Thursday, January 1, 2009

kAbAr DaRi SeBerAnG tAmBaK


Sempena tahun baru aku dpt new year wishing msg dari seseorang yg dah lama aku tak dgr kabar berita dek kebiziannya. Dan tak disangka2 dia jugak bbrp kali meng-email ku di tahun baru ni.

Aku dikabarkan yg dia skang melanjutkan pelajarannya,
MBA-Marine secara separuh masa. Katanya dia nak tukar profession dari Marine Engineer kepada Marine Lecturer ble dah graduate nanti pertengahan tahun depan.

Aku tau tu yg terbaik utknya. Kami pernah berbincang apa kah dia akan meneruskan pekerjannya skarang ini yg diakui terlalu berat, memenatkan & sentiasa kena standby 24 jam. Tanggungjawabnya yg bertambah dr hari ke hari mmg menguji kesabarannya.

Aku mmg kesian dgnnya dulu ble aku selalu menjadi pendengarnya yg setia ble dia mengadu lelah dgn pekerjaannya tapi aku turut akui dia adalah seorang yg amat fokus & ikhlas dgn tugasnya.

Apa2 pun sket sebanyak dia memberi inspirasi padaku. Dia bnyk memberi galakan kepadaku & juga seolah2 menjadi
idola ku & aku pelajari bhw pelajaran amat penting & tak akan berhenti sehingga kite menutup mata.

Tak kira la pelajaran apa yg kite cari yg penting jgn mudah berpuas hati dgn apa yg kite ada. W/p pelajaran yg akan kite dpt tu bkn secara akademik, yg penting ia dpt dijadikan panduan hidup kite atau utk memperbaiki diri kite sendiri.

Aku mendoakan kejayaannya. Dlm hal ni bkn ini saje tapi aku hepi sbb kami masih dpt menghubungi antara satu sama lain w/p kami berjauhan. Saling ingat-mengingati amat penting dlm sesebuah perhubungan walau apa pun perhubungan tersebut.

W/p hubungan kami skang ni berbeza sedikit tapi kami ttp hormat-menghormati antara satu sama lain & saling mengambil berat. Aku mmg bahagia mengenalinya dahulu yg selalu menjagaku dgn baik & menyayangiku dgn ikhlas. Aku redha dgn ketentuan kami skarang. Dia umpama abg kepadaku kini.

Ni adalah permulaan yg baik utk tahun 2009 ini & aku berharap agar mentari akan menyinarkan cahayanya berterusan sepanjang tahun ini & seterusnya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...