tahun baru & rasanya mmg tak tau samada ada azam tahun baru atau tak, pelik kan? Mmg kenyataan. Sbb bile aku nak melakukan sesuatu perubahan atau inginkan sesuatu aku akan mula berusaha di saat aku mula memikirkannya.

Tapi tak de la nak kata setiap apa yg aku idamkan tu tercapai, kite kan manusia biasa, apa2 pun jika tak dimakbulkan oleh Allah maka tak menjadi la. Tapi kite kena sentiasa meneruskan azam kite tu.


So disini aku ingin mendoakan agar segala azam2 kamu akan termakbul & tertunai. Jika belum tiba masanya jgn perbaharuinya tapi memperbaiki usaha kamu tu. Ingatan ini utk ku juga.


SELAMAT TAHUN BARU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...